Isnin, 21 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


GERAKAN: Batalkan demo di rumah Ambiga

Posted: 21 May 2012 07:00 AM PDT

MALAYSIA KINI
Parti GERAKAN menggesa kumpulan penjaja yang merancang untuk membuka gerai di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga supaya membatalkan rancangan tersebut.

Naib presiden Mah Siew Keong berkata tindakan mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman peribadi "perlu dihentikan kerana ia bukan sebahagian daripada budaya Malaysia."

"Jika amalan ini diteruskan, kita mungkin ada protes di seluruh negara di hadapan rumah seseorang setiap minggu," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau juga gembira kerana "protes tosai" di hadapan rumah timbalan ketua polis negara juga dibatalkan.

Rumah Ambiga sebelum ini menjadi sasaran, bermula dengan tindakan sekumpulan peniaga membuka gerai pada 10 Mei lalu, diikuti demonstrasi oleh sekumpulan bekas tentera, lima hari kemudian.

Pada Khamis dan Jumaat ini pula, sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di lokasi sama dalam kempen yang dinamakan mereka "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3."

Tindakan itu dirancang atas alasan untuk menampung kerugian mereka akibat perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di ibu negara.

Setiausaha Hadi pertikai interbiu 'basi' The Star

Posted: 21 May 2012 06:58 AM PDT


MALAYSIA KINI
Setiausaha politik presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertikaikan tindakan akhbar The Star menyiarkan semula wawancara "basi" yang menyatakan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Sedangkan, Abdul Hadi telahpun menjelaskan keputusannya itu dan sedia bertanding, selepas mesyuarat PAS pusat memutuskan demikian, kata Ahmad Samsuri seperti dipetik Harakahdaily.

"Ia adalah berita basi dan sudah boleh dianggap tertinggal zaman," laporan itu dipetik.

Ahmad Samsuri berkata dalam laporan itu menyatakan bahawa wawancara tersebut diadakan pada 3 April lalu, tetapi hanya disiarkan satu muka surat penuh semalam.

"Laporan ini amat memeranjatkan banyak pihak khasnya kepimpinan PAS, bagaimana isu yang sudah lama selesai tiba-tiba timbul kembali.

"Inilah bagi saya akhbar yang tertinggal zaman dan sampai sekarang saya tidak faham kenapa wawancara yang berjalan hampir dua bulan lalu baru disiarkan oleh The Star," kata Samsuri yang mempersoalkan kredibiliti akhbar tersebut.

Katanya, Abdul Hadi sememangnya bersikap demikian, dua bulan lalu namun keadaan itu berubah selepas keputusan mesyuarat PAS, seminggu selepas tarikh wawancara tersebut.

MCA tunggu laporan ahli Pengerang keluar parti

Posted: 21 May 2012 06:55 AM PDT

MALAYSIA KINI
MCA pusat masih menunggu laporan rasmi daripada MCA Johor mengenai tindakan 10 anggota dari bahagian Pengerang keluar parti itu Jumaat lepas.
  
gan ping sieu on sport betting 250610 02Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu berkata sekalipun sudah dimaklumkan mengenainya, MCA pusat perlu menunggu laporan rasmi sebelum membincangkannya.
  
Gan yang ditemui pemberita di Johor Bahru hari ini, diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina bahawa kumpulan itu bertindak keluar parti selepas MCA bahagian Pengerang tidak mengendahkan pandangan mereka berhubung Projek Pembanguan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.
  
Laporan terbabit juga menyebut 50 lagi anggota MCA dari bahagian itu akan menyusul jejak langkah kumpulan berkenaan tidak lama lagi.
  
Mengulas lanjut, Gan yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata beliau difahamkan tindakan kumpulan terbabit bukan disebabkan isu pampasan, tetapi kerana enggan berpindah dari Kampung Sungai Kapal yang terbabit dalam projek Rapid.

pengerang protest against petrochemical industry 180312 01"Saya faham perasaan mereka yang sayangkan kampung kerana telah lama tinggal di situ, tetapi mereka mesti membuat sedikit pengorbanan kerana ini merupakan projek yang bukan hanya penting kepada negeri tetapi negara," katanya.

Projek yang melibatkan pelaburan yang besar itu, katanya, penting untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk, khasnya generasi akan datang.
  
"Apa yang kerajaan dapat buat ialah membayar pampasan tanah kepada penduduk kampung mengikut harga pasaran, tapi pada dasarnya tujuan projek itu memang jujur dan murni untuk memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang," katanya.
  
Gan juga melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak terutamanya pembangkang, yang mempolitikkan isu Rapid dengan menuduh kerajaan sengaja memusnahkan kampung rakyat. Bernama

ANAK akan hantar notis tuntutan pada PM

Posted: 21 May 2012 06:53 AM PDT

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan menghantar notis tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya beliau menarik balik dan memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan perkataan "haram jadah" dalam ucapan pemberian durian runtuh kepada peneroka 8 Mei lalu.

NONEPresidennya Mazlan Aliman (kiri) berkata notis itu akan diserahkan selepas Najib pulang daripada luar negara dan beliau diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat demikian.

"Ucapan perdana menteri ini dijadikan bahan cemuhan oleh peneroka Felda... Peneroka yang yang tidak menandatangani (untuk persetujuan) penyenaraian (turut) berasa sedih," katanya dalam sidang media hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman malu terhadap Najib jika beliau gagal berbuat demikian selepas tempohnya tamat.

"Siapa akan menyaman, kita akan maklumkan kemudian. Peguam kita sudah bersiap sedia," katanya sambil menambah pihak telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Najib itu.

Mazlan juga kesal dengan sikap menteri dan ahli parlimen tertentu yang didakwanya turut mengeluarkan ucapan "yang mengaibkan dan mencemuh" peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia supaya keluar daripada FELDA.

"Bagi saya ia tidak wajar, tidak profesional dan bersifat kebudak-budakan. Mana boleh kita menggunakan hujah seperti itu. Apa kena mengena pemberian durian runtuh dengan status peneroka sebagai tuan tanah.

"Mereka masuk ke tanah rancangan bukan percuma, mereka bayar. Bagaimana menteri boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya.

ANAK mahu Bank Negara tarik balik borang pinjaman

Posted: 21 May 2012 06:51 AM PDT

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) supaya memberi perhatian serius kepada isu melibatkan borang pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

NONEPresiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) berkata borang yang dikeluarkan itu dalam bahasa Inggeris dan sukar difahami peneroka.

"Kita mohon perhatian serius supaya borang-borang yang dikeluarkan oleh tujuh bank tersebut dapat ditarik balik serta merta," katanya yang akan bertemu dengan wakil Bank Negara pada Rabu ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara perkara yang akan dibangkitkan dalam pertemuan itu nanti adalah berkaitan proses pemberian borang pinjaman oleh bank kepada peneroka untuk pembelian saham FGVH.

ANAK pada 10 Mei lalu menyerahkan bantahan oleh 154 penerika dari Pahang dan Johor yang mendakwa ditipu untuk menandatangani borang pinjaman bagi membeli saham tersebut.

Peneroka itu mendakwa diperdaya pengurus Felda supaya menandatangani borang tersebut, yang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Jadual pinjaman semula dan jumlah pinjaman berkenaan juga didakwa tidak dicatat dalam borang tersebut.

NONETambahnya, prospektus untuk penyenaraian itu masih belum diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, namun "sudah ada tangan-tangan ghaib" yang didakwanya cuba mempengaruhi keputusan suruhanjaya tersebut.

Mazlan turut memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak campurtangan dengan apa sahaja pertimbangan dan keputusan yang dibuat BNM dan Suruhanjaya Sekuriti dalam meluluskan cadangan penyenaraian itu.

"Saya harap biarlah Suruhanjaya Sekuriti mempertimbangkan secara profesional, berdasarkan bukti-bukti dan hujah yang kita kemukakan," katanya.

Tambahnya, ANAK tidak teragak-agak untuk mengheret Suruhanjaya Sekuriti ke mahkamah sekiranya badan itu didapati "dipaksa mengikut telunjuk perdana menteri."

Turut hadir dalam sidang media itu bekas pegawai kanan BNM Dr Rosli Yaacob yang juga pakar ekonomi ANAK dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) Razman Zakaria.

BERSIH 3.0: Suhakam adakan siasatan awam

Posted: 21 May 2012 06:46 AM PDT

MALAYSIA KINI
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengumumkan akan menjalankan siasatan awam berhubung dakwaan penggunaan kekerasan tidak sepatutnya oleh pihak polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Dalam satu kenyataan, Suhakam berkata ia memutuskan untuk menjalankan siasatan awam tersebut setelah membuat pertimbangan yang serius.

azlanPanel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Pesuruhajaya Detta Samen.

Manakala terma rujukan siasatan awam tersebut adalah:

1. Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April 2012;

2. Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:

i.Bagaimana pelanggaran itu terjadi;
ii. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan
iii.Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

3. Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Ia adalah panel yang sama yang menjalankan siasatan awam terhadap BERSIH 2.0.

"Keputusan ini mengambil kira pemantauan Suruhanjaya semasa kejadian pada 28 April 2012 dan beberapa faktor lain yang berkaitan, termasuk penyerahan aduan, laporan dan  memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional, serta ahli-ahli masyarakat sivil yang lain kepada Suruhanjaya berhubung dengan perkara itu, yang mana semua telah menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan ke atas kejadian tersebut," Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam.

"Suruhanjaya ingin, tetapi tidak lagi boleh menunggu, pemakluman terma rujukan Panel Bebas yang ditubuhkan oleh Kerajaan kerana masih belum dimuktamadkan.

"Walau apapun siasatan yang akan dijalankan oleh Panel tersebut, adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya untuk menjalankan Siasatan Awam sepertimana mandat yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

Peningkatan denggi di Selangor bukan kerana sampah

Posted: 21 May 2012 06:40 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Dr Xavier Jayakumar menyelar kenyataan Dr Liow Tiong Lai kerana memberikan kenyataan yang mengelirukan dan berbau politik itu.



PETALING JAYA: Kerajaan Selangor mendakwa sampah bukan punca utama peningkatan kes denggi sebaliknya berpunca tapak perumahan terbengkalai, rumah kosong kawasan sekolah dan pejabat serta premis kerajaan di negeri itu.

Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataan meda berkata, isu pungutan sampah telah berjaya ditangani oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan berkesan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau menuduh isu itu diperbesarkan dan seterusnya diputarbelitkan oleh media perdana pro Umno/BN saban hari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow  Tiong Lai dilaporkan sebagai berkata, punca utama peningkatan kes denggi di Selangor disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual ditetapkan.

"Kerajaan Selangor merasa kesal apabila Dr Liow menuding jari kepada kerajaan negeri sedangkan Kementerian Kesihatan / Kerajaan Persekutuan sendiri telah gagal menurun peruntukan dana menyediakan peralatan dan  tenaga kerja tambahan.

 "Kerajaan negeri melalui PBT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah telah bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti dan program-program pembasmian denggi di seluruh 12 PBT di Negeri Selangor," kata beliau.

Bercakap kosong

Dr Xavier menyelar kenyataan Dr Liow kerana memberikan kenyataan yang mengelirukan dan berbau politik itu.

'Sampling' di hotspot tersebut jelas menunjukkan bahawa ianya tiada kena mengena dengan isu pungutan sampah seperti yang dibangkitkan oleh Dr Liow.

"Kita sarankan  beliau agar bersikap lebih professional dan janganlah terikut-ikut perangai buruk pemimpin Umno/BN yang membangkitkan pelbagai isu sejak kebelakangan ini untuk memburuk-buruk pentadbiran Kerajaan Pakatan.

"Harus diingat bahawa pejabat Dr Liow  sendiri iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia terletak di Putrajaya dan Putrajaya sendiri adalah antara kawasan panas wabak (hotspot) tertinggi kes pembiakan nyamuk denggi," tegasnya.

Dr Xavier mencabar Menteri Kesihatan itu padang dan menunjukkan kepada saya di mana longgokan sampah di bawah selian PBT setempat yang menjadi lokaliti 'hotspot' kes denggi tersebut.

Kegagalan beliau berbuat demikian akan mengesahkan kepada umum bahawa beliau hanyalah bercakap kosong dan isu yang sedang hangat dibangkitkan adalah merupakan propaganda politik.

PPP Kemuka Calon Untuk Enam Kawasan Parlimen Dan 12 DUN

Posted: 21 May 2012 06:36 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

SUNGAI PETANI -- Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) telah mengemukakan senarai calon untuk bertanding di enam kawasan Parlimen dan 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk M. Kayveas berkata antara kawasan yang mereka cadang untuk bertanding termasuk satu kerusi DUN di Kedah.

Ia turut berhasrat untuk kekal bertanding di kerusi kawasan Parlimen Taiping.

"Saya pun tidak akan menolak jika turut dicalonkan semula di mana-mana kerusi Parlimen yang direstui oleh pucuk pimpinan, kerana saya sentiasa akan terus menyumbangkan khidmat saya kepada BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PPP Negeri Kedah kali keempat di Dewan Besar Kompleks
Penyayang di sini pada Ahad.-- BERNAMA

Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid

Posted: 21 May 2012 06:34 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


 NILAI- Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.

Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar di sini.

"Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.

"Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.

Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.

Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.

Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan

"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.

"Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi.

Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut.

Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid.Harakahdaily

Ahli UMNO sabotaj parti diambil tindakan segera

Posted: 21 May 2012 06:30 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

MELAKA - Tindakan lebih tegas termasuk dilucut keahlian akan diambil terhadap anggota UMNO yang dikesan mensabotaj parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu bertujuan mengelak risiko kehilangan lebih banyak sokongan terhadap parti itu.

Beliau berkata sebelum ini tindakan tata tertib hanya dilakukan selepas pilihan raya berakhir namun ia sudah terlewat untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata masalah dalaman parti kebanyakannya berpunca daripada individu yang merasakan mereka layak menjadi calon pilihan raya namun tidak dipilih parti bagi bertanding di sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pihak ibu pejabat (UMNO) telah meminta tiga nama bagi tiap-tiap kawasan DUN dan Parlimen dan tidak mustahil dua daripada tiga nama itu akan marah kerana tidak dapat menjadi calon, ditambah pula mungkin ada calon-calon yang datang daripada senarai yang tidak dikemukakan oleh bahagian tersebut," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Kem Terendak di sini, hari ini.

Malah, katanya, mengikut kajian yang dilakukannya, sebanyak 47 kawasan Parlimen di seluruh negara disabotaj anggota parti sendiri pada pilihan raya umum 2008 menyebabkan masalah kehilangan sokongan terhadap parti itu.

Justeru, Ahmad Zahid berkata Jawatankuasa Disiplin UMNO kini telah menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan tindakan undang-undang dan tata tertib yang boleh diambil jika terdapat sabotaj oleh anggota parti itu.- BERNAMA

Najib semakin lemah selepas ulang tahun Umno, manakala pengaruh Dr M meningkatkan

Posted: 21 May 2012 06:24 AM PDT

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle



Sekarang Umno sudah sedar bahawa ia telah menjadikan dirinya tidak popular akibat mengguna pakai nasihat presidennya, Perdana Menteri Najib Razak yang telah memilih untuk memberi perhatian pada dirinya dan bukan parti.

Rasional yang digunakan oleh Najib yang berusia 58 tahun kepada Umno dan BN yang diketuainya adalah bahawa Umno dan BN sudah menjadi jenama yang tidak baik dan satu-satunya cara untuk memenangi undi adalah untuk membina personalitinya. Namun, cara ini ternyata telah gagal.

Baru-baru ini, pada sambutan Ulangtahun ke 66 Umno di stadium Bukit Jalil, Najib telah membelanjakan wang yang agak banyak untuk menarik semua ahli dari seluruh Malaysia. Namun, dia masih gagal untuk memenuhkan walau separuh dari stadium yang boleh menampung sehingga 100,000 orang manusia. Ini sangat berbeza daripada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang mampu menarik seramai 250,000 orang rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat walaupun tiada insentif seperti duit mahupun kenderaan percuma diberikan, sejumlah 250,000 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat memenuhi kawasan Dataran Merdeka untuk menggesa Najib membersihkan proses pilihanraya yang meragukan.

Yang teruk bakal menimpa. Pemimpin-pemimpin Umno yang bakal menyambut 66 tahun kegemilangan pencapaian parti terkejut apabila mendapati diri mereka diketepikan apabila klip video menunjukkan betapa gahnya Najib sebagai pemimpin Umno yang terhebat dibandingkan dengan mantan perdana-perdana menteri yang lain telah dipertontonkan kepada hadirin di Bukit Jalil.

Perubahan pakatan yang sentiasa berlaku dalam Umno

Apa yang difikirkan oleh mantan perdana menteri Mahathir Mohamad apabila menonton klip video sukar untuk dibayangkan. Namun, dia terpaksa senyum dan membuat muka berani. Seperti ahli Umno yang lain, dia tidak boleh mengaku bahawa dirinya telah diperbodohkan oleh Najib.

Juga, jika dianalisa dari kesetiaan politik yang berubah-ubah dalam Umno, kita hanya boleh mengatakan sehingga kini, Najib boleh mengharapkan sokongan Mahathir kerana lelaki tua itu perlukan Najib untuk kepentingan politiknya sendiri. Begitu juga bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.

Kerana jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat sudah berkuasa, rantai kekayaan yang dibina melalui 22 tahun kuasa mutlak dan rasuah dalam Umno akan runtuh dengan serta-merta.

Jadi sementara ini, terdapat 2 kumpulan utama dalam Umno - mereka yang menyokong Najib dan mereka yang tidak menyokongnya - tidak semua yang menyokong Najib suka akan dia. Sebagai contoh, Mahathir dan lain-lain yang tidak suka pada Najib dan melihat dirinya sebagai pemimpin yang lemah dan suka membesar-besarkan kelebihan diri.

Mereka mesti geram kerana Najib telah dilakukan sangat sedikit dan lebih menampakkan kepada pemusnahan reputasi Umno dan BN untuk mengutamakan populariti peribadi. Ia amat mengecewakan apabila Najib telah tidak melakukan apa-apa untuk memastikan survival Umno atau memulihkan reputasinya.

Malah, reputasi parti itu perlu diperbaiki dengan banyak, kerana telah kemik oleh pelbagai skandal satu demi satu tanpa ada sebarang penyelesaian, termasuk isu kapal selam Scorpene Najib yang menyalahi undang-undang komisen perjanjian.

Walaupun senyuman dan tepukan diberi antara satu sama lain, retak dengan mudahnya boleh dilihat dari ucapan yang diberikan oleh MuhyiddinYassin, timbalan Najib. Dalam ucapannya kepada orang ramai di Bukit Jalil, Muhyiddin menekankan kehadiran Mahathir dan memuji pemimpin veteran itu, dan ini menarik tepukan gemuruh daripada penonton. Ia adalah jelas perlakuan menghina Najib dan isyarat kepada Mahathir untuk mempertimbangkan kerjasama baru dan bukan hanya mengikat dirinya dengan Najib.

Perbalahan yang belum pernah berlaku

Spekulasi baru-baru ini bahawa Najib akan menggantikan menteri-menteri kabinet dengan muka-muka baru merupakan satu lagi tamparan hebat. Kebanyakan muka lama adalah orang-orang Mahathir dan beberapa proksi Abdullah Badawi. Kumpulan Ketua Menteri ini bukan jenis yang boleh dipermainkan dan mereka sendiri telah pun memulakan serangan keatas Najib.

Sebagai contoh, Idris Jusoh bekas Menteri Besar Terengganu begitu gembira dan yakin apabila dia berdiri di atas podium untuk memberi galakan kepada orang ramai di stadium seolah-olah Najib sudah berjanji pada dirinya akan jawatan MB selepas PRU ke -13. Musuhnya, Ahmad Said, ketua menteri sekarang, tidak kelihatan di mana-mana. Tetapi kemudian, Ahmad Said membidas dengan tidak akan mengalah begitu sahaja.

Walau apa pun yang akan berlaku, dengan perbalahan yang menjadi-jadi dan prestijnya yang semakin jatuh, Najib tidak akan dapat melakukan sesuatu dengan caranya sendiri melainkan jika dia bersedia untuk pemberontakan terbuka sekaligus menjejaskan peluang Umno-BN untuk menang.

Tiada hala tuju baru buat Umno, hanya retorik dan pujian pada diri sendiri

Pemerhati politik berkata, melainkan jika Datuk Seri Najib memperkenalkan visi dan pelan baru, UMNO-BN akan kalah teruk disebabkan perbalahan dalaman, pertelingkahan, sabotaj dan tikam-menikam dari belakang. Nasib yang akan dihadapi Najib kemudian akan ditentukan oleh keputusan PRU ke-13.

"Adalah menyedihkan untuk melihat pemimpin Umno tidak mampu untuk merangka hala tuju baru bagi parti mereka. Fakta ini begitu jelas. UMNO adalah sebuah parti yang semakin tua, tiada wawasan baru hanya retorik kosong sahaja. Tiada interaksi dengan komponen-komponen BN yang lain atau penglibatan dengan masyarakat sivil, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Apa yang perhimpunan itu tidak tunjukkan kepada kita adalah kembalinya Mahathir. Oleh kerana kelemahan politik Najib, dia akan bermain mengikut rentak Mahathir manakala puak lain juga akan cuba untuk membatalkan perjanjian dengan Mahathir untuk meyakinkan bahawa mereka tidak akan menyokong Najib lagi.Malaysia Chronicle

‘Amal Islami’ Mampu Tingkat Kefahaman Kanak-kanak Terhadap Islam

Posted: 21 May 2012 06:12 AM PDT





RAWANG : Program Kemahiran Amal Islami (Kamil) yang dijayakan Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) dan Kelas Al Quran &Fardu  Ain (KAFA) di Selangor mampu melahirkan umat yang memiliki akhlak mulia serta mengikut ajaran Islam sebenar.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penganjuran program tersebut wajar dipuji kerana ia akan mempertingkatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam terutamanya anak-anak  di negeri ini.

Menurutnya, pendekatan itu adalah tepat kerana menerusi SRA, SRAI dan KAFA akan melahirkan golongan anak-anak berilmu  yang disifatkan sebagai  harta paling penting dan bernilai.

"Saya sangat bersyukur kerana kita dapat menjayakan program keagamaan dalam usaha melahirkan diri kita dengan amalan yang bertepatan mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam Al Quran dan Sunnah Rasullulah SAW. Saya berharap agar kita semua terus mendapat petunjuk dalam keredhaan Allah.



"Hakikatnya umat Islam serata dunia sedang menghadapi gejala keruntuhan akidah dan peradaban mahupun ekonomi serta pentadbiran yang kebanyakannya adalah kesilapan umat Islam sendiri," katanya dalam majlis perasmian Ujian Kemahiran Amal Islami Daerah Gombak 2012 di SRA Al Hidayah, Taman Tun Teja di sini hari ini.

Beliau juga gembira kerana program ini dapat mempertingkatkan kefahaman Islam dikalangan kanak-kanak dan dapat menjadikan Islam sebagai Addin dalam kehidupan seharian.

Turut hadir, Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin Aala.

Seramai hampir 3,000 hadirin berkumpul dalam majlis tersebut terdiri dari ibu bapa murid, tenaga pengajar sekolah, murid-murid dan tetamu yang lain.

Abdul Khalid juga menyeru Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selaku jabatan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan umat Islam di Selangor perlu melakukan anjakan hala tuju supaya umat Islam menjalani kehidupan mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Tambahnya, kita semua mesti menyakini kerangka dan pesanan ilmu ahli sunnah wal jamaah untuk mempertahankan dan memperjuangkan kesahihan akidah, syariah dan akhlak yang dituntut oleh Rasullulah SAW.

 Antara yang perlu dipertingkatkan oleh umat Islam pada masa ini khususnya di Selangor ialah menambah bilangan anak-anak yang tidak bersekolah agama, meningkatkan kehadiran jamaah di masiddan surau-surau dan bagi bahagian keluarga pula mungkin pengurangan kadar perceraian.

"Kita semua mahukan perubahan yang berteraskan tarbiah  dalam masyarakat Islam di Selangor. 
 
"Maka masyarakat Islam kita mesti menghayati ilmu agama yang betul dan benar serta membanteras perkara-perkara yang tidak menghormati agama Islam," katanya.

Pas tidak akan muzakarah dengan Umno

Posted: 21 May 2012 06:06 AM PDT

WAN NASRAH ABDUL RAHIM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sambil menjelaskan media telah salah petik kenyataannya awal minggu lalu, Presiden Pas berkata, pihaknya hanya berhasrat untuk mengadakan muzakarah dengan NGO yang keliru dengan dasar perjuangan parti itu.

"Sama sekali Pas tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, muzakarah dengan Umno tidak akan diadakan sekalipun di ajak oleh Umno.

"Muzakarah sebelum ini saya maksudkan adalah perbincangan dengan beberapa NGO yang mempertikaikan dan menyatakan Pas menyeleweng dari dasar Islam yang dibawa. Dan bukan mahu bermuzakarah dengan Umno" katanya pada sidang media di sini semalam.

"Masa itu saya nyatakan perbincangan dengan NGO yang menuduh Pas menyeleweng dari dasar dan matlamat Islam.

"Perkataan muzakarah mungkin disebut pada masa itu tetapi muzakarah terjemahannya perbincangan, penjelasan tapi disalah tafsir Pas nak muzakarah dengan Umno. Itu tak timbul," kata beliau.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Pas berkata, isu muzakarah merupakan isu lapuk yang ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

"Isu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada Umno dan Umno jadikan isu politik.
"Kalau nak bincang dengan Umno lebih baik bincang mengenai pilihan raya yang bersih," tambah beliau, yang mengulangi kenyataan diberikan kepada Sinar Harian minggu lalu.

Ady Putra tarik balik kes cerai

Posted: 21 May 2012 06:03 AM PDT

NORAWAZNI YUSOF

Pelakon, Ady Putra
 
Pelakon, Ady Putra
 
 
KUALA LUMPUR - Pelakon filem Anak Halal, Ady Putra hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai  terhadap isterinya, yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 11 Mei lalu.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, hadir bersama-sama ke mahkamah dan menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pasangan itu hadir untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada prosiding, hari ini.

Sejurus selesai prosedur tersebut, Adi Putra yang berpakaian baju Melayu kuning cair dan Zuhaidah yang berbaju kurung serta bertudung merah jambu kemudian bergegas meninggalkan pekarangan mahkamah Adi Putra yang dihubungi media mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.

Aktor kelahiran Singapura berkata, dia dan isteri akan mengadakan sidang akhbar bersama media di Hotel Royal Park pada malam ini untuk menjelaskan hal berkaitan.

Adi Putra yang terkenal menerusi filem KL Gangster, Haq serta beberapa drama  antaranya Tentang Dhia mencetuskan kontroversi apabila memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sepuluh hari lalu, selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 dengan menamakan Zuhaidah sebagai defendan.

Penolong Pendaftar Nur Ifzan Ibrahim kemudian menetapkan kes mereka disebut di hadapan Mohd. Suhaily semalam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata sehingga sekarang.

Adi Putra dalam laporan media sebelum ini menafikan keretakan rumah tangga disebabkan ketiadaan anak mahupun kehadiran orang ketiga iaitu aktres Nora Danish.

BERSIH BERTUJUAN TUMPAH DARAH, DAKWA SI TUA BANGSAT

Posted: 21 May 2012 06:00 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca komen Rahim Noor bangsat itu di SINI, makin jelas beliau sememangnya sedang meminta simpati atau lebih tepat menjadi peminta sedekah dari Umporno untuk mengisi perut anak bininya.  Maklumlah, pencen tiada dan kudrat untuk bekerja pun tiada dan lebih malang lagi otak pun sudah tidak boleh digunakan lagi akibat pembalasan perbuatan keji dan lahanat beliau suatu ketika dahulu.
Demi mencari sesuap nasi, tidak kira halal atau haram, orang tua kutuk ini sanggup menjaja cerita fitnah walaupun memalukan seluruh keturunannya.  Sebelum ini, beliau sudah termalu apabila terpaksa jua mengaku bahawa sememangnya beliau yang menumbuk DS Anwar sewaktu tokoh reformasi itu berada di dalam lokap walaupun awalnya beliau menipu seluruh rakyat bahawa DS Anwar menumbuk matanya sendiri.
Kemudian, maruahnya semakin tercalar dan kesesatannya semakin terserlah apabila beliau dipetik oleh sebuah akhbar menyebut bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah `Bapa Segala Kafir".  Menipu lagi apabila beliau mendakwa beliau tidak berkata sedemikian tetapi masih enggan menyaman akhbar berkenaan.  Isu tersebut dijawab oleh PAS apabila menyaman akhbar tersebut.
Sekarang beliau mendakwa bahawa Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu sememangnya mahu berlaku pertumpahan darah.  Kepala otak bekas Ketua Polis Negara ini sudah tidak mampu lagi berfikir bahawa lojik atau tidak peserta perhimpunan mahu berlaku pertumpahan darah atau mahu merampas kuasa dengan hanya membawa air mineral dan tuala good morning semata-mata.  Itu pun tidak semua yang membawa botol air mineral, majoritinya hadir berhimpun dengan tangan kosong sahaja.  Selaku bekas Pegawai Tertinggi Polis, di mana teori yang beliau belajar hanya dengan tangan kosong berdepan dengan pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata maka boleh melakukan pertumpahan darah?  Darah siapa yang mahu ditumpahkan?
Kita simpati dengan orang tua separuh gila ini.  Beliau sekarang berada di tahap paling rendah moralnya dari pelacur jalanan.  Pelacur pun tidak tergamak menuduh orang alim dan warak sebagai `bapa kafir'.  Sepatutnya jika beliau masih merasa hebat sebagai bekas bos segala Polis, beliau mesti menawarkan perdebatan ilmiah dengan mana-mana tokoh atau penganjur BERSIH.  Malangnya si bangsat tua kutuk ini manusia paling bacul setaraf dengan tokoh yang meng`haramjadahkan' para peneroka baru-baru ini./wfauzdin.blogspot.com

Guan Eng : Pulau Pinang peruntuk 1.5 juta untuk wanita PR

Posted: 21 May 2012 05:59 AM PDT





SHAH ALAM  : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen Wanita PR yang diterajui Wanita DAP, Muslimat PAS dan Wanita PKR dalam memperjuangkan hak rakyat.

Ucapan itu disampaikan beliau dalam Majlis Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat (PR) kali ke-2 yang bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Bandar Perda semalam.

"Syabas dan tahniah wanita PR yang berjaya membongkarkan kes NFC dan rasuah Menteri Wanita BN dan akibat kegagalan mewujudkan kepimpinan wanita cekap dan amanah oleh BN, maka pada hari ini mereka ketandusan pemimpin wanita sehingga jawatan Menteri Wanita di sandang oleh Perdana Menteri yang gender lelaki.

"Walaupun menghadapi dilema besar, BN masih tidak sedar dan masih berdegil melakukan anasir-anasir kotor dan keji dengan memanipulasikan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) demi kepentingan politik mereka," tegas Guan Eng.

Beliau turut memberi kredit atas pilihan slogan 'Bersama Bersihkan Malaysia' yang diangkat sebagai tema konvensyen pada tahun ini dalam usaha menunjukkan keprihatinan wanita PR untuk menambah baik pilihanraya ke arah pilihanaraya yang bersih , bebas dan adil.

"Segala tuntutan rakyat mengenai kelemahan-kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan SPR harus dilaksanakan segera sebelum menjelang PRU 13.

"Tuntutan Bersih yang dipengerusikan oleh seorang wanita Datuk Ambiga Sreenevasan menunjukkan komitmen golongan wanita untuk pentadbiran negara dan mempertahankan hak rakyat," ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1.5 juta oleh Kerajaan Negeri untuk Penang Women Development Corporation(PWDC).

"PWDC ditubuhkan Wanita PR pada tahun ini khusus untuk berperanan melaksanakan agenda dan dasar-dasar demi pembangunan gender, keadilan gender dan sosial di peringkat negeri," jelasnya.

Pekerja Berhak Sertai Himpunan Aman

Posted: 21 May 2012 05:55 AM PDT






SHAH ALAM: Rakyat negara ini termasuk golongan pekerja mempunyai hak untuk menyurakan pandangan mereka termasuk dengan cara mengadakan demontrasi secara aman.

Demikian menurut Setiausaha Eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud ketika diminta mengulas laporan terdapat kakitangan awam yang turut menjadi buruan polis kerana menyertai perhimpunan aman BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

"Pada hemat saya, itu hak individu untuk melaksanakan serta menzahirkan pendapat adalah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa juga.

"Jadi maknanya selagi tidak bercanggah dengan hak tersebut, ia tidak menjadi satu kesalahan sebagaimana dinyatakan hak berhimpun, berpendirian yang dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan," ujar beliau kepada TVS.

Shahir turut memberitahu setiap kakitangan awam berhak untuk melibatkan diri mereka dalam sebarang aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang di luar waktu kerja selagi ianya tidak mengganggu prestasi kerja individu terbabit.

Shahir turut menambah, setiap organisasi kesatuan perkerja dan masyarakat pekerja negara ini harus membebaskan diri mereka dari dibelenggu atau terikat kepada pandangan yang selari dengan parti pemerintah sahaja.

"Kita tidak boleh mengambil sikap yang terkebelakang, misalnya dalam hal ini kita tidak boleh mengambil sikap apa yang dilakukan oleh pemerintah semuanya betul. Tidak kiralah samada parti pemerintah mana sekalipun.

"Kita tidak boleh terlalu taksub, terlalu terikat sehingga nak buat apa pun terikat," katanya lagi.

Beliau turut menyarankan kepada organisasi berkaitan agar memainkan peranan yang sewajarnya berhubung isu penahanan orang awam termasuk kakitangan awam yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 lalu.

Sebelum ini dalam isu yang sama, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman melahirkan rasa kecewa dengan pembabitan sekurang-kurangnya tiga kakitangan awam dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Selain itu menurut Omar, Cuepacs juga tidak akan membantu ahli-ahlinya yang menghadapi risiko dibuang kerja kerana terlibat dengan perhimpunan yang sama.

Liow Cuba Kelirukan Rakyat Tentang Denggi

Posted: 21 May 2012 05:53 AM PDT





SHAH ALAM : Exco Kesihatan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyelar Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan beliau tentang situasi denggi di Selangor.

Kenyataan Tiong Lai yang dibuat Ahad lalu, juga berniat memburukkan imej pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tiong Lai berkata peningkatan kes denggi di Selangor disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

"Berdasarkan analisa kita semenjak Januari 2011 hingga Mei 2012, peningkatan kes denggi antara lain disebabkan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan tapak-tapak perumahan terbengkalai, rumah-rumah kosong, kawasan sekolah, pejabat serta premis kerajaan.

"'Sampling' di hotspot tersebut jelas menunjukkan bahawa ianya tiada kena mengena dengan isu pungutan sampah seperti yang dibangkitkan oleh Tiong Lai," kata Xavier di dalam satu kenyataan di sini.

Xavier berkata bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman sendiri pernah berkata kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencatatkan peningkatan kes denggi sebanyak 59 peratus.

Peningkatan itu berlaku di dalam kawasan yang kononya "bersih", Xavier berkata.

"Harus diingat bahawa pejabat Tiong Lai sendiri iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia terletak di Putrajaya dan Putrajaya sendiri adalah antara kawasan panas wabak (hotspot) tertinggi kes pembiakan nyamuk denggi."

"Kita sarankan Tiong Lai agar bersikap lebih professional dan janganlah terikut-ikut perangai buruk pemimpin Umno-BN yang membangkitkan pelbagai isu untuk memburuk-buruk pentadbiran Pakatan," katanya.

Guan Eng : CJMY Lebih Telus Dari Media Perdana

Posted: 21 May 2012 04:22 AM PDT





PULAU PINANG  : Sesuatu berita itu seharusnya disampaikan dengan penuh profesionalisme dan integriti tanpa mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan, demikian ucap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menghadiri Malam Gala Konferens CJMY (Kewartawanan Warganegara Malaysia) di sini baru-baru ini.

Beliau turut melahirkan rasa senang hati dengan kewujudan Kewartawanan Warganegara yang dilihat lebih telus dalam menyampaikan berita yang kebanyakkannya sengaja diabaikan oleh media arus perdana.

"Sejak akhir 2008, Kewartawanan Warganegara di seluruh Malaysia tanpa mengenal penat lelah menyampaikan berita dari semua aspek termasuk cerita-cerita yang sentiasa diketepikan oleh media arus perdana selama ini.

"Secara tidak langsung, usaha ini memberi ruang dan peluang kepada penonton dan pembaca untuk melihat sisi lain sesuatu cerita atau berita, yang biasanya tidak hadir dalam laporan media arus perdana," ucap Guan Eng yang turut bertindak melancarkan Portal Terbaru CJMY.

Dalam majlis yang sama juga, beliau mengutuk sekeras-kerasnya sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang disifatkannya memalukan Malaysia.

"Mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku yang melakukan aksi memualkan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan malah ketiadaaan sebarang tindakan seolah-olah merestui segala perbuatan yang tidak senonoh itu.

"Sedangkan Datuk Ambiga tidak melakukan sebarang jenayah, dia tidak meletupkan orang dengan C4, tidak menyalahgunakan dana rakyat membeli kondominium tetapi dia diperlakukan seolah-olah dia mengancam negara sehingga ingin dipenjarakan dan ingin dibuang negeri," tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mengulas lanjut, beliau berkata segala perbuatan tidak bermoral terhadap Ambiga hanya tindakan terdesak dan dengki Umno-BN ekoran kejayaan Bersih 3.0 mengumpulkan 300, 000 rakyat demi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Seramai 204 Individu Menerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor

Posted: 21 May 2012 04:20 AM PDT





SHAH ALAM  : Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zarida Hambali, mengetuai senarai 204 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Serta Pingat-Pingat Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 66 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) Darjah Kelas Ketiga kepada beliau disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di sini hari ini.

Zarida merupakan penerima tunggal untuk anugerah terbabit.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) Darjah Kelas Ketiga kepada dua penerima iaitu Pegawai Memerintah KD Tun Razak, Komander Baharudin Wan Md Nor dan Pegawai Laksana KD Tun Razak, Komander Mohd Razak Tahir.

Selain itu, 33 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) dan 33 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) merupakan pegawai kerajaan di dalam Kumpulan Sokongan. Mereka berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh tahun dengan kerajaan negeri.



Turut dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada seramai 123 orang.

Manakala Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) dianugerahkan kepada seramai 12 orang kakitangan kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun.

Mereka terdiri daripada Mohd Hairani Abdullah, Che Nah Ab.Ghani, Azizah Daud, Mohd Esah Hashim, Mohd Nasir Md Rais, Noraini Yahya, S.Soliammal, Razali Yaacob, Mohamad Rafli Mohamed Yusof, Mohamad Sharie Mohamed Yusof, Ibrahim Abdullah dan M.Maniam.

Sementara itu, Zarida, 55, menyifatkan anugerah yang diterimanya itu hasil daripada perkhidmatan cemerlangnya sebagai pendidik.

Zarida, yang berasal daripada Perak, tidak menyangka akan terpilih untuk menerima anugerah itu.
"Saya juga berterima kasih kepada Naib Canselor UPM yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam banyak perkara," katanya ketika ditemui.

Beliau yang merupakan ibu kepada dua orang anak itu pernah berkhidmat sebagai Timbalan Dekan fakulti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Sebelum memegang jawatan di Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik UPM, beliau berkhimat di Kementerian Pengajian Tinggi seterusnya Pengarah.

"Banyak cabaran yang saya lalui terutamanya semasa bergelar pensyarah.

"Saya terpaksa mengajar pelajar perubatan dalam keadaan yang serba daif seperti kekurangan kemudahan dan peralatan serta meminjam bilik di bangunan fakulti lain.

"Bagaimanapun semua itu saya ketepikan. Apa yang penting bagi saya adalah semangat dan usaha kita serta kualiti pembelajaran," katanya.

Penerima Pingat PJK, Harudin Dahlan, 67, pula tidak menyangka penyertaan aktifnya di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) diiktiraf.

Beliau yang merupakan bekas guru besar kini aktif dalam tiga persatuan iaitu Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Kuantan, Klang, Pengerusi Koperasi Klang Berhad dan mediator Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor.

Menuju ke Putrajaya hanya mimpi kosong?

Posted: 21 May 2012 04:16 AM PDT



Sudah tiga minggu perhimpunan BERSIH 3.0 berlalu, sebuah perhimpunan yang menuntut agar Pilihanraya Umum dijalankan dengan bersih dan telus.  Ketakutan pemerintah dengan kebangkitan hampir 300 ribu rakyat memenuhi jalan-jalan dan lorong di ibu kota daripada diketahui umum khususnya pengundi atas pagar segera ditangkis dengan mengalih isu kepada keganasan demonstran yang mencetuskan ketegangan awam.  Media dan segala jentera digunakan bagi menggambarkan betapa jahatnya perhimpunan ini yang kemudiannya dikaitkan pula semua ini adalah agenda rakus Pakatan Rakyat.

Tidak cukup itu, cubaan memperkakaskan Majlis Fatwa pula dilakukan dengan menjatuhkan hukum haram menyertai perhimpunan sebegini.  Heboh-heboh perdebatan di antara pemerintah yang menuduh Pakatan Rakyat cuba menggulingkan kerajaan dengan cara rusuhan dan Pakatan Rakyat pula membalas hujah tersebut berlarutan lamanya.  Paling celaka apabila Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tiba-tiba menjadi panas namanya kerana kononnya merekalah penganjur segala bentuk keganasan pada hari itu.  Jawatankuasa penganjur seperti Ambiga pula terus diburukkan imejnya sehingga hari ini dan terus diganggu keselesaan hidup sehingga sampai ke halaman rumahnya.

Saya bukan hendak mengulas tentang kisah semua ini akan tetapi saya berasa gusar apabila semua heboh-heboh ini telah menyebabkan matlamat perjuangan lapan tuntutan BERSIH 3.0 ditunaikan telah tersasar.  Pakatan Rakyat telah membuang masa yang sangat berharga dek kerana sibuk melayan kerenah badut-badut upahan yang membuat cerita lucah, menonggeng dan menfitnah.  Sepatutnya perjuangan menuntut lapan perkara yang digariskan di dalam BERSIH 3.0 ini diteruskan dengan konsisten.  Ditambah pula lagi baru-baru ini tersebar berita yang Pilihanraya Umum akan diadakan pada bulan Jun.

Maka dengarnya parti-parti Pakatan Rakyat sudah mula bermesyuarat untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya tersebut.  Inilah persoalan yang bermain di minda rakyat.  Bagaimana dengan perjuangan BERSIH 3.0?  Mengapa tiba-tiba hendak menyertai PRU sedangkan kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak berminat untuk menunaikan lapan tuntutan tersebut?  Apakah Pakatan Rakyat mahu ditipu lagi dan apakah rakyat mahu juga mengundi dalam keadaan sudah terjamin kalah akibat penipuan yang dirancang rapi seperti apa yang telah berlaku pada pilihanraya sebelum ini?  Seriuskah sebenarnya Pakatan Rakyat hendak menakluki Putrajaya sedangkan perjuangan untuk memastikan pilihanraya adil dan telus pun hangat-hangat tahi ayam?  Itu belum lagi perjuangan yang lain seperti Mansuhkan ISA, perjuangan menentang PPSMI yang sepatutnya dimansuhkan tahun ini tetapi kerana protes yang lesu maka kerajaan masih boleh terus bernafas lega dan menyorokkan masalah ini di bawah karpet.
Yang dipukul teruk dalam perhimpunan BERSIH 3.0 adalah rakyat marhaen, yang ditangkap ISA sekarang juga marhaen yang tidak popular, apakah mereka ini terus dibiarkan?  Ada sesetengah pemerhati politik berpendapat perjuangan politikus hanyalah untuk menjadi Yang Berhormat sebenarnya dan bukanlah hendak memerintah sangat.  Asalkan kedudukan mereka selamat dan boleh cari makan.  Ini tanggapan yang tidak boleh diketepikan dengan begitu mudah kerana inilah yang disangkakan oleh rakyat pada hari ini.

Anak-anak muda dalam parti politik Pakatan Rakyat juga sepatutnya harus terus turun mendekati rakan sebaya mereka menerangkan risalah perjuangan, bukannya berpolitik dan melobi menjadi calon.  Agak mengecewakan juga apabila perjuangan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sebagai protes menentang PTPTN disambut dingin oleh anak-anak muda parti politik disebabkan tidak sebulu.  Kata anak-anak muda parti, mahasiswa ini berlagak dan mengkritik parti.  Seharusnya mereka mencari titik persamaan apatah lagi isu PTPTN ini isu anak muda.  Jika isu anak muda gagal disahut sendiri oleh anak-anak muda di dalam parti politik yang bercita-cita untuk memerintah, makanya apa sebenarnya obor perjuangan anak muda di dalam parti politik?

Itu belum lagi golongan pencinta bahasa, budayawan dan golongan sebagainya yang terawang-awang berjuang dan masih gagal melihat "musuh" sebenar dalam kemelut ini.  Mereka lantang apabila isu bahasa dipinggirkan malah sekumpulan seniman juga pernah membuat persembahan protes menentang rampasan tanah kampung tradisional untuk tujuan pembinaan projek tetapi itu kerana salah seorang daripada seniman tersebut adalah penduduk asal kampung tersebut.  Dalam isu lain mereka membisu pula walhal mereka seharusnya sedar segala mehnah yang timbul pada hari ini baik isu bahasa, pencerobohan tanah, rasuah mahu pun penyelewengan kuasa atau segala bapa kejahatan di atas bumi Malaysia pada hari ini datangnya dari satu musuh sahaja iaitu sebuah kerajaan yang zalim.

Perjuangan mestilah berstrategi dan strategi mestilah ampuh mengepung dari semua sudut agar musuh bersama jenteranya dapat dilumpuhkan.  Strategi juga mestilah bijak dan kreatif.  Kalau kita hayati salah satu tuntutan tersebut ialah mahukan akses media yang bebas dan adil tetapi apa yang kita lihat media tetap terus menfitnah peserta perhimpunan dengan memberikan imej ganas dan jahat.  Jika akhbar dan stesen televisyen kroni percuma itu memanglah tidak dapat dinafikan tapi mengapa membiarkan stesen televisyen berbayar turut juga terlibat menfitnah?

Saya percaya sekurang-kurangnya 10% daripada 300 ribu orang peserta demonstran adalah pelanggan sebuah stesen televisyen berbayar.  Hari ini mereka terus membayar stesen itu untuk terus menfitnah mereka sendiri.  Bayangkan 10% daripada peserta perhimpunan BERSIH 3.0 ini (mungkin lebih daripada itu) memboikot dan menghentikan langganan apakah stesen televisyen berbayar ini tidak rasa tergugat dan akan berfikir lebih daripada sekali untuk melaporkan fakta yang salah pada lain kalinya?  Mengapa ini pun tidak mampu dilakukan?  Apakah susah untuk melakukan ini?  Apa kata buat sahaja yang ini dahulu sebelum melangkah berteriak dengan kuat.  Tidak ketinggalan zaman kita rasanya jika tiada benda-benda seperti itu.  Jangan biarkan musuh ada di dalam rumah kita sendiri.

Semua rakyat Malaysia, seniman dan budayawan, ahli politik, anak muda tidak kira di dalam atau di luar parti jika mahu melihat kerajaan yang zalim ini tumbang haruslah duduk bersama mencari titik persamaan agar Malaysia baru dapat ditegakkan.  Percayalah jika kita bersatu meneriakkan slogan "tunaikan lapan tuntutan" dengan lantang dan konsisten tanpa henti-henti segala tonggeng punggung, jual burger depan rumah orang, mengheret ibu ahli politik masuk televisyen akan gugur dengan sendirinya dan mimpi menakluki Putrajaya akan jelas dan memang nyata akan menjadi realiti!

*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.

100 peneroka keluar Umno sertai PAS

Posted: 21 May 2012 04:12 AM PDT

KL TODAY

 

Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS.Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62.Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul  Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa.

Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.

"Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku.

"Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan  mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini," katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.

Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.

"Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.

"Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah," ujarnya.

Hisham telah memalukan Hanif

Posted: 21 May 2012 04:09 AM PDT

Subky Latiff

 

Tidak ramai yang sedar apa Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara fikir tentang Bersih 3.0 sebelum 28 April lalu. Tidak ramai yang ambil tahu apa dibuatnya selepas bersara.Tetapi apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein mengangkatnya sebagai pengerusi jawatankuasa menyiasat kekacauan yang berlaku antara polis dan penunjuk perasaan Bersih 3.0, maka namanya segera menjadi buah mulut rakyat.
Sekalian yang menuntut pilihanraya bersih dan adil mengiranya anti tindakan tuntutan lapan perkara yang dirumuskan oleh Bersih 2.0 Julai tahun lalu.

Dalam kesibukan orang hendak menghadapi PRU 13, orang mahukan perubahan politik dan mahu menawan Putrajaya, tiada siapu peduli dengan Tun Hanif dan apa dia buat.

Dengan seorang dia membuat komen tentang Bersih 3.0 itu begitu dan begini, pandangannya dikira seperti anjing menyalak bukit.

Tetapi setelah polis berkelahi dengan golongan pro pembaharuan dan  pro demokrasi, maka Tun Hanif diangkat untuk menjadi hakim kepada perbalahan itu, maka orang mengiranya seperti menyerahkan kes itu kepada hakim beruk. Atau bagi satu perbicaraan seperti bersaksi ke lutut.

Semua pihak yang hendak diadili tidak menyambut perlantikan Tun Hanif itu. DAP, PAS dan PKR menolaknya dan tidak akan bekerjasama dengan jawatankuasa itu. Majlis Peguam dan Suhakam juga mengira Tun Hanif tiada wibawa dan kelayakan untuk menjalankan tugas itu.

Yang menyokongnya NGO yang diketuai oleh Norain Mai saja. Ia adalah NGO vetren polis.

Bukan saja orang tolak perlantikannya, malah mereka berikan alasan mengapa dia tidak layak menjadi ketua penyiasatan itu. Malangnya Tun Hanif pula seronok dengan perlantikan itu dan  mempertahan kelayakannya terhadap komen awal orang tidak setuju dengannya.

Sepatutnya sebagai orang yang cukup lama mengetuai angkatan polis, di bawahnya ada unit yang mengkaji dan memantau suasana politik negara, dia tahu akan natijah dan reaksi politik bila dia menerima perlantikan itu. Alasan kelayakannya tidak dapat diterima oleh orang yang terlibat apabila dia dikatakan membuat komen pra Bersih 3.0 menyamakan unjuk rasa itu dengan gaya komunis.

Hak dan kebebasannya untuk berkata apa tentang Bersih 3.0 tetapi dia tidak boleh menjadi hakim kepada masalah itu setelah dia berkata begitu.

Tetapi isu Hanif Omar itu sudah tidak penting lagi sekarang. Tiada apa hasil yang dapat dibuatnya apabila seluruh warga Bersih 3.0 tidak menerimanya. Yang orang patut perhatikan sekarang ialah kebijaksanaan menteri Hishammuddin Hussein mengangkat warga emas itu mengepalai jawatankuasa itu.

Tun Hanif tidak ada apa-apa kepentingan politik, tetapi Hishammuddin punya banyak kepentingan politik. Dia diperhatikan bagaimana hendak menyelamatkan politik Perdana Menteri, menyelamatkan politiknya sendiri dan memulihkan imej polis yang dipersoal orang?

Dengan dia melantik Tun Hanif, Tun Hanif tiba-tiba jadi orang yang dipertikai. Khidmat baiknya sebelum ini tidak dapat membantunya menjadi orang disukai semua dalam kegawatan politik dan keamanan sekarang. Kerana Hishammuddin mengangkatnya, dia tidak lagi dilihat seperti suasana sebelum dia dinamakan ke jawatan itu.

Dengan mengangkat Tun Hanif, keupayaan Hisham menyelesaikan krisis keyakinan terhadap polis dipersoal. Perlantikan itu tidak dilihat bijak. Maka menteri Hisham dilihat menteri yang tidak bijak dan malah tiada wibawa. Gara-gara pemilihan yang dibuatnya sudah memalukan Tun Hanif. Berjuta orang sedang membincangkan Tun Hanif begitu dan begini.

Hisham dikira gagal lagi. Disamping dia telah meletakkan Tun Hanif dalam keadaan kurang selesa, dia tidak membantu Perdana Menteri Najib meringankan masalah dan ketempangan politiknya tentang sistem pilihanraya kotor di bawah SPR.

Dia tidak buat apa-apa bagi menjernihkan imej polis. Polis di bawahnya seolah-olah mengamuk sekarang, memburu peserta Bersih 3.0 yang dikehendakinya. Dia sebenarnya gagal menyelesaikan gaduh antara polis dan penunjuk rasa.

Apa dia hendak buat tentang perlantikan Hanif Omar? Dia sedang membuktikan dirinya seorang menteri yang gagal. Hanif tidak dapat membantu polis dan negara sekarng.

Jangan salahkan Tun Hanif dan jangan salahkan polis, tetapi yang salah dan gagal ialah menteri Hishammuddin Hussein. Kegagalannya menyebabkan semua bercempera.

Penulis adalah bekas Ketua Penerangan Pusat PAS

BN pinggirkan kepimpinan, kepakaran wanita

Posted: 21 May 2012 04:00 AM PDT

Roketkini.com




BUTTERWORTH: Pembangunan dan kemajuan wanita di negara ini dirosakkan  oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional yang hanya berminat mempertahankan seorang bekas Menteri hal-ehwal wanita yang terlibat dalam amalan rasuah, pecah amanah serta mengejar hartanah untuk kepentingan keluarganya sahaja.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kegagalan BN mewujudkan kepimpinan wanita yang cekap dan amanah menyebabkan ia ketandusan pemimpin wanita sehingga jawatan Menteri Wanita kini dipangku oleh seorang lelaki, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, walau pun menghadapi dilema besar, BN masih tidak sedar dan masih berdegil melakukan perbuatan kotor dan keji dengan memanipulasikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) demi kepentingan politik mereka.

Menurutnya, segala tuntutan rakyat mengenai kelemahan-kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan SPR harus dilaksanakan segera sebelum menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Tuntutan Bersih yang dipengerusikan oleh seorang wanita, yakni Datuk Ambiga Sreenevasan, menunjukkan komitmen golongan wanita untuk pentadbiran negara dan mempertahankan hak rakyat," katanya sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat di Bandar Perda dekat sini semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya melahirkan kepimpinan wanita yang berjuang secara bersungguh-sungguh demi pertahankan hak wanita Malaysia.

Mengimbas kejayaan perhimpunan Bersih 3.0. beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa semasa perhimpunan tersebut di Pulau Pinang, ia berjaya dilaksanakan dengan aman dan damai kerana mendapat sokongan baik kepimpinan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Katanya, ia membuktikan kejayaan sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang mengamalkan demokrasi serta menghormati hak rakyat sebagai pengundi.

Beliau menambah bahawa pada tahun ini, wanita Pakatan Rakyat berjaya mencipta sejarah dalam negeri dengan penubuhan Penang Women Development Corporation (PWDC) yang akan melaksanakan agenda dan dasar-dasar demi pembangunan gender, keadilan gender dan sosial di peringkat negeri.

Kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang telah pun meluluskan bajet khas tahunan sebanyak RM1.5 juta kepada PWDC.

Guan Eng berkata, konvensyen Wanita Pakatan kali kedua itu merupakan satu usaha yang berjaya mengumpulkan ahli sayap wanita Pakatan Rakyat yang melambangkan kekuatan jentera Wanita PR.

"Pemilihan tema 'Bersama Bersihkan Malaysia' menunjukkan keprihatinan Wanita PR untuk menambaik pilihanraya ke arah pilihan raya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia dan mempertahankan nilai demokrasi dalam pentadbiran negara," ujarnya.

Tambah beliau, pembentangan kertas kerja konvensyen yang bertajuk 'Kepimpinan Bersih , Pilihan Raya Bersih dan Urus Tadbir Baik, Keadilan Untuk Semua' melambangkan komitmen Wanita PR Pulau Pinang dalam menuju PRU 13.

Katanya, pelaksanaan komitmen itu sudah pastinya akan memikat hati pengundi wanita di negeri tersebut kerana ianya memartabatkan hak pengundi wanita di peringkat negeri  dan mempertahankan amalan demokrasi.

"Semoga Wanita PR Pulau Pinang berjaya dalam pelaksanaan misi dan agenda ini. Marila kita sama-sama menjadikan falsafah Bersih sebagai amalan wajib dalam demokrasi negara," ujar beliau. – Roketkini.com



 

PRU13: DAP mahu peralihan kuasa secara aman

Posted: 21 May 2012 03:58 AM PDT

Roketkini.com




KUALA LUMPUR: DAP mahu Datuk Seri Najib Razak membuat pernyataan terbuka sama ada beliau sanggup menerima keputusan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, yakni menyerahkan kuasa secara aman apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh para pengundi.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sikap Perdana Menteri yang masih membisu menimbulkan persoalan sama ada beliau bersama UMNO dan Barisan Nasional bersedia untuk memberi komitmen yang tidak berbelah bagi apabila rakyat telah membuat keputusan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Najib telah menyatakan bahawa beliau ingin melihat Malaysia sebagai negara yang mempunyai 'sistem demokrasi yang terbaik di dunia'.

"Jika benar beliau ikhlas dan mengambil serius mengenai deklarasi ini, beliau mestilah membuktikan yang Malaysia layak untuk berdiri di atas kaki sendiri sebagai sebuah negara yang benar-benar demokratik di mana peralihan kuasa pimpinan negara akan berlaku secara aman melalui kuasa rakyat secara pengundian sah, yang bukan sahaja hak demokrasi pengundi tetapi mestilah diterima sebagai sesuatu yang biasa dalam negara ini.

"Dengan itu, adakah Najib bersedia untuk membuat deklarasi yang jelas dan nyata bahawa beliau, UMNO dan BN akan menerima keputusan pilihan raya pengundi Malaysia dalam PRU13, termasuklah peralihan kuasa pada peringkat persekutuan di Putrajaya?" katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur telah menyatakan sokongan kepada seruan 20 cendekiawan prihatin yang mahu semua parti politik memberi komitmen yang tegas untuk menghormati suara dan kehendak rakyat serta mengormati proses peralihan kuasa secara aman.

Dalam kenyataan 20 cedekiawan itu pada Sabtu lalu, mereka mahu:

1. Pelaksanaan semua cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk membersihkan proses pilihan raya
2. Akses yang bebas dan edil untuk media massa bagi semua parti politik dan calon-calon
3. Pegawai dan kakitangan awam di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan yang terlibat dalam proses pilihan raya mesti bersikap tidak berpihak (neutral)
4. Larangan penyalagunaan kemudahan dan jentera kerajaan serta yang berkaitang dengannya bagi kegunaan pilihan raya
5. Semua parti politik dan calon-calon mesti telus dan beramanah dalam penggunaan wang sewaktu pilihan raya. Kedua-dua gabungan (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) perlu mendedahkan sumber kewangan mereka dan menyediakan akaun yang memberikan butir-butir terperinci bagi kempen mereka.

Dua puluh ilmuan prihatin yang menandatangani kenyataan tersebut adalah:

* Dr. Abdul Rahman Embong
* Dr. Azmi Sharom
* Azmil Tayeb (calon Ph.D)
* Dr. James Chin
* Dr Faisal S. Hazis
* Dr. Farish A. Noor
* Dr. Terence Gomez
* Dr. Clive Kessler
* Dr. Khoo Gaik Cheng
* Dr. K. J. John
* Lim Chee Han (calon Ph.D)
* Dr. Lim Teck Ghee
* Dr. Francis K. W. Loh
* Gregore Pio Lopez (calon Ph.D)
* Dr. Mustafa. K. Anuar
* Dr. Ruslan bin Zainuddin
* Dr. Subramaniam Pillay
* Tan Beng Hui (calon Ph.D)
* Dr. Wong Chin Huat
* Prof Madya Zaharom Nain

Menurut Kit Siang, 20 cendekiawan itu mencadangkan semua pemimpin parti politik serta parti-parti politik itu sendiri bersepakat untuk menyatakan dalam satu perjanjian bahawa "keputusan pengundi adalah muktamad dan mesti dihormati dan memuliakan dan memastikan peralihan kuasa dijalankan secara aman".
Beliau juga mencabar Najib sama ada sanggup menarik balik kenyataannya sebagai Presiden UMNO untuk mempertahankan Putrajaya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" di perhimpunan agung UMNO pada tahun 2010.

Menurutnya, beliau juga telah menghantar satu soalan kepada Parlimen untuk Perdana Menteri bagi sesi Dewan Rakyat yang dijaduakan bulan depan, iaitu: "Sama ada Perdana Menteri dapat memberi jaminan dan kepastian bahawa beliau, UMNO dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13, termasuklah peralihan kuasa kerajaan di Putrajaya?" – Roketkini.com

Tiada ulasan: