Biaqpila |
- DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-POP KE? KAH! KAH! KAH!
- Ibu Terkedu Melihat 2 Orang Anaknya Berpelukan Seperti Suami Isteri
- BERANI KE MB PERLIS BERDEBAT?
DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-POP KE? KAH! KAH! KAH! Posted: 29 May 2012 07:00 AM PDT BN PELINGKUP NEGARA DISKO HIMPUNAN BELIA NEGARA GUA HARAP PM KITA DAN MENTERI BELIA SUKA TENGOK NI...MOHON SHABERI CHIK BAWA BUDAK2 NI UNTUK ACARA K-POP HIMPUNAN BELIA TAHUN DEPAN DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-POP KE? KAH! KAH! KAH! NEGARA AKAN LINGKUP KALAU BENDA HARAM DIHALALKAN DAN BENDA HALAL PULAK DIHARAMKAN INILAH YANG TERJADI MASA KINI HIBURAN YANG HARAM DIHALALKAN MINTA BERSIH PILIHANRAYA PULAK DIHARAMKAN ITULAH KERJA MELINGKUP NEGARA YANG KINI DILAKUKAN OLEH BN PASAI BN MEMANG DAH NAK LINGKUP KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Ibu Terkedu Melihat 2 Orang Anaknya Berpelukan Seperti Suami Isteri Posted: 28 May 2012 09:00 PM PDT Gambar Hiasan KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian. Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik. Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis. Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan. "Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan," katanya. - Metro kachipemas KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 28 May 2012 06:00 PM PDT DEBAT 'PERLIS MAJU 2015: REALITI ATAU FANTASI' ANJURAN AMK PERLIS. Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Perlis telah membuat pengumuman rasmi untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri maju menjelang Wawasan 2020. Gagasan yang dinamakan sebagai 'Perlis Maju 2015' itu mensasarkan tahun 2015 di mana Perlis akan mencapai tahap negeri maju sepenuhnya. Namun, sehingga kini, setelah hampir 7 tahun pengumuman itu dibuat, Angkatan Muda Keadilan Perlis mendapati bahawa tidak ada sebarang perkembangan signifikan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Perlis. Bahkan maklumat berkenaan dasar dan pencapaian petunjuk-petunjuk penting ke arah merealisasikan Perlis Maju 2015 tidak diketahui oleh rakyat Perlis. Rakyat hanya dapat melihat beberapa publisiti di laman web rasmi Kerajaan Negeri Perlis dan papan-papan iklan di sekitar Kangar. Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Perlis berpendapat bahawa satu debat ilmiah wajar diadakan secara terbuka dan berlangsung dengan sihat. Debat ini akan memberi ruang yang luas kepada rakyat Perlis untuk menilai secara rasional polisi dan program 'Perlis Maju 2015' yang dirangka kerajaan negeri Perlis untuk mereka. Justeru, Angkatan Muda Keadilan Perlis menawarkan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada debat ini di antara Menteri Besar Perlis YAB Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis saudara Mohammad Faisol Abd Rahman. Tajuk yang kami cadangkan: "Perlis Maju 2015: Realiti atau Fantasi". Kami akan menghantar undangan rasmi kepada YAB Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis pada hari Jumaat, 31 Mei 2012. Kami berharap agar kedua-dua orang pemimpin ini bersedia untuk menerima undangan daripada pihak kami. Semoga debat ini akan berlangsung dengan baik demi mendatangkan manfaat kepada rakyat Perlis secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih. Ammar bin Gazali Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis fb KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan