Isnin, 14 Mei 2012

.

.


Susupan Petang

Posted: 14 May 2012 12:07 AM PDT

Parlimen Tidak Dibubar Kerana UBN Belum Selamat

Sejak semalam hingga ke malam tadi ramai yang gelisah kerana menanti berita perdana menteri menghadap Perdana Menteri. Teta-teki itu menyebabkan ada yang tidak lena tidur, dan bakal calon pula menghitung-hitung apakah wang untuk digunakan bertanding dalam pilihan raya cukup atau tidak. Lengah butir-buir atau otak kakulator mengira wang para ahli poltik.

Sejak semalam lagi ramai yang menanti berita yang kesekian lama diunggu itu. Ia menjadi memuncak apabila Najib yang teruja dengan orang ramai yang datang ke majlis hari ulang tahun Umno 66 di Bukit Jalil bergurau dan menyebut "rasa-rasanya eosk nak menghadap Agong" apabila melihat lebh 65,000 hadir.

Orang ramai yang sudah terlalu kagen dengan pilihan raya mengambil kira gurauan Najib itu sebagai serius.

Walaupun kedatangan itu kurang separuh dari sepatutnya, tetapi Najib sudah merasa gemuruh kerana dia tidak pernah melihat orang seramai itu dalam himpunan yang mana dia menjadi hos. Angka-angka yang dilaporan sebelum ini adalah angka untuk menyedapkan hati.

Mungkin kerana seronok dan merasakan Najib dan BN sudah kembali mendapat sokongan rakyat maka beliau memberi gambaran untuk membubar dewan kerana mengambil kira sokongan itu. Kerana itulah orang ramai menanti dari petang membawa ke pagi sehinggalah ke hari ini. Ternyata Najib tidak pun menghadap Agong sebaliknya dia sudah terbang ke London malam tadi.

Katanya Najib membawa beberapa orang kuat dalam rombongan itu. Yang pasti ada sama ialah Pengerusi Felda yang menjadi persoalan, Mohd Isa Samad. Pemergian Isa bersama Najib mungkin ada kena mengena dengan cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holdings Berhad dalam masa terdekat ini. Isa kena pastikan penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan apabila disenaraikan sahamnya naik melebihi 500% kalau tidak naas.

Mulai lewat malam tadi habislah angan-anagn orang ramai untuk mendengar berita Najib menghadap Agong. Ini bermakna tanpa adanya PM menghadap Agong bermakna parlimen tidak akan dibubarkan lagi.

Saya sendiri sudah mengira walaupun Najib memberi gambaran dewan akan dibubarkan dalam sebulan dua ini, tetapi bukan untuk bulan Mei ini. Mei adalah bulan-bulan akhir sebelum Najib bubarkan parlimen. Jadi dia harus kena pasti sebelum bubar UBN dalam keadaan selamat.

Formula biasa digunakan Mahathir semasa beliau menjadi dewa menentu tarikh pilihan raya, dia tidak akan buat selagi UBN tidak mendapat 2/3 kerusi, iaini kira-kira 148 kerusi. Setelah memastikan UBN telah selamat dengan kerusi sejumlah itu barulah Mahathir menghadap Agong memohon perkenaan dan menasihatkan Agong membubar parlimen.

Apabila Najib tidak mengadahap Agong ini bermakna Najib belum yakin kedudukan UBN sudah selamat. Najib kena pastikan UBN sudah mendapat 148 kerusi barulah parlimen sesuai dibubarkan. Dari berbagai sumber menyebut kedudukan kerusi selamat bagi UBN ketika ini ialah 90 kerusi di mana kurang separuh dari itu untuk meletakkan UBN dalam keadaan selesai memiliki 150 kerusi.

Sementara pihak pembangkan pula kini dikatakan mempunyai 55 kerusi selamat, di mana lebih separuh dari kerusi yang dimiliki UBN. Tetapi petunjuk itu tidak boleh dikira oleh UBN kerana yang penting UBN dapat mengesahkan 148 kerusi selamat telah ada.

Juster saya mengira Najib perlu berusaha keras lagi untuk mencapai kedudukan. Beliau juga tidak perlu kejar masa kerana masih ada setahun. Tetapi kalau Najib dan pakar-pakar strategis dan pilihan raya UBN mengira lagi lama Najib menunggu keadaanya lagi parah, ada kemungkinan dalam situasi tidak kondusif begini juga Najib akan meminta Agong bubar dewan.

Kata orang daripada kalah elbih besar baik menang walaupun tidak mendapat majoriti dua pertiga. [wm.kl.3:00 pm 14/05/12]

Mengingati Umno 66 Tahun

Posted: 13 May 2012 09:34 AM PDT

Umno Tidak Sehebat Firaun

Tiada mana-mana kuasa di dunia ini dapat bertahan selama-lamanya. Betapa kuat dan hebat sesuatu kuasa dan kerajaan itu akhir ianya akan tumbang juga. Sejarah tamadun manusia kuno dan moden banyak menunjukkan bahawa kuasa 'baru' itu akan runtuh dan hancur satu persatu. Lihat saja kerajaan-kerajaan dibangunkan manusia seperti mana disebut di dalam al-Quran misal kisah Firaun sebuah kerajaan terhebat milik manusia akhirnya musnah juga.

Waktu itu tidak ada siapa boleh menandingi kuasa yang ada kepada Firaun. Kekuatan, keagungan yang Allah berikan kepada mereka (raja-raja Firaun) menyebabkan mereka melupai diri dan asal usulnya sehingga setengah dari mereka mengaku merekalah Tuhan. Mereka tidak pernah terfikir kerajaannya sehigga meliputi ke 31 dinasti akhirnya lenyap juga dimakan sejarah.

Kerajaan Firaun yang paling lama berkuasa ialah Rameesse II yang berkuasa selama 66 tahun. Disebabkan ketamakan, egois dan melampau batas akhirnya mereka dilaknat dan dikutuk Allah sampai ke hari khiamat.

Demikian juga dengan para diktator dan jutawan dunia moden. Kekuasaan dan kehebatan mereka tidak menjamin mereka kekal selama-lamanya atas pundak dunia. Walaupun pada satu masa mereka digeruni dan disujud oleh manusia yang diperintahnya, tetapi akhirnya mereka jatuh satu demi satu dengan penuh kehinaan dan keji.

Bila bercakap mengenai kehebatan sesebuah kerajaan yang dibangunkan dengan kuasa politik demokrasi hari ini kita boleh melihat banyak contoh dan buktinya bagai mana kekuasaan itu lenyap dengan keadaan hina. Usah pergi jauh kita tinjau dan kaji saja apa yang berlaku di rantau Asia, medan dunia yang dekat dengan diri kita.

Beberapa kerajaan yang dibangunkan dengan sistem demokrasi yang begitu hebat dan tersohor sudah jatuh satu demi satu. Kekuatan dan keagungan kerajaan itu terpaksa juga akur kepada kehendak atau pun hakikat bahawa mereka tidak dapat bertahan selama-lamanya. Atas nama kerajaan ciptaan manusia makhluk yang lemah dan hina ia akan musnah. Kemusnahan itulah membuktikan kelemahan manusia sebagai makhluk yang baru.

Satu masa dulu manusia politik berbangga dengan kehebatan kerajaan-kerajaan ini. Melihat kepada kehebatannya tidak terfikir bahawa ia akhirnya akan musnah juga. Beberapa contoh kerajaan demokrasi di Asia ini yang boleh diambil sebagai iktibar untuk melihat bagaimana lemahnya kuasa manusia dan ia mengalami kemusnahan dan kepupusan.
  
Kerajaan India yang dikuasai oleh Parti Kongres sejak tahun 1949 yang diwairsi secara tradisi dari datuk kepada anak membawa kepada cucu akhirnya tumbang juga setelah (40) tahun kemudian. Parti kongres kalah kepada Bhatrial Jenata parti tahun 1989. Suatu waktu itu tidak ada siapa yang memikirkan bahawa kerajaan Kongres akan tumbang kerana kehebatannya dan menjadi parti pujaan rakyat India.

Siapa menjangka Kongres sebuah parti yang diasaskan oleh para pimpinan kemerdekaan India boleh kalah. Padahal orang yang membawa kemerdekaan kepada sesuatu daerah atau negeri itu sangat disanjung dan dihormati rakyat negeri itu. Tidak seharusnya parti yang mereka asaskan ditolak. Tetapi tidak begitu. Kalau perjuangan asal mulanya itu sudah dilupakan atau menyimpang matlamat dan tujuan atau tidak melakukan perubahan dinamik maka penghormatan dan sanjungan orang juga akan berubah. Rakyat tiada pilihan lain melainkan menukar mereka dengan yang baru.

Apa lagi kalau orang yang mewarisinya sudah melencung dari perjuangan asal dan asyik menjaga kepentingan diri dan kroni. Rakyat tidak dipedulikan. Rakyat boleh sokong selagi mereka rasa perlu menyokong dan tidak berlaku apa-apa tekanan buat mereka. Tetapi bila rakyat sudah muak, tertekan dan hilang sabar rakyat boleh melakukan apa saja termasuk membakar kerajaan. 

Parti Kongres diasaskan Jawaharal Nehru sebagai Perdana Menteri India pertama berakhir kepada Rajiv Ghandi yang mati dalam satu tragedi pembunuhan oleh seorang wanita pejuang Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bernama Thenmozhi Rajarthnam. Walaupun Kongres cuba bangkit semula beberapa tahun selepas itu tetapi ternyata parti itu sudah kehilangan sakti dan keramatnya. Kongres bukan menjadi salah satu dewa yang menyelamatkan orang India lagi.

Begitu juga dengan sejarah parti terbesar dan berkuasa di Jepun, Liberal Demokrat Parti (LDP) akhirnya tumbang dan jatuh juga. LDP menguasai Jepun sejak tahun 1955 akhirnya tewas pada tahun (1990) setelah 54 tahun berkuasa kepada Demokrat Parti Jepun (DPJ).

Seperti juga parti Kongres kejatuhan LDP itu mengejutkan kerana banyak orang merasakan parti asal yang membentuk sesebuah kerajaan berasaskan sistem demokrasi sukar untuk digugat. Sistem demokrasi adalah sistem terbaik menggantikan sistem anarkiatau monarkri sebelum ini.

Demikian juga halnya dengan beberapa orang diktator moden akhirnya menuruni takta dengan penuh kehinaan. Seorang demi seorang sang kuku besi dan 'pemakan' rakyat meninggalkan singgahsana penuh keaiban dan kehinaan. Ferdinal Marcos di Filifina yang berkuasa selama (...) akhirnya tumbang. Mohamad Suharto di Indonesia menjadi presiden selama (32) akhirnya tumbang juga. Kejatuhan mereka adalah kerana tindakan dan asakan rakyat. 

Beberapa nama diktator lain lagi seperti Shah Redza Pahlawi Iran, Fujimoro, Salabadon Milosevic di Bosnia - Hazegovina dan lain-lain. Terbaru diktator di Asia Tengah, Saddam Hussein, Hosni Mubarak, Ben Ali juga sudah jatuh dan hancur. Yang kini dalam proses kehancuran memalukan ialah Muaamar Gadafi di Libya. (Sudah pun hancur dan maut).

Sebelum ini diktator zaman perang dunia I dan II juga berkubur satu demi satu.

Tawarikh dan peritiwa-peristiwa  itu semua menunjukkan tidak ada satu kerajan dan diktator  yang kebal di dunia ini. Setinggi mana usaha untuk mempertahankannya akhirnya ia akan jatuh menyembah bumi juga. Sudah menjadi lumrah sesuatu yang lama itu akan dibenci dan dimualkan. Satu pembaharuan sebagai pengganti akan dilakukan. Kalau  boleh diperhatikan setiap setengah abad berlaku perubahan. Perubahan itu berlaku kerana manusia mahukan kepada pembaharuan. Modenisasi atau sesuatu yang baru adalah keinginan naluri manusia.

Tidak semestinya yang sedia ada itu buruk, tetapi kerana sifatnya lama maka ia sudah tidak diingini lagi. Naluri manusia penuh dengan sifat ingin tahu dan mencuba yang baru. Apa lagi kalau ditambah dengan yang lama itu sudah menunjukkan tanda-tanda keburukan dan kerosakan maka naluri ingin menukarnya semakin kencang. Jiwa manusia senantiasa progresif dan memberontak. Pemberontakan itu pula menandakan manusia itu hidup.

Berdasarkan kepada putaran kehidupan tadi dan juga kepada sejarah, kedudukan BN yang memerintah Malaysia hari ini juga tidak akan kekal abadi. Adalah salah dan rosak iman kalau ada yang mengatakan Umno akan kekal selama-lamanya dan satu-satu harapan rakyat Melayu di negara ini. Ingat Umno hanya sebuah parti yang tidak pun memiliki kuasa mukjizat dan sebagainya.

Betapa pemimpinnya berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang ada tetapi ia tidak akan berhasil. Tanda-tanda sudah kelihatan UBN akan mengalami nasib sama dengan kerajaan Kongres di India, kerajaan LDP di Jepun. Manakala pemimpinnya akan turun satu persatu sama ada dari tangga depan atau tangga belakang seperti mana para diktator dunia lainnya.

Semantara kedudukan Najib Razak yang menjadi presiden Umno hari ini dan perdana menteri Malaysia akan mengalami nasib sama dengan Rajiv Ghandi atau Suharto, Marcos dan lain-lain. Kalau Najib tidak peka kepada tuntutan dan cuba mempertahankan Umno dengan kuasa diktator beliau akan mengalami sejarah hitam melumuri para diktator tersebut. 

Najib jangan sesekali cuba mempertahankan kerajaan BN hari ini dengan sesuatu yang haram. Misalnya menggunakan SPR, polis atau pun tentera. Najib boleh lakukan itu kerana dia ada kesempatan dan kuasa. Tetapi perlu ingat kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang mana teras pertimbanan rakyat ialah kebenaran dan keadilan. Dalam sistem demokrasi, perdana menteri dan wakil rakyat berkuasa, tetapi kedauatan kuasa itu ada kepada rakyat jangan cuba mempermain-mainkannya.

Kesimpulannya apa yang hendak ditegaskan di sini, jangan merasakan UBN akan kekal selama-lamanya memerintah Malaysia. Hari ini UBN sudah memerintah selama 56 tahun. Usia itu hampir lebih sedekad dengan usia kejatuhan Kongres di India dan LDP di Jepun. Saya tidak mengira kerajaan UBN hari ini akan berjaya memecah rekod kerajaan Ramessee II yang menjadi raja Firaun selama 69 tahun. Umno tidak sehebat Firauan. [wm.kl.12:32 t/malam 13/05/12] - Tanpa edit akhir.


* Catatan ini adalah sebahagian petikan dari satu bab dalam buku politik saya yang sedang dalam proses.  

Tiada ulasan: