Sabtu, 26 Mei 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kadir Jasin - Pak Pandir Zaman Kini

Posted: 26 May 2012 09:04 AM PDT

A.Kadir Jasin menulis dalam blognya Daripada pendakwa Kepada Pembela, cuba mempertikaikan bekas Peguamcara Kanan II Mohd Yusof Zainal Abiden yang baru lepas bersara, tiba-tiba bertukar haluan menjadi pembela Anwar Ibrahim dalam kes langgar perintah mahkamah berkaitan demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau bersikap seperti pencacai Umno yang lain, cuba menyalahkan Mohd Yusof diatas kegagalan kerajaan dalam pendakwaan liwat kedua Anwar Ibrahim.

Kadir dengan sinis mempertikaikan kemampuan Mohd Yusof dengan berkata, "Soalnya, kalau Mohd Yusof gagal dalam pendakwaan terhadap Anwar adakah dia akan berjaya dalam pembelaan Anwar?"

Kadir cuba memberi gambaran kurang baik dengan menyertakan ungkapan dari seorang peguam Amerika, Melvin "Bellicose" Belli: "There is never a deed so foul that something couldn't be said for the guy; that's why there are lawyers."

Diterjemahkan nya,"Tidak pernah ada perbuatan yang begitu jahat sehingga tidak ada sesuatu yang boleh dikatakan (bagi membela) orang yang melakukannya; sebab itulah ada orang (yang bergelar) peguam."

Dan penulis terkenal Amerika, Ambrose Bierce pula berkata: "Lawyers are one skilled in the circumvention of the law."

Dalam bahasa Melayu, peguam adalah seorang yang pandai mencari jalan untuk memintasi undang-undang.

Hakim Mohamad Zabidin membebaskan Anwar Ibrahim dengan berkata, "Kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan."

Kadir sepatutnya bergembira diatas pembebasan Anwar Ibrahim kerana menurut '7 Kalaunya' beliau memberikan 3 andaian bahawa pembebasan Anwar Ibrahim akan memberikan advantage kepada Umno/BN.

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan "mati syahid" oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Jelas, bahawa Kadir sebagaimana pendirian Mahathir dan Najib, lebih suka sekiranya Anwar dipenjarakan.

Namun bagaimana pun hanya satu andaian Kadir yang menepati senario politik tanah air sekarang ini : 4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum.

Andaian tersebut nampak terserlah sekarang ini hingga membuatkan Umno/BN menjadi menggelabah tidak tentu arah .

Maka sebab itulah kini Kadir cuba mempertikaikan pembebasan Anwar dan mahu meletakan segala kesilapan itu ke atas bahu Mohd Yusuf.

Mohd Yusuf hanyalah seorang peguamcara.Yang buat keputusan adalah Hakim.

Saya kira, Mohd Yusuf telah melaksanakan tugasanya dengan penuh komitmen dan bertanggung jawab.Kalau tidak sudah tentu Peguam Negara akan mengambil tindakan memecat beliau. Atau pernahkah kita dengar rungutan Peguam Negara mengenai performance Mohd Yusuf selama ini?

Oleh kerana profession Kadir adalah kewartawanan, maka sukalah saya menyertakan ungkapan-penulis taraf dunia yang terkenal , Charles Dicken , sebagai 'tit for tat' dan untuk direnungkan bersama : "If there were no bad people there would be no good lawyers.

Terjemahannya : Sekiranya tidak ada orang yang jahat, maka tidak akan ada peguam yang baik.

Bagi Kadir, ungkapan yang sesuai untuk kamu ialah dari Norman Mailer, "If a person is not talented enough to be a novelist, not smart enough to be a lawyer, and his hands are too shaky to perform operations, he becomes a journalist."

Terjemahan nya, "Sekiranya seseorang itu tidak cukup berbakat untuk jadi nobelis, tidak cukup bijak untuk jadi peguam, dan tangannya terlalu gementar untuk melakukan pembedahan, dia menjadi wartawan.

Jika berpandukan kepada Etika Kewartawanan Malaysia , ia menggariskan bahawa peranan utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar.

Kadir gagal menampilkan ciri tersebut dalam tulisanya tanpa memberikan butiran yang jelas selain menyertakan ungkapan-ungkapan untuk menyindir kewibawaan Mohd Yusof.

Kalau kebudayaan Sepanyol ada Don Quixote, Amerika Syarikat ada 3 Stoogers, dan budaya british ada Mr. Bean, kita di Malaysia pula ada Pak Pandir.

Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan, Kadir Jasin adalah sangat layak menjadi Pak Pandir zaman sekarang!

Umno/BN Perak Macam Biawak Gabra

Posted: 25 May 2012 10:30 PM PDT

Kami pasang kain rentang untuk ceramah 28 MEI ini,
kat belakang tu,
kain rentang Umno/BN; ada kami kisah?

Geli hati bila baca entri Peraktodi di sini. Umno /BN kata PR macam cacing kepanasan hingga sanggup melakukan taktik kotor bagi menggagalkan ceramah mereka.

Walhal yang sebenarnya, merekalah yang gabra. Budak-budak sekarang kata - Gabra biawak!. Maka itulah yang boleh kita umpamakan sikap Umno/BN dalam menghadapi ceramah Pakatan Rakyat yang semakin kerap diadakan dan mendapat sambutan rakyat.

Umno/BN akan mengganggu dengan mengadakan ceramah berdekatan dengan majlis ceramah PR disetiap kali PR mengadakan ceramah. Malam tadi, penceramah Umno/BN, katak yang melompat dari PKR , Hanafiah Man berikrar akan mengekori kemana DS Nizar berceramah! Ha! ha! fulus! fulus punya pasal!

Ceramah PAS di Sungai Rokam pada 13 Mei lepas,
tetap mendapat sambutan masyarakat

Di Dun Sungai Rapat sahaja, Hamidah Osman buat kerja bodoh ini sudah 10 kali, termasuk di Taman Pakatan yang heboh diperkatakan kerana ada hidangan Babi Panggang dan minuman arak.

Peraktodi kata :

Parti pembangkang kini ibarat cacing kepanasan hingga sangggup melakukan taktik kotor bagi menggagalkan siri ceramah Nizar Pembohong Bersiri yang dianjurkan di serata negeri.

Buktinya, salah satu daripada enam kain rentang yang mewar-warkan ceramah di perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Rokam, malam tadi lesap, dipercayai disabotaj parti pembangkang yang tidak mahu pembohongan yang ditabur pemimpin kebanggaan mereka,
Nizar Jamaluddin terbongkar satu demi persatu.


Alahai, malam tadi? Malam tu kan malam ceramah yang diadakan? Perlukah lagi kain rentang tersebut untuk memaklumkan kepada orang ramai? Sudah berapa hari ianya tergantung ditempatnya itu tanpa siapa yang nak ganggu.

Peraktodi merapu lagi dengan katanya:


"Semalam, Nizar sekali lagi membuat onar dengan menunjukkan isyarat bagus di kain rentang ceramah Nizar Pembohong Bersiri yang dipasang di simpang masuk ke Kampung Sungai Rokam dan hari ini, kami lihat kain rentang itu lesap entah ke mana,"


Suami isteri posing tolong promosikan ceramah Umno/BN
di facebook - tapi orang ramai tak mahu datang juga...

Bukankah DS Nizar dan isterinya telah bergambar di sebelah kain rentang itu dan ianya tersibar luas melalui facebook di-internet. Secara tidak langsung, DS Nisar telah membantu mempromosikan hebahan tersebut secara percuma.

Sepatutnya Peraktodi ucapkan terima kasih kepada Nizar dan isterinya kerana itu. Lagi pulak, Peraktodi tanpa malu-malu gunakan gambar tersebut untuk entrinya! Kasi kredit dengan tuan punya gambar!

Peraktodi bersungut lagi :

Azwan sedang menyampaikan ceramah, kelihatan beberapa penyokong parti pembangkang yang menaiki motosikal membawa bersama bendera PAS sebagai tanda protes terhadap penganjuran program itu yang bermula jam 9 malam.


Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut saya sendiri tidak pasti. Kalau kitaorang nak protes buat apa sekadar naik motor bawa bendera PAS? Adakah mereka mempunyai bukti nak kata begitu? Tapi kalau nak lihat keganasan Umno/BN mengganggu ceramah PAS, boleh lihat di sini.

Saya sendiri pun tidak berminat nak menjengok ceramah fitnah Umno/BN malam tadi.Tetapi dari maklumat yang diterima pagi tadi sewaktu saya gi pasang kain rentang, kehadiran ke ceramah malam tadi tu di dewan Sungai Rokam , tidak sampai pun 100 orang.

Ini bukan ceramah Umno/BN, Ini ceramah PR
di Kg Batu Satu, Jalan Tg Tualang pada 24 Mei lalu

Maka sebab itu Peraktodi tidak berani memaparkan gambar majlis malam tadi. Malu sendirilah sebab tiada sambutan.

Kain rentang mereka tulis nak buat di medan selera Sungai Rokam.Tiba-tiba diaorang buat kat dewan juga! Kan Pembohong namanya tu?

Menurut kengkawan, kali ini, tidak ada bas untuk mengangkut makcik-makcik tua ke majlis ceramah tersebut sebagaimana biasanya. Mungkin mereka pun dah tak lalu nak diperkudakan oleh Umno/BN!

Tiada ulasan: