DIALOG RAKYAT |
- Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib?
- Penganjur acara Merlimau lapor polis di KL
- Anwar: 'PM adalah Melayu Islam'
- Warga Malaysia seperti kanak-kanak?
- PRU: SPR mahu Pakatan timbang kos, masa
- [Bergambar] Binatang Apa Simbah Cat Dalam Ceramah Nizar Di Perak?
- Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi Umno
- Jawatan MB: Tawan Kedah dulu, kata Mukhriz
- Jawatankuasa Pilihan Raya Selangor Tunggu Laporan SISMEP 3.0
- DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah
- Sabak Bernam Jadi Hab Pengeluar Kelapa Pandan
- Kuota Haji: Temberang & Dusta Sang Menteri Untuk Burukkan Bersih
- Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut
- PKR Kecam Serangan ‘Malam Berdarah Lembah Pantai’
- Noh Tiada Kepakaran Dalam Pengurusan Air, Patut Selesaikan Isu NFC
- LZS Peruntuk RM55 Juta Perkasa Pendidikan Islam di Selangor
- Tinjauan: 49% tak percaya proses p'raya
- Pemuda PAS kumpul di NST bantah laporan 'bapa kafir'
- Bas terbalik: Seorang jemaah tabligh maut, enam parah
- Gerudi ATM larikan RM100,000
- PRU13: Peluang 50-50 di tiga negeri
- Bubu bukan cucu Sultan Selangor
- Nik Aziz batal hasrat muzakarah dengan Umno
- Nazri pertahan tindakan atas Bersih
- Umno: PKR tidak harus buat tuduhan melulu
Exco: Batu dan telur idea p'raya bebas Najib? Posted: 26 May 2012 04:04 AM PDT MALAYSIA KINI Exco Selangor Teresa Kok mempersoalkan tindakan perdana menteri berdiam diri terhadap "serangan ganas" terhadap ceramah Pakatan Rakyat akhir-akhir ini sebagai idea sederhana yang dipromosikannya.Anggota Dewan Undangan Negeri Seputeh itu berkata, rakyat Malaysia tidak syak lagi hidup dalam ketakutan dan malu akibat insiden itu. "Adakah ini konsep 1Malaysia yang dikempen oleh kerajaan? Inikah Pergerakan Global untuk Kesederhanaan yang dipromosikan perdana menteri? "Inikah maksudnya pilihan raya bebas dan adil," soal Teresa merujuk kepada pelbagai insiden dalam ceramah Pakatan termasuk di Merlimau, Lembah Pantai, Bangi and Kuala Kangsar dalam masa terdekat. [Baca berita penuh] Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan pula berkata, insiden keganasan, terutamanya di Lembah Pantai amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam kawasan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. "Insiden ini juga memperlihatkan seolah-olah ada pihak merasa amat cemas dengan kebangkitan rakyat dan gerun mendengar pendedahan demi pendedahan mengenai skandal pemimpin-pemimpin Umno yang semakin terbongkar," kata timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. |
Penganjur acara Merlimau lapor polis di KL Posted: 26 May 2012 04:03 AM PDT Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka Rajah Shanmugam hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur berhubung kekecohan Sabtu lalu dalam acara mereka di Merlimau. Rajah berkata, laporan itu dibuat di ibu negara kerana beliau tidak percaya pada polis setempat. Beliau juga secara sinis berkata polis Merlimau dan Umno seperti saudara. Dalam laporannya, Rajah berkata, demonstrasi oleh Umno tempatan dan cawangan PERKASA menentang rancangan penganjuran majlis minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga melanggar Akta Perhimpunan Aman. Rajah yang juga seorang peguam berkata, peserta mencabuli Seksyen 4 akta itu, yang antara lain melarang demonstrasi jalanan. |
Anwar: 'PM adalah Melayu Islam' Posted: 26 May 2012 04:00 AM PDT JOHOR BAHRU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu yang beragama Islam. Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan. "PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua. "Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP itu yang mahu terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri. Mengulas serangan ketika beliau berceramah dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin, Anwar mendakwa tindakan itu dilakukan 'samseng' Umno. |
Warga Malaysia seperti kanak-kanak? Posted: 26 May 2012 03:57 AM PDT Cencorship denies human beings their free will to think for themselves' (penapisan ini menjadikan warga (Malaysia) seperti kanak-kanak. Penapisan ini juga menafikan hak mutlak manusia untuk berfikir mengikut kehendak mereka) - terjemahan bebas saya. Saya berharap kenyataannya ini tidak mempengaruhi pemikiran warga negara Malaysia bahawa pelaksanaan peruntukan undang-undang negara kita yang menuntut pengharaman penerbitan tertentu itu adalah merupakan tindakan yang memperkecilkan pemikiran dan mentaliti semua warga negara kita, sehingga dengan itu semua warga negara kita akan merasakan bahawa mereka telah dilayan seperti kanak-kanak mentah yang tidak tahu berfikir. Bagi saya tidak semua perkara dalam dunia ini yang semua warga negara diberikan kebebasan mutlak, dan tidak ada negara dalam dunia ini yang tidak mempunyai undang-undang untuk mengehad atau mengharamkan sebarang penerbitan dan media yang dianggap merbahaya kepada sesebuah negara dan warga negaranya, mengikut adat resam, budaya, agama, keselamatan dan sensitiviti yang tertentu. Saya juga mengharapkan bahawa kerajaan kita tidak perlulah mengambil tindakan ke atas penulis ini seperti yang sering dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam lain apabila terdapat orang luar yang bertindak dan bersuara seolah-olah memperkecil-kecilkan kerajaan dan mengemukakan pemikiran yang menghina dan menyelewengkan fakta tentang ALLAH dan agama Islam itu sendiri kerana sebagai seorang manusia ia bebas mengeluarkan kenyataannya itu, malah kerajaan telah pun mengharamkan bukunya yang menampilkan idea menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Mungkin kerajaan tidak seharusnya melayan kenyataan itu lagi atau menghiraukan andaiannya tentang tindakan kerajaan kita yang dikatakan beliau telah menjadikan warga kita seperti kanak-kanak. Biarkanlah ia berkata sebarang apa pun, asalkan rakyat kita memahami isu yang sebenarnya dan memahami apakah maksud mesej yang hendak disampaikannya dalam buku tersebut yang telah pun diharamkan. Negara kita telah mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi ke tahap yang amat tinggi dan menghormati hak-hak asasi manusia yang dilindungi oleh undang-undang kita sendiri sebegitu rupa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan kita. Kebebasan bersuara diberikan kepada semua asalkan tidak melampaui batas dan tidak termasuk ke dalam pengertian menghasut yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat kita keseluruhannya. Mungkin kenyataan penulis ini belum lagi sampai ke tahap menghasut seperti yang terkandung dalam peruntukan undang-undang kita, tetapi dari sudut etika dan nilai moral, Manji mungkin telah melampaui batasan ketika dia cuba mengemukakan ideanya bahawa perutusannya dalam buku ini telah membawakan pengertian "mengkompromi perintah ALLAH dan kebebasan". Dalam kenyataannya ia menegaskan (The irony that this book makes the case for faith. It empowers readers to reconcile ALLAH and freedom, showing that Muslims can be independent thinkers and profound believers in a loving God". Ketika saya menulis pandangan saya ini, saya pun sedar bahawa dalam masyarakat liberal dan bebas pada hari ini, mungkin terdapat orang-orang Islam di negara kita sendiri yang menyokong Irshad Manji dan membantah pengharaman bukunya itu, termasuklah penerbit tempatan buku ini dalam bahasa Melayu yang bercadang untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan buku ini ke mahkamah. Tetapi bagi saya, pendirian rasmi yang diambil oleh kerajaan itu haruslah dipertahankan kerana hal itu dengan sendirinya menggambarkan kepekaan kita kepada ajaran Islam yang selama ini sering diselewengkan dengan tujuan-tujuan yang tertentu mengikut rentak dan lenggang pihak-pihak lain yang ingin melihat Islam dimalapkan cahayanya di dalam negara kita ini yang masih bertahan dengan segala cabaran moden dan global yang mungkin ingin melihat negara kita ini juga tunduk kepada tekanan penjajahan akal fikiran yang bebas dalam mengamalkan Islam yang sejati. Semua orang sedar bahawa pendirian rasmi dan tegas dari pihak kerajaan ini sememangnya tidak dapat menghalang para pembaca kita dari mendapatkan kandungan buku ini sepenuhnya dari versi digital yang juga disebut oleh Irshad Manji ketika menutup kenyataannya dengan memberikan alamatnya sekali, termasuk juga mendapatkan versi bukunya yang telah diharamkan sebelum ini. Tetapi seperti yang saya sebutkan di atas bahawa hakikat ini tidaklah menafikan hak kerajaan untuk menjalankan tindakannya yang tegas mengharamkan buku ini dari tersebar di depan mata kepala kita seolah-olah kita merestui segala penyelewengan yang dibawakannya. Isu mendapatkan naskhan digital itu adalah isu peribadi masing-masing yang tidak dapat disekat lagi dalam dunia maya ini. Sepatutnya Irshad tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sinisnya lagi ketika dia sendiri sedar bahawa sesiapa yang ingin membaca bukunya itu maka mereka dapat membacanya melalui versi digitalnya. Malah saya merasa dia agak keterlaluan ketika menutup kenyataannya yang terakhir menyatakan "saya berdoa agar rakyat Malaysia diberikan keimanan yang mendalam dan mempertahankan hak mereka yang diberi ALLAH kepada mereka." Kenyataan inilah yang menunjukkan siapakan sebenarnya yang cuba memperkecil-kecilkan kedudukan rakyat Islam di Malaysia yang seolah-olah tidak kuat imannya dan tidak dapat menggunakan kebebasan berfikir yang diberikan ALLAH kepada hamba-hamba-Nya itu. Orang itu ialah Irshad Manji sendiri kerana dialah yang sebenar-benarnya cuba untuk mengajar kita tentang kebebasan dan keimanan, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Siapakah Irshad Manji yang hendak mengajar kita dan menghukum rakyat Muslim kita ini? Siapakah dia? * Dr Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Ikim |
PRU: SPR mahu Pakatan timbang kos, masa Posted: 26 May 2012 03:49 AM PDT PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di negeri masing-masing serentak jika Parlimen dibubarkan dengan mengambil kira faktor masa dan kos. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, selain faktor kos, pihaknya berharap kesemua empat negeri akan berbuat demikian atas pertimbangan masa iaitu mandat pemerintahan masing-masing akan berakhir antara April dan Mei tahun depan. "Kita harap begitu, tolonganlah ingatkan wang rakyat jika terpaksa jalankan pilihan raya berbeza… tempoh tidak lama kalau pilihan raya berlaku, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun), pada April 2013 akan tamat, beberapa bulan sahaja, di negeri Selangor RM30 juta untuk adakan pilihan raya baru. Pulau Pinang RM20 juta, bergantung kepada pengundi Selangor ada dua juta pengundi dan masih ada 600,000 belum daftar," kata beliau dalam temu bual bersama Sinar Harian dan Sinar Harian Online. Wan Ahmad berkata, bajet pilihan raya bergantung kepada jumlah pengundi di sesebuah negeri, selain pusat saluran, pusat pengundi, petugas dan peralatan pilihan raya. "Elaun petugas meningkat 100 peratus, petugas tak nak kerja elaun kecil dan tertekan takut," katanya lagi sambil menambah, "jika pilihan raya berasingan, buat dua kali benda sama, petugas sama , tutup sekolah dua kali, taklimat sekali, polis bekerja dua kali," katanya. [BAHAGIAN PERTAMA WAWANCARA - PRU13: SPR sedia 99.9% akhir Jun] [BERITA BERKAITAN- 'Rakyat menanti tarikh PRU13'] Kebanyakan negeri pimpinan PR dijangka mengadakan pilihan raya berasingan jika Kerajaan Pusat membubarkan Parlimen lebih awal, disebut-sebut bulan depan. Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan menyertai pilihan raya umum serentak jika Parlimen dibubarkan lebih awal - sebelum Julai ini - atas alasan memerlukan masa untuk melaksanakan program dirangka kerajaan negeri itu. Baru-baru ini, PR juga menegaskan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membubarkan Dun jika daftar pemilih, yang didakwa diragui, tidak dibersihkan. Dalam satu kenyataan pada 16 Mei lalu, Khalid enggan mendedahkan sama ada Selangor akan menyertai PRU13 bersama jika Kerajaan Pusat membubarkan Parlimen awal. Khalid berkata, langkah itu salah satu strategi politik seperti digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang masih merahsiakan tarikh sebenar PRU13. "Pilihan raya negeri ini pasti diadakan, namun sama ada dilakukan bersama Kerajaan Pusat atau tidak, terpulang kepada pihak kami untuk menentukan keputusan tersebut. "Strategi ini sama seperti tindakan Perdana Menteri untuk tidak menghebahkan tarikh pilihan raya, oleh yang demikian apabila tiba masanya nanti, kita akan umumkan," kata Khalid. Ketika ditanya sama ada SPR akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan-kerajaan negeri PR berhubung isu agar diadakan PRU serentak, Wan Ahmad berkata, pertemuan sedemikian tidak perlu. "Tidak perlu berjumpa, itu hak mereka, hak kerajaan negeri masing-masing ikut perlembagaan (negeri) mereka. "Mereka tahu apa buruk dan implikasi kerana pakar dalam pilihan raya. Bukan orang baru… setengah pemimpin parti 30 tahun dalam politik, mereka tahu buruk baik dan implikasi dan sebagainya yang mereka lakukan cakap, cuba laksanakan politik," katanya. Ditanya langkah SPR jika negeri-negeri PR memutuskan untuk mengadakan PRU awal, Wan Ahmad dengan berseloroh bertanya "boleh berlaku?" Beliau seterusnya menjawab, pihaknya akan meneliti jika keadaan itu berlaku kelak. Bagaimanapun katanya, undang-undang tidak menghalang mana-mana negeri daripada berbuat demikian. "Undang-undang tidak menghalang. Bila tiba masanya, kita akan lihat. Kami akan menyeberang apabila tiba di jambatan. Saya tidak dengar (kemungkinan itu), saya tidak pernah dengar ungkapan macam itu, tetapi undang-undang tidak menghalang, tiba masanya barulah SPR akan komen," kata Wan Ahmad. Wan Ahmad juga berkata, perkara itu tidak disentuh ketika rombongan Kerajaan Negeri Selangor mengadakan pertemuan dengan SPR bulan lalu. |
[Bergambar] Binatang Apa Simbah Cat Dalam Ceramah Nizar Di Perak? Posted: 26 May 2012 03:46 AM PDT KELAB GREENBOC Ceramah pembangkang terus dicemari perbuatan khianat apabila majlis melibatkan bekas menteri Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar semalam menyaksikan 11 kereta disimbah cat biru. Nizar berkata, perkara itu disedarinya ketika berceramah di hadapan 400 penyokong PAS di Sayong Lembah selepas dimaklumkan. "Saya dimaklumkan kereta disimbah cat biru. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata anggota Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Malaysiakini. Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Seorang anggota penganjur yang enggan namanya disebut memberitahu, ketika kejadian kelihatan sekumpulan pemandu motosikal mengganggu ceramah. Malam tadi, ceramah PKR di Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur turut merakamkan insiden seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang diadakan berdekatan. -mk Ulasan GB Semakin hari semakin nyata, siapa yang ganas? UMNO BN atau Pakatan Rakyat? |
Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi Umno Posted: 26 May 2012 03:44 AM PDT MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini. "Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga. "Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita. Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini. |
Jawatan MB: Tawan Kedah dulu, kata Mukhriz Posted: 26 May 2012 03:42 AM PDT KUALA NERANG - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta agar khabar angin yang beliau akan menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dihentikan kerana ia terlalu awal untuk dikatakan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata BN perlu menang dahulu dalam PRU13 dan selepas itu baru boleh bercakap siapa yang akan menjadi Menteri Besar (MB). "Tak guna kita cakap mengenai jawatan MB sekiranya BN belum lagi menang dan pilihan raya pun belum diadakan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Kedah 2012 di sini hari ini. Khabar angin mengatakan bahawa Mukhriz akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU-3 dan jika BN menang beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau berkata untuk menang bukan seorang saja yang perlu menang tetapi memerlukan majoriti dalam kerusi DUN untuk mendirikan kerajaan di peringkat negeri. Katanya, beliau bukanlah orang yang suka berebut jawatan serta tanggungjawab yang berat tetapi bersedia menerima apa saja keputusan pimpinan tertinggi. "Saya ni stail orang lama...tolak menolak. Bagi orang lain pi (naik) dulu la. Saya sanggup bantu di sebalik tabir. Tak kiralah apa pun tempat yang diletak oleh Perdana Menteri, yang itu saya terima. "Jadi saya tak berharap sangat kerana orang yang berharap mudah kecewa. Jadi saya tak mau kecewa dan tak berharap. Tapi kalau dapat (jawatan) saya ingat boleh terasa beratnya tanggungjawab yang akan dipikul," katanya. Mukhriz berkata soal sama ada calon Menteri Besar adalah dari golongan muda atau sebaliknya tidak perlu timbul kerana kajian mendapati kriteria yang paling penting untuk memilih pemimpin adalah soal mudah didekati. "Contohnya kita tonjolkan seorang pemimpin muda tapi dia tak mudah didekati walaupun untuk masyarakat muda, jadi dia akan ditolak dalam pilihan raya kelak. Selain itu calon itu perlulah mampu selesai masalah kerana jika orang lama pun tapi mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah, dia pun mungkin akan dipilih," katanya. Beliau berkata apa yang penting sekarang ini ialah BN perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan parti lawan dan menawan semula Kedah. "Dalam soal MB ni, tak perlu ditimbulkan kerana saya takut juga ada pihak yang menimbulkan agenda tersendiri, saja nak lagakan kita. "Baru-baru ini pun ayah saya (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pesan kepada kita supaya jangan cantas mencantas sesama kita. Jadi, bila dah timbul perkara-perkara seperti ini seolah-olah kemenangan itu dah ada dalam tangan kita. Itu belum tentu lagi... kena berusaha lebih banyak," katanya. – Bernama |
Jawatankuasa Pilihan Raya Selangor Tunggu Laporan SISMEP 3.0 Posted: 26 May 2012 03:38 AM PDT SHAH ALAM Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor sedang menunggu maklum balas daripada Unit Pengukuhan Demokrasi berhubung keberkesanan aplikasi Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) 3.0 yang diperkenalkan baru-baru ini. Unit ini bertindak mengenalpasti daftar pengundi selain memberikan latihan dan pendidikan mengenai pilihan raya. Program Pengukuhan Demokrasi yang pertama kali diperkenalkan di Selangor melalui Belanjawan Selangor 2012 dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang hak demokrasi mereka. Program seumpama itu turut dijalankan di negeri-negeri lain termasuk yang dikuasai Umno-BN seperti di Negeri Sembilan dan Melaka. Terbaru aplikasi SISMEP 3.0 akan dilancarkan di Kedah dan Perlis. Menurut Pengerusi Pilihan raya Selangor, Borhan Aman Shah, pihaknya akan menganalisa hasil maklumat yang bakal diberikan oleh beberapa pihak yang sedang menggunakan sistem ini dalam gerak kerja pilihan raya terutamanya melibatkan proses mengenal pasti daftar pemilih Katanya, sistem ini sedang dipraktikkan di DUN Batang Kali dan Ketua Cabang PKR di beberapa kawasan Selangor diberikan aplikasi SISMEP 3.0 pada minggu lalu. "Sistem ini sudah diperkenalkan di lima negeri termasuk yang terbaru di Selangor. Kita telah berikan semua ketua cabang untuk muat turun sistem ini akan cuba pertingkatkan dari masa ke semasa. "Saya tidak dapat maklum balas lagi dari jentera. Sekarang kita akan menggabungkan maklumat berhubung pengundi dari Unit Pendemokrasian Selangor. Kita berikan mereka tempoh masa untuk membuat analisa memandangkan kawasan DUN agak kecil berbanding Parlimen," katanya Jelas beliau sistem ini bukan hanya mencari pengundi hantu semata-mata tetapi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemaskini data dengan lebih baik. |
DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah Posted: 26 May 2012 03:36 AM PDT AMPANG : Iskandar Abdul Samad hari ini mendedahkan terdapat pertambahan pengundi meragukan di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini serta pertambahan penduduk ketara sejak 2008. Katanya, di tiga lorong itu bagi 10 rumah dari 2007 hingga tahun lalu mencatat pertambahan 236 orang dan ini mendatangkan keresahan kepada penduduk. "Kalau kita lihat yang paling ketara ialah Lorong Cantik di rumah nombor lima, tahun 2007 ada lapan pengundi tetapi yang terkini sehingga 2011 ada 43 pengundi bermakna ada pertambahan 35 orang. "Tidak mungkin dalam rumah sebegini akan bertambah begini ramai dalam masa empat tahun, begitu juga rumah-rumah lain yang dilihat bertambah hingga satu rumah ada 10 orang baru," katanya yang juga Adun Chempaka. Iskandar berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan dan melakukan tindakan sewajarnya berhubung pendedahan 'pengundi hantu' ini. Tambahnya ia tidak mungkin dilakukan individu tertentu tetapi pihak berkepentingan. "Walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat tetapi demi kredibiliti SPR ia tidak sepatutnya berdiam diri," ujarnya. Seorang penduduk, Mohd Fauzi Ariffin, 26, berkata ayahnya Ariffin Sahak, 76, tinggal bersendirian di rumahnya sejak sekian lama tetapi kini dikatakan terdapat empat penghuni baru yang tidak dikenali. "Semakan mendapati ada empat orang menetap di rumah saya di Lorong Kemajuan 1. Memang saya tak mengenali dan tak tahu siapa mereka ini. "Tahun 2007 hanya ayah saya seorang didaftarkan di rumah ini," katanya. Iskandar berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu dari penduduk tempatan dan ia adalah memeranjatkan. Malah, siasatan mendapati DUN Chempaka mendapat pertambahan pengundi baru kira-kira 25 peratus, ini menunjukkan peningkatan seramai 8,000 pengundi dari 32 ribu kepada 40 ribu pengundi "Hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha yang terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan DUN tertentu di Selangor. "Mereka yang melakukan pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui proses pilihan raya biasa kemungkinan besar tidak akan berjaya," katanya dalam sidang media di sini hari ini. |
Sabak Bernam Jadi Hab Pengeluar Kelapa Pandan Posted: 26 May 2012 03:34 AM PDT SHAH ALAM : Kerajaan negeri berhasrat menjadikan daerah Sabak Bernam sebagai hab pengeluar kelapa pandan terbesar di Malaysia dalam tempoh empat tahun dari sekarang. Pengerusi Tetap Pemodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Selangor ,Dr Yaakob Sapari berkata sebanyak 10,000 pokok kelapa pandan sedang diagih-agihkan secara berperingkat melalui ketua kampung yang akan diserahkan kepada penduduk kampung. "Agihan sedang dijalankan dalam usaha untuk menjadikan Sabak Bernam sebagai hab pengeluar kelapa pandan terbesar pada masa akan datang. "Dalam hal ini, kerajaan negeri mengambil sikap jujur dan amanah dalam memberi bantuan kepada rakyat melangkaui politik kepartian mereka," ujar Dr Yaakob dalam kenyataan medianya. Selain itu, beliau turut menggesa penduduk kampung agar menanam kelapa pandan khususnya di kawasan sawah bagi menggantikan tanaman terbiar dan tidak mendatangkan hasil. Hal ini selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi memastikan aset di kampung-kampung dapat dibangunkan dan dinikmati bersama. Menurut Dr Yaakob, satu pokok boleh menghasilkan 10 – 14 tandan setahun, secara purata satu tandan boleh menghasilkan 10 – 12 biji buah kelapa. Justeru, dianggarkan sekitar 100,000 – 120,000 biji kelapa pandan akan dapat dihasilkan dalam setahun. Tambahan pula, pihak kerajaan dapat mengurangkan buah kelapa pandan yang diimport khususnya dari Thailand. Jika program ini berjaya, Sabak Bernam bakal mengisi keperluan kelapa pandan kepada penduduk sekitar Lembah Kelang. "Kita mahu rakyat bersungguh-sungguh dalam menjayakan bidang pertanian dengan menunjukkan hasil yang benar-benar dapat dilihat di depan mata. Pertanian bukan sekadar kita berbangga dengan gambar-gambar besar yang dipaparkan di billboard, malah kejayaan sebenar adalah apabila bantuan yang diberikan kepada rakyat dapat dinikmati secara berterusan. "Secara tidak langsung, usaha ini mampu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk. "Usaha ini juga akan menjadikan kawasan persekitaran khususnya di desa-desa dan kampung-kampung lebih bersih dan kemas melalui tanaman pokok kelapa itu nanti," kata Dr Yaakob. |
Kuota Haji: Temberang & Dusta Sang Menteri Untuk Burukkan Bersih Posted: 26 May 2012 03:32 AM PDT KELAB GREENBOC Kurang kouta haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0 MELAKA: Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu. Gambar: Perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah "Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0. "Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini. Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi. Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi. Roboh untuk buat yang baru "Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru. "Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan. "Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar. Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0. "Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka. "Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar. -HD PM diminta campur tangan selesai masalah kuota haji Ulasan GB Dasar berita penipu. GB pernah ulas. Petikan: Kerana tiada sebab untuk kerajaan Arab Saudi berasa bimbang terhadap sekumpulan rakyat malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. |
Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut Posted: 26 May 2012 03:27 AM PDT KELAN GREENBOC Petaling Jaya – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher dan beg tangan dilarikan peragut. Gambar: Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan hanya memerhatikan kejadian ragut yang berlaku. Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata, kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium Kelana D'Putra, Kelana Jaya dekat sini. "Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri," katanya. Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku. "Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang motosikal," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, semalam. Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan mengecewakan. "Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan kondominium itu. "Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap pengurusan kondo ini kerana cuai," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya. Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya. -SH |
PKR Kecam Serangan ‘Malam Berdarah Lembah Pantai’ Posted: 26 May 2012 03:24 AM PDT SHAH ALAM : PKR menyelar dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Umno kerana mengganggu program Ceramah Perdana PKR Lembah Pantai yang berlangsung di Apartment Pantai Permai pada 24 Mei lepas. Dalam kenyataan media bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan provokasi samseng Umno yang membaling batu bata, telur dan botol air mineral mengakibatkan dua orang yang menghadiri ceramah PKR mengalami kecederaan. "Beberapa pegawai Ahli Parlimen Lembah Pantai diugut sebelum dan sewaktu program ceramah ini berlangsung dan tayar kereta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang diletakkan di tapak berdekatan dengan tapak tempat ceramah juga telah ditoreh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata kenyataan media itu. PKR menggesa supaya polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) menyiasat bagaimana kuarters tersebut dibenarkan untuk diguna pakai pihak Umno. PKR melihat tindakan provokasi Umno bukan sahaja pada malam itu tetapi pada insiden-insiden sebelum ini di Merlimau, di Felda Lepar Hilir dan banyak lagi sebagai satu taktik yang cukup terdesak oleh sebuah parti politik yang cukup ghairah untuk terus memegang kuasa dengan apa cara sekalipun. "PKR menggesa pihak Polis untuk menyiasat insiden ini dan juga insiden-insiden seumpanya dengan sepenuhnya, agar mereka yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," jelas kenyataan media itu. |
Noh Tiada Kepakaran Dalam Pengurusan Air, Patut Selesaikan Isu NFC Posted: 26 May 2012 03:16 AM PDT SABAK BERNAM : Masalah utama Noh Omar ialah beliau tidak faham dan tidak tahu menyelesaikan masalah air yang berlaku kini, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tambahnya, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak mempunyai kefahaman yang begitu baik untuk mencampuri urusan itu. Noh sepatutnya menjaga kementeriannya dan mengkaji semula isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) kerana ia melibatkan nilai yang tinggi. "Saya rasa dia tidak faham. Nanti saya akan ajar dia..Nanti saya akan buat penjelasan berapa jumlah air mentah, bagaimana air mentah jadi terawat, apakah masalah pengurusan yang berlaku dan bagaimana pilihan untuk mendapatkannya dengan harga yang terendah. "Oleh kerana dia tidak mempunyai kepakaran dalam perkara ini, saya merasakan tidak perlu diendahkan kerana dia punya kementerian pun tidak begitu baik. Banyak perkara dalam kementerian yang dia tidak jaga, jadi lebih baik dia memberi perhatian. Contohnya kes NFC,," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Peringkat Negeri Selangor di sini. Justeru, jika Noh berjaya selesikan isu NFC, kita bagi penghormatan kepadanya. Menteri Besar memberitahu penjelasan berkenaan masalah air ini nanti akan diperincikan Rabu depan, selepaas mesyuarat Exco. "Saya akan terangkan satu demi satu supaya semua pihak dan masyarakat akan memahami tentang perkara ini, " katanya. Noh dalam satu kenyataannya cuba menyangkal fakta yang diberikan oleh Abdul Khalid bahawa tujuh empangan yang ada di Selangor pada ketika ini mampu menampung keperluan air di Lembah Klang, sekaligus menafikan tomahan Umno-BN bahawa akan berlaku krisis air menjelang 2014. |
LZS Peruntuk RM55 Juta Perkasa Pendidikan Islam di Selangor Posted: 26 May 2012 03:13 AM PDT SABAK BERNAM: Sejumlah RM55 juta diperuntukkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk disalurkan kepada bahagian pendidikan Islam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Penyerahan 'Mock Up Check' itu disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Guru JAIS peringkat negeri, di sini yang turut dihadiri Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin. Peruntukkan itu melibatkan 14 jenis bantuan dan sumbangan antaranya bantuan elaun guru Kursus Asas dan Fardu Ain(KAFA) negeri berjumlah RM26 juta. Selain itu, sumbangan pembelian perabot bagi Sekolah Agama sebanyak RM600,000, sumbangan pembelian bilik darjah dan baik pulih bangunan sekolah sebanyak RM2 juta dan sumbangan baik pulih Sekolah Agama Menengah(SAM) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi(SAMT) berjumlah RM4,407,016. Manakala sumbangan baik pulih Mahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi(MITS), Sekolah Rendah Agama(SRA) dan Pra Sekolah pula sebanyak RM9,026,535 dan sumbangan baik pulih KAFA Integrasi sebanyak RM5,782,901. Selain itu, sebanyak RM997,200 diberikan sebagai sumbangan biasiswa galakan pelajar, RM34,000 kepada anugerah pendidikan Sultan Idris dan RM160,000 bagi sumbangan kursus Bahasa Arab ke Timur Tengah dan sebanyak RM189,680 kepada program jati diri pelajar MITS Bagi peruntukkan khas tambahan bilik darjah untuk dua buah KAFA Integrasi pula sebanyak RM969,180 dan tambahan bilik darjah bagi lapan buah Sekolah Rendah Agama sebanyak RM3,876,720. Peruntukkan pembinaan surau di Sekolah Rendah Agama sebanyak RM715,000 dan sumbangan pembinaan kantin Sekolah Rendah Agama pula sebanyak RM276,850. Sambutan hari guru peringakat Selangor kali ini disambut meriah dengan kehadiran guru-guru agama dari seluruh negeri yang memenuhi Kompleks Pendidikan Islam JAIS, Bagan Terap, Sabak Bernam di sini. Dalam majlis ini bekas pendidik Sarbini Ismail,64, dan Masirah Maslan,64, menerima angugerah tokoh guru yang disampaikan Menteri Besar. Turut hadir Exco Selangor, Dr Halimah Ali. |
Tinjauan: 49% tak percaya proses p'raya Posted: 25 May 2012 05:30 PM PDT Tinjauan yang dibuat dalam minggu-minggu sebelum perhimpunan BERSIH pada penghujung April mendapati hampir separuh daripada responden tiada kepercayaan dalam proses pilihan raya semasa. Menurut tinjauan Merdeka Centre pada 14 hingga 26 April, sebanyak 49 peratus tidak percaya proses itu bebas daripada ketidakaturan. Daripada 1,019 orang responden, hanya 20 peratus "sangat yakin" bahawa proses pilihan raya Malaysia boleh dipercayai. Dari segi pecahan kaum pula, sebanyak 68 peratus responden berbangsa Cina tidak percaya pada proses itu berbanding 19 peratus orang Melayu berpendirian sama. Masyarakat Melayu kelihatan lebih optimis dengan 57 peratus masih percaya berbanding 39 peratus lagi sebaliknya. Golongan India pula mencatatkan separuh tidak yakin. |
Pemuda PAS kumpul di NST bantah laporan 'bapa kafir' Posted: 25 May 2012 05:26 PM PDT Kira-kira 70 penyokong Pemuda PAS hari ini berhimpun di hadapan ibupejabat New Straits Times di Bangsar kerana membantah penyiaran laporan berita yang menggelar Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai bapa kafir. Sambil menuntut supaya akhbar berkenaan menarik balik laporan tersebut dan membuat permohonan maaf, mereka mengadakan gimik dengan memijak dan mengoyak akhbar berkenaan. Perhimpunan selama lebih 30 minit bermula jam 2 petang itu, diketuai Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai beberapa exco Pemuda termasuk Kamaruzaman Mohamad dan Mohd Sany Hamzan. "Berita itu tidak dapat diterima oleh PAS dan umat Islam," kata Khairul Faizi dalam uacapannya sambil diiringi laungan "jahanam NST" dan "boikot NST". Menurutnya lagi, sekiranya akhbar berkenaan enggan berbuat demikian, pihaknya mengancam untuk membakar akhbar itu dalam perhimpunan PAS pada 1 Jun ini di Kedah. Manakala Mohd Sany (bawah, berbaju oren) dalam ucapannya pula berkata pihaknya boleh menerima dakwaan bahawa menteri besar Kelantan itu tidak pandai memerintah negeri atau negeri itu mundur dengan menjawab kembali tuduhan itu. Beliau yang juga pengarah jabatan pilihan raya Pemuda PAS bertanya kepada penyokongnya yang hadir, bolehkah mereka menerima tuduhan Nik Aziz bapa kafir. "Tidak," jawab penyokong yang hadir. Sementara itu, Kamaruzaman yang ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan laporan tersebut "sangat biadab". Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, beliau berkata, perhimpunan hari ini adalah langkah susulan selepas mereka menghantar memorandum minggu lalu, menuntut akhbar itu menarik balik laporannya dan memohon maaf. "Tetapi kita dapat surat balas menyatakan berita itu sah, maka kita tuntut sekali lagi (hari ini) permohonan maaf dan laporan itu ditarik balik," katanya. Kamaruzaman berkata pihaknya memberi tempoh seminggu lagi kepada NST untuk berbuat demikian, jika tidak pihaknya akan memboikot akhbar terbitan syarikat tersebut. Sebelum itu, sejurus selesai ucapan dan doa dibacakan, Mohd Sany serta beberapa pemimpin dewan itu, bertindak memijak naskhah akhbar tersebut. Pada mulanya, mereka mahu memijak akhbar tersebut di dalam kawasan pejabat NST, tetapi dihalang oleh anggota polis. Kira-kira 10 anggota polis berkawal di situ. Sebelum itu, kumpulan penyokong Pemuda PAS berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar berhampiran premis syarikat akhbar berkenaan. Mereka membawa poster antaranya tertulis: "Damn You NST" dan "Boikot NST" sambil melaungkan takbir, "Hidup Islam", "Sayang Tok Guru" dan "NST Fitnah". |
Bas terbalik: Seorang jemaah tabligh maut, enam parah Posted: 25 May 2012 05:24 PM PDT BALIK PULAU - Sebuah bas yang disewa sekumpulan jemaah tabligh warga Myanmar terbalik di Jalan Bukit dekat sini malam ini. Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang daripada 44 jemaah tabligh yang menaiki bas itu mati di tempat kejadian. Menurut jurucakap bomba, siasatan awal mendapati, selain seorang mangsa yang mati di tempat kejadian, enam orang termasuk pemandu bas cedera parah. Sinar Harian difahamkan, mayat mangsa dan yang parah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala yang cedera dirawat di Hospital Balik Pulau. Rombongan itu difahamkan menuju ke Masjid Sungai Rusa untuk mengikuti program keagamaan yang dihadiri ahli-ahli jemaah tabligh selama tiga hari bermula hari ini. Difahamkan pemandu berusia 40-an berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun anak mangsa yang bersama mengikutinya selamat. |
Posted: 25 May 2012 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik dengan memecahkan pintu belakang sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Stesen Aliran Ringan Universiti di Bangsar di sini sekali gus dapat melarikan wang lebih RM100,000. Kejadian itu hanya disedari pada pukul 1 petang semalam apabila seorang juruteknik, Rahim Nasir, 29, melakukan pemeriksaan sebaik menerima laporan wang di dalam mesin berkenaan lesap. Katanya, sebaik tiba, dia dapati papan kekunci di belakang ATM tersebut telah diumpil dan pencuri menggunakan mesin gerudi untuk memecahkan dinding konkrit yang menempatkan peti besi. "Penjenayah juga mematikan alat penggera yang dipasang di peti besi tersebut. "Dia juga dapat melengah-lengahkan pihak berkuasa untuk mengesan jenayah itu dengan memecahkan bahagian belakang mesin tidak seperti kes-kes sebelum ini yang dirosakkan di depan," ceritanya. |
PRU13: Peluang 50-50 di tiga negeri Posted: 25 May 2012 05:09 PM PDT ROMPIN - Seluruh jentera pilihan Pas sudah sedia hadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa sahaja dan kini mereka hanya menanti isyaratnya sahaja. Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, persediaan parti itu sudah cukup mantap dan turut meramalkan PR mampu merampas beberapa negeri lain jika PRU13 diadakan secara bersih dan adil. "Pas dah bersedia. Macam biasa, sekadar yang termampu. Kita bukan bergantung kepada kewangan tetapi bergantung kepada semangat ahlinya yang tinggi daripada dulu hingga sekarang. "Kalau pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, kita yakin akan dapat semula Perak, kita akan dapat Negeri Sembilan dan Johor pun kita letak dalam keadaan 50-50. Begitu juga dengan perkembangan baik sokongan pengundi terhadap PR di Melaka," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Ceramah Pas di Kampung Pianggu, Rompin, di sini. Beliau turut yakin sokongan pengundi Melayu kini kembali kepada Pakatan Rakyat terutama selepas beberapa siri kemelut dihadapi Umno kebelakangan ini. "Walaupun kehadiran ceramah tidak menjadi ukuran namun kita dapat anak muda sekarang ini semakin cenderung menyokong PR. "Saya yakin PRU kali ini akan besar memihak kepada kita," katanya. |
Bubu bukan cucu Sultan Selangor Posted: 25 May 2012 05:07 PM PDT SHAH ALAM – Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa. Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni. "Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj," katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam. Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu. Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini. "Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar. "Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," kata Bubu. |
Nik Aziz batal hasrat muzakarah dengan Umno Posted: 25 May 2012 05:05 PM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan pendirian Pas Pusat yang memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno. Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah. "Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. Pada 16 Mei lalu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno. Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut. "Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno)," katanya. Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam. "Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah," katanya. Dua hari sebelum itu, Abdul Hadi mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat kecuali dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. |
Nazri pertahan tindakan atas Bersih Posted: 25 May 2012 05:03 PM PDT KL TODAY Putrajaya mempertahankan dakwaan terhadap Bersih 2.0 atas kemusnahan yang dibuat ketika perhimpunan 28 April, kerana kumpulan pemerhati pilihan raya itu "jelas" telah melanggar undang-undang yang diperuntukkan Akta Perhimpunan Aman 2011.Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, akta berkenaan telah dikuatkuasakan dan sesiapa yang didapati melanggar akta tersebut perlu dihukum."Jelas mereka telah melanggar undang-undang. Dan tiada pihak yang boleh melangkaui undang-undang," kata menteri berkenaan. Ahli Parlimen Padang Rengas itu menambah, pemimpin Bersih 2.0 jelas peruntukan berkenaan akta tersebut, yang dikuatkuasakan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan tidak seharusnya berpura-pura terkejut kerana disaman ekoran kemusnahan yang dilakukan. "Mereka sedar dan maklum sebab dan akibat daripada tindakan mereka. Jadi, sekarang, sama ada orang fikir ia betul atau tidak, ia terletak di bawah kuasa mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan," katanya. "Selain itu, mereka yang mengatakan mereka menentang kerajaan mengambil tindakan adalah orang yang sama yang menyokong mereka yang melanggar undang-undang tersebut," tambahnya merujuk kepada Bersih 2.0. Jelas Nazri, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tersebut walaupun dikritik, malah akan terus menggunakan peruntukan daripada akta tersebut apabila diperlukan. "Kami akan teruskan. Tindakan akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tanpa mengira pertubuhan mereka," tegasnya. Kerajaan telah mengemukakan saman terhadap Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 kerana didakwa telah menyebabkan berlakunya kemusnahan yang dianggarkan bernilai RM122,000 ekoran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Kesemua 10 ahli jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, adalah pihak pertama yang disaman di bawah Akta Perhimpunan Aman, kurang sebulan selepas akta yang membenarkan rakyat berhimpun "selaras kehendak antarabangsa" dikuatkuasakan. Namun Bersih 2.0 semalam menegaskan mereka telah bersedia untuk mempertahankan diri dan menggunakan dana khas untuk membiayai proses perundangan tersebut. "Kami telah bersedia untuk mempertahan diri. Kami mempunyai peguam yang sedia mengambil kes kami," kata Ambiga kepada pemberita sewakti sidang media di luar kediamannya di sini. Pengerusi Bersama Bersih itu menjelaskan penyokong dan jiran-jirannya sudah mula meraih dana, dan berterima kasih kepada mereka kerana "memberikan bantuan terhadap tindakan yang akan kami hadapi." Salinan writ saman itu dihantar menyebut kerajaan akan mengemukakan saman terhadap Bersih di bawah Seksyen 6(2)(g) akta tersebut yang menyatakan penganjur harus "memastikan perhimpunan tidak membahayakan kesihatan atau mendatangkan kerosakan terhadap harta benda atau alam sekitar." Plaintif mendapati defendan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka apabila perhimpunan menjadi kucar-kacir dan berubah menjadi rusuhan, memusnahkan kerosakan terhadap kenderaan milik plaintif," jelas writ tersebut. Kenyataan itu juga menyenaraikan 15 kenderaan, majoritinya milik polis, dan perlu dibaiki semula dan menelan belanja RM122,000. Kerajaan turut menuntut beberapa kemusnahan am, kepentingan, dan pengesahan Bersih telah melanggar Seksyen 6(2) (g). Tindakan itu diambil selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Presiden Azmin Ali dan Ketua cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin semalam didakwa kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan terbabit di bawah Seksyen 4(2)(c) akta PAA 2012. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan ketika membentangkan akta tersebut di Parlimen tahun lalu, ia bakal menyaksikan "pembaharuan" dan membenarkan rakyat Malaysia terlibat dengan perhimpunan aman "selari dengan budaya dan kehendak antarabangsa." Kes berkenaan akan disebut pada 13 Jun dijadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Prasad Sandosham Abraham. Ambiga telah mengarahkan ribuan peserta perhimpunan di Dataran Merdeka untuk bersurai pada jam 2.30 petang pada 28 April tersebut. Namun begitu, pengumuman beliau itu tidak diendahkan penyokongnya. Sejurus jam 3 petang, sebahagian perusuh mula merempuh halangan yang dibina pihak berkuasa di sekeliling dataran tersebut dan memaksa polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh. Polis kemudiannya mengejar perusuh hingga ke kawasan lorong-orong sekitar dataran bersejarah tersebut dan turut melihatkan kedua-dua pihak mula menggunakan kekerasan yang berlanjutan. Sehingga empat jam kemudiannya.. Terdapat juga segelintir perusuh yang mendakwa diserang sekumpulan lebih 10 anggota polis pada masa yang sama dan menunjukkan bukti kejadian tersebut, namun polis turut menegaskan perusuh mula mengganas dan menyerang kereta polis. Kereta polis itu kemudiannya melanggar bangunan sebelum beberapa perusuh menerbalikkannya. |
Umno: PKR tidak harus buat tuduhan melulu Posted: 25 May 2012 04:59 PM PDT Azuz berkata, beliau tidak dapat memastikan punca insiden dan juga siapa yang terlibat menyebabkannya berikutan keadaan ketika yang gelap. "Tak baik kita menuduh orang lain, biarkan perkara itu jelas baru kita adili dengan cara betul," katanya lagi. Azuz turut menasihatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya jangan membuat tuduhan melulu sebelum mendapat maklumat yang jelas. Terdahulu pagi tadi, Nurul Izzah berkata, pihaknya telah membuat laporan polis bersama mangsa yang tercedera berhubung kejadian malam tadi. Sehubungan itu, Nurul Izzah juga berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas samseng yang mencetuskan hura-hara ketika Ceramah Perdana Keadilan yang berlangsung di pekarangan Apartmen Pantai Permai malam tadi, kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap. "Saya tak boleh nak salahkan sesiapa kerana kedaan malam itu gelap dan sukar nak kenal pasti siapa yang melakukan perkara tersebut. "Kalau Izzah sudah membuat laporan polis, kita tunggu sahaja laporan yang akan diterima nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian petang tadi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan