Blog-list Malaysia |
- Malaon Ni Jual Nasi Lemak Kat Jalan TAR Tapi Sambut Birthday Kat Hotel 5 Bintang..
- Lokman Adam Hampir2 Gila Dengan Berita Ini
- Bekas Pendakwaraya Kanan(Kes Liwat), Dato Yusof Kini Bersama Pasukan Pembelaan Anwar Ibrahim
- Mahkamah Tetapkan 2 Julai Bicara Anwar
- Video Panas - Ketua Umno Kampar Menangis Insaf Sebab Kutuk Umno
- Rais Yatim Sinonim Dengan Sejarah Menipunya Yang Tak Pernah Menjadi
- Kemesraan yang bukan dibuat-buat - Jom Layan video ini...
- Siapa Malaon Ini??
- Motif Dakwaan Terhadap Anwar Dan Azmin Untuk Halang Tanding PRU13
- Hanya 22,270 Orang Sahaja Sertai BERSIH 3.0 - Rais Yatim
- 100 Peneroka Felda Di Kelantan Isytihar Sertai Pas
- BERSIH 3.0 - Anwar, Azmin Dan Chegu Bard Diperintah Hadir Di Mahkamah Esok
Malaon Ni Jual Nasi Lemak Kat Jalan TAR Tapi Sambut Birthday Kat Hotel 5 Bintang.. Posted: 22 May 2012 12:05 AM PDT "Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?" Selamat menyambut hari lahir kepada Dato' Jamal, kami doakan supaya Dato' dipanjangkan umur, murah rezeki, diberikan kesihatan, gembira disamping org tersayang Majlis diadakan pada 4 Ogos yg lepas di Concorde Hotel KL, Kawan-kawan Dato' dari M'sia Ferrari owner Club turut sama meraikan majlis Majlis dikendalikan oleh Roslan Shah, antara artis&selebriti yg hadir ialah Ekin Mawi, Nur syela, Datin Noniswara, Pian cecupak, shahera (halimah jongang),Nurul Syuhada (majalah3), Teh Shuhaida (MHI) Sumber di sini |
Lokman Adam Hampir2 Gila Dengan Berita Ini Posted: 21 May 2012 11:52 PM PDT Yusof dan Fauzi: Masa Umno sudah tiba KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyertaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS menunjukkan masa Umno hancur sudah tiba. Demikian kata anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi twitternya hari ini. Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempunyai pendapat yang sama. "Tanda kehancuran Umno," katanya juga menerusi twitternya. Datuk Yusof, bekas ketua pendakwaraya kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak hari ini apabila bertindak menjadi peguam kepada Anwar dalam kes Bersih 3.0. Datuk Fauzi, bekas orang nombor tiga dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula pada Ahad lepas menyerahkan borang permohonan menyertai PAS. Borang itu diserahkan sendiri oleh beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat. Majlis penyerahan borang itu diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini, iaitu di kawasan kampung halaman Fauzi. |
Bekas Pendakwaraya Kanan(Kes Liwat), Dato Yusof Kini Bersama Pasukan Pembelaan Anwar Ibrahim Posted: 21 May 2012 08:26 PM PDT Dato' Yusof Zainal Abidin yang merupakan bekas pendakwaraya kanan (kes liwat 2), tampil di mahkamah Jalan Duta hari ini sebagai barisan peguam pembelaan untuk Anwar Ibrahim. Kehadiran beliau sebagai peguambela mengejutkan banyak pihak. Ternyata angin perubahan yang melanda negara membuatkan golongan yang semakin condong meninggalkan regim bukan sahaja berlegar di kalangan rakyat biasa, artis, bekas polis dan tentera, malah bekas pendakwaraya yang pernah menekan/menuduh Anwar Ibrahim sendiri kini sudah bersama. Kemenangan Anwar Ibrahim dalam siri kes liwat pada tanggal 901 memberi kesan yang besar untuk rakyat bersama meninggalkan sebuah regim yang zalim dan bersedia untuk sebuah kerajaan yang baru bakal dibentuk sejurus PRU-13. Kapal sudah semakin usang, badai kebangkitan terlalu besar untuk dihadap. Ayuh semua bersama Pakatan Rakyat, kita bentuk sebuah negara baru di mana rakyat menjadi tuan dan kebajikan menjadi keutamaan. Tahniah Dato Yusof kerana memilih untuk membela DSAI yang suatu ketika dulu adalah seteru. Samada atas dasar profesionalisma atau sokongan terus, apa yang lebih penting ialah anda bersama di atas tajuk melawan kezaliman! Edyes Reduan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Yusof: Bukan peribadi dengan AG - malaysiakini Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II. Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara. Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani. "Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya. "Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari. |
Mahkamah Tetapkan 2 Julai Bicara Anwar Posted: 21 May 2012 08:23 PM PDT Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012. Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian. Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar. Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh. Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard. Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi. Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah. Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun. Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April. Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. |
Video Panas - Ketua Umno Kampar Menangis Insaf Sebab Kutuk Umno Posted: 21 May 2012 05:56 PM PDT Dek kerana marah, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai sebelum meluluskan sesuatu projek. Dek kerana marah juga, malaon ini mengeluarkan kenyataan untuk keluar UMNO dan sanggup bertempik "Hidup DAP", "Allahuakbar" beberapa kali. Dia juga menegaskan bahawa kerajaan BN sedia ada di Perak harus ditukar dalam PRU nanti. Apa yang berlaku selepas kejadian amukan itu? Akhirnya, si malaon ini menangis teresak-esak memohon maaf daripada UMNO kerana meroyan tanpa kawalan. Dia bertaubat kerana telah berdosa kepada UMNO. Sama ada malaon ini dipujuk secara lembut atau secara keras, bukanlah persoalan. Cuma yang saya kesal, DS Nizar telah "diperdaya" oleh lakonan projek pasir malaon ini. Agak mengecewakan apabila DS Nizar sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan kepada malaon ini. Namun, hakikatnya, si maloan ini hanya bermain wayang dengan pemimpin atasannya. Oleh itu, beberapa kejadian termasuk peristiwa ADUN dan AP yang melompat sudah tentu memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin PR agar berhati-hati menerima atau menyokong pemimpin BN yang terdesak atau terpinggir. Hal ini demikian kerana pada bila-bila masa orang ini akan kembali melutut kepada parti mereka dan sanggup menjilat ludah sendiri. -DCM |
Rais Yatim Sinonim Dengan Sejarah Menipunya Yang Tak Pernah Menjadi Posted: 21 May 2012 05:37 PM PDT Rais Jangan Ukur Panjang Saja, Lilit Pun Kena Ukur Juga Nampaknya si pembakar jambatan, Rais Yatim terus mencari alasan untuk menolak Bersih 3.0 dan cuba memperkecil-kecilkannya. Bukan saja untuk Bersih 3.0, Bersih 2 dulu pun beliau telah membuat arahan kepada pegawainya supaya membuat laporan negatif. Salah satu aspek ianya dari segi jumlah yang hadir pada himpunan berkenaan. Kalau tidak silap (ada saya catat dalam blog) arahan diberikan Rais seperti mana didedahkan salah seorang pegawainya, Rais arah supaya laporan dibuat senegatif yang boleh. Angka kehadiran Bersih 2 yang disebut ketika itu sekitar 6,000 sahaja, walhal dalam hitungan rawak saya yang hadir sekitar 65,000 walaupun ada pihak mendakwa lebih 100,000. Kali ini hal yang sama berlaku. Rais sekali lagi menumpukan kepada jumlah yang hadir. Kali ini angka yang dikutip agak besar berbanding dengan Bersih 2 iaitu sebanyak 27,270 orang. Angka ini seperti spesifik dan tulen. Sumber itu dikutip Rais dari laporan Bernama? Apa itu Bernama? Iya adalah agensi kerajaan. Bernama maksudnya "Berita Nasional Malaysia", agensi rasmi kerajaan. Untuk memperkuatkan hujah itu Rais memadankan dengan angka disebut oleh BBC iaitu sebanyak 25,000. Mungkin Rais meminta Bernama memberi angka saguhati kepada Bersih sebanyak 2,270 orang. Mungkin tambahan angka itu Rais mengutipnya dari Utusan Malaysia. Menurut Rais angka itu lebih tepat daripada angka yang diperbesar-besar kan Anwar Ibrahim diuar negara. Menurut gemburan Anwar lebih 300,000 yang hadir pada himpunan Bersih 3.0. Rais mendakwa angka disebut itu dibuat melalui sistem blok fotografi dan bukan agak-agakan minda sahaja. Iya lebih tepat. Saya nak tanya apakah atau gambar manakah yang diukur dan apakah ia dibuat dari semua dimensi atau hanya di Jalan Raja saja. Rais kalau benar dan jujur jangan ukur dari sekeping gambar saja tetapi semua gambar. Dalam hal ini kalau hendak ukur jangan panjang saja, tetapi lilit pun kena ukur juga. Biarlah Rais hendak kata apa dan memberi kredit berapa jumlah yang hadir. Tidak kisah. Dalam hal ini mungkin jumlah kehadiran tidak berapa penting, tetapi impak dari Bersih itu yang penting. Sampai hari ini topik Bersih belum dilupakan. Di mana-mana orang bercakap dan kejayaan itu menyebabkan ada yang mahu agar diadakan Bersih 4.0. Kalau Berih gagal kenapa kerajaan terus sibuk sampai menubuh panel penyiasat khas untuk menyiasat Bersih. Siasatan itu lebih terarah untuk mengambil tindakan ke atas penganjur Bersih. Jika Bersih 3.0 tidak ada kesan dan membimbangkan UBN untuk apa ia disiasat. Tujuan siasatan ialah untuk menyekat acara itu di masa akan datang. Rakyat umum tahu akan maksud dan tujuan siasatan ini, apakah Rais bebal mengenainya. Tidak... kerana itu beliau cuba negatifkan Bersih dan cuba memberi gambaran dari berbagai sudut bahawa Bersih gagal. Begitu juga dengan tukang kempen Umno sudah kehabisan akal sehingga diberi akal itu oleh Rais dengan memberi angka yang 'sebenar' yang menghadiri Bersih untuk berdepan dengan orang ramai. Usaha itu nampaknya gagal dan orang awam tidak mempercayai. Sebabnya mudah, gambaran akan jumlah kehadiran itu diberikan oleh tv dan media penjilat buntut, telah dipadam ataupun diperbetulkan oleh foto dan you tube bebas yang kini berselerakan dan tersebar luas dalam internet. Wartawan tidak bertauliah memberi laporan lebih jelas dan adil mengenai Bersih berbanding dengan wartawan yang menggantungkan kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia. Inilah bahaya media baru kerana ia tidak dapat menyembunyikan sesuatu yang cuba disorot atau dipaling pontingkan cerita sebenar. Media baru akan menjawab pembohongan dan penipuan yang cuba dilakukan orang seperti Rais Yatim itu. Media baru tidak tolol dan 'bundak' seperti media penjilat buntut kerana media baru tidak ada tuan atau pun orang yang mengawal dan memegang tangan mereka dari menyatakan yang benar. Sedikit tip untuk Rais kalau Umno masih terus mahu menipu rakyat dengan manipulasi berita oleh media usang, tutuplah kebebasan media baru ini. Selagi ia dibuka maka selama itulah Rais akan kehilangan akal, idea dan akan lengguh mulut untuk memusing cerita kepada rakyat. Cakap-cakap Rais hanya menghabiskan air liur saja. Seperkara lagi kenapa Rais beriya-iya untuk membilang para himpunan Bersih. Kenapa tidak dikira juga berapa ramai yang hadir pada sambutan hari ulang tahun Umno 11 Mei lalu. Rais sepatutnya membetulkan angka di majlis itu bukannya Bersih. Berapakah yang telah di skan oleh Rais berdasarkan blok fotografi di stadium Bukit Jalil itu. Apakah kehadirannya sama ramai dengan penonton yang memenuhi stadium semasa perlawanan bola antara Kelantan dengan Same Darby? Rasanya lebih baik kalau Rais memberi figure di stadium itu daripada memperkecilkan figure di himpunan Bersih. Tidak ada guna juga Rais menghitung jumlah mereka yang datang hendak duduk dan bantah tetapi tidak menghitung sama yang datang di stadium Bukit Jalil yang diangkut dengan bas dan lori termasuk juga kanak-kanak yang belum khatan. Ataupun kehadiran di Bukit Jalil tempoh hari tidak payah menggunakan apa-apa sistem untuk membilangnya kerana ia boleh dibilang dengan menggunakan kedua belah tangan dan kaki Rais serta memimjam sebelah tangan Mahathir Mohamad saja? Ternyata tindakan Rais itu menggambarkan tindakan orang yang gelisah, yang resah dan yang bimbang. Kalau Umno khasnya Rais berada dalam keadaan selesa, beliau tidak kalut dengan jumlah himpunan Bersih. Beliau tidak payah kutip angka-angka dari laporan agensi yang dia terlebih dahulu mengajar melaporkan demikian. Dalam hal ini Rais menipu dirinya sendiri dua kali dalam satu masa. Apakah sifat itu sebagai bijaksana atau bodoh? Apabila Rais terus bermain kata-kata dan cuba merendahkan Bersih dan mengurangkan rasa cemas rakyat dengan mengecilkan angka itu maka jelas sekali Umno ketakutan dan kehilangan akal untuk menjawab kepada rakyat. Paling jelas lagi yang Umno takut gara-gara Bersih yang berjaya dan gara-gara himpunan di Bukit Jalil tidak berjaya menyebabkan ketua Rais, Ha Najib Razak masih terkapai-kapai sama ada hendak membubar Parlimen atau pun tidak. Buktinya... kalau Bersih tidak berkesan masakan akan ada senanam tungging punggung di hadapan rumah Ambiga oleh Melayu belum tamadun dan juga masakan ada orang yang bodoh berniaga burger di rumah Ambiga. Fahamlah kita kenapa orang Melayu rugi dalam perniagaan kerana mereka menjalankan aktiviti perniagaan sekecil dan mudah burger pun di tempat yang salah. Ertinya kerugian yang didakwa sesetengah peniaga di Masjid India semasa Bersioh 3.0 dulu bukan kerana adanya demonstrasi itu tetapi kerana kebodohan mereka dalam perniagaan. Semoga esok atau lusa Rais akan mengeluarkan perangkaan mengenai jumlah kerusi yang bakal diperolehi UBN dalam pilihan raya akan datang dan berapa buah negerikah yang akan dapat dimenangi UBN. Semoga... Bukankah begitu Mat, Mat mana? Mat Maslan lah siapa lagi. [wm.kl.6:47 am 22/05/12] - mso |
Kemesraan yang bukan dibuat-buat - Jom Layan video ini... Posted: 21 May 2012 04:33 PM PDT |
Posted: 21 May 2012 07:41 AM PDT Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga akan melelong tapak perniagaan di lorong tersebut bermula pada harga RM2,000. Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan. Lihat lagi gambar-gambar tokey sekinchan ikan bakar M.A.H.A.L pengendali 30 buah Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) Apa tindakan kita pulak?? Jom pakat ramai-ramai BOIKOT segala premis yang ada kaitan dengan malaon dan gengnya ini! |
Motif Dakwaan Terhadap Anwar Dan Azmin Untuk Halang Tanding PRU13 Posted: 21 May 2012 07:13 AM PDT SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok. Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan. "Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu. Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0." "Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu. Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama." Kedua-dua pemimpin itu antara mereka yang menyertai perhimpunan yang diadakan di ibu negara, anjuran Bersih 2.0, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam tindakan polis yang menyerahkan writ saman ke atas Anwar dan Azmin dan menyifatkan itu tidak lebih dari satu tindakan politik. "AMK Selangor mempersoalkan asas pertuduhan itu yang dlihat amat tergesa-gesa untuk mengheret dua pemimpin utama PKR ini ke mahkamah sekali gus satu percubaan berniat politik untuk menghukum keduanya dibawah Seksyen 4(3) yang boleh menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang. "Justeru AMK Selangor merasa terpanggil untuk menggerakkan rakyat untuk turun beramai-ramai esok, ke Mahkamah Jalan Duta bagi menyatakan sokongan padu terhadap percubaan terbaru regim Najib Razak yang cuba menggunakan kuasa kehakiman bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia," kata Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan berasingan. Beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mobilisasi perhimpunan rakyat yang lebih besar bagi membantah usaha jahat ini, yang dipercayai antara langkah terakhir regim untuk menafikan tertegaknya kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya. - Sinar Harian |
Hanya 22,270 Orang Sahaja Sertai BERSIH 3.0 - Rais Yatim Posted: 21 May 2012 05:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin. Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi. "Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia. "Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis. "Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini. Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya. "Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar. "Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya. Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC. Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang. "Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - BERNAMA Hah.. Yang ini barulah 250 ribu orang.. Itu tak termasuk lalat dan tunggau.. Kalau masuk itu semua ikut perkiraan sistem blok fotografi BERNAMA mau cecah 3.4 juta tu.. hehehe.. |
100 Peneroka Felda Di Kelantan Isytihar Sertai Pas Posted: 21 May 2012 05:05 AM PDT GUA MUSANG: Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS. Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62. Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa. Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun. "Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku. "Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini," katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut. Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang. Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang. Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja. "Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit. "Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah," ujarnya. http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/05/100-peneroka-kesedar-chalil-isytihar.html |
BERSIH 3.0 - Anwar, Azmin Dan Chegu Bard Diperintah Hadir Di Mahkamah Esok Posted: 21 May 2012 02:13 AM PDT Dato Seri Anwar Ibrahim telah diperintahkan hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok Selasa,22 Mei 2012, Jam 9.00 pagi. Beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Selain Anwar, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard turut diminta hadir ke mahkamah. Ketiga-tiga mereka diberi notis atas dua sebab iaitu melanggar arahan mahkamah supaya tidak berada di Dataran Merdeka dan menghasut peserta Bersih supaya berhimpun. Sebelum itu, ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran enam buah kereta peronda polis hanya semata-mata mahu menghantar dua notis saman ke atas pemimpin-pemimpin PKR tersebut. Sementara itu, Chegu Bard memberitahu, sebanyak tujuh kenderaan polis dengan lebih kurang 32 anggota menyerbu ke rumahnya dekat sini pada pukul 2.20 petang tadi. Menurut FB beliau, anggota terbabit kemudian menyerahkan waran meminta beliau hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok pada jam 9.00 pagi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan