Selasa, 22 Mei 2012

Biaqpila

Biaqpila


Kakak Terkejut Lihat Aksi Seks Adik Di Atas Buaian

Posted: 21 May 2012 10:28 PM PDT


Gambar Hiasan
HULU BESUT - Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

"Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun," katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

"Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa," katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.

SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

FRU TAK NAK PI SEMBOQ KA?

Posted: 21 May 2012 07:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
MANA PI PIHAK BERKUASA?
DAH JADI BODOH IKUT TELUNJUK UMNGOK KA?
DAH LA PUAK-PUAK NI BODOH
EJA BERSIH PUN TERSILAP
KAH! KAH! KAH!

WAHAI PUAK-PUAK BANGANG
GUA CUMA NAK BERPESAN
TERUSKAN KERJA BODOH HANG PA
BIAQ CEPAT UMNGOK TERLINGKUP
KAH! KAH! KAH!



  • Demo di rumah Ambiga: Penganjur lelong petak penjaja
  • Zulaikha Zulkifli
  • 1337586224
  • Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga akan melelong salah satu tapak gerai di lorong tersebut pada harga bermula RM2,000.

    Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.

    Peniaga kereta mewah itu berkata, mereka juga akan meneruskan rancangan untuk berniaga di kawasan lorong tersebut walau tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    NONEKatanya, mereka akan bertindak sedemikian memandangkan BERSIH juga mengadakan perhimpunannya pada 28 April tanpa kebenaran pihak berkuasa.

    "Kita akan teruskan walaupun DBKL tak beri (kebenaran). Kita lukis petak pada hari ini pun untuk tunjukkan yang kami bersungguh-sungguh untuk buat perniagaan di sini," katanya sambil menambah setiap peniaga perlu membayar RM100 untuk satu tapak.

    "Esok kita akan membuat permohonan di DBKL pada pukul 10.30 pagi. Selepas berjumpa dengan Datuk Bandar, di depan bangunan itu juga kita akan membuat cabutan tapak dan juga akan membida tapak di hadapan rumah Ambiga yang harganya bermula RM2,000.

    NONE"Saya yakin, harga tapak itu akan tinggi. Tujuan kita membida tapak itu adalah bagi menampung kos majlis bertindak ini. Kami tak ada duit tabung," kata Jamal lagi.

    Pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu ditemui pemberita ketika hadir bersama kumpulan yang hadir untuk menanda petak gerai berkenaan hari ini.

    Katanya, kumpulan 60 peniaga itu juga merancang untuk terus "berkampung" selepas demonstrasi dengan membuka gerai itu, sehinggalah tuntutan mereka mereka dipenuhi.

    Tindakan itu akan diteruskan sehingga Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjawab mengenai kerugian yang didakwa dialami peniaga berkenaan.

    NONE"Kalau pada 24 dan 25 haribulan tak ada pihak yang jawab siapa yang bertanggungjawab untuk ganti kerugian peniaga pada BERSIH 1.0, 2.0, dan 3.0, kita akan berkampung di sini dan akan berkhemah sama macam pelajar yang tuntut PTPTN dimansuhkan.

    "Kita akan terus berkampung sehingga ada pihak yang jawab," katanya yang menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3" itu.

    Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai bagi menjual pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit dengan sasaran untuk mendapatkan pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari.



  • MK

    KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

    NAJIB USAH TAKUT KELUAR DARI PUTRAJAYA

    Posted: 21 May 2012 04:00 PM PDT


    Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir Mohamad di Jitra semalam mendapat perhatian saya. Beliau meminta supaya pemimpin Umno serta ahli-ahli partinya tidak sabotaj Umno dalam pilihanraya nanti. Beliau berkata yang beliau yakin Barisan Nasional akan menang jika semua pihak dalam Umno membuang sikap suka mensabotaj parti.

    Kenyataan Dr Mahathir ini membuktikan yang apa yang saya katakan selalu yang pada PRU yang lalu lebih dari 1.5 juta ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang dan telah menunjukkan kepada semua yang Umno sudah tidak lagi boleh mengaku yang parti itu adalah parti yang mewakili orang Melayu dalam politik negara.

    Beliau pastinya memahami keadaan sabotaj menyabotaj dalam Umno itu adalah satu kenyataan yang hakiki. Ini ialah kerana beliau sendiri merupakan penyabo kepada Umno dalam pilihanraya dahulu ketika Umno sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya ke-12 pada tahun 2008 dahulu.

    Sabotaj yang dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri merupakan salah satu dari banyak sebab kenapa ramai calon-calon Umno jatuh tersembam dalam pilihanraya umum itu. Dr Mahathir telah keluar dari Umno di saat Umno memerlukan penyatuan di antara semua ahli-ahli dan pemimpinnya.

    Tetapi Dr Mahathir telah bertindak keluar kerana yang lebih di utamakan oleh beliau ialah untuk merudumkan kepimpinan Umno semasa itu yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi.

    Dr Mahathir tidak peduli dengan segala-galanya terhadap parti. Yang terpenting bagi beliau Abdullah Badawi mesti dijatuhkan walaupun ia membawa risiko yang amat tinggi kepada Umno dan BN. Sekarang ini beliau pula yang meminta supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno tidak menyabo mana-mana calon yang diturunkan walaupun calon-calon itu datangnya dari langit atau dari rimba.

    Tetapi yang lebih jelas dalam kenyataan Dr Mahathir ini, ialah tindakan mensabotaj calon BN sendiri itu sudah menjadi budaya dalam BN teraju Umno ini. Ini lebih dijelaskan pada Perhimpunan Agong Umno yang lepas dalam mana setiap perwakilan telah berdiri membaca baiah perwakilan untuk tidak mensabotaj calon-calon Umno dalam pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

    Itulah sebabnya saya selalu meminta supaya Umno menjaga parti mereka sendiri dan janganlah menyibuk hendak memberikan komen terhadap parti-parti lain dan membuat fitnah jahat semata-mata untuk mengalihkan pandangan ahli-ahli Umno dan rakyat dari kelemahan mereka sendiri.

    Bagi saya, tindakan sabotaj mensabotaj parti dalam Umno semasa pilihanraya nanti merupakan isu yang besar bagi BN. Yang penting sekali ialah kerja sabotaj mensabotaj ini tidak mungkin dapat dihindarkan lagi kerana tidak ada tindakan disiplin bagaimana ketat sekali pun akan mampu membaiki keadaan. Tidak salah jika saya katakan yang Umno sudah menghadapi penyakit dalaman yang terlalu teruk dan sudah terlalu "advanced" dan tidak mungkin boleh diperbaiki lagi.

    Yang menjadi persoalan sekarang ini ialah samada pimpinan Umno dan BN bersedia untuk menghadapi proses pengambil alihan kuasa oleh rakyat dari mereka. Sampai kehari ini Najib Razak atau kepimpinan tertinggi parti masih belum ada membuat kenyataan yang mereka bersedia utuk menyerahkan kuasa jika itu yang dikehendaki oleh rakyat dalam pilihanraya nanti. Yang kita dengar selama ini hanyalah kenyataan Najib yang Umno akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya.

    Banyak parti-parti yang memerintah dinegara-negara maju menerima kekalahan dengan "gentleman" dan menyerahkan kuasa secepat mugkin setelah rakyat memberikan mandat kepada phak lain. Gordon Brown tahu yang parti Buruhnya akan kalah dalam pilihanraya yang lalu.

    Tetapi oleh kerana menghormati sistem demokrasi yang tulin, pimpinan parti Buruh tidak pula bertindak dengan melakukan tektik kotor terhadap parti Conservative atau parti Liberal Demokrat sebelum menghadapi pilihanraya negara Britain awal tahun lepas.

    Tidak ada penyokong-penyokong parti Buruh menonggengkan punggung mereka dihadapan rumah pemimpin parti pembangkang dan pemimpin NGO di Britain. Tidak ada pula "function" parti pembangkang diganggu oleh gangster-gangster parti Buruh malahan parti Buruh tidak mempunyai gangster-gangster upahan untuk mengganggu program parti Liberal Demokrat.

    Walaupun parti Buruh tahu yang mereka akan kalah, tidak ada pula kita mendengar penyokong parti itu mengambil video pemimpin-pemimpin Conservative semasa mereka berada di dalam bilik air atau tandas.

    Yang penting Najib dan Umno patut belajar ialah untuk melalui pengalaman kekalahan dalam pilihanraya kerana Umno terlalu angkuh seolah-olah kemenangan pilihanraya itu hanyalah hak Umno sahaja. Umno tidak pernah diduga dan merasakan pahit maungnya berada dipihak pembangkang kerana hasil kerja buruk mereka sendiri.

    Saya tidak mahu mendahului Tuhan, tetapi hukum mengatakan yang Umno kali ini seperti juga makhluk-makhluk kejadian Tuhan itu tetap akan merasa giliran untuk menerima dugaannya kali ini.

    Selama ini Umno hanya diduga dengan kemewahan dan kesenangan tetapi belum pernah merasakan dugaan melalui kesusahan. Umno perlu melalui proses ini untuk mematangkan lagi perjuangannya dan kembali kepada "basic" iaitu untuk melakukan kerja dan ubudiah baik bagi rakyat yang ramai ini.

    Rakyat sekarang dalam kerinduan untuk melihat pimpinan kerajaan memberikan fokus kepada rakyat yang ramai dan berhenti menjadi satu parti yang menjaga "exclusivity" bagi kumpulan kecil sahaja. Rakyat tidak mahu lagi melihat Umno itu sebagai sebuah kelab ekslusif semata-mata.

    Rakyat sudah tidak menerima lagi laungan "acronym" besar-besar seperti NKRA, ETP, TTP, KETIAK, RTM, SPRM, KTM, TDM, dan banyak lagi acronym yang menjadi laungan yang entah apa-apa itu. Rakyat mahukan "substance" bukannya "form" yang terlalu lazim digambarkan oleh pimpinan negara kita.

    Umno, seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas sepatutnya berehat dan membuat "introspeksi" mendalam dan menilai kembali apakah mereka telah berjaya berjuang selama ini terutamanya dalam menentukan nasib orang Melayu sebagai yang dilaungkan sejak lebih dari lima dekad yang lalu.

    Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya diantara rakyat dengan pimpinan BN sebenarnya. Jika rakyat yang menang, mereka akan menang melalui mandat yang akan diberikan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR. Jika Pemimpin-pemimpin BN yang menang maka itu adalah kemenangan bagi segelintiran "warlords" dalam Umno yang telah menenggek diatas kuasa rakyat yang dimandatkan kepada BN.

    Tetapi seperti yang saya nyatakan diatas tadi jauh di sudut sanubari saya, PR akan mendapatkan mandat itu dari rakyat dalam PRU yang akan datang ini.

    Itulah sebabnya saya cuba untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno supaya menerima kekalahan itu dengan "gentleman" dan bersama-sama melakukan penyerahan kuasa itu dengan baik dan bertertib.

    Kalau Gordon Brown telah menyerahkan kuasa kepada parti Conservative hanya dalam tempoh 6 jam selepas kekalahanya dalam pilihanraya umum Britain, kita tidak nampak kenapa BN harus menyusahkan proses peralihan kuasa itu dalam pilihanraya yang akan datang.

    Barulah demokrasi terlaksana dalam erta kata yang sebenarnya. Najib dan pimpinan BN jangan merasa marah dengan penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Kita perlu ingat yang Adam Alaihissalam pun dikeluarkan dari syurga bersama Hawa.

    Apa yang lebih enak selain dari berada di dalam syurga. Itu pun Adam telah menerimanya dengan senang penuh takzim dan terus melakukan tanggungjawabnya walau pun telah dikeluarkan dari syurga.

    Apa nak dihairankan jika Najib keluar dari Putrajaya jika dibandingkan dengan Adam yang telah keluar dari syurga itu…

    Apakah yang lebih enak dari syurga? Ia lebih enak dari berada di Putrajaya.

    — aspanaliasnet.blogspot.com

    kl-today




    KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

    Tiada ulasan: