Anak Sungai Derhaka |
- Lagi Berita Panas yang tak akan disiarkan TV3 dan Utusan..
- Berita panas yang tidak akan disiarkan TV3 dan Utusan..
- Anwar nak ke Perak, UMNO kerah ahlinya untuk menganggu Ceramah Anwar.. sms sebagai bukti..
- PANAS!! Papagomo dedahkan UMNO sediakan RM300K sebulan untuk Cybertroopers mereka..
- Muhyiddin kata Debat dengan pembangkang tak berfaedah
- Muhyiddin nak menakutkan siapa ni?
- Bekas Ketua Jab. Siasatan Jenayah Bukit Aman akan sertai PAS.
Lagi Berita Panas yang tak akan disiarkan TV3 dan Utusan.. Posted: 18 May 2012 08:51 AM PDT BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu. Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven. "Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan. Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan. "Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya. Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan. "Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan. "Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang. "Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya. Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau. Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. "Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat. Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. Harakahdaily | ||
Berita panas yang tidak akan disiarkan TV3 dan Utusan.. Posted: 18 May 2012 05:48 AM PDT KUALA KRAI: Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-34 di sini mencatat sejarah apabila 50 anggota Umno Kampung Sungai Tias, dekat sini menyerah borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Penyerahan borang tersebut dilakukan Wan Nor Abdullah, 46 mewakili rakan-rakan lain. Pada majlis itu juga Presiden memakaikan baju-T bergambar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria. Wan Nor ketika ditemui berkata, beliau memilihPAS selepas melihat dasar-dasar kebajikan kerajaan negeri dan PAS lebih baik berbanding Umno. Katanya juga, pemimpin Umno tidak menghormati ulama dan sanggup menghina golongan terbabit bagi kepentingan politik mereka. "Mereka sanggup mencaci ulama sedang mereka sendiri tidak betul," katanya kesal. Rakannya Muhammad Omar, 42 berkata, pemimpin Umno jarang mengambil berat masalah rakyat kerana tinggal jauh dari tempat yang diwakili dalam pilihan raya. Kata beliau bekas Adun Dabong, Dato' Ramzi Abdul Rahman bukan orang Dabong dan hanya datang sekali sekala biarpun mempunyai banglo mewah di atas bukit di Jelawang. "Sedangkan Adun sekarang orang tempatan dan mudah ditemui. Arif sering keluar masuk kampung menemui rakyat tanpa mengira parti. "Inilah yang menyebabkan saya dan kawan-kawan mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai PAS,"tambahnya. Arifabillah berkata, beliau bersama pemimpin PAS di Majlis Tindakan Dun Dabong sentiasa menganjur program bersama rakyat termasuk Cakna Keluarga, sukan dan lawatan dari rumah ke rumah. "Alhamdulillah melalui program yang diadakan sejak beberapa tahun lalu berjaya mendekatkan PAS dan penyokong-penyokong Umno sehingga ada yang membuat keputusan menyertai kita," katanya. Beliau juga berkata, seramai 30 lagi ahli Umno iaitu dari Kampung Lanchang akan menyertai PAS dalam masa terdekat. Manakala di Chalil, Gua Musang lebih 100 ahli dan penyokong Umno di tanah rancangan tersebut dijangka membuat kejutan keluar Umno pada satu program yang akan diadakan 20 Mei ini. Sementara itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, biarpun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' S Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting. Katanya, soal siapa yang berada di depan Bersih 3.0 tidak menjadi isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting. "Tak kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru ini, kerana apa yang lebih penting berjuang memastikan pilihan raya benar-benar bersih dan adil," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tersebut. Manakala ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa pada hari yang sama, beliau menyifatkan Umno menyebarkan ajaran salah apabila mendakwa hanya parti itu sahaja yang boleh memberi pembangunan dan kemajuan kepada rakyat. "Kerana tamak kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman tersebut, seolah-olah mereka pemberi rezeki kepada rakyat. Umno terus mendabik dada," ujarnya. Turut hadir pada mesyuarat agung di Putik itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan, anak bekas Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar dan rombongan PAS Kuala Kangsar. PAS | ||
Anwar nak ke Perak, UMNO kerah ahlinya untuk menganggu Ceramah Anwar.. sms sebagai bukti.. Posted: 18 May 2012 01:42 AM PDT Entah apa yang pencacai UMNO takutkan dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim ke negeri Perak entahlah hinggakan mereka sanggup membazir duit menghantar SMS mengerahkan ahlinya untuk menganggu Ceramah DS Anwar Ibrahim.. E-mail yang diterima dari Pejabat DS Anwar Ibrahim, telah menyatakan bahawa pada 18 Mei ini DS Anwar Ibrahim akan mengadakan program Siri Jelajah ke Perak.. Berikut adalah jadual tersebut.. Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak, Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0 18 Mei 2012 (Jumaat) 1) 6.00 Ptg – Hi - Tea Lokasi: Asrama Anak Yatim Ulu Sepetang, Batu Kurau 2) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi: Masjid Lama Jelai, Batu Kurau 3) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0 Lokasi : Dataran Pekan Selasa, Pekan Batu Kurau 4) 9.00–12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0 Lokasi : Dataran Rakyat, Pekan Tanjong Piandang, Parit Buntar 5) Penceramah: - YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - YB Dato' Saifuddin Nasution - YB Dr Mujahid Yusof Rawa - YB Dato' Ngeh Koo Ham - YBhg Dr Muhammad Nur Manuty UMNO Kerah satu Perak untuk ganggu ceramah Anwar Pada malam ini(18 Mei 2012) akan berlangsungnya ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pekan Selasa Batu Kurau yg terletak dalam kawasan parlimen Larut..Sudah menjadi kebiasaan,setiap kali berlangsungnya ceramah Anwar tidak kira di mana sahaja lokasinya pasti akan menggamit kehadiran ribuan pendengar.. Fenomemona ini telah menggusarkan Umno bahagian Larut,lalu mereka telah menyusun satu strategi dgn mengaturkan satu ceramah yg lokasinya hanya sejauh 100 meter dari tempat berlangsungnya ceramah Anwar..Penceramahnya ialah musuh ketat Anwar iaitu Ummi Hafilda..Tidak cukup dengan itu,krew TV3 turut dipanggil membuat liputan.Tujuannya hanya satu,yakni mahu mengganggu kelangsungan ceramah Anwar macam yang pernah dilakukan mereka sebelum ini.. Untuk memastikan hasrat dan misi mereka ini tercapai, Umno Larut telah meminta bantuan dari Umno bahagian lain di negeri ini supaya mengerah seramai mungkin ahli dan penyokong mereka supaya hadir ke ceramah Ummi Hafilda tersebut.Tujuannya adalah untuk menyaingi kehadiran penonton di ceramah Anwar. Di bawah ini adalah mesej yang dihantar oleh Bekas Ketua Pemuda Umno Larut,Hasbullah Ellias kepada seluruh Umno bahagian di negeri Perak..Mesej tersebut kemudian dihantar oleh salah seorang penyokong Umno kepada Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Akmal Kamaruddin Sumber SMS dari ( SINI ) | ||
PANAS!! Papagomo dedahkan UMNO sediakan RM300K sebulan untuk Cybertroopers mereka.. Posted: 17 May 2012 11:00 PM PDT Berikut adalah sebahagian artikel yang ditulis dan disiarkan oleh Ikon Fitnah 1Malaysia yang kini sedang hebat bertempur dengan Unit Media Baru UMNO dalam Blog miliknya.. Beliau telah mendedahkan bahawa pihak UMNO telah memperuntukkan sejumlah RM300,000 sebulan bagi membiayai pergerakan Cybertrooper UMNO/BN.. Baginya jumlah tersebut adalah satu pembaziran kerana Cybertrooper yang dihasilkan oleh Unit Media Baru UMNO itu gagal menandingi keupayaan dan keberkesanan Cybertrooper yang memihak kepada Pakatan Rakyat.. Atau dalam lain ayat.. Unit Media Baru hanya mengeluarkan hampas (manusia-manusia bengong) yang memenuhi alam maya ini.. Cybertroopers UMNO Gagal, Syabas Buat Jentera Pembangkang. Kekuatan Cybertroopes BN sebenarnya patut digalas oleh Unit Media Baru UMNO yang mana merupakan sayap Jenter Pemuda yang disahkan dan di IKTIRAF oleh kepimpinan UMNO. Peruntukkan yang disalurkan buat UMB sepatutnya digunakan untuk menghasilkan cybertroopers dan bukanlah menghasilkan Blogger semata mata seperti yang dilakukan sebelum ini. Sepertimana yang Gomo nyatakan sebelum ini untuk menjadi Blogger bukan satu pekara yang mudah. Benar kalau setakat create satu nama Blog dan mengisikan Blog itu dengan artikel sudah menjadi seorang Blogger tetapi dimana impak dan kesannya kepada pembaca? Tidak ada guna jika UMB terus melahirkan Blogger yang tidak mampu memberikan impak kepada Kerajaan Barisan Nasional dan mengadakan kursus dari masa ke semasa jika tidak mampu melahirkan jentera Cybertroopers. Jika begini dilakukan menjelang Pilihanraya kita disebelah BN hanya dilambakkan Blogger sahaja dan hanya berjaya dari segi Kauntiti tetapi bukan kualiti. Gomo bukan nak mendabik dada dengan keupayaan Blog Papa Gomo ataupun blog sahabat lain seperti Gerakan Anti PKR, Parpu Kari, RBF Online, The Unspineer, Dr Novandri, Pisau yang mempunyai impak luar biasa apabila menghasilkan artikel yang dikeluarkan melalui Blog. tetapi itulah realitinya kerana untuk menjadi Blogger yang blog nya dibaca oleh rakyat dengan kunjungan puluhan ribu sehari adalah amat sukar sama sekali. Jadi untuk apa UMB terus mengadakan kursus mengenali Blogger blogger dan juga menghasilkan Blog baru sedangkan UMB sepatutnya menghasilkan jentera Cybertroopers yang begitu mudah melaksanakan tugas berbanding Blogger yang lebih sukar menghasilkan berita dan mendapat pengaruh dari pembaca?
Hentikan dari terus melahirkan Blog baru dan juga Kursus yang membazir masa dan wang UMNO. UMB perlu melakukan Tranformasi jika benar hendak berjuang dan tidak perlu untuk syok sendiri dengan mengejar rangking Blog dan Paopulariti dengan menyatakan didalam kursus yang mereka lakukan. Hentikan dari melakukan pembaziran wang UMNO dengan membuat beratus ratus helai baju untuk menujukkan Kuantiti. Mentaliti seperti ini seharusnya sudah tiada didalam UMNO dengan menunjukkan Kuantiti sebaliknya impak kualitinya tiada. Jentera pembangkang tidak bergaya dengan baju Unit Media mereka sebaliknya kewujudan mereka amat dirasai didalam media Baru melalui komen komen yang mereka lakukan. Papa Gomo, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR Blogger Jalanan yang sudah bermula dari 2008. Bukan mudah untuk dikenali dan mendapat puluhan ribu pembaca sehari tetapi ianya mengambil masa yang begitu panjang untuk diterima pembaca. Malah ada rakan blog yang sama sama berjuang sejak 2008 juga belum mampu dapat menarik pembaca yang ada. Usah UMB membuang masa sebaliknya hasilkan Cybertroopers lebih baik dari menghasilkan Blogger dan mengadakan Kursus itu dan ini. Kami Blogger jalanan yang lain tidak diiktiraf oleh UMNO jadi peluang yang ada buat UMB yang diiktiraf ini perlulah dilakukan secara efektif dan mengambil peluang ini sebaik mungkin. Dan nasihat Gomo buat Unit Media Baru UMNO, jangan jadikan Blogger yang dibawah naungan UMB sebagai alat politik pemimpin tertentu. UMB yang diktiraf seharusnya terus menumpukan kepada serangan dan sokongan buat UMNO dan BN. Usah berpolitik didalam UMB dan menjadi alat politik pemimpin tertentu. UMB untuk UMNO dan bukan untuk pemimpin tertentu didalam UMNO. Papa Gomo | ||
Muhyiddin kata Debat dengan pembangkang tak berfaedah Posted: 17 May 2012 08:15 PM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada guna untuk kepimpinan utama negara berdebat dengan pembangkang dalam sesuatu isu kerana pembangkang tidak akan mengubah pendirian tentang perkara yang mereka percaya. "Kadang-kadang perbahasan dengan pembangkang mereka sudah menetapkan minda mereka dan apa yang kita buat tak akan diterima mereka dan tidak berfaedah," katanya menjawab soalan dalam majlis wacana dengan sekumpulan alumni universiti di Kuala Lumpur semalam. Beliau diminta mengulas cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dialu-alukan banyak pihak. Menurutnya Muhyiddin, amalan demokrasi dalam negara tetap subur kerana kerajaan lebih gemar mengambil pendekatan menjelaskan isu-isu semasa terus kepada rakyat. "Berani tak berani bukan soal berhadapan dengan mereka dan berbahas tetapi ialah dalam proses menjelaskan secara rasional. "Kerajaan hari ini tidak bertindak atas dasar emosi. Kita bertindak atas dasar rasional untuk menjelaskan satu persatu (perkara)," ujarnya. Menurutnya, penjelasan kerajaan itu juga adalah langkah melibatkan rakyat dalam pentadbiran negara yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi. "Ada yang kata tak cukup penjelasan tapi itu boleh kita perbaiki. "Pokoknya proses engagement (penglibatan) itu berlaku," katanya. Beliau juga yakin masyarakat tidak menganggap Najib takut apabila tidak menyahut cabaran debat. "Saya tak fikir orang akan mengatakan kita takut dan tak berani mengadakan perbahasan," katanya. Malaysiakini | ||
Muhyiddin nak menakutkan siapa ni? Posted: 17 May 2012 05:30 PM PDT Sejarah kehancuran bangsa dan negara serta keruntuhan tamadun lampau akibat perebutan kuasa yang banyak dipaparkan dalam karya-karya sastera klasik Melayu serta tamadun lain wajar dijadikan tauladan oleh Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata banyak iktibar yang boleh didapati daripada karya-karya mengenai peperangan, perbalahan dan perpecahan sesama sendiri agar Malaysia tidak terjerumus ke dalam kancah perebutan kuasa yang tidak demokratik, apatah lagi dengan menggunakan pelbagai muslihat kotor dan tidak beretika. "Saya berharap pengajaran daripada peristiwa peperangan, perbalahan, perebutan kuasa sama ada yang dikisahkan dalam Hikayat Tiga Negara atau Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan yang lain-lainnya hendaklah dijadikan iktibar agar kita tidak terjebak dalam kancah yang merugikan itu yang boleh menghancurkan negara," katanya. Berucap pada majlis pelancaran buku "Hikayat Tiga Negara" di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata mengambil iktibar daripada pelbagai peristiwa yang ditulis itu, rakyat negara ini seharusnya tidak memandang ringan kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum yang telah berjaya dibentuk di negara ini dengan membiarkannya dimusnahkan oleh gerakan atau tindakan yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya kejayaan negara mencapai kemerdekaan dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah dicemburui oleh banyak pihak sehingga ada yang beria-ia hendak menidakkannya dengan pelbagai gelagat yang berniat jahat dan tohmahan yang tidak berasas. "Justeru itu, kita hendaklah memastikan segala kesejahteraan hidup dan kemakmuran yang telah kita capai itu tidak dirosakkan oleh golongan tertentu yang tidak bertanggungjawab itu. "Demi menjamin kestabilan dan ketahanan politik, sosial dan ekonomi negara ini, kita harus menolak segala bentuk anasir dan tindak-tanduk melampau yang sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak yang cemburu akan keharmonian rakyat pelbagai keturunan dan kepesatan pembangunan yang telah dilaksana oleh kerajaan sejak negara kita mencapai kemerdekaan," katanya. Hikayat Tiga Negara adalah karya terjemahan kesusasteraan klasik China berjudul "San Guo Yan Yi", yang mengisahkan peristiwa pemberontakan dan kebangkitan negara Wei, Shu dan Wu yang sentiasa berperang sehinggalah kejatuhan setiap negara itu yang berpunca daripada sebab dan akibat yang jelas. Muhyiddin berkata lima prinsip etika yang disebut dalam Hikayat Tiga Negara iaitu nilai-nilai kemurahan hati (Ren), kesetiakawanan (Yi), tatasusila (Li), kebijaksanaan (Zhi) dan amanah (Xin) dalam konteks negara dapat dipertalikan dengan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas keutuhan sistem kenegaraan di Malaysia. Penerbitan karya-karya klasik yang dikategorikan sebagai karya agung merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk menyuburkan literasi budaya dan ilmu dalam masyarakat di negara ini, sekaligus merupakan penghormatan negara kepada karya-karya agung yang berlatarbelakangkan bangsa dan budaya bangsa, katanya. Buku hikayat itu pernah diterjemah ke dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Rusia, Jepun, dan Korea. Hikayat Tiga Negara, yang diterjemahkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif), dibahagikan kepada empat jilid dan dijual dengan harga RM180 (kulit lembut) dan RM250 (kulit keras). — Bernama | ||
Bekas Ketua Jab. Siasatan Jenayah Bukit Aman akan sertai PAS. Posted: 17 May 2012 10:37 AM PDT Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini. Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak. Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti. Dilahirkan di Larut Matang, Perak pada 25 September 1950, Fauzi memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis pada 30 April 1975 iaitu selepas menamatkan latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Baru. Hampir kebanyakan masanya dalam PDRM dihabiskan dengan bergelumang dalam dunia membanteras jenayah. Antaranya sebagai ASP Kongsi Gelap Pulau Pinang, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Sentul, Timbalan Penguasa Pentadbiran Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 10 Oktober 1991. Beliau dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner II dengan memegang jawatan Komander Briged di Sarawak pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Logistik dua tahun kemudian. Beliau kemudian diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Selangor dengan pangkat Deputi Komisioner Polis dan seterusnya dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Fauzi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pernah menghadiri kursus Asas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kursus Kongsi Gelap di Maktab JSJ, kursus Sekolah Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko-ABRI), kursus pentadbiran di Jepun dan kursus menyelam di Sarawak. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah Ngah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Mutaligat |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan