Anak Sungai Derhaka |
- LIVE!! Ucapan DSAI dari Jalan Betik, Kota Masai, Johor.. Saksikan!!
- Disergah Jingga 13, PERKASA Pulau Pinang tak jadi nak mengganas.. (Video Inside)
- Pencacai-pencacai UMNO Johor jangan lepaskan peluang ini!!
- Insiden Lembah Pantai: UMNO tak pasti salah siapa?.. kalau tak pasti tengok gambar dan video ni..
- Kes demam denggi di sepuluh negeri meningkat.. sebab sampah tak dikutip jugak ke?
- 150,000 Orang dijangka hadir dalam Himpunan BERSIH 4.0 kata Datuk Jamal
- Samseng UMNO lontar batu dan telur kearah ceramah PR di Lembah Pantai pula..
LIVE!! Ucapan DSAI dari Jalan Betik, Kota Masai, Johor.. Saksikan!! Posted: 25 May 2012 08:26 AM PDT Pesanan dari pihak penaja.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!! | ||||
Disergah Jingga 13, PERKASA Pulau Pinang tak jadi nak mengganas.. (Video Inside) Posted: 25 May 2012 06:16 AM PDT Inilah sifat sebenar mereka sebenarnya, semakin dibiarkan semakin menggila perangainya, bertindak umpama manusia tidak bertamaddun tetapi apabila disergah apa yang nak dibuat terhenti begitu saja.. Mohd Ridzuad Azudin,Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang baru saja selesai membakar 10 'T' Shirt BERSIH 3.0 di Jalan Teck Soon apabila Ketua Pemuda PKR Amir Ghazali dan Jurucakap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyergah tindakan PERKASA itu. Dengan menyifatkan tindakan PERKASA itu seumpama samseng mereka memberitahu Ridzuad bahawa dia sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng bukannya melalak tak tentu pasal. "Kami dah meluat dengan perangai umpama samseng itu," kata Amir dan Mohd Ikhwan kepada pemberita. Mohd Ikhwan juga mengutuk tindakan PERKASA yang telah mengadakan pengebumian Hindu olok-olok bagi Guan Eng pada 10 Mei dan tindakan ganas mereka mengganggu Himpunan Hijau perhimpunan anti-Lynas di Esplanade pada 26 Feb lalu. Beliau juga mengecam Ridzuad yang menunjukkan dan melambai kasut pada Guan Eng semasa perhimpunan anti-Lynas itu diadakan. "Hari ini mereka dibakar Bersih kemeja-T. Ia adalah menjijikkan dan memalukan untuk membiarkan PERKASA melakukan semua ini di atas nama Melayu dan Islam, "katanya. Mohd Ikhwan berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Ridzuad tentang isu-isu pembangunan Melayu di Pulau Pinang. Beliau berkata, beliau gembira dengan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk orang Melayu setakat ini. Hmm.. Encik Ikhwan.. anda salah.. hang tu Melayu.. Ketua Wira PERKASA tu mamak.. lain kali bagitau kat mamak tu.. Melayu Pulau Pinang tak pernah lantik dia untuk membela nasib Melayu.. Berikut adalah video dari tempat kejadian.. dalam video ini anda akan menyaksikan Ketua Wira PERKASA itu mendakwa bahawa dirinya berjuang untuk rakyat... sejak bila rakyat Pulau Pinang lantik dia entahlah.. Video oleh Shaari Md Salleh Laporan dari Bernama Peserta Perhimpunan Insaf, Minta Perkasa Bakar Baju Kuning GEORGE TOWN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang pada Jumaat membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang telah insaf. Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju terbabit beserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu. Penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan media meminta Perkasa membakar baju yang dipakainya dan beberapa rakan ketika menyertai perhimpunan tersebut, katanya kepada pemberita, di sini. Penulis berkenaan turut mendakwa berlaku penyelewengan berkenaan agihan wang yang sepatutnya diterima mereka sebagai imbuhan menyertai perhimpunan itu, katanya. Kumpulan 20 anggota Perkasa itu bertindak membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat. -BERNAMA | ||||
Pencacai-pencacai UMNO Johor jangan lepaskan peluang ini!! Posted: 25 May 2012 02:43 AM PDT Jika semalam pencacai UMNO di Perak dan Selangor telah berpeluang menjana pendapatan dengan mengambil upah untuk melakukan kerja-kerja khianat kepada pendengar ceramah Pakatan Rakyat malam ini mereka berpeluang untuk menjana pendapatan di Johor pula. Di Perak pencacai UMNO di negeri itu telah mengambil upah untuk melakukan kerja-kerja mengecat lampu beberapa buah kereta penyokong Pakatan Rakyat yang hadir mendengar ceramah Nizar. Manakala di negeri Selangor pula, menurut DSAI pencacai-pencacai UMNO dinegeri itu telah menerima upah sebanyak RM20 untuk melontar batu dan telur kearah hadirin yang mendengar ceramah Pakatan Rakyat di Lembah Pantai. Dengan upah sebanyak itu, hasilnya seorang warga emas terpaksa dikejarkan ke Hospital setelah kepalanya tercedera dilontar batu - laporan penuh sila baca di ( SINI ) Malam ini pula pencacai-pencacai UMNO di negeri Johor pula berpeluang menjana pendapatan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja khianat.. Ini kerana satu lagi Ceramah Pakatan Rakyat akan diadakan di Johor pula malam ini.. PIDATO PERDANA MERDEKA RAKYAT BOLEH DIIKUTI SECARA 'LIVE' Tarikh 28 April sempena himpunan rakyat BERSIH 3.0 yang merupakan himpunan terbesar rakyat yang pernah berlaku dalam tanah air ini wajar di kenang sebagai himpunan MERDEKA RAKYAT. Rakyat dari perbagai latar bangkit dengan berani menuntut hak warga. Ia satu gelombang kesedaran rakyat. Namun ia difitnah dgn perbagai tohmahan. Maka jelajah MERDEKA RAKYAT telah diadakan bagi membawa semangat gelombang kesedaran hak warga ke seluruh pelusuk tanah air. Rakyat harus bangkit berani menuntut hak masing - masing. Bangkit dari ketakutan dan ugutan regim. Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya. Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan Pakatan Rakyat dengan imej yang berbeza. Bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku. Terakhir 18 Mei lepas walaupun diberi masa 5hari untuk persiapan dan mobilisasi, program Jelajah MERDEKA RAKYAT telah menggemparkan pekan kecil utara Perak. Hampir 10ribu rakyat dari perbagai latar telah sama bersemangat menghadiri program ini di Pekan Tanjong Piandang, Parit Buntar. Destinasi seterusnya ialah : Pidato Perdana bersama DS Anwar Ibrahim dan Pimpinan PR Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat Johor Tarikh dan Masa: 25Mei, 8.45malam, Lokasi: Jalan Betuk 1, Kota Masai (Depan Pejabat Keadilan Pasir Gudang) (pertanyaan 0197080692) - sebar Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke negeri paling selatan ini. Paling istimewa hari ini atas permintaan ramai maka program pidato perdana siri jelajah MERDEKA RAKYAT ini akan mula disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Pengguna internet boleh menggunakan pautan seperti dibawah : link ringkas: http://ustre.am/KVHd standard link: http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat Mohon kerjasama semua menyebarkan pautan ini. Walaubagaimanapun ini kali pertama pasukan Seketeriat Merdeka Rakyat melakukan siaran langsung maka ia masih peringkat ujian. Komen dan cadangan untuk memperbaikinya amat dialukan. Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jika program jelajah ini diserang maka keganasan serta tindakan tidak bertamadun mereka juga akan disiarkan ke seluruh dunia secara langsung. Sekian che'GuBard Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat | ||||
Insiden Lembah Pantai: UMNO tak pasti salah siapa?.. kalau tak pasti tengok gambar dan video ni.. Posted: 25 May 2012 12:41 AM PDT UMNO Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi. Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan. "Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya. Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap. Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR. Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR. Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu. Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu | ||||
Kes demam denggi di sepuluh negeri meningkat.. sebab sampah tak dikutip jugak ke? Posted: 24 May 2012 09:22 PM PDT Seperti yang korang boleh baca di atas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada 19 Mei lalu, sehingga semalam sebanyak 9,500 kes dicatatkan dengan 20 kematian berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 7,850 dengan 12 kematian. Apabila Liow Tiong Lai mengeluarkan kenyataan seperti di atas, maka berlumba-lumbalah blogger-blogger Pro UMNO menuding jari kearah pentadbiran Kerajaan Negeri PR Selangor. Hasil pembodohan pemimpin UMNO/BN mereka telah menerima bulat-bulat kenyataan dari Menteri Kesihatan itu.. Sedangkan hakikat sebenarnya punca denggi meningkat di Selangor adalah kerana pembiakan nyamuk Aedes di kawasan tapak-tapak perumahan terbengkalai, rumah-rumah kosong, kawasan sekolah, pejabat serta premis kerajaan. Ini menurut Exco Kesihatan Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang menyelar Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan beliau tentang situasi denggi di Selangor. "Berdasarkan analisa kita semenjak Januari 2011 hingga Mei 2012, peningkatan kes denggi antara lain disebabkan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan tapak-tapak perumahan terbengkalai, rumah-rumah kosong, kawasan sekolah, pejabat serta premis kerajaan. laporan penuh sila baca di ( SINI ) Hari ini Bernama melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata kes demam denggi telah meningkat di sepuluh negeri.. Persoalannya disini ialah adakah peningkatan ini disebabkan oleh sampah yang tidak dikutip juga?? Baca laporan di bawah dan tengok negeri mana ditangga teratas.. dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO dalam kes ini pemimpin MCA... Kes demam denggi di sepuluh negeri meningkat Sebanyak 405 kes demam denggi dilaporkan pada minggu ke-20 iaitu bagi tempoh 13 hingga 19 Mei, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 12 kes berbanding 393 kes pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata 10 negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Sabah enam kes (86 peratus) diikuti Pahang empat kes (57), Kelantan lima kes (39), Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya tujuh kes (37). Melaka dua kes (29), Kedah tiga kes (19), Pulau Pinang tiga kes (17), Perak dua kes (11), Sarawak dua kes (10) dan Negeri Sembilan satu kes (10). Beliau berkata jumlah terkumpul kes denggi dari Januari hingga 19 Mei tahun ini ialah 9,607 kes iaitu peningkatan sebanyak 21 peratus atau 1,644 kes berbanding 7,963 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas. "Kes kematian akibat denggi juga meningkat sebanyak 67 peratus atau lapan kematian yang mana terdapat 20 kematian bagi tahun ini berbanding 12 dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dr Hasan berkata bagi tempoh yang sama, sebanyak 91 lokaliti mengalami wabak di seluruh negara melibatkan 15 daerah dengan dua lokaliti 'panas' dilaporkan berlaku pada minggu ini iaitu di Taman Mulia (Jalan Budiman) di Cheras dengan sembilan kes dan Bandar Baru Sentul (Apartment Melur) dengan 10 kes. Beliau berkata pemantauan daripada Kementerian Kesihatan juga mendapati Kuala Lumpur serta empat daerah di Selangor iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak mempunyai lokaliti wabak sejak awal tahun sehingga kini dan ia telah menyumbang kepada 82 peratus daripada keseluruhan jumlah lokaliti wabak seluruh negara. "Oleh itu, peranan masyarakat di setiap kawasan bermasalah denggi amat penting dalam usaha membanteras demam denggi," katanya. - Bernama | ||||
150,000 Orang dijangka hadir dalam Himpunan BERSIH 4.0 kata Datuk Jamal Posted: 24 May 2012 05:30 PM PDT Terdesaknya Datuk Jamal, peniaga nasi lemak yang memiliki Ferrari ini untuk menarik perhatian Najib supaya memperkenankan beliau sebagai Calon UMNO/BN bagi menggantikan Khir Toyo. Kenapa terdesak sangat ni?? bukankah Noh Omar sedang sibuk melobi diri penjual nasi lemak ni kepada Najib? tak percaya kepada Noh Omar ke? Nak tahu serba sikit kisah mamat ni sila baca di ( SINI ) Bagi menarik perhatian Najib, langkah seterusnya yang akan diambil oleh penjual nasi lemak yang pakai Ferrari ini akan mengadakan himpunan BERSIH 4.0 pula.. Atas dasar apa aku kurang pasti, tapi dia ni yakin akan menghimpunkan jumlah kehadiran yang lebih besar dari perhimpunan UMNO iaitu sekitar 150,000 orang.. Boleh ke? sedangkan UMNO yang membayar setiap ahlinya untuk ke perhimpunanpun hanya mampu mengumpulkan sekitar 60,000 orang saja.. inikan pula mamat ni.. Baca sedikit terjemahan di bawah ni.. Kumpulan peniaga Anti-BERSIH akan mengadakan himpunan BERSIH 4.0 bulan hadapan sebagai langkah seterusnya bagi menuntut pampasan akibat kerugian kerana kebodohan mereka menutup perniagaan pada 28 April lalu. Kira-kira 60 orang peniaga berpakaian baju T "Bersih 4,0" telah membatalkan rancangan mereka semalam untuk mendirikan gerai di hadapan kediaman Datuk Ambiga Sreenevasan, mengatakan yang 23 Jun akan datang satu perhimpunan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil untuk menyampaikan "mesej keamanan "dan penolakan" Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0. " Kami akan meneruskan perjuangan kami dengan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 di Stadium Bukit Jalil. "150,000 orang atau lebih dijangka menghadiri perhimpunan ini," kata seorang wakil peniaga, Datuk Jamal Md Yunos, kepada pemberita. Beliau berkata gerai-gerai akan didirikan di luar stadium bagi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan mereka. Beberapa kereta mewah, termasuk Lamborghini akan dijadikan hadiah kepada peserta perhimpunan itu sebagai menunjukkan "penghargaan" di atas sokongan mereka, kata Jamal. KUALA LUMPUR, May 24 – A group of anti-Bersih traders will hold a "Bersih 4.0" gathering next month as part of an on-going protest to demand compensation for alleged losses incurred during the April 28 rally in the city capital. About 60-odd traders clad in "Bersih 4.0" t-shirts cancelled their plans today to set up stalls in front of Datuk Ambiga Sreenevasan's residence, saying the upcoming June 23 gathering to be held at Stadium Bukit Jalil will be used to push their "message of peace" and rejection of "Bersih 1.0, 2.0 and 3.0." "We will carry on our struggle with having a Bersih 4.0 gathering in Stadium Bukit Jalil. "150,000 or more people are expected to attend," a representative of the traders, Datuk Jamal Md Yunos, told reporters. He said stalls would be set up outside the stadium to allow traders to conduct their businesses. Several luxury cars including a Lamborghini would also be given out to participants of the gathering as a show of "appreciation" for their support, said Jamal. When asked how petty traders could afford to come up with luxury cars for the the June 23 event, Jamal said: "As individuals we do have losses but when we unite we can give out these gifts no matter how many million ringgit. "After this we will apply for a permit for the (use of the) stadium," Jamal added. He said "Bersih 4.0" will be calling a press conference tomorrow at 3pm at the Sekinchan ikan bakar restaurant in Jalan Pahang- where "100 lawyers" will be present and the group will explain their future plans then. Two anti-Bersih groups - "Bersih 4.0" and the other "Halau 1.0" – had gathered near Ambiga's residence here in Bukit Damansara earlier today demanding she apologise for the violence and alleged property damage which occurred during the Bersih 3.0 rally. The Malaysian Insider | ||||
Samseng UMNO lontar batu dan telur kearah ceramah PR di Lembah Pantai pula.. Posted: 24 May 2012 09:20 AM PDT Ceramah PR di perkarangan flat di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu. Seorang penonton ceramah tersebut yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.
Beberapa penonton lain terkena telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam. Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada pentas ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap. Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan. Suasana dikatakan tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR. Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan. Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula. Bagi menenangkan keadaan, Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan - Selangorku
Ini dari Malaysiakini.. Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya. Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)." Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan