Biaqpila |
- Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai
- KAMI DATANG BUKAN UNTUK BERLAWAN
- KETUA POLIS NEGARA DAN SUPERIMPOSE
- SAKSIKAN FILEM TERBARU KL GANGSTER
Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai Posted: 02 May 2012 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 Mei: Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien amat tercalar teruk. "Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri. "Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor. Tambahnya, ternyata percaturan mereka dalam menguruskan Bersih 3.0 telah silap dan tersimpang jauh dari matlamatnya. Sehubungan itu, ujarnya DPPM menganggap tindakan kerajaan yang melayan peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan kasar sebagai silap strategi. Bagi DPPM, menurutnya PDRM telah menggagalkan semua hasrat Perdana Menteri yang mahu memulihkan imejnya di mata rakyat tetapi berkecai dalam sekelip mata semasa mengendalikan Bersih 3.0. Di atas kertas, kata beliau strategi mereka mahu menjadikan Bersih 3.0 sebagai gambaran keganasan orang awam terhadap pihak polis. "Dengan imej polis yang dipukul orang awam, kereta polis yang diterbalikkan, motor polis trafik yang dirosakkan, serta peralatan polis yang dirampas pada peringkat awalnya seolah-olah perancangan mereka berjaya. "Namun demikian, mereka lupa bahawa para wartawan juga berada di tempat kejadian dan mereka merakam setiap insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap orang awam," tegasnya. Bahkan, kata Riduan lebih mendukacitakan pula, para wartawan pula dipukul, dicederakan, ditahan dan peralatan mereka dirampas sehingga beberapa orang wartawan terpaksa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. Menurutnya lagi, mungkin pegawai tinggi PDRM lupa berpesan kepada anggota yang bertugas supaya tidak mengambil tindakan kasar terhadap para wartawan. Katanya, mereka juga lupa memberi arahan supaya tidak memukul peserta di hadapan para wartawan. Yang lebih utama, ujarnya mereka tidak sangka bahawa para wartawan yang dicederakan itu adalah daripada media antarabangsa walaupun media utama negara memaparkan kebaikan dan professionalisme polis dalam mengendalikan Bersih. "Rakyat yang tidak tahu mungkin boleh ditipu dengan cerita versi mereka sahaja," ujarnya. Namun, kata Riduan mereka tidak boleh sembunyikan cerita sebenar dan rakaman video oleh wartawan media antarabangsa mengenai keganasan polis terhadap rakyatnya sendiri. (HARAKAHDAILY) KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
KAMI DATANG BUKAN UNTUK BERLAWAN Posted: 02 May 2012 05:00 AM PDT DARIPADA BAHAYA DITERAJANG POLIS LEBIH BAIK MENYUSUR LALUAN MELARIKAN DIRI KERANA KAMI DATANG BUKAN UNTUK BERLAWAN HANG PA LIHAT DAN NILAI SENDIRI PESERTA BERSIH YANG DIKATAKAN GANAS SANGGUP MENGAMBIL RISIKO MELARIKAN DIRI DARI KE'BRUTAL'AN POLIS WALAUPUN ADA BAHAYA MENGUNDANG "Muflis di hari kiamat adalah mereka yang datang dengan solat, puasa & zakat TETAPI KERAP mencela, mengutuk orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah & MEMUKUL (tanpa haq) nescaya akan DITEBUSI melalui amalan kebaikannya, hingga habis sebelum mampu menebus keseluruhannya, lalu akan DIAMBIL DOSA mangsanya LALU DILEMPAR kepadanya, hingga akhirnya dia tercampak ke Neraka." (Hadis sohih Muslim). KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
KETUA POLIS NEGARA DAN SUPERIMPOSE Posted: 01 May 2012 11:31 PM PDT Ketua Polis Negara memang hebat.Dia sangat ambil berat dengan gambar super impose yang terang-terang boleh dikesan kepalsuannya.Gambar yang sekali pandang pun orang sudah tau kepalsuannya,dan tidak memerlukan penelitian pakar komputer untuk membuktikan kepalsuannya. Kalau betul-betul nak tunjuk gambar superimpose silalah ambil dari blog-blog pro umno tu.Macam-macam gambar superimpose ada dan tunjukkan kepada media. "Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet…ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga," katanya(Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar). – BERNAMA Lihat berita di sini Mak aii dasat ulasan KPN ni,Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning...perusuh berbaju kuning tuhh...prejudis betoi statement tu beb..patut la peserta bersih dibelasah oleh polis,KPN sendiri pun anggap peserta BERSIH sebagai perusuh...kah kah kah Gambar buah kat bawah ni pulak macamana beb? boleh mencemarkan imej buah-buahan tempatan ke? kah kah kah... Namun tahukah KPN,terdapat juga banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menaikkan imej negara.Sebagai contoh gambar di bawah ini,beruk Malaysia menggunakan blackberry tentu akan meyakinkan pelabur untuk datang ke Malaysia..kah kah kah KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
SAKSIKAN FILEM TERBARU KL GANGSTER Posted: 01 May 2012 06:16 PM PDT BINI-BINIKU GANGSTER PUN KALAH NI BEB INI POLIS-POLISKU GANGSTER KAH KAH KAH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan