Rabu, 2 Mei 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR: Media ikut telunjuk KDN

Posted: 02 May 2012 05:21 AM PDT

 
Arahan untuk menganggu, menghalang dan menahan wartawan yang membuat laporan perhimpunan tersebut datang dari KDN, kata N Surendran.




PETALING JAYA: PKR mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama bertemu beliau pada 27 April lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Naib Presiden N Surendran berkata, pihaknya telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk menganggu, menghalang dan menahan wartawan yang melaporkan tentang Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu datang dari peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam berhubung keganasan pihak polis terhadap wartawan.

Ujar beliau, "kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis.

"Pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk KDN apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari," katanya.

Menurut beliau, sehingga hari ini tidak ada sebarang kenyataan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tentang keganasan tersebut.

"Jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan," jelas beliau.

Kata Surendran, ini juga serangan yang serius oleh Barisan Nasional terhadap kebebasan akhbar. Di bawah sistem demokrasi kita, KDN i tidak mempunyai sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan.

"Dalih Najib dengan meminda Akta Media Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.

"Oleh itu, kami mendesak Hishamuddin untuk mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu.

"Kami seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media dan orang ramai pada hari tersebut.

Perjanjian bank-peneroka lebih teruk dari Perjanjian Israel-Palestin

Posted: 02 May 2012 05:13 AM PDT

 
Borang pinjaman itu gagal menyatakan jumlah unit saham FGVHB dan jumlah pinjaman yang sepatutnya ditawarkan kepada peneroka.




KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa perjanjian pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) antara peneroka dengan bank melanggari etika pinjaman apabila beberapa perkara penting diabaikan.

Penasihat ekonomi Anak Dr Rosli Yaakop berkata borang pinjaman itu gagal menyatakan jumlah unit saham FGVHB dan jumlah pinjaman yang sepatutnya ditawarkan kepada peneroka, sekaligus menjadikan peneroka seperti menandatangani 'borang kosong'.

Malah, peneroka dipaksa menandatanganinya pada satu tempat yang ditetapkan dan tidak dibenarkan membawa balik borang tersebut untuk rujukan termasuk mendapatkan khidmat peguam walaupun didalamnya menasihati supaya peneroka berbuat demikian.

"Peneroka sepatutnya boleh bawa balik borang untuk dapatkan nasihat tetapi di sini tak diberi peluang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Katanya, 90 peratus peneroka Felda seluruh negara telah menandatanganinya sejak borang itu mula diedarkan minggu lalu dan tarikh tutupnya pada 4 Mei depan.

Sementara itu, Pengerusi Anak Mazlan Aliman mendedahkan Surat Tanggung Kerugian bank yang juga perlu ditandatangani seperti menjerat peneroka apabila wujud klausa berbunyi:

"Saya pada bila-bila masa bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia menanggung segala kerugian dan bersedia menanggung kerugian terhadap semua kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, caj, penalti, fee, denda, kos yuran undang-undang (atas dasar indemniti penuh) dan apa jua perbelanjaan yang dibuat, diambil,
dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya atau mana-mana orang perseorangan yang berbangkit atau bersangkutan atau berhubung dengan surat ini."





 "Ayat ini lebih teruk daripada perjanjian Israel dengan Palestin.

"Bagaimana peneroka boleh terlepas dengan beban sebegini," soalnya.

Perjanjian pinjaman itu disediakan tujuh bank komersial berlainan iaitu CIMB, Maybank, Ambank, OCBC Bank, Bank Muamalat, Bank Islam, dan Affin Bank dengan mengenakan kadar faedah 6.5 peratus.

Sembilan dokumen

 
Didalamnya mengandungi sembilan jenis dokumen iaitu borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan Awam Permulaan (IPO) FGVHB, Akaun Berkanun, Surat Kebenaran Debit Margin Akaun, dan Notis Pengeluaran Pinjaman dan Surat Akujanji Untuk FGVHB.

Selain itu, Surat Tawaran Pembiayaan IPO: FGVHB, Memorandum Gadaian Saham Islam, Perjanjian Pembelian Saham, dan Perjanjian Penjualan Saham.

Mengulas mengenainya, Mazlan berkata perjanjian ini tidak adil kerana peneroka akan menanggung sepenuhnya kerugian jika harga pasaran saham jatuh.

"Mereka (Felda) yakin peneroka adalah masyarakat yang lebih mudah kena tipu. Setakat ini strategi mereka menjadi," katanya sambil menyifatkan perkara ini sebagai nasib malang buat peneroka.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kelonggaran syarat yang diberikan bank kepada peneroka yang rata-ratanya berumur 60 tahun

keatas, sedangkan kebiasaannya had umur seseorang pemohon yang dibenarkan tidak boleh melebihi 65 tahun.

Hari ini dalam sejarah: PM guna tandas ini

Posted: 02 May 2012 05:04 AM PDT

Harakahdaily,


(Penyataan pada tandas yang digunakan oleh PM. Ia dibuat oleh BN Pasir Puteh)


PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.

Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.

Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.

Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.

"Tapi mestilah bangga kalau PM gunakan tandas di tempat kita kan?

"Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak," tulis laporan dalam laman itu.

KAMI anjur konvensyen akses media PRU-13

Posted: 02 May 2012 04:55 AM PDT

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) akan mengadakan Konvensyen Mengenai Akses Media Dalam PRU ke-13 pada 12 Mei ini di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan.

Ketua Sekretariat KAMI, Hayatul Kamil Termudi berkata, konvensyen tersebut bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.

Ia juga sebagai langkah awal untuk menghimpun pengamal media independen atau yang bekerja dengan badan-badan media cetak atau siaran.

Bertemakan memartabat Malaysia menjadi negara mesra media, adil dan bebas, konvensyen tersebut bertujuan menghimpun pengamal media independan dan profesional bagi mengumpul cadangan dan pandangan mereka.

Selain itu ia juga bagi mendengar pandangan dan pengalaman pakar, pengamal media dan tokoh masyarakat makna sebenar media adil dan bebas.

"KAMI mengharapkan media adil dan bebas yang boleh diakses oleh semua pihak dalam PRU 13 adalah peluang untuk membuktikan malaysia adalah sebuah negara demokratik," kata beliau pada sidang media di jalan Pahang, dekat sini hari ini.

Antara ahli panel yang dijangka akan menyampaikan buah fikiran ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifududdin Abdullah, veteran media Abdul Kadir Jasin dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Resolusi konvensyen tersebut akan dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab khususnya Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

Konvensyen tersebut juga sebagai tanda bantahan terhadap tindkan polis yang menghalang petugas media menjalankan tugas dengan bebas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Kecam pukul wartawan

Tegasnya, KAMI mengecam kekasaran polis terhadap petugas media yang membuat liputan pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

"KAMI membantah keras tindakan keras polis terhadap pengamal media yang menjalankan tugas mereka walaupun perhimpunan tersebut pada mulanya aman," kata beliau pada sidang media di pejabat Harakah, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, KAMI sangat kesal terhadap jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa merampas bahan atau rakaman pengamal media terdapat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) polis.

Namun jawapan tersebut tidak selari dengan jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

"Jawapan menteri sangat dikesali. Adakah kerana tak ada jawapan lain maka dia memberi jawapan itu?

"Nampak sangat KDN celaru dalam memberi jawapan sedangkan ketua polis negara ia tidak ada dalam SOP polis. Nampak sangat mereka tidak mempunyai SOP yang teratur," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KAMI akan turut serta dalam demonstrasi membantah kekasaran polis terhadap pentugas media di hadapan pejabat Malaysiakini esok.

"KAMI akan turun memberi sokongan kepada pengamal media esok," katanya.

Lelaki dakwa dilanggar polis hingga terpelanting

Posted: 02 May 2012 04:08 AM PDT


Seorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.


NONESu Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.NONE


Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.

Durian runtuh PM vs tawaran istimewa GSF

Posted: 02 May 2012 04:04 AM PDT


Bukan sahajaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka Felda pada 8 April ini, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat Gabungan Selamatkan Felda (GSF) juga akan mengambil langkah sama.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata, GSF - gabungan membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia - kini sedang menyiapkan 'tawaran istimewa' itu.

Bagaimanapun, katanya, habuan itu memfokuskan kepada generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang dirumuskan daripada konvensyen berkaitan di Shah Alam baru-baru ini.


NONE"Daripada resolusi itu, kita ada rancangan alternatif, selain kita tolak penyenaraian. Mungkin masyarakat luar kata, kita tak ada satu cadangan balas, dan kita dilihat tahu nak bangkang sahaja, tanpa alternatif.

"Pasukan tink tank (pemikir) kita sedang menyiapkan tawaran istimewa kepada generasi kedua Felda. Peneroka felda (generasi pertama) dah ada rumah, tanah.

"Bagi peneroka generasi kedua dan ketiga, tak ada apa-apa," katanya dalam sidang media hari ini.

ANAK salah sebuah anggota gabungan GSF.

Perhimpunan 5 Apr, ANAK dakwa terima tekanan

Mazlan berkata tawaran istimewa itu berbentuk pemberian tanah, rumah dan konsep bandar baru "yang lebih baik dan suasana selesa" yang bakal menempatkan peneroka daripada kedua-dua generasi itu.

"Tanpa perlu penyenaraian, kita ada alternatif yang lebih baik termasuk penambahbaikan terhadap koperasi Felda," katanya.

Pengumuman 'tawaran istimewa' itu akan diumumkan pada 6 April ini - dua hari sebelum pengumuman Najib - di Felda Jengka 20, Pahang.
Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata ANAK dan GSF hari ini menghantar surat kepada Najib untuk bertemu bagi membincangkan mengenai penyenaraian FGV di bursa saham.

Bahkan, mereka juga akan menyerahkan resolusi konvensyen Felda yang dipersetujui kepada Najib.

"Kita berhasrat berjumpa dengan PM. Kami tak mahu berbincang dengan orang lain," kata Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.

Dalam sidang media itu juga, Mazlan mendakwa menerima "tekanan" daripada pihak tertentu supaya memindahkan lokasi Perhimpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana Johor Bahru pada 5 April ini

Bagaimanapun, beliau tegas menyatakan perhimpunan anjuran Gabungan Tanah Rakyat Johor (TANAH) itu tetap akan diadakan di situ dan menganggarkan 30,000 hadirin akan menyertainya.

Dakwaan kasari wartawan, KAMI mahu saman k'jaan

Posted: 02 May 2012 04:01 AM PDT


Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia dan pasukan polis berhubung dakwaan mengasari pengamal media pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman berkata, pertubuhan itu sedang mengumpulkan bukti dan saksi sebanyak mungkin berhubung kejadian tersebut.


NONE"Mengikut apa yang dilaporkan, sebanyak 10 kes yang melibatkan wartawan dan jurugambar dikasari oleh pihak polis.

"KAMI sedang berunding dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak polis dan kerajaan untuk bawa kes ini ke mahkamah seberapa segera.

"KAMI juga ingin meminta pengisytiharan bahawa tindakan polis itu bercanggah dengan Perkara 10  Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, KAMI juga menyokong gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) agar siasatan ke atas dakwaan berkenaan dijalankan jawatankuasa bebas dan bukan pasukan polis.

"Kami bersetuju agar penubuhan siasatan bebas berhubung kes ini seperti yang dicadangkan NUJ dilakukan... Setelah saya teliti, tidak ada undang-undang yang memberi kebenaran kepada polis untuk rampas kamera dan barangan wartawan," katanya.

Terdahulu, ketua seketariat KAMI Hidayatul Kamil Termudi dalam satu sidang media turut menyelar tindakan pihak polis mengasari wartawan yang membuat liputan pada himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.

Malah, kenyataan bercelaru di antara menteri bertanggungjawab dan juga kenyataan ketua polis negara menunjukkan tahap prihatin pasukan tersebut dalam menjaga keselamatan wartawan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung tindakan merampas kamera wartawan.

"Hishammuddin kata (rampasan) sebahagian daripada SOP (garis panduan operasi polis), tapi ketua polis negara kata tidak.

"Ini menunjukkan bahawa menteri tidak tahu apakah SOP yang berkaitan media. Dan ini juga menunjukkan pihak berkuasa tidak serius dalam menjaga keselamatan yang berkaitan wartawan," katanya lagi.

Bersih 3.0: Sokongan belia kepada BN tak merosot, kata Ahmad Shabery

Posted: 02 May 2012 03:44 AM PDT

SINAR HARIAN

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


KEMAMAN - Penyertaan belia dalam perhimpunan Sabtu lalu bukanlah menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jelasnya, ramai daripada belia terbabit ditaja oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan, malah lebih memburukkan keadaan apabila mereka hanya bertindak mengikut perasaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Jumlah belia yang terlibat hanya dalam jumlah yang kecil. Saya percaya majoriti belia faham apa yang berlaku sebenarnya hanya disebabkan agenda politik pembangkang.

"Majoriti belia tidak sukakan rusuhan, namun segelintir orang muda ini tanpa berfikir (panjang) dengan darah panas (menyebabkan mereka) mudah diracuni dan dihasut oleh puak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kasut jenama Bata kepada 627 ahli Kelab Basikal Fixie Kemaman di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di sini, hari ini.

Beliau turut kesal dengan tindakan ibu bapa yang membawa anak kecil ke perhimpunan haram itu kerana perhimpunan yang berkaitan keganasan tidak sewajarnya didedahkan kepada mereka.

"Belia yang datang ke perhimpunan itu pun sebab mereka ditaja. Buktinya banyak kita boleh dapat dari youtube, blog dan laman web yang mendedahkan perkara sebenar.

"Penganjur perhimpunan haram perlu bertanggungjawab dan tidak boleh 'lempar batu sembunyi tangan' dengan didikan mereka yang menggalakkan golongan muda memberontak," katanya. - Bernama

'Polis berkasar selepas khabar angin'

Posted: 02 May 2012 03:42 AM PDT

 

Polis didakwa melakukan kekasaran dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada Sabtu lalu setelah mendengar khabar angin bahawa seorang anggota keselamatan dibunuh oleh peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

NONESeorang peserta Mohd Syafiq Shamsudin(kiri) yang mendakwa menjadi mangsa berkata, anggota polis yang memukulnya menyifatkan dia sebagai samseng yang menyebabkan anggota keselamatan meninggal dunia.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Isnin, Mohd Syafiq mendakwa, dia dan seorang rakan Munir Maktar ditarik ketika beratur untuk memasuki platform stesen kereta api LRT pada jam 7 petang.

Dakwanya, oleh kerana polis kerana tidak berani memasuki kawasan LRT, mereka bertindak menghalang dan menarik peserta BERSIH dan merampas kamera jika mengambil gambar.

Haramkan kempen pilihan raya?

Posted: 02 May 2012 03:36 AM PDT

FARUSH KHAN

Apa nak hairan kalau kempen pilihan raya boleh jadi pesta!

Itu sekali-sekala, sedangkan kemalangan yang berlaku setiap hari itu, sebagai contoh, pun boleh memeriahkan suasana.

Seekor lembu dilanggar kereta di jalan raya, ratusan kenderaan terperangkap di laluan sejauh 5 kilometer kerana yang di dalam kenderaan hendak lihat apa jadi pada lembu dan kereta.

Seorang hamba ALLAH terbaring di jalan akibat terjatuh motosikal, dua orang tampil memberi bantuan, 140 orang lagi berdiri keliling dan menonton. Kan itu perkara biasa!.

Kalau pesta sebenar, yang jom sana jom sini, impaknya tidak perlu cakap lagilah; anak pun boleh hilang.

Jika mula jam 8 malam, sebelum Maghrib kawasan pesta sudah penuh dengan peminat Cuba tengok Duduk Bantah Bersih 3.0 di KL Sabtu lalu. Ada yang dakwa yang hadir mencecah 300,000 orang. Mungkin tidak seramai itu. Cuma sedih berlaku pertembungan yang sepatutnya boleh dielak antara peserta demonstrasi dan pihak berkuasa.

Saya menimbulkan perkara ini sebab ada kawan mencadangkan supaya poster dan bendera parti-parti bertanding dalam semua pilihan raya pada masa hadapan diharamkan.

Menurut ramalannya, seperti juga jangkaan ramai pendeta politik, perang poster menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi ini sengit daripada yang sudah-sudah.

Untuk mengelak timbul pelbagai masalah dan kerumitan - salah faham, perasaan marah, perbuatan nakal dan sabotaj serta yang paling dikhuatiri, pergaduhan melibatkan buku lima antara pihak-pihak terlibat - juga supaya ia tidak membazir, haramkan sahaja pemasangan poster dan bendera.

Kebanyakan bahan yang dirintangkan untuk menarik penyokong semasa musim kempen pilihan raya adalah vinil dan bahan tidak boleh dilupuskan.

Perbelanjaan untuk membuat bahan-bahan itu, kos untuk upah pekerja bagi memasangnya di merata tempat di seluruh negara, ditambah dengan kerja menurunkan atau menanggalkannya dari tiang, pokok, tembok dan wayar akan menelan belanja jutaan ringgit.

Bagaimana pula dengan kerja yang perlu dilaksanakan pihak berkuasa tempatan bagi melupuskan beribu tan bahan sampah yang bersepah setiap hari sebelum dan selepas berlangsungnya pilihan raya? Entah berapa juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk membersihkan bandar dari poster dan bendera yang digantung dan dilekat di merata tempat; di tiang elektrik, pokok, dinding bangunan, kiri kanan jambatan dan di mana sahaja yang boleh.

Kesulitan pihak berkuasa mendapatkan kawasan sesuai dan cukup untuk membuang sampah bertimbun-timbun itu adalah satu masalah lagi.

Tanya kawan saya; apakah pengundi benar-benar perlukan semua suasana berpesta ini pada musim kempen pilihan raya bagi menentukan siapakah dalam kalangan calon yang perlu dipangkah? Jawapannya jelas. Dalam zaman internet hari ini, di mana sesuatu maklumat timbul hanya dengan ketukan jari di papan kunci, mana ada lagi maklumat boleh disorok!

Dalam masa sangat singkat, apa berlaku di hujung dunia boleh merebak pantas dan meluas ke seluruh pelosok di muka bumi ini seperti api membakar daun kering.

Tapi cadangan kawan saya lebih menekankan kepada penjimatan kos, di samping masalah lain.

Saya setuju. Bahkan, kalau bolehlah, mansuhkan sekali tempoh 10 hari atau dua minggu untuk kempen pilihan raya.

Bukan maksud saya berseloroh, jauh sekali untuk mempersendakan, tapi kita semua pun tahu di Malaysia, 'kempen' pilihan raya tidak pernah berhenti. Hari hari ada.

Hari ini selesai pilihan raya, esok 'kempen' bermula kembali. Tidak kira parti belah sini atau belah sana, dan ia berterusan hingga bertemu tarikh pilihan raya yang satu lagi.

Tarikh PRU13 akan datang entah bila, tapi macam-macam pendedahan, dakwaan dan tuduhan sudah dibuat, seolah-olah ia akan berlangsung esok.

Adalah satu keajaiban jika ada satu hari yang anda tidak alami suasana 'kempen' pilihan raya.

Cakap pasal kos, sebenarnya banyak perkara boleh pihak berkuasa dan rakyat buat untuk mengurangkan perbelanjaan.

Kita tidak perlu tukar permaidani dan langsir di rumah atau di pejabat, tapi setengah daripada kita yakinkan diri kita untuk tukar; kita boleh tidak memberi cenderahati mahal-mahal kepada orang yang merasmikan majlis, tapi kita bersusah-payah mahu memberinya juga; kita tidak perlu belanja besar untuk kenduri, tapi ada yang sanggup bergadai bergolok untuk mengahwinkan anak secara besar-besaran.

Kita digalakkan lakukan sistem 'pool' semasa berulang-alik antara rumah dan tempat kerja, tapi kita naik sebesar-besar kereta seorang diri. Kita sudah biasa.

Amaran ribut pelebat peringkat jingga

Posted: 02 May 2012 03:29 AM PDT

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang ini.
 
Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang. 

Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang  (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan  (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang (daerah Temerloh dan Bera), Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).

Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat. - Bernama

Pemuda MIC didakwa serang rombongan PKR

Posted: 02 May 2012 03:25 AM PDT

Ahmad Fadli KC

Ahli Parlimen Kapar, Manickavasagam mendakwa seorang pemimpin kanan dalam pergerakan Pemuda MIC telah menyerang dan mencederakan anggota rombongan PKR yang cuba bertemu perdana menteri di Putrajaya pagi tadi.

NONEJusteru, bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau menggesa polis menangkap pemimpin berkenaan dengan segera.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang bersama rombongan itu mendakwa, akibat insiden itu Ketua Cabang PKR Puchong dikenali sebagai Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.

Surendran mendakwa pemimpin itu dan beberapa samseng berbuat demikian berhampiran pintu masuk pejabat perdana menteri.

Saksi lihat anggota polis acu senjata api

Posted: 02 May 2012 03:19 AM PDT

 
 
Seorang saksi berkata beliau melihat seorang pegawai trafik mengacukan senjata api ke arah peserta perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu.

Menurut Lai KL, anggota polis berkenaan bertindak demikian selepas satu kejadian kereta polis melanggar beberapa peserta perhimpunan yang berlaku di lokasi berhampiran.

NONELai berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli belah Sogo.

"Apabila (anggota polis) itu berpusing ke kanan, saya nampak (senjata api) di tangannya. Peserta perhimpunan itu kemudian berundur dan menyertai orang ramai.

"Saya tidak pergi dekat... Insiden itu hanya berlaku beberapa minit," katanya.

Dalam kejadian pada anggaran jam 4.30 petang itu, Lai berkata beliau tidak melihat apa-apa provokasi dilakukan ke atas anggota polis berkenaan.

Namun beliau mendengar banyak jeritan pada waktu itu, katanya lagi kepada Malaysiakini.

"Polis sedang menahan dan memukul orang ramai pada waktu itu dan yang lain cuba masuk campur. Saya tidak melihat orang membaling apa-apa ke arah polis," katanya.

Lai berkata anggota polis lain dengan berpakaian seragam biru turut berada di kawasan tersebut dan tidak menyekat anggota polis trafik tersebut.

Satu video oleh individu tidak dikenali yang merakam kejadian itu menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan senjata api ke atas peserta perhimpunan yang sedang berundur.

Video berkenaan disiarkan laman Free Malaysia Today.

Kereta polis meluru laju, langgar peserta perhimpunan

Posted: 02 May 2012 03:03 AM PDT


SAKSI MATA kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, saya berada di hadapan Wisma Da Vinci di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada waktu itu, saya melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Saya melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.

NONEKira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.

Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengah-tengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.

Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.

Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo.

NONEIndividu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, saya tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian.

Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut.

Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.

Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut.

Saya kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup.

Tidak berapa lama kemudian, saya berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik.

Saya melihat lelaki tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan ambulans.

Posted: 02 May 2012 02:58 AM PDT

 
Reben kuning untuk wartawan dikasari polis
 
 
Kerajaan Selangor menyertai beberapa pertubuhan media bagi mengutuk kekasaran polis terhadap wartawan yang membuat liputan ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu melalui ikatan pita kuning.

Dalam sidang media hari ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, exco Teresa Kok, Ean Yong Hian Wah dan Yaakob Sapari mengenakan ikatan pita kuning atas permintaan wartawan yang hadir.

Kumpulan pemberita memotong dan mengedarkan pita itu kepada rakan-rakan mereka sebelum sidang media itu.

"Esok Hari Kebebasan Media Sedunia. Kami akan pakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang," kata seorang pemberita Selangor Times yang mengambil inisiatif itu.

Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.

Sementara itu, Khalid berkata beliau bersimpati dengan nasib wartawan berkenaan dan tidak bersetuju dengan serangan itu dan sudah masanya untuk masyarakat membuat perubahan.

"Kamu menambahkan nilai kepada pengetahuan masyarakat supaya mereka dapat membuat keputusan lebih baik. Tanpa media yang bebas, kita tidak akan menjadi masyarakat berpengetahuan," katanya.

KPN minta maaf kepada jurugambar dikasari polis

Posted: 02 May 2012 02:55 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Tan Sri Ismail Omar
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media," katanya kepada Muhammad Arif, 23, yang ditemui semasa pertemuan dengan media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Semasa pertemuan itu, Ismail, yang dipetik Bernama, melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya.

Muhammad Arif, yang memakai kemeja corak berkotak dan berseluar jeans, bersalaman mesra dengan Ismail sebelum kedua-dua mereka mengambil gambar bersama.

Sabtu lepas, Muhammad Arif cedera di muka dan anggota badan setelah dikatakan dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Dataran Merdeka.

Polis berjaya mengekang tindakan liar peserta perhimpunan itu yang ingkar perintah larangan Mahkamah Majistret untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan kecuali acara rasmi peringkat nasional dan turut menawarkan lokasi alternatif tetapi ditolak penganjur.

Selain Muhammad Arif, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh turut cedera dan menerima 15 jahitan di kepala akibat dipukul peserta perhimpunan ketika jurukamera itu cuba melindungi anggota polis yang juga dipukul oleh peserta terbabit.

Pada majlis yang sama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan kepada media agar menggunakan pakian khas seperti "vest media" untuk membezakan peserta perhimpunan dan pengamal media bagi mengelakkan insiden tidak diingini pada Sabtu lepas.

Mohmad berkata insiden wartawan dan jurugambar dikasari bukan disengajakan kerana keadaan ketika itu kelam-kabut serta sukar untuk dikawal menjadikan pihaknya sukar membezakan antara orang awam dan pengamal media.

"Saya rasa cara itu (memakai vest media) merupakan cara terbaik buat masa ini kerana pihak polis boleh membezakan antara media dan peserta perhimpunan sekiranya berlaku tindakan di luar kawalan," katanya.

PDRM janji tangkap perusuh dalam waktu terdekat

Posted: 02 May 2012 02:53 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

BERSIH 2.0
 
Himpunan Bersih 2.0
 
 
KUALA LUMPUR - Polis akan menangkap peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya dipetik Bernama.

Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.

Poll Yahoo: Polis punca keganasan

Posted: 01 May 2012 11:03 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Majoriti pengunjung laman web Yahoo Malaysia menyalahkan polis sehingga tercetusnya keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

(Keputusan poll yang dibuat oleh Yahoo Malaysia.)

Dalam satu poll yang dibuat oleh laman web antarabangsa itu, Yahoo bertanya, "Siapa yang patut dipersalahkan ekoran keganasan dalam Bersih 3.0?".

Jawapannya adalah 59 peratus pengunjung menyalahkan polis sebagai penyebab tercetusnya keganasan itu.

Sehingga berita ini disiarkan, 19,236 pelayar laman web Yahoo Malaysia ini telah mengundi.

Semalam, sekumpulan pemerhati antarabangsa juga mempersalahkan tindakan polis sehingga tercetusnya kekecohan dalam perhimpunan ini.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, "Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi)."

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media tradisional terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

"Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia," kata Xenophon.

Khabar angin yang disebarkan di kalangan anggota polis yang bertugas kononnya seorang anggota mereka mati dipukul peserta deminstrasi telah dianggap sebagai punca keganasan polis dalam perhimpunan ini.

Media tradisional yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional pula membuat laporan palsu ekoran tindakan balas para peserta perhimpunan.

Misalnya tindakan peserta terbalikkan sebuah kereta polis kerana menganggap ada mangsa yang masih tersepit di bawah kereta itu dipaparkan sebagai contoh aksi keganasan.

Begitu juga aksi seorang 'peserta' menendang sebuah motosikal polis trafik dipaparkan sebagai aksi keganasan padahal dikenalpasti kemudiannya sipenendang itulah juga yang menangkap peserta perhimpunan kemudiannya.

Dalam sidang media Ketua Polis Negara semalam, Tan Sri Ismail Omar diserang bertalu-talu oleh wartawan kenapa polis bertindak menangkap dan memukul peserta perhimpunan di luar kawasan yang digezetkan oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Ismail menjelaskan, ia dibuat selepas sekatan ke situ dipecahkan oleh peserta perhimpunan itu.

Kerajaan masih permain pekerja bawahan

Posted: 01 May 2012 10:59 PM PDT

Dr Ghazali Hasbullah,   
 

Lajnah Pekerja dan Perofesional Muda, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja bagi komuniti pekerja seluruh negara.

Lajnah ini sangat berbangga dengan usaha dan kegigihan yang ditunjukkan oleh golongan pekerja untuk sama-sama kita majukan negara yang kita cintai ini. Tanpa adanya sumbangan dan komitmen golongan pekerja, struktur masyarakat akan runtuh dan pembangunan negara ini sudah pasti akan tergendala.

Kami sangat prihatin dengan bebanan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh khususnya pekerja bawahan di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang korup ini.

Dalam menghadapi bebanan ini, kerajaan masih lagi mempermain-mainkan golongan pekerja.  Perdana Menteri mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM800 atau RM3.85 sejam. Ini adalah sangat rendah dan tidak wajar. Apa yang rakyat marhaen boleh dapat dengan RM800 sebulan? Sewa rumah di Sabah dan Sarawak sudah mencecah lebih RM500. Belanja api, elektrik, telefon, persekolahan anak dan belanja dapur sudah pasti melebihi RM500.

Dalam keadaan biasa, pendapatan bulanan rakyat marhaen tidak mencukupi untuk perbelanjaan hidup mereka sekeluarga. Dengan pendapatan kurang dari RM1000 setiap bulan, mereka terpaksa berhutang hanya untuk keperluan asasi bulanan. Ini belum termasuk bayaran bulanan kenderaan dan rumah kediaman. Bagaimana pula sekiranya mereka mendapat kecemasan atau sakit?

Di bawah kerajaan Barisan Nasional, golongan kaya semakin kaya menjadikan suasana masyarakat yang tidak stabil. Kerajaan juga berbohong dengan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam peringkat bawahan sebanyak 13% manakala bagi kakitangan utama dan turus kenaikannya adalah 7-9%.

Adapun yang sebenarnya adalah, selepas sekali sahaja kenaikan 9%, kakitangan bawahan cuma mendapat kenaikan tahuan antara RM 80-320 sahaja. Tetapi golongan atasan, setelah menerima kenaikan 9% tersebut, gaji mereka setiap tahun akan naik sebanyak 9% lagi daripada gaji pokok tahun tersebut. Ini menjadikan kenaikan sebenar kakitangan pengurusan tertinggi sektor awam adalah 14-18% pada tahun ini sahaja dengan kenaikan 7-9% setiap tahun.

Kerajaan masih lagi mengamalkan budaya membazir, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka mengharapkan rakyat yang sudah miskin supaya berjimat cermat, tetapi mereka berterus-terusan dalam keadaan mewah, menggunakan peruntukan negara untuk kepentingan pribadi dan melupus kira pinjaman kroni.

Kita mengajak golongan pekerja sekalian supaya memilih PAS dan Pakatan Rakyat untuk memerintah Negara supaya agenda Negara Berkebajikan kita dapat dilangsungkan sesuai dengan kehendak Islam supaya harta Negara tidak boleh berlegar dikalangan golongan tertentu sahaja.

"Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).

(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." (Al Hasyr: 7)

Negara Berkebajikan Pilihan Kita.

Dr Ghazali ialah Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Melbourne desak P'si SPR letak jawatan

Posted: 01 May 2012 10:57 PM PDT

Mohd Azim bin Abdul Hamid,



(Pemimpin SPR didesak meletakkan jawatan dalam perhimpunan di Melbourne) 


MELBOURNE (Australia): Ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Persekutuan (Federation Square) Melbourne, Sabtu lepas untuk menzahirkan desakan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.

Antara tuntutan mereka adalah mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletakkan jawatan.

Kira-kira (hampir 1500)  1,250 warganegara hadir di dataran tersebut merupakan sebahagian yang terlibat dalam himpunan gerakan Global Bersih 3.0 yang dijalankan di seluruh dunia pada hari Sabtu lepas.

(Desakan undur kepada pemimpin SPR)

Selain Melbourne, terdapat beberapa siri himpunan Bersih 3.0 yang lain, bermula di Auckland dan berakhir di San Francisco, dari serendah laut di Aceh sehingga setinggi ke gunung Everest, semuanya berkumpul memberi solidariti kepada kira-kira 250,000 warga pelbagai generasi yang turun di jalanan Kuala Lumpur bagi menunjuk bantahan kepada korupsi pilihanraya.

Di Melbourne, sorakan peserta yang berkumpul semakin kedengaran seawal jam 1 tengahari waktu tempatan.

Antara yang turut bersama bukan sahaja dari kalangan pelajar seperti yang dijangka pihak penganjur, malah yang bekerja serta berkeluarga dari pelbagai generasi termasuk anak kecil hingga warga emas turut menjayakan himpunan aman tersebut.



(Antara orang ramai yang berkumpul di Federation Square, Melbourne, Sabtu lepas serentak dengan rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur dan seluruh dunia)

Suasana meriah dilahirkan dalam acara 'Duduk Bantah' dengan peserta turun memakai pakaian berwarna kuning, sambil memegang pelbagai sepanduk yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan serta mengibarkan bendera Malaysia tercinta.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh ahli Senator Victoria, Colleen Hartland dari parti The Greens Australia.

Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan sokongan kepada pergerakan itu. Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan dari Encik Hong Lim, Ahli Parlimen Clayton, Melbourne.

Himpunan itu juga disusuli dengan bacaan kenyataan Pengerusi Bersama Bersih Kuala Lumpur, Datuk Ambiga Sreenevason oleh salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.

Antara lain ucapan dalam perhimpunan tersebut adalah berkisar tentang situasi semasa dalam gerakan reformasi sistem pilihanraya di Malaysia, pendaftaran yang meragukan dalam daftar pemilih serta hak-hak mengundi rakyat Malaysia di luar negara.

Selain ucapan dari beberapa pihak, acara perhimpunan itu juga diselangi dengan nyanyian lagu 'Here in My Home' dan '1 Malaysia' serta bacaan puisi dan deklamasi sajak.

Di penghujung acara, penyelaras Global Bersih 3.0 Melbourne, saudara David Teoh telah membacakan senarai 85 lokasi yang mengambil bahagian dalam Bersih Global di seluruh dunia.

Perhimpunan berakhir dengan para peserta bangun berdiri tegak bersama menyanyikan lagu kebangsaan, 'Negaraku'.

Seusai perhimpunan, peserta bersurai secara aman dengan bantuan pihak berkuasa mengawal baik keadaan lalu lintas.

Salah seorang ahli jawatankuasa Bersih 3.0 Melbourne, William Ng berkata, "Perhimpunan ini adalah sebuah gerakan yang non-partisan untuk mendesak reformasi dalam pilihanraya.

"Kami mahukan satu sistem yang mencerminkan kehendak rakyat, di mana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilihat sebagai satu badan bebas yang tidak terlibat dengan rasuah serta mahukan pengakhiran kepada politik kotor yang berleluasa sepertimana yang telah mencemari pilihanraya kecil di Malaysia baru-baru ini."

Kebanyakan warganegara yang tinggal di luar negara termasuk warga Australia yang lahir atau yang mempunyai sanak-saudara di Malaysia mengekalkan hubungan perasaan dan budaya yang kuat kepada negara asal mereka.

Namun pada hari Sabtu tanggal 28 haribulan April baru-baru ini, kekuatan hubungan ini terserlah ditunjukkan oleh mereka secara aman tetapi lantang di seluruh dunia dengan kerjasama pihak berkuasa di tempat masing-masing, mengharapkan reformasi dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Kenapa P'si SPR dan timbalan perlu letak jawatan

Posted: 01 May 2012 10:53 PM PDT

Dr.Syed Azman Syed Ahmad,
Banyak yang telah diperkatakan oleh pelbagai pihak tentang perjalanan demokrasi dan sistem pilihan raya yang ada di negara kita. Satu sistem pilihan raya yang sihat memerlukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugas dan memantau pilihan raya secara tidak berpihak dan neutral.
Adalah amat penting bagi SPR menjadi bebas dan tidak berpihak supaya SPR dapat memenangi keyakinan orang awam terhadap peranan dan fungsinya.

Malangnya, walaupun selepas lebih dari 5 dekad negara kita merdeka, perjalanan dan sistem pilihan raya di negara kita terus berjalan dengan tempang, tidak telus dan penuh dengan keraguan.

Ini di tambah lagi, sejak akhir-akhir ini, wibawa SPR menjadi persoalan besar di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Pendedahan berani Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen pada bulan lepas mengenai isu 'konspirasi terancang' antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR menjadikan mereka sebagai pengundi yang 'sah' amat menjejas imej SPR.

Malah antara individu yang dikaitkan dalam 'Task-Force' khas ini adalah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sendiri.

Sementara itu, pada minggu lepas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula mendedahkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.

Saifuddin mendakwa, Abdul Aziz merupakan ahli Umno cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bagi Parlimen Ampang, Selangor manakala Wan Ahmad pula berdaftar di cawangan Kubang Bunggor dalam DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

(Gambar artis tentang sikap pemimpin SPR)

Kedua-dua pendedahan berani ini kini meletakkan kedudukan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalan beliau, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sebagai sudah tidak layak lagi bagi memimpin SPR yang perlu di lihat 'bebas, adil dan berkecuali'.

Kepercayaan awam terhadap mereka kini sudah pudar dan kedudukan mereka kini tidak lagi diyakini oleh rakyat Malaysia yang cintakan kepada keadilan dan pilihan raya yang Bersih dan Adil.

Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh Pengerusi SPR dan Timbalannya mengenai kedua-dua isu besar yang didedahkan ini, dilihat amat tidak meyakinkan, 'defensif' dan cuba meletakkan kesalah kepada pihak lain.

Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka 'berkhidmat untuk Umno/BN' bagi menjamin kelangsungan kuasa di Puterajaya dan bukannya untuk menegakkan demokrasi yang tulen dinegara kita.

Lebih parah lagi kini, kedua-dua mereka yang memimpin SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' Umno/BN.

Bagi seluruh rakyat Malaysia rasanya  sudah cukup pengalaman Pengerusi SPR yang terdahulu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang cuba memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia  dengan menarik balik kewajipan celup jari bagi setiap pengundi dengan mengemukakan alasan 'keselamatan' dan 'ada dakwat palsu' yang telah di temui.

Alasan ini terlalu dangkal dan tidak masuk akal? Hanya yang bodoh sahaja boleh percaya kepada alasan Pengerusi SPR itu. Namun kini selepas bersara, barulah beliau membuat pengakuan terbuka bahawa 'adanya tangan-tangan ghaib' yang bertindak demikian.

Begitu juga dengan peranan SPR yang dilihat terus gagal menasihat kerajaan Umno/BN bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah sedangkan penambahan kerusi yang ketara telah dilakukan dalam pilihanraya yang lepas di negeri-negeri yang menjadi kubu Umno/BN seperti Johor, Sarawak dan Sabah yang tujuannya adapah bagi menyelamatkan kuasa politik Umno/BN semata-mata.

Ini ditambah lagi dengan persoalan 'akses media yang bebas dan adil'. Apakah selama ini Pengerusi SPR dan Timbalannya  'buta mata dan buta hati' apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pimpinan pembangkang di negara kita?

Apakah RTM dan Bernama sememangnya menjadi milik Umno/BN sehingga tidak ada langsung liputan yang seimbang dan adil untuk parti pembangkang?

Yang nyata media perdana ini telah menjadi alat propaganda Umno/BN dan bukannya untuk mendidik rakyat Malayia.

Bagi saya, Tan Sri Abdul Aziz dan Datuk Wira Wan Ahmad telah hilang "Kepercayaan Awam' dalam mereka memimpin SPR. Apatah lagi mereka kini telah kehilangan 'Moral Ground' untuk terus mengekalkan jawatan mereka di SPR.
'Kepercayaan Awam' adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota dalam SPR. "Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan berkecuali"

Tidak ada pilihan kecuali kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi institusi SPR itu sendiri.

Izinkan Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong  membentuk satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pendedahan Datuk Mahfuz dan Datuk Saifuddin itu sebelum membenarkan Parlimen dibubarkan. Langkah ini adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Email syedazmans@yahoo.co.uk

Akhbar MCA dakwa Zahida isteri kedua Shafei

Posted: 01 May 2012 10:51 PM PDT

Harakahdaily,


(Keratan laporan The Daily Chilli, akhbar dalam talian dalam akhbar milik MCA, The Star)


KUALA LUMPUR: Ruangan hiburan akhbar milik MCA, The Star, iaitu The Daily Chilli mendakwa, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal telah berkahwin dengan artis Zahida Rafik secara senyap-senyap.

Oleh itu, tidak berbangkit menteri berkenaan membayar RM1.5 juta kepada artis itu kerana kedua-duanya sudah berkahwin.

Memetik sumber dari pemimpin kanan BN Sabah, akhbar itu melaporkan, "Bagaimana kamu boleh kata dia bayar RM1.5 juta sedangkan dia (Zahida Rafik) sebenarnya isteri kedua dia (Shafie)."

"Bekas pemandunya bertindak sebagai orang tengah untuk menutup  jejak mereka," kata sumber itu sebagaimana dilaporkan The Daily Chilli.

Sebelum ini, Ketua Wanita PKR yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin mendakwa, seorang menteri telah membayar seorang artis RM1.5 juta menerusi akaunnya.

Beliau mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang artis dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Zahida Rafik menafikan beliau mempunyai hubungan dengan mana-mana menteri.

Shafei juga menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Zahida.

Berikut adalah kenyataan penuh Shafei:

"Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

"Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012."

DAP mula perkenal calon Melayu

Posted: 01 May 2012 10:43 PM PDT

MALAYSIA KINI

DAP telah mengenal pasti tiga calon Melayu utama untuk diketengahkan pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bulan Jun ini, dalam usaha mengikis tanggapan umum mengenai parti yang didominasi oleh kaum Cina itu.

Menurut sumber tu, mereka disebut-sebut bakal bertanding di Pulau Pinang, Pahang dan Johor termasuklah anak bekas menteri Umno Zairil Khir Johari dan bekas ahli dewan undangan negeri Pulau Manis yang juga bekas ketua penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri.

Mohd Ariff juga penulis blog yang popular dengan gelaran Sakmongkol AK47 di alam maya.

"Seorang lagi calon DAP di kalangan pemimpin berbangsa Melayu yang akan diketengahkan ialah bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia yang juga bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Hata Wahari," kata sumber itu lagi.

'Pengesahan' awal ke atas bakal calon ini dapat dilihat menerusi pemilihan mereka oleh pemimpin pusat parti untuk ditemubual koresponden meja luar negara akhbar Berita Harian/Berita Minggu, Darwis M Said milik Singapore Press Holdings mengenai suasana politik semasa di Malaysia.

Tujuan temubual itu dikatakan bagi memberi pendedahan kepada mereka menghadapi wawancara bersama media asing selain memperkenalkan diri kepada rakyat Singapura serta Selatan tanah air selain mempromosi agenda Pakatan dalam pilihan raya akan datang.

DAP sebelum ini sering dilabelkan media arus perdana sebagai parti cauvinis Cina ekoran kebanyakan ahlinya berbangsa Cina dan tiada seorang pun wakil rakyatnya daripada kalangan pemimpin Melayu.

Selepas pilihan raya 2008, DAP dilihat agresif dalam menarik minat orang Melayu untuk menyertai parti itu terutama selepas penubuhan laman sesawang, Roketkini.com yang menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan dan berjaya menarik banyak pihak untuk mengetahui perkembangan parti itu.

Mengenai calon-calon Melayu lain dalam DAP, sumber berkata, parti itu dijangka membariskan lebih banyak lagi nama yang sedang disenarai pendek untuk memastikan calon yang diletakkan bukan sahaja tidak bersifat perkauman malah berwibawa, bersih dan mampu menjayakan agenda parti.

"DAP terpaksa melakukan banyak tapisan dalam pemilihan calon-calon kali ini bagi mengelakkan unsur-unsur ketidaksetiaan anggota apabila sudah menang dan memastikan calon-calon yang bertanding benar-benar layak untuk membawa agenda perjuangan parti dan rakan sekutu politiknya," tambahnya.

Muka-muka Melayu lain yang menyertai DAP sebelum ini Senator Tunku Abdul Aziz, Aspan Alias yang kini bergiat cergas di Negeri Sembilan dan graduan jurusan undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd. Daud, selain Zulkifli Mohd Noor telah sekian lama menjadi anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

SPR pamer daftar pemilih tambahan

Posted: 01 May 2012 10:42 PM PDT

MALAYSIA KINI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari.

SPR dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran
Pemilih) 2002.

Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

Semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menurut suruhanjaya itu.

Menurut SPR sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.

Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C, tidak melebihi 20 orang, katanya.

Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih tersebut dipamerkan.

"Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu," menurut kenyataan itu.

SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya.

"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faksimili 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. Bernama

Pertukaran saham MAS-AirAsia batal?

Posted: 01 May 2012 10:40 PM PDT


MALAYSIA KINI

Saham Penerbangan Malaysia (MAS) AirAsia digantung daripada urus niaga pada jam 9 pagi hari ini ekoran pengumuman korporat yang belum selesai.

Menurut sumber, MAS dijangka mengumumkan pembatalan rancangan pertukaran saham dengan penerbangan tambang murah AirAsia.

Cadangan penggabungan bernilai US$364 juta (RM1.1 billion) mendapat tentangan hebat daripada kesatuan sekerja MAS mewakili 20,000 pekerja, yang bimbang perjanjian itu mirip pengambilan oleh pengasas AirAsia Tony Fernandes dan jenamanya serta bakal mengakibatkan pemotongan kos secara agresif.

Bawah perjanjian itu, Khazanah akan mendapat pegangan dalam AirAsia, manakala Tune Air, yang memiliki 26 peratus daripada AirAsia, akan mendapat saham di MAS.- Reuters

Tiada ulasan: