Isnin, 21 Mei 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Uthayakumar Hanya Menguntungkan BN

Posted: 21 May 2012 04:36 AM PDT

Oleh K Pragalath - freemalaysiatoday
(alih bahasa-alhusseyn)
21 MEI 2012
Hasratnya untuk bertanding untuk kerusi negeri Sri Andalas dan kerusi Parlimen Kota Raja mungkin akan memecahkan undi kaum India dan menguntungkan BN.

PETALING JAYA: Setiausaha agung Hak Asasi Manusia Parti Protem P Uthayakumar yang sentiasa mendakwa bahawa hatinya adalah bersama Pakatan Rakyat. Tetapi kini dia boleh menjadi 'perosak' di kerusi negeri Sri Andalas dan kerusi Parlimen Kota Raja.

Penyertaan beliau hanya akan memecahkan undi kaum India dan menguntungkan Barisan Nasional.

Uthayakumar akan bertanding sebagai bebas kerana Parti Hak Asasi Manusia tidak didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Pemimpin de facto Hindraf itu mengumumkan semalam bahawa beliau akan bertanding di kedua-dua kerusi pada pilihan raya umum yang akan datang dan di kerusi Sri Andalas, kemasukan beliau dijangka akan menjadikan pertarungan lima penjuru.

Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, daripada PKR, berkata bahawa dia menjangkakan sekurang-kurangnya pertandingan lima penjuru.

"Terdapat khabar angin bahawa seorang Melayu akan diletakkan sebagai calon bebas.

"Kita (parti Kita) juga sedang meninjau kerusi ini," kata Jayakumar apabila diminta mengulas mengenai keputusan Uthayakumar.

Jayakumar bagaimanapun yakin akan mengekalkan kerusinya. Pada tahun 2008, beliau menewaskan MIC A Kamalam dengan majoriti 10,203 undi.

"Saya telah berkhidmat di kawasan pilihanraya saya. Rekod saya bercakap untuk diri saya sendiri. Rakyat matang dan akan membuat keputusan dengan bijak, "kata Jayakumar yang juga Exco Selangor untuk kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin.

MP PAS Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud merasakan bahawa hasrat Uthayakumar untuk bertanding di Kota Raja hanya akan memecahkan undi dan menguntungkan BN.

Dalam pilihan raya yang lepas, dia mengalahkan SA Vigneswaran (MIC) dengan majoriti 20,751 undi.

"Uthayakumar dan Hindraf hanya akan mendapat undi dari kaum India. Beliau akan memecahkan undi dan menguntungkan BN, "kata Siti Mariah.

Beliau menambah bahawa adalah mustahil bagi Uthayakumar untuk memenangi kerusi itu walaupun seluruh masyarakat India di Kota Raja mengundi untuknya.

Pengundi India merupakan 28% di Kota Raja. Sebelum tahun 2008, kedua-dua kerusi dikuasai oleh MIC.

Bekas Ahli Parlimen Kota Raja dan penyelaras kawasan pilihan raya BN Sri Andalas, Vigneswaran pula menolak Penglibatan Uthayakumar dalam pilihan raya tersebut.

"Pertempuran akan berlaku antara BN dan Pakatan Rakyat," katanya.

Vigneswaran juga berkata bahawa Uthayakumar telah menyanggah diri sendiri.

"Dia membenarkan Pakatan untuk mengambil kesempatan keatas orang India dan kini mendakwa bahawa Pakatan Rakyat tidak melaksanakan," kata Vigneswaran yang merupakan bekas pemimpin Pemuda MIC.

Dato Fauzi - Semakin Bertambah Orang Cerdik Menyertai PAS !

Posted: 20 May 2012 09:16 PM PDT

Ceramah malam tadi di Ulu Sepetang, penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk menyaksikan sendiri satu sejarah tanah air yang akan berlaku diatas pentas PAS.

Saya menjangkakan orang akan berpusu-pusu kesana, maka saya dan tiga rakan yang lain mula bertolak dari Ipoh pada jam 6.00 petang lagi bagi mengelakkan kesesakan.

Padang bola yang agak luas di mana ceramah itu diadakan tidak mampu menampung kehadiran orang ramai. Mereka ada yang terpaksa berlonggok di luar padang sahaja kerana padang dah sendat !

Mereka semua mahu menyaksikan dengan mata kepala sendiri mengenai bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang .

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Hj Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Abu Bakar Husein, Ketua PKR Perak, Dr Mohd Nur Manuty serta lain-lain pemimpin PAS negeri.

Uztaz Ikmal selaku pengerusi majlis telah mengesahkan mengenai kehadiran beberapa orang dari kalangan Umno tempatan yang beliau kenali.

Ada juga yang memberitahu saya, mengenai kelibat Hasbullah Elias, adik Kazim ala Kazam juga ada di situ bersama di antara 10,000 lebih para hadirin.

Ingatkan dia ni nak gi jerkah macam DS Nizar buat hari tu, rupa-rupanya dia ni penakut. Dia mencicit keluar dari tempat ceramah itu apabila dia merasakan kehadirannya disedari oleh beberapa orang PAS di situ. Mereka yang ada kamera tidak sempat mengambil gambarnya untuk dijadikan kenang-kenangan....


Walau apa pun, kita berharap, mereka datang dengan niat yang baik dan apabila balik kerumah akan muhasabah diri mengenai penglibatan mereka bersama Umno selama ini.

Penampilan Dato Presiden dan Timbalannya seolah-olah dibayangi oleh kehadiran Dato Fauzi yang sekadar mahu mengesahkan penyertaannya ke dalam PAS, dan memperkenalkan dirinya kepada orang ramai.

Tatkala menjelaskan hierarki organisasi polis, beliau menyifatkan kedudukannya sebagai orang nombor tiga adalah 'kecil'.

"Yang besar ialah Timbalan KPN, yang besar, KPN, yang besar lagi, Perdana Menteri; yang besar lagi? " Di sini beliau berhenti untuk menunggu jawapan para hadirin.Mungkin beliau mengharapakan orang ramai akan memberi respon spontan dengan berkata "Allah!"

Tetapi tanpa diduga, ada yang memecahkan kesunyian ketika itu dengan melaungkan nama 'Rosmah!'


Odiens pakat gelak kerana berasa lucu dengan reaksi tersebut. Saya perhatikan, Dato Fauzi sendiri terpaku hampir 10 saat kerana menahan dirinya dari ikut ketawa. Maklumlah, orang baru saja bersara – etika kepolisiannya masih tebal dan terbawa-bawa, perlu jaga disiplin depan orang ramai, betulkan Dato?

Beliau kemudiannya dengan sinis berkata, "Siapa saja yang besar!" (Memanglah dia itu besar dengan statistik 40"-40"-40"!) Nampak terserlah sikit sense of humour Dato Fauzi. Syabas Dato!

Agaknya, sampai di rumah malam tadi, tentu Dato Fauzi terguling-guling atas lantai melepaskan rasa nak ketawanya yang terpaksa di pendam!


Semua kita gembira malam tadi. Lihatlah gambar diatas ini menceritakan segalanya. Mereka yang berniaga berasa gembira juga kerana barang dagangan habis laku. Orang-orang Pakatan Rakyat gembira diatas penyertaan Dato Fauzi ke dalam PAS. Hanya orang-orang Umno sahaja yang berdukacita dan nestapa.

Saya menyeru orang-orang Umno supaya menuruti jejak langkah Dato Fauzi yang bijak itu.Marilah bersama dengan orang-orang yang bijak dan tinggalkan Umno untuk menaikan semula mertabat negara Malaysia ini.
.

Tiada ulasan: