Khamis, 3 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Fitnah Seks - Azmin Saman Utusan RM100 Juta

Posted: 03 May 2012 12:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

"Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.


"Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih," kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.

Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam.

~HarakahDaily



BERSIH 3.0 - Lagi Video Keganasan Polis

Posted: 02 May 2012 08:47 PM PDT


Media Malaysia Sudah Hilang Kewarasan

Posted: 02 May 2012 08:38 PM PDT

TV3 Promosi fitnah gambar lucah



Kalau dulu semasa ikon fitnah 1Malaysia, Papagomo menyiarkan video lucah seorang lelaki yang difitnahnya sebagai Anwar Ibrahim, TV3 turut menjalankan gerakan bagi mempromosikan video lucah tersebut.

Tanpa mempedulikan samada anak-anak di bawah umur turut menonton siaran berita mereka diwaktu perdana itu, mereka menyiarkan beberapa adengan dari video lucah tersebut. Biarpun tindakan tersebut tidak wajar namun untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim ianya tidak mengapa dan tidak menjadi kesalahan..

Semalam sekali lagi TV3 mempromosikan gambar-gambar yang kononnya sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang dalam aksi lucah di dalam tandas yang disiarkan oleh Papagomo. Jadi.. korang faham-faham sendirilah.. kalau Papagomo dah siarkan kemudiannya TV3 pula menjadikannya sebagai tajuk berita.. ini angkara siapa..

Seperti juga video lucah seorang lelaki yang menyerupai Anwar tetapi difitnah sebagai Anwar, gambar dan juga dijangkakan ada rakaman CCTV lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang dalam aksi lucah di dalam sudah pasti mendapat restu pihak yang mengawal media…

Sumber : anak sungai derhaka


Skandal Seks Azmin - Jika Tak Benar Saman Saja Blooger Tu..

Posted: 02 May 2012 05:53 PM PDT

BATU PAHAT – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diminta membuat laporan polis atau menyaman pengendali blog yang menyiarkan beberapa keping aksi seks yang didakwa miripnya bagi menghapuskan kesangsian rakyat.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Azmin perlu mengambil tindakan itu jika yakin tidak bersalah dan biar membenarkan pihak polis membuat siasatan.

"Beliau perlu buat begitu kerana beliau sudah membuat penafian individu di dalam gambar berkenaan bukan dirinya.


"Saya berharap pengendali blog berkenaan turut bertanggungjawab dan membuat laporan polis supaya penyiasatan mengenai kesahihannya dapat dibuktikan," katanya selepas merasmikan majlis pendaftaran Pelajar Tingakatan Satu Sekolah Menengah (SM) Sains Batu Pahat di sini, semalam.

Beliau berkata demikina ketika mengulas mengenai beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa menyerupai Azmin tersebar di internet dan blog, termasuk adegan lelaki tersebut dengan wanita di dalam tandas.

Mohd Puad berkata, pihak berkuasa termasuk Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera apabila laporan polis sudah dibuat bagi memastikan pemimpin ini bersih dari segi moral dan akhlak.

"Pembangkang jangan hanya pandai tuduh kerajaan tidak bersih atau telus, tetapi dalam masa sama ada pemimpin mereka mempunyai skandal dan moral yang boleh dipertikaikan," katanya.

Sebelum ini, Azmin menafikan lelaki dikatakan menyerupainya yang bersama seorang wanita di dalam tandas yang disebarkan di internet baru-baru ini adalah dirinya. - Mstar


FITNAH SEKS!!! Azmin UMNO ada misai, Azmin Ali tak pernah bermisai

Posted: 02 May 2012 04:44 PM PDT

Aksi Fitnah :Kenapa 'Azmin' Ada Misai??

Sebahagian petikan tulisan daripada blog MSO Merah Tinta;

Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jambatan tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jambtan tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.

Beberapa keping gambar memaparkan 'wajah' Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.


Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Cara Bikin Gambar Fitnah!!

Persoalan pertama, betul apa yang dikatakan oleh MSO, kenapa dikaburkan gambar tersebut!! Tujuannya adalah kerana nak memfitnah!! Caranya;

Cari seseorang yang mirip kepada Azmin.
Cari gambar-gambar sebelum ini untuk memadankan warna baju yang dipakai Azmin sebelumnya.
Cari baju yang bersesuaian. Gayakan lagak Azmin.
Pasang CCTV di tempat-tempat tertentu. Lakukan aksi dengan mengaburkan kejelasan gambar!!
Siap!! Dalam politik semuanya boleh diatur asalkan duit!!

Pssst :Lama saya merenung gambar 'Azmin' terutamanya gambarnya di Kosmo. Gambar blog asal juga diperhatikan. Saya nampak 'Azmin' dah ada misai [gambar kanan bawah]. Lain daripada gambar-gambar Azmin sebelum ini yang tak pernah bermisai!! -ekeleh.com

Demi politik, Umno halalkan laporan lucah

KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka.

Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.

Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.

Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.

Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno .

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi. -HD



Siasat segera penyebar gambar lucah – Dr Muhd Nur

KUALA LUMPUR 2 Mei: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty menegaskan demikian supaya individu terlibat tidak terlepas daripada menerima hukuman setimpal.

Kata beliau, tindakan jahat Umno itu berterusan dengan harapan bagi menjatuhkan potensi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Kita desak ambil tindakan segera, ini satu lagi kejahatan Umno yang suka aibkan orang. Mereka tidak pernah takutkan azab Allah.

"Umno sebenarnya sudah ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu seks untuk jatuhkan pemimpin PR," katanya kepada Keadilan Daily.

Muhamad Nur berkata, usaha mengaitkan Azmin dengan isu gambar seks tidak akan mampu menggoyahkan sokongan kerana rakyat mula sedar itu hanya fitnah Umno.

"Umno sudah terdesak, terpaksa membuat kerja-kerja gila tanpa pertimbangan moral.

"Sama juga akhbar Umno yang menjadi penyebar fitnah, sebab itu tokoh wartawan India mengatakan laporan media kerajaan tidak ada nilai lagi. Sebaliknya media randan sembang-sembang mereka lebih dipercayai," katanya.

Semalam, blog pro Umno antaranya, papagomo.com dan brojinggo.blogspot.com menjadi penyiar utama gambar lucah tersebut sehingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno khususnya Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarga. -KD


Taukeh Judi Genting Buat Lawak...

Posted: 02 May 2012 06:06 AM PDT

Bekas IGP bimbang pro-komunis sertai BERSIH 3.0

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.


"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi prokomunis yang lepas," kata Hanif.

Hanif membuat penjelasan mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis.

- Bernama



Peserta BERSIH Akan Ditangkap.. Polis Yang Mengganas Macam Mana Pula??

Posted: 02 May 2012 04:45 AM PDT

Peserta BERSIH ganas akan ditangkap

Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.


Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.

- Bernama



Gambar lucah punca ‘rezeki’ Utusan

Posted: 02 May 2012 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Mei: Gambar lucah pada muka depan Utusan Malaysia hari ini membuktikan akhbar milik Umno itu menjadikan aksi seks sebagai punca 'rezeki' mereka, kata bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari.

Tindakan itu katanya, memperlihatkan organisasi itu lebih berminat menyiarkan isu sebegitu berbanding berita yang memberi manfaat kepada pembaca.

"Penyiaran gambar ini membuktikan Utusan bukan lagi akhbar kebangsaan sebaliknya tabloid yang hanya mementingkan cerita seks daripada agenda utama membangunkan negara dan bangsa.

"Mereka tidak mementingkan etika kewartawanan tetapi apa yang penting mengikut kata tuan-tuan mereka.


"Akhbar yang tidak mempunyai etika seharusnya diboikot oleh masyarakat," katanya kepada Keadilan Daily.

Bekas wartawan kanan Utusan itu berkata, beliau tidak hairan jika Utusan sanggup memaparkan gambar lucah kerana itu sahaja talian hayat mereka ada.

"Telah menjadi agenda utama Utusan untuk berbohong dan menipu terutama kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) kerana isu ini sahaja yang mereka dapat mainkan memandangkan isu-isu lain seperti rasuah, pecah amanah tidak dapat dimainkan kerana pemimpin Pakatan tidak pernah melakukannya.

"Penyiaran gambar tidak bermoral dan disedut dari blog ini merupakan polisi yang telah lama diguna Utusan kerana ini sahaja sumber yang dapat mereka lakukan bagi memfitnah pemimpin Pakatan," kata Hatta.

Tambah beliau, paparan gambar tersebut sekali lagi membuktikan pemimpin BN tidak setanding pemimpin Pakatan kerana sanggup menjaja cerita seks.

"Pemimpin BN juga tidak mampu melawan keupayaan pemimpin Pakatan mentadbir, sebaliknya mereka menggunakan isu-isu tidak relevan untuk memfitnah pemimpin Pakatan," ujarnya.

Utusan Malaysia dan akhbar tabloidnya, Kosmo hari ini memaparkan gambar lucah seorang lelaki bersama wanita yang didakwa Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

http://www.keadilandaily.com/gambar-lucah-punca-rezeki-utusan-hatta/


Tiada ulasan: