Addin |
- Berita Nih Confirm Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno
- Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland
- Budaya Jahilliyyah Menular Dalam Umno Melaka
- Patutlah Najib Tangguh Lagi PRU13.. Ini Sebabnya
- Bongkar!! Lagi Pembohongan SPR Di Kesan
- Awas!! Trend Gantung Patung Di Belakang Kereta Boleh Rosakkan Akidah
Berita Nih Confirm Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno Posted: 18 May 2012 10:43 AM PDT BATU GAJAH - Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu. Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven. "Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan. Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan. "Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya. Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan. "Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan. "Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang. "Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya. Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau. Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir. "Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat. Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. ~harakahdaily | ||||
Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland Posted: 18 May 2012 07:41 AM PDT Cubaan Malaysia menyembunyikan skandal penyelewengan wang hasil rasuah pembalakan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, kini mulai dibongkar. Berikutan pendedahan yang kami lakukan ke atas beberapa dokumen yang digunakan untuk menuduh itu, beberapa badan antarabangsa telah mula meneliti bahan-bahan bukti itu. Bahan-bukti seperti itulah yang dinafikan oleh Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail. Secara khususnya, fokus kini bertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh bank Switzerland terbesar iaitu bank UBS, yang telah mengendalikan suatu jaringan akaun yang kompleks bagi pihak Musa Aman dan rakan sejenayahnya. Hanya kurang seratus juta dollar telahpun disalurkan menerusi akaun-akaun UBS ke destinasi terakhirnya, iaitu akaun bank di Zurich di bawah nama Musa Aman. Turut menggunakan wang haram itu adalah anak-anak lelakinya yang menuntut di Australia. Persoalan-persoalan yang kembali menghantui UBS UBS telah berperanan berkhidmat untuk Musa Aman dengan membantu rakan-rakan politiknya dalam BN menutupi salah-laku tersebut. Pada hari ini MP Carlo Sommaruga telah membangkitkan beberapa siri persoalan dalam Dewan Parlimen Swiss di Berne, setelah dia menyatakan kerisauannya terhadap penglibatan bank Swiss terbesar dalam transaksi kewangan yang penuh skandal itu. Menurut Bruno Manser Fund (BMF), beliau telah menuntut diperjelaskan butir-butir pertuduhan yang terlibat, berikutan pendedahan dari Pejabat Peguam Negara Swiss yang telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di Hong Kong yang telah meminta maklumat selanjutnya mengenai kes Musa Aman. Dia juga bertanya sama ada kerajaan Swiss telah didatangi oleh penguatkuasa undang-undang dari Malaysia berkenaan perkara itu dan sama ada Switzerland akan membantu di segi bantuan perundangan kepada Malaysia. Bekukan Aset-Aset Taib Tambahan pula, menurut BMF, Carlo Sommaruga sedang mendesak kerajaan Swiss untuk membekukan aset-aset milik Musa Aman dan rakan sejenayahnya, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga ahli-ahli keluarganya. Beliau juga meminta diperjelaskan apakah jenis perlindungan yang dijangka dalam Perjanjian Perdagangan Bebas antara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, dan Malaysia yang akan menghalang hasil rasuah Malaysia daripada mengalir ke Switzerland. Pakar undang-undang kini meneliti perkara ini dan Musa Aman, yang telah menuduh Sarawak Report memfitnahnya, dan UBS harus merasa lebih bimbang tentang bagaimana mereka akan menjelaskan bagaimana wang berjuta-juta dolar yang telah berangkaian di seluruh dunia dalam perjalanan ke Zurich, termasuk ke Amerika Syarikat. ~sarawakreport | ||||
Budaya Jahilliyyah Menular Dalam Umno Melaka Posted: 18 May 2012 03:30 AM PDT
Inilah sifat dengki dan khianat pihak musuh yang tidak boleh melihat sebarang poster, risalah dan banner berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Diajak berdebat takut maka cara orang hilang akal inilah yang digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kalau bukan politik kotor maka keadaan sedemikian tidak akan berlaku. Dipetik daripada blog PAS Melaka bagaimana banner Penyelia DUN Bukit Baru telah disembur dengan cat kuning yang bermaksud BERSIH. Mengapa kerana benci pada BERSIH 3.0 yang lalu maka kain rentang atau banner yang tidak bersangkutan menjadi mangsa. Politik apakah ini? Bacul dan pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya dengan keadaan waras. Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu tindakan tidak bertanggungjawab. Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa namun vandalisma juga berlaku seperti merosakan harta benda wama tanpa sebab kecuali untuk memuaskan nafsu semata-mata atau kerana ingin tunjuk kekuatan kepada orang sekeliling bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Vandalisma politik pula merujuk sesebuah parti tidak senang melihat lawannya gah dengan adanya bahan kempen atau publisiti. Bagi merosakkan imej sesuatu parti itu, maka unsur-unsur jahat dan vandalisma inilah yang menyebabkan berlaku seperti dalam gambar di atas. Politik di Malaysia boleh disifatkan politik "Engkau sahaja yang boleh siar, orang lain tidak boleh". Apa gunanya berpolitik jika tidak mahu ada pihak lawan yang dinamakan status quo? Politik yang bijak adalah melontarkan idea yang bernas supaya rakyat menilai dan bukannya politik vandalisma ala-ala budak sekolah menengah. Tidak senang dengan kemasyuran seseorang makan rosaklah kemasyuran itu ditangan yang jahil. Apakah ini salah mereka yang melakukan vandalisma atau salah pemipin yang gagal mencorakkan nilai-nilai beretika dan beradab dalam kehidupan seharian? Untuk apa kita berpolitik sekiranya ada perosak yang sering merosakkan harta benda. Ibarat sawah padi yang rosak padinya kerana seekor tikus. ~penyelia dun bkt baru | ||||
Patutlah Najib Tangguh Lagi PRU13.. Ini Sebabnya Posted: 18 May 2012 02:30 AM PDT Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku 'Hung Parliament' ataupun Parlimen Tergantung. Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN. Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil. 3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13 Pertama, pada bulan lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib, semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni beliau. "Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata naib presiden PAS. Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.
Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan hadir. "Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata. Bersih 2.0 Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000 Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim. Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat Malaysia. Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13.
Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Nampaknya keadaan ini telah memberikan kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk melaksanakan PRU13. Minggu lepas, Mahathir menasihatkan Najib untuk mengadakan PRU13 hanya selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri, berbeza dengan gesaan beliau pada awal bulan April, yang mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin… Lagi lama ditangguh… lagi parah UmnoBn…!!! | ||||
Bongkar!! Lagi Pembohongan SPR Di Kesan Posted: 17 May 2012 06:53 PM PDT Satu lagi pembohongan SPR, kalau nombor kad pengenalan hujung tu nombor genap, dah pasti seorang perempuan. Nih macam mana pulak nama lelaki pulak, Mansor bin Jali tertera. Atau berkemungkinan kad pengenalan tersebut telah di edit tetapi hujungnya nombor genap masih menjadi tanda tanya. Inilah akibatnya apabila, SPR bermaharajalela terus menerus memanipulasi daftar pemilih untuk memenangi rejim United Malays National Organisation (Umno). Dan sebab ini jugak Bersih 3.0 mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat dalam menentang penipuan SPR yang didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno). | ||||
Awas!! Trend Gantung Patung Di Belakang Kereta Boleh Rosakkan Akidah Posted: 17 May 2012 06:03 PM PDT Assalamualaikum.. Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123) Sabda Rasulullah saw Bermaksud: "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka" (Riwayat Abu Daud). Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t. sumber: GB/FB |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan