Blog-list Malaysia |
- Alasan Pembatalan Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus Oleh Menteri Umno
- PRU13 - 15 Ribu Undi Pos Di Kedah
- Jom Layan Ceramah Bodoh Perempuan Tua Dari Lorong Haji Taib
- Komen Ulama Umno Tentang Hari Belia Anjuran Umno
- Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar
- Antara Kecewa Harussani Dengan Kecewa Anak Muda
- Artis Terkenal Nyatakan Sokongan Kepada Kerajaan Pas Kelantan
- Debat Tak Berani.. Kutuk Belakang Berani Laa...
- Amy Search, Mus May, Ibnu Reza Dan Jamal Abdillah Sertai UMNO
- TGNA - Lebuhraya Wakaf Akan Siap Dalam Masa 3 Tahun
Alasan Pembatalan Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus Oleh Menteri Umno Posted: 30 May 2012 12:14 AM PDT |
PRU13 - 15 Ribu Undi Pos Di Kedah Posted: 29 May 2012 11:39 PM PDT ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah bersedia dari segi logistik, termasuk melantik lebih 15,000 petugas, untuk membantu mengendalikan pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi. Timbalan pengarah jabatan itu, Norazam Mohd Noor berkata semua petugas tersebut termasuk pegawai pengurus, diberi taklimat persediaan pada November dan Disember tahun lepas manakala taklimat ulangan pula pada Jun ini. "SPR juga telah mengenal pasti pusat pengundian, kebanyakannya sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas kepada hampir 40 pengamal media di negeri ini bagi menghadapi PRU ke-13 di Jabatan Penerangan Kedah di sini, hari ini. Norazam berkata taklimat persediaan kepada petugas pilihan raya, antaranya menyentuh peraturan baru yang diguna pakai pada PRU ke-13, penggunaan dakwat kekal, cop SPR pada kertas undi, 'istilah orang dipercayai,' undi awal dan undi pos. Mengenai daftar pengundi, beliau berkata daftar terbaru pada suku pertama tahun ini belum diwartakan lagi kerana baru selesai dipamerkan kepada umum. Katanya pengundi negeri Kedah yang berdaftar dan layak mengundi berdasarkan daftar tahun lepas sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat berjumlah hampir 994,000 orang. Dalam taklimatnya sebelum itu, beliau meminta pengamal media memberi kerjasama kepada SPR dengan membuat laporan betul dan tepat, menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi di samping mematuhi etika kewartawanan. "Langkah mewartakan pengamal media boleh mengundi secara pos masih dalam proses. Saya tidak pasti sama ada sempat diwartakan atau tidak dalam masa terdekat," katanya. - Bernama |
Jom Layan Ceramah Bodoh Perempuan Tua Dari Lorong Haji Taib Posted: 29 May 2012 09:33 PM PDT |
Komen Ulama Umno Tentang Hari Belia Anjuran Umno Posted: 29 May 2012 07:50 PM PDT Bertemakan 'Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok', 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian. Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini 'tercemar' apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu. Dipetik dari - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/05/najib-habiskan-rm20juta-untuk-himpunan.html |
Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar Posted: 29 May 2012 06:41 PM PDT Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti Najib Mahu Jauhkan Belia Dari Agama ! [Apa sudah jadi dengan UMNO agaknya. Ke mana arah dan hala tuju belia yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?. Ternyata, Himpunan 2 Juta Beliau sempena Hari Beliau Negara 2012 di Bukit Jalil baru-baru ini lebih dasyat daripada apa yang telah kita gambarkan. Video panas berkenaan "disko hari belia" yang tersebar ini membuktikan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN yang ada sekarang sengaja mahu menjauhkan anak-anak muda dari agama. Mereka sengaja mengadakan program maksiat yang menjurus ke arah pergaulan bebas lelaki perempuan yang sungguh membimbangkan. Hiburan dikatakan untuk mendidik rohani para belia, maka program agama bersama Ustaz Azhar Idrus terpaksa dibatalkan untuk digantikan dengan hiburan demi hiburan. Lebih teruk lagi apabila kumpulan K-Pop yang menampilkan gaya seksi itu juga diundang untuk membuat persembahan. Tidak cukup dengan itu turut diadakan Battle Of The Band serta lain-lain acara hiburan yang cukup melalaikan. Dengan terdedahnya video ini, maka terbukti kini UMNO BN memang mahu menjauhkan diri anak-anak muda daripada agama Islam. Justeru, apakah kita rela membenarkan anak-anak kita hidup di dalam dunia khayalan seperti ini?]. Dipetik dari - Pahang Daily |
Antara Kecewa Harussani Dengan Kecewa Anak Muda Posted: 29 May 2012 06:04 PM PDT Kalau Mufti nak tahu, kami lagi kecewa dgn Tok Mufti yg hanya sibuk nak selamatkan UMNO tapi membisu bila hal kemungkaran dan maksiat melibatkan UMNO berlaku depan mata... Hingga hari ini pun Tok Mufti tak komen Himpunan Belia UMNO yang jelas banyak "kemungkaran" depan mata. Macam mana PAS nak bersatu dengan UMNO kalau UMNO itu sendiri "Menghalalkan Yang Haram".... Berjuanglah Demi ISLAM dan bukannya demi UMNO... Alahai.... Kredit photo kpd: https://www.facebook.com/boikotutusan |
Artis Terkenal Nyatakan Sokongan Kepada Kerajaan Pas Kelantan Posted: 29 May 2012 05:39 PM PDT Umno sudah pasti kecoh dengan kemasukan 3 orang artis iaitu Amy Search, Mus May dan Ibno Riza.. Mungkin diaorang belum di tunjukkan hidayah untuk menyokong perjuangan Islam, kita sama-sama doakan semoga di buka pintu hatinya. Dalam isu Lebuhraya Rakyat, salah seorang artis yang berasal dari Kelantan iaitu Mustapha Kamal menyokong usaha murni kerajaan Kelantan.Walaupun pencacai Umno mengeluarkan pelbagai tohmahan tetapi artis yang berfikiran positif nih sentiasa menyokong pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz. Artis ini juga menyatakan bahawa impian untuk membuat lebuhraya sendiri tidak pernah terfikir oleh negeri lain. Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerima tekanan hebat dari Umno tapi masih mampu untuk membina lebuh raya tanpa tol dengan sendirinya. Inilah karamoh kepimpinan seorang ulama. Dengan terbinanya Lebuhraya Rakyat tanpa tol nih, boleh dikatakan Umno telah ditunjukkan jalan keluar dari Kelantan sebelum PRU13.. addin |
Debat Tak Berani.. Kutuk Belakang Berani Laa... Posted: 29 May 2012 07:20 AM PDT Najib: Janji Pakatan tidak realistik KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa. Najib (gambar) berkata bahawa cadangan PR untuk memansuhkan skim pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM45 bilion dan polisi untuk menetapkan gaji minima pada kadar RM4,000 adalah tidak realistik. "Tidak perlu ahli ekonomi untuk melihat bahawa janji-janji ini adalah tidak realistik (far-fetched)," beliau berkata dalam satu sesi soal jawab di persidangan Invest Malaysia hari ini. "Mereka (PR) tidak ada niat untuk melaksanakan janji-janji yang telah dibuat supaya mereka diundi," tambah beliau. Najib berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil pendekatan "populis" dan adalah lebih munasabah semasa merangka polisinya. "Kami mempunyai visi yang jelas (clarity of vision) dan program yang kredibel serta pelan tindakan (roadmap) untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi," beliau berkata apabila ditanya mengapa beliau patut mendapat mandat yang kukuh dalam pilihan raya yang akan datang. Beliau berkata bahawa mandat yang kukuh adalah penting supaya agenda transformasi kekal dilaksanakan. BN dan PR bertentangan pendapat dalam merangka polisi ekonomi, di mana para pembangkang berjanji untuk berusaha untuk menetapkan gaji minima yang lebih tinggi dan lebih banyak subsidi minyak untuk menghadapi kos hidup yang kian meningkat. Pemansuhan skim pinjaman pelajar ini mungkin akan jadi penarik undian yang kuat untuk pembangkang persekutuan, memandangkan banyak graduan yang baru mendapati mereka dibebankan dengan hutang dan orang dewasa muda yang merupakan kebanyakan pengundi yang baru didaftarkan dan mungkin menjadi faktor penting dalam pilihan raya. Pentadbiran Najib telah berkata bahawa negara ini tidak mampu menanggung subsidi minyak tambahan dan kos untuk memansuhkan pinjaman pelajar dan konsesi tol yang tidak popular. Tetapi ia juga dilihatkan telah mengambil langkah populis sendiri seperti menangguhkan initiatif rationalisasi subsidi dan pemindahan wang terus di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Ia juga telah memperkenalkan polisi gaji minima pada awal bulan ini, dengan RM900 di Penisular Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak walaupun ada kritikan bahawa polisi ini boleh menjadikan pasaran pekerja menjadi lebih tegar. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-janji-pakatan-tidak-realistik/ |
Amy Search, Mus May, Ibnu Reza Dan Jamal Abdillah Sertai UMNO Posted: 29 May 2012 05:46 AM PDT Sebentar tadi satu sidang media yang bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mengesahkan kemasukkan beberapa artis tanahair menyertai parti UMNO. Amy dari kumpulan Search, Ibnu Reza, Mus dari kumpulan May serta Jamal Abdillah kini merupakan ahli UMNO bahagian Bukit Bintang Wilayah Persekutuan. Rasanya politik artis akan menjadi lebih menarik selepas ini. Kita lihat siapa artis akan dicucuk hidung dalam mendapat dan mengekalkan kuasa negara! Walaupun aku benci lagu dan artis aku bangga dengan mamat ni walaupun pakai rantai jumpa TG Nik Abdul Aziz.... tapi sekarang dengan tiba-tiba aku meluap dan aku rasa ada something yang mamat ni buat yang pasti dia tak akan ke mana... ramai artis jadi rosak semula setelah cuba untuk baik.. walaupun aku tak doa tapi sikap masuk umno itu adalah kerosakkan yang jelas!! itu pendapat aku! engkau boleh canggah! http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=14710 |
TGNA - Lebuhraya Wakaf Akan Siap Dalam Masa 3 Tahun Posted: 29 May 2012 05:27 AM PDT Lebuh raya berkonsepkan wakaf dibina. Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual. Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini. "Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini. Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R). "Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya. Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini. Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini. Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama. "Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya. Sementara itu di Kuala Lumpur , Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion. "DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat. Katanya, ia juga menjadi petanda bahawa PAS bersedia memimpin negara ini jika diberikan mandat oleh rakyat kelak. Apa yang lebih membanggakan lagi, ujar beliau kerajaan Kelantan berjaya menunjukkan contoh Negara Berkebajikan yang dicanangkan PAS selama ini dan juga dalam Buku Jingga seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu dengan pembinaan lebuhraya tanpa tol, sesuatu yang tidak pernah difikirkan munasabah oleh pemerintahan Umno BN. Malah, katganya konsep wakaf dan sumbangan daripada orang ramai serta syarikat berteraskan kerajaan (GLC) memberi gambaran bahawa projek ini adalah hasil titik peluh daripada kerajaan dan rakyat negeri itu yang bekerjasama membangunkan negeri tersebut. DPPM juga, ujarnya merasa kecewa kerana kerajaan pusat gagal memberikan kemudahan lebuhraya kepada rakyat Kelantan seperti yang sepatutnya. Menurutnya, berpuluh tahun rakyat Kelantan dinafikan hak daripada memiliki pelbagai kemudahan sehingga mereka terpaksa memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah mereka. - ibnuhasyim.com |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
20 ulasan:
ambien for sale online ambien and alcohol party - can you buy ambien over counter
xanax online order valium xanax online - generic xanax works best
zolpidem online zolpidem tartrate 10 mg effects - side effects of zolpidem 10mg
discount ativan ativan dosage vs klonopin - ativan use in dogs
buy diazepam online diazepam generic name - diazepam muscle relaxant
buy zolpidem side effects of zolpidem tartrate 10 mg - zolpidem tartrate er 12.5 mg price
ativan for anxiety ativan qt prolongation - ativan withdrawal in neonates
zolpidem 10 mg zolpidem side effects anxiety - zolpidem tartrate 5 mg tablet
ativan pharmacy ativan overdose cats - give overdose ativan
discount ativan ativan dosage vs xanax - apo-lorazepam 1mg tablet
order ativan online ativan while pregnant - ativan dosage .5
buy xanax 1mg xanax beer - xanax overdose potential
ambien without prescription buy ambien cr online no prescription - best dosage ambien
buy ambien online no rx ambien pill - how to buy ambien
soma online how to buy somatropin injection - soma carisoprodol side effects
soma online carisoprodol buy - buy soma canada
buy carisoprodol soma online in texas - buy soma medication online
buy carisoprodol online sema show up on drug test - order cheap soma online
cheapest soma somanabolic muscle maximizer ebay - carisoprodol 350 mg tab
These accessories include hooks, lamps, bins, etc [url=http://www.2013tomsshoes-outlet.com/]toms outlet[/url]
You can find the coolest large sunglasses online [url=http://www.2013tomsonsale.com/]toms outlet online[/url]
Continual Well-being: Charm your companion maybe you've typically looked at as for your life-time and in addition learn well-being utilizing your life-time [url=http://www.2013tomsshoes-outlet.com/]toms shoes sale[/url]
Wrinkle cream reviews are helpful in preventing such situations [url=http://www.2013tomsshoes-outlet.com/]toms shoes outlet[/url]
The back of the bodice comes with a corset back filled with fabric lacing [url=http://www.cosylouboutinshoes2013.co.uk/]louboutin[/url]
Catat Ulasan