Sorotan Isu Posted: 15 May 2012 05:00 AM PDT Politik Songsong Umno Kelantan
Bagaimana bapak begitulah anak. Kata orang kalau bapak borek tentulah anak rintik. Apabila Najib Razak mempermain-mainkan rakyat untuk membawa air bersih dan membina lebih raya di Kelantan, maka begitu jugalah dengan timbalan ketua Umno Kelantan Awang Adek Hussein dalam seloka dan sepak terang politiknya.
Awang seolah-olah turut sama mempermain dan mempersendaan rakyat Kelantan dengan menjanjikan untuk memansuhkan yuran pengajian sekolah agama rakyat dan pertingkatkan taraf sekolah agama rakyat sekiranya berjaya mermapas Kelantan.
Awang Adek juga mengulangi kesediaan Najib untuk membina lebuh raya di Kelantan dengan berkata akan menjadikan Jalan Kuala Krai – Gua Musang-Bentong akan dijadikan lebuh raya sekiranya BN berjaya merampas Kelantan.
Mungkin bagi Awang Adek dengan memperolok-olokkan rakyat Kelantan itu satu tektik yang baik dikira menguntungkan Umno? Apa yang dilakukan Najib itulah cara Umno berpolitik sejak berpuluh tahun lalu mendera rakyat Kelantan kerana tidak menyokong UBN. Cara demikian yang diterus oleh Awang Adek menunjukkan setakat itu saja kemampuan dan kapasiti Awang Adek dalam berpolitik.
Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hasan sekiranya BN ikhlas hendak bantu Kelantan kenapa perlu mengenakan syarat seperti itu. Beliau menyifatkan cara Umno itu sebagai politik songsang Umno Kelantan. Kata Fadzli betapa Umno berjanji demikian rakyat tetap ingat bahawa Umnolah yang memusuhi sekolah agama rakyat dan menuduhnya ia menjadi pusat latih penjenayah tidak lama dulu. "Betrapa pun janji itu katanya masih ingat Umnolah yang memusuhi sekolah agama dengan mengatakan pusat melatih pengganas. Umnolah juga yang telah menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat," ujarnya. Menurut Fadzli rakyat tidak lupa kezaliman Umno terhadap sekolah agama ini justeru jangan hendak bermuka muka dan berlagak baik semata mata nak pilihanraya, ujarnya menerusi satu kenyataan di Fb sebagai merujuk tawaran Awang Adek. Mengenai pembinaan lebuh rakyat bagi kemudahan rakyat, Fadzli berkata kerajaan Kelantan serius akan membina lebuh rakyat setelah kerajaan Pusat enggan membinanya walaupun sudah pun dimasukan pembinaan lebuh raya itu dalam RMK5 dan RMK 9, yang kemudian ditiadakan dalam RMK-10. Tindakan pembuangan perancangan membina lebuh raya itu dilihat satu lagi politik tidak bertanggungjawab Umno Kelantan. Adalah malang sekali kalau pembuang projek pembinaan lebuh raya itu ianuya dibuat atas pengsyoran para pemimpin Umno Kelantan termasuk Awang Adek sebagai timbalan menteri kewangan. Apapun kerajaan Kelantan seperti mana dijelaskan Fadzli tetap bertanggungjawab dan akan membina lebuh raya seperti dirancangkan itu ata susaha dan peruntukan sendiri. Iltizam kerajaan untuk membina lebuh raya inilah dilihat sebagai usaha bersungguh kerajaan untuk kepentingan rakyat dan bukan bertujuan politik. [wm.kl.4:12 pm 15/05/12] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan