Isnin, 7 Mei 2012

.

.


Susupan Tengahari

Posted: 06 May 2012 10:25 PM PDT

Majlis Fatwa Jangan Jadi Majlis Petua Buah Petola

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bahagian Hal Eawal Agama Islam memutuskan haram bagi umat Islam menyertai demonstrasi yang boleh memudaratkan negara seperti mana Bersih 3.0.

Menurut pengerusinya Dr Abdul Shukor Husin,tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Aduhai...

Tambah beliau lagi, "sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah."  Beliau lantas menyarankan mereka menyertai demonstrasi insaf kerana tindakan itu "bukan daripada ajaran Islam".

Memanglah tanpa ada endorcement dari majlis itu pun rasanya umat Islam negara ini tidak jahil sangat mengenai tuntutan agama dan tanggungjawab mereka. Mereka faham mengenai itu. Sesiapa pun tidak akan ikut serta dalam apa-apa rapat umum yang memudaratkan negara.

Misalnya umat Islam negara ini tidak akan sedia menyertai himpunan untuk menghidupkan  parti komunis Malaya. Usahkan parti komunis kalau parti berdasarkan idealisme sosialis dan kapitalis pun umat Islam sudah segan dan bertaubat untuk melakukannya.

Umat Islam juga tidak akan sedia untuk berpeluh pelai bagi menyertai himpunan perjuang
gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT), dan seumpama dengannya. Umat Islam di negara ini tidaklah bahlol sangat.

Saya rasa mengenai kealiman Najib Razak dengan Anwar Ibrahim, lebih kurang sama sahaja. Anwar tidaklah begitu tolol untuk menyertai himpunan Bersih kalau ia memudaratkan negara dan sudah dipengaruhi anasir subversif.

Kealiman Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz rasa lebih baik dan jauh boleh dipercayai dari Najib. Begitu juga dengan memahami hukum agama, jauh lebih baik dan jelas Nik Aziz dan Hadi berbanding dengan Najib, apa lagi dengan Shafei Afdal yang suka membedal dan keturunan lanun kata Najib.

Kalau tidak mereka tidak akan bersama Pas, sebaliknya akan bersama Umno kerana Umno menjanjikan syurga dunia. Begitu juga dengan beberapa Tok Guru Pondok lain kecuali tok guru pondok sakit jiwa di Tumpat dan seorang bekas profesor yang terkena jangkitan anjing gila di Kelantan, mereka juga hadir dan berpendapat Bersih halal kerana ia hendak membina negara menjadi baik.

Mereka itu tahu di mana haram dan di mana halal. Jadi apabila muzakarah itu memutuskan demikian ia menimbulkan keraguan dan menyebabkan kewibawaan majlis itu dipersoal. Bukan soal untuk membandingkan ketinggian ilmu dan keulamaan mereka (majlis itu) dengan pemimpin politik, tetapi apakah serendah itu ilmu para ulamak lain yang tidak berada dalam majlis berkenaan?

Majlis Fatwa janganlah hanya melihat parti Umno memperjuangkan agama dan Melayu manakala parti lain tidak. Secara jujur buatlah kajian terhadap perjuangan Umno jugak kepada budaya samseng dan geng starisime. Apa yang dikaut dan dilakukan oleh pemimpin Umno rasanya jauh lebih buruk dari himpunan Bersih itu. Perkara ini, soal pengautan wang ribuan jutaan ringgit, pemilikan harta secara haram dan tidak salah difatwakan berkali-kali agar si pelaku insaf. Apakah kerana ahli majlis Fatwa menerima habuan dan hadiah tasbeh emas maka mereka tidak tergamak untuk mengulang-ulangi fatwa haram mengenainya.

Atau pun kebanyakan ahli majlis Fatwa jenis memiliki dua kitab berkulit kuning dan merah. Kalau baca kitab kuning ia akan menjadi halal dengan syarat dibahagi dengan mereka apa-apa harta dengan mereka. Manakala kitab merah haram mutlak kerana pendapat dan harta pencurian tidak sedia untuk dibahagikan dengan mereka?

Tahukan anggota majlis itu yang sepakat mengatakan himpunan Bersih haram? Apakah mereka tahu struktur Bersih itu sendiri. Hafalkan mereka dengan 80 Ngo yang menyertai himpunan itu. Dan sejauh manakah mereka tahu peranan Ambiga yang kafir dan dikatakan tidak wajib disokong itu? Dan juga sejauh mana mudaratnya kepada negara. Bukankah angkara Bersih itu memudaratkan Umno?

Beberapa ulamak serban mereka tidak ada ekor yang menjadi pencaci tahi dalam Umno telah membuat seruan di pelbagai media cetak pro kerajaan dan penjilat buntut agar umat Islam tidak hadir. Anihnya kenapa rakyat berduyun-duyun hadir tidak mempedulikan seruan ulamak janggut serabut. Lebih 250,000 hadir termasuk setengahnya orang Islam ke himpunan berkenaan.  Apakah dari jumlah itu semua tahap keIslam mereka lebih rendah dari para ulamak serban tidak ada ekor dan janggut serabut?

Ternyata air liur ulamak serban tidak ada ekor itu tidak masin. Mulutnya tidak keramat, sekeramat mulut Tokguruku Nik Aziz yang meminta semua orang hadir, walaupun dia sendiri tidak hadir? Kalau mulut ulamak serban tidak ada ekor dan ulamak janggut merah dan janggut serabut tidak diendahkan ini bermakna fatwa mereka itu tidak betul dan boleh disanggah.

Mereka tidak dihormati kerana keilmuan mereka tidak diyakini. Orang Melayu bermata Islam dapat mengenali mana ulama as suk, mana ulama warsatul ambia. Bukan semua orang berjubah berserban berjanggut merah kononnya ikut sunnah Rasulullah itu ulamak warsatul ambia. Mereka adalah ulamak warsatu Umnoiah.

Lantaran itu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu harus dikaji sedalam-dalamnya. Jangan hendaknya fatwa itu dibuat atas suruhan dan wahyu dari Umno khasnya Najib. Dan jangan juga kerana ianya berada di bawah kerajaan dan elaun mesyuarat dibayar maka ia perlu bersubahat dengan kerajaan.

Jangan hanya berbincang sesama sendiri tanpa mengundang ulamak bebas kerana kerajaan (Umno) meminta demikian maka ia diputus mengikut kehendak Umno. Ingat tanggungjawab dan tugas ahli majlis fatwa adalah besar dan apa-apa keputusan mereka perlu bertanggungjawab di akhirat besok. Apakah ahli majlis fatwa juga seperti pemimpin Umno yang menganjurkan kejahatan?

Apakah sebelum bermuzakarah untuk memutuskan fatwa demikian para ahli sudah memahami apakah tujuan dan matlamat Bersih itu. Apakah mereka juga tahu bahawa Bersih itu digerakan oleh 84 Ngo, dan antara pimpinannya termasuklah Sasterawan Negara A Samad Said. Ia bukan saja Ambiga yang kafir itu.

Ahli majlis fatwa seharusnya lebih cerdik dan tegas dari pemimpin Umno. Perlu juga diselidik oleh ahli majlis Fatwa terhadap apa yang berlaku di Mesir. Tunjuk perasaan sehingga menjatuhkan Mubarak perlu dikaji apakah ianya menempati kehendak Islam atau tidak. Apakah tunjuk perasaan itu tidak mendatangkan mudarat. Rasanya bukan saja Mubarak yang zalim jatuh tetapi banyak juga harta benda hatta nyawa yang hilang.

Kalau Yusuf Qardhawi dalam khutbahnya menghalalkan tunjuk perasaan demikian, apakah keadaan di Malaysia, Bersih lebih dahsyat dari itu? Berapa orangkah yang mati dalam himpunan Bersih dan banyak mana kerugian harta benda awam? Majlis Fatwa harus mendapat penjelasan yang tepat dan bukan setakat mendengar dakwaan pemimpin Umno yang dirundung ketakutan.

Paling penting ialah apakah yang diperang oleh Bersih? Bukankah mereka memerang ketidakadilan dalam pilihan raya. Bukankah ketidak adilan itu kezaliman? Siapakah yang menghidupkan kezaliman itu? Tidakkah ianya kerajaan dibawah Umno. Justeru kalau ditanya Yusuff Qardhawi beliau juga akan mengatakan tunjuk perasaan dan himpunan Bersih di negara ini halal kerana ia untuk membaikkan kerajaan dan bukan menimbulkan kemudaratan kepada negara.

Saya mengatakan ini bagi menjamin Majlis Fatwa tetap dengan fungsinya, kerana kalau mereka tidak hati-hati dan membuat keputusan dengan mendengar kuasa lain, maka fatwa mereka itu hanya akan jadi petua petola sahaja yang boleh dipakai ataupun diabaikan. Petua mengenai sesiapa yang makan buah petola setiap hari Jumaat akan jadi ular. Mengarut! [wm.kl.12:59 t/hari 07/05/12]

Sumbangsih La Tahzan

Posted: 06 May 2012 08:10 PM PDT

Calo-Calo Umno Semakin Mengganas
Mereka Mahu Tumbangkan Tiang Seri Anwar

Tidak dapat siapa menafikan 'calo-calo' Umno pandai dan kreatif dalam mencipta isu dan menyerang oknum-oknum politik tertentu. Bagi parti politik yang mengguna pakai teori matlamat menghalalkan cara (Machiavelli) mereka sanggup memperalatkan dan menerima nasihat dari sesiapa saja dan berbuat kejahatan lebih dari syatan laknatullah lakukan.

Dalam hal ini syaitan lebih profesional kerana kejahatannya bersyarat dan dia berikrar untuk melakukannya sehingga hari kiamat. Berlain dengan para calo-calo Umno demi sesuap nasi mereka boleh mengkhiantai janji dan kencing kawan sendiri dan berkerja ke arah kejahatan sepanjang masa, hatta ketika dalam tidur.

Azmin mengunjungi ibunya, bila masa beliau abaikan ibu?
Sang calo dan Umno ini penuh dengan hasad dengki dan kebajinganan. Diri mereka bukan di kelilingi malaikat tetapi dipenuhi dengan syaitan dan iblis yang sudah beranak cucu di dalam hatinya.

Jika dada mereka di bedah dan hatinya diambil, dimasukkan ke dalam microscop, nescaya akan dapat melihat istana iblis yang terbina indah dan teguh dalam hati mereka. Hanya mereka yang kering iman dan tidak takutkan Allah sahaja sanggup melakukan apa saja kedurjanaan hatta membunuh sesama sendiri.

Keyakinan para calo Umno ini kepada tektik 'pembunuhan watak' begitu tinggi sekali. Mereka mempecayai tektik dan strategi sangat ampuh untuk menguburkan seseorang tokoh yang mendominasi sesuatu perjuangan. Walhal sudah ada bukti dan contoh dari Allah kehebatan mereka (syaitan) itu hanya dongengan sahaja, tetapi mereka terus mengguna tektik itu.

Orang atau parti seperti ini tidak ada integriti langsung. Tidak yakin kepada akal dan hati sebaliknya yakin kepada arahan syaitan. Mereka tidak sanggup lagi untuk berlawan dengan minda tetapi memilih jalan kasar bermain dengan fizikal. Dalam dunia siber hari ini, saat orang mengejar intelektual mereka yang msih menggunakan fizikal dan berfikir secara jahat sudah tidak layak berada dalam dunia melinium ini. Orang menggunakan kejahatan untuk mencapai hajat, dialah sejahat-sejahat manusia yang sedikitpun tidak terkena tempias ketamadunan manusia.

Mereka ini lebih jahat daripada lembu suami Sharizat. Nescaya kalau lembu diberikan sedikit akal mereka tidak lagi akan menggunakan fizikal untuk berlawan satu dengan lain sebaliknya akan memilih perundingan untuk sama-sama mendapat rezeki dan menjaga padang ragut hijau.

Mereka yang tergamak membuat fitnah, melakukan kejahatan dan memperalatkan apa saja dan siapa saja demi kepentingan politik tanpa mengira apakah ianya bermoral atau berdosa adalah golongan yang sesat dalam terang. Sesungguhnya manusia seperti ini patut dijadikan makanan budaya dan harimau pelihara. Mungkina juga buaya dan harimau pun tidak lalu untuk membaham mereka kerana terlalu busuk.

Semua helah, kejahatan dan kebusukan dilakukan untuk membunuh karektor pemimpin Pakatan Rakyat. Satu demi satu secara berterusan calo-calo ini bekerja kepada tuannya (Umno) dengan sedikit upahan duniawi. Bukan saja Anwar Ibrahim, tetapi Nik Abdul Aziz, Haji Hadi Awang, Lim Guang Eng, Karpal Singh, Dr Wan Azizah hatta Ambiga turut dikhianatinya. Mereka langsung tidak ada budi dan ehsan serta perikemanusiaan.

Terbaru calo yang terdiri dari golongan 'tapar mulut berair' ini sekali lagi cuba membunuh karektor Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan mengheret ibu Azmin sebagai modalnya.

Sebelum ini sudah bermacam-macam golongan ini menyerang Azmin. Bermula dengan Azmin seorang suami yang dayus kononnya menyerahkan Shamsidar (isterinya) kepada Anwar sampai mendapat anak, memiliki saham ratusan juta, orang yang mempersendakan Raja-Raja Melayu, dan kini membawa pula ibu Azmin untuk mengnhancurkan timbalan presiden PKR itu.

Sedih kerana sesetengah yang memegang watak calo itu adalah mereka yang pernah makan di tangan Azmin.  Hidup mereka pernah dibantu Azmin. Seringgit dua Azmin hulurkan kepada mereka untuk mengembungkan perut yang kosong kemasukan angin. Tetapi mereka melupai segala budi itu kerana mendapat upah sesen dua menerusi jawatan kecil, sekecil pion oleh Umno.

Mungkin beberapa bentuk serangan peribadi lain boleh dimaafi. Ia masih wajar dilakukan oleh pengamal politik sekular yang 'jenuh' dengan pembohongan, penipuan dan munafik. Tetapi kalau soal peribadi melibatkan orang tua bernama ibu ia sudah keterlaluan. Perbuatan itu lebih jahat dari Israel Yahudi dan Mahathir, bahkan dari syaitan. Syaitan pun ada rehat dalam melakukan kerja-kerja yang sudah dijanjikannya. Syaitan lebih prof dari Umno.

Tidak tahu hendak dibandingkan dengan apa lagi si calo dan Umno ini bila mereka tergamak mengheret ibu Azmin untuk dijadikan modal politiknya. Kalau sekali pun benar berlaku demikian - seperti diakui ibu Azmin, apa lagi tidak, tetapi sebagai sebuah media dikawal oleh orang Islam tidak wajar menyiarkannya. Media beretika perlu menjaga aib seseorang yang terkena dengan pendedahan yang berunsur dendam dan fitnah begitu. Tetapi apa boleh dibuat kerana media itu sendiri sudah buruk hati dan putus tali perut maka tergamaklah menyiarkannya, hatta kalaupun kemaluan sendiri.

Mengenai pendedahan oleh ibu Azmin itu, kita tidak perlu menyalahkan kepada Mak Tom. Jangan salahkan ibu Azmin yang tidak berdosa. Orang yang perlu dikutuk sampai ke Mahsyar ialah mereka yang memperalatkan Mak Tom untuk memuaskan nafsu dan dendamnya. Seluruh Malaya sudah kenal dan tahu dengan sifat dan perangai anak perempuannya yang dikatakan sebagai adik Azmin itu. Tetapi yang perlu bertanggungjawab atas apa dilakukan ialah media. Si muka bulat dahi tinggi itu juga tidak perlu dipesalahkan sangat sebab orang sudah mengenali siapa dan apa dia? Media yang dianggap waras selamanya itulah perlu disumpah dan dilaknat kerana tidak tahu menjaga profesiolasimenya Media arus perdana negara ini sudah hilang keramat dan keagungannya, kerana bohong dan menjadi media penabur fitnah, fitnah dan fitnah, cis.

Media bukan saja boleh menyiarkan apa juga cerita atau pendedahan manusia lain begitu saja, sebaliknya harus menyelidiki apakah ia beradat atau tidak? Kalau ia menjejaskan perasaan teruk seseorang wajar di elakkan. Tujuan media mendedahkan pengakuan Mak Tom itu ada motifnya tersendiri untuk memperlihatkan keburukan akhlak Azmin seorang anak. Media yang tidak mempedulikan soal moral, benar dan salah ini adalah media yang ditulis bertintakan darah iblis dan tidak berpandukan Quran.

Media mendedahkan isu itu ada motifnya. Motifnya dengan harapan Azmin akan menyaman ibunya sendiri di atas apa yang berlaku. Ini yang diharapkan media berkenaan. Kalau Azmin mengambil tindakan begitu kerana hendak membersihkan diri, Azmin akan dilihat sebagai anak yang derhaka. Itu yang dimahuinya. Makanya Azmin tidak perlu membuat apa-apa kenyataan di atas kenyatan ibunya itu. Azmin anggaplah ia hanya sebuah ilusi dari seseorang yang benci dan mendendaminya.

Bukan setakat itu saja, kalau si ibu memaki hamunya sekalipun, Azmin perlu diam. Sebab apa juga kata-kata dan luhaan perasaan ibu adalah doa yang mudah dimakhbulkan Allah. Orang ramai percaya sikap dan pandangan Azmin terhadap ibunya tidak akan sampai ke tahap untuk membalasnya. Sepanjang pemerhatian saya kepada Azmin sebagai ahli politik beliau seorang berdisiplin dan berhemah tinggi. Atas apa yang saya perhatikan tuduhan dan dakwaan sehingga menyebabkan Mak Tom sanggup memalukan anaknya sendiri adalah tidak benar.

Tenanglah.. dengan apa yang berlaku itu, ia sedikit pun tidak menjejaskan Azmin baik sebagai seorang anak dan juga politician. Adapun kenapa Umno sanggup melakukan begitu, mennggunakan tektik paling jahat ialah kerana kewibawaan Azmin itu sendiri. Mereka melihat bahawa Azmin adalah tokoh dan pemimpin berpotensi dimasa depan. Mereka hilang akal apabila Azmin tetap setia dengan Anwar menjadi tiang seri dalam perjuangan Keadilan walaupun ia digocang dengan angin ribut taufan dan dilambung gelombang sekuat ombak dimusim tengkujuh. Azmin seorang pembantu yang setiakawan dan rela mengorbankan nyawa.

Selain itu Azmin juga dianggap bukan orang kuat yang setia saja tetapi lebih dari itu. Saya pernah menyifatkn Azmin dan Ezam Mohamad Nor sebagai kembar siam yang merupakan setiawan dan aspirator kepada Anwar Ibrahim. Dari diri kedua mereka saya lihat orang yang cukup penting kepada Anwar, dan Anwar bertuah memiliki Azmin dan Ezam. Saya pernah mengucapkan kepada mereka berdua, sekiranya Anwar jatuh dikanan, Azminlah yang menopangnya, kalau Anwar jatuh di kiri Ezamlah menyambutnya.

Kedua mereka sebahagian dari roh dan jiwa Anwar yang bergabung dengan roh dan keulitan dan kesetiaan Wan Azizah serta keluarganya. Itulah maha pentingnya Azmin kepada Anwar. Justeru kerana menyedari hakikat itulah Umno menjadi gila babi akan berusaha dengan apa saja untuk menghancurkan kewibawaan Azmin yang kemudiannya akan meluruhkan jasad perjuangan Anwar ke bumi nyata.

Kita tahu betapa luka dan pedihnya hati Azmin dalam menerima serangan dan fitnah Firaun ini. Apa yang Azmin boleh lakukan sabar dan jangan terikut melayaninya. Kerana apa yang para calo, Umno dan media inginkan Azmin menari mengikut rentak gendang yang mereka palukan. Syabas kepada Azmin yang telah berkata; Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat." Inilah jiwa sebenar yang kita mahukan dari seorang pejuang rakyat. Jika rakyat tidak berhati batu akan sebak mendengar pengucapan tegas, berani dan komited Azmin itu.

Kepada Azmin, Shamsidar dan semua orang yang cemas dengan serangan hendap Umno ke atas Azmin ini, percayalah bahawa kebenaran itu selalu berada jauh di belakang dan ia akan menjelma di depan setelah kita penat berjalan dan bertarung. Perjuangan apa juga bentuk dan misinya hanya akan memang bila ada orang sabar, komited dan tidak gentar berdepan dengan apa jua bentuk senjata. [wm.kl.10:46 07/05/12]

Rakaman Rasa

Posted: 06 May 2012 04:37 AM PDT

Ilir Sungguh Pemuda Pas Kelantan

Salah satu pemandangan bunga kristal di I City.
"Ilir" (boleh disama ertikan advance dalam tindakan atau idea mendahului orang lain) Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) apabila mengadakan majlis makan malam di I-City di Sham Alam Selangor malam tadi.

I-City merupakan taman mandian cahaya dan germelapan dengan neon kristal yang menakjubakan mata memandang, ia menjadi  tempat orang ramai melepas kepenatan selepas lelah mengejar rezeki. 

Sebahagian pimpinan pemuda Pas Kelantan yagg hadir.
Komuniti pinggir bandar akan membawa anak atau keluarga masing-masing untuk menyeduk udara malam di situ. I-City satu-satu Madinah... yang unit dinoslagiakan sebagai salah satu taman dalam syurga.

Anak-anak muda remaja pula akan menjadikan I-City kawasan bersiar untuk menggemukkan berahi. Mereka akan melepak dan berputar-putar di situ sambil merakam gambar atau video berlatar belakangkan kerlipan atau cerah alam laksana dalam syurga. Menjelang Maghrib mereka akan membawa jiwa hamba itu situ dan akan bersurau selepas menjelang tengah malam. Malamnya mereka saling bertukar gambar di wall Fb.

Meja VVIP, Azizah, Tok Guru, Latif dan Abdullah.
Untuk masuk ke taman itu dikenakan bayaran mengikut kadar berapa lama kereta di parking. Demikian latar belakang tempat yang dijadikan venue Pemuda Pas untuk makan malam bagi memenuhi tabung pilihan raya mereka.

Atas kejayaan itu diucapkan syabas kepada DPPK. Dari sisi kejayaan atau kemampuan Pemuda Pas Kelantan mengadakan majlis di situ memberi tafsiran sebagai memulakan langkah untuk menawan Putrajaya. Sebelum ini Pas Kelantan telah menciptakan slogan, Langkah Ke Putrajaya Bermula di Kota, dan tampaknya Pemuda telah menayahutnya dengan 'menawan' dulu I-City!

Tok Guru dikerumuni sebaik tiba.
Selama ini apa-apa majlis Pas tidak dapat mengelak dari atau mesra dengan perkarangan masjid atau pun dewan sekolah Arab. Apabila Pas 'bermakan malam' di tengah-tengah keriuhan dan gemerlapan bebintang dan lokasi riadah umum itu menunjukkan Pemuda sudah moden dan memecahkan tradisi kumpulan itu selama ini.

Jujutan hadirin menghulurkan derma disambut Tok Guru.
Mungkin apa yang dihasratkan Pemuda Pas Kelantan dengan mengadakan majlis makan malam di situ berjaya dicapai. Kehadiran MB Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz, Presiden PKR Dr Wan Azizah dan Tang Seng Geok juga meriahkan lagi majlis itu. Banyak juga meja yang dibeli walaupun hampir separuh daripada mejanya tidak bertuan. Tetapi tidak mengapa, wang sudah pun dipunggut menerusi penjualan meja lagipun tujuan majlis itu adalah untuk mengumpul wang.

Sumbangan untuk tabung Dewan Pemuda juga turut bertambah apabila para hadiri seorang demi menghulurkan derma ikhlas untuk tabung itu yang diterima Tok Guru. Ia ditambah lagi dengan pelelongan beberapa barang milik peribadi Tok Guru seperti, kasut, vest, kain pelikat dan baju gumbang serta jam tangan. Di mana hasil pelelolongan itu hampir RM10,000 berjaya dikutip.

Penjualaan gambar potret Tok Guru.
Lebih ilir lagi majlis malam tadi disusupi dengan acara dikir barat di mana acara yang tidak pernah ketinggalan dalam apa-apa majlis yang melibatkan anak-anak atau orang Kelantan. Kemunculan atau keperluan dikir barat ini seolah-olah kepentingan budu dalam hidangan.

Sebahagian orang ramai mengikuti persembahan Dikir Barat.
Ramai juga pengunjung taman itu turut memerhati dan mengikuti dikit barat. Mungkin juga yang hadir itu orang Kelantan. Orang Kelantan sangat peka kepada budaya dan aroma makanan mereka. Cuma sayang pengajur majlis itu tidak peka untuk memberi apa-apa goodits kepada penononton tidak diundang itu. Mungkin pengarah tidak terfikir ia akan menjadi perhatian orang ramai kerana lokasinya terbuka. Kalau disediakan goodits setidak-tidak matlamat diadakan di situ untuk menarik perhatian orang ramai kepada Pas tercapai.

Beberapa bekas pimpinan Pemuda Pas Kelantan juga hadir malam tadi. Antara Abdullah Yaacob yang kini merupakan Adun Air Lanas dan Pengerusi BBC Kelantan, Anggota Exco Abdul Fatah Mahmod. Ada juga ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, YDP Pas Jeli, Apandi Mohamad dan lain-lain. Bagi saya sesuatu yang dirasa majlis malam tadi cacat kerana bekas timbalan Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz tidak kelihatan. Tapi tidak mengapa mungkin beliau keuzuran atau pun tercicir dari dijemput. Mungkin DPPK beranggapan dengan kehadiran Nik Aziz sudah mencukupi. [wm.kl.7:19 pm 06/05/12]

Tiada ulasan: