Khamis, 17 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Senaman Punggung lebih hebat akan diadakan di rumah Anwar Ibrahim pula kata Presiden Senaman Punggung..

Posted: 17 May 2012 03:08 AM PDT


Presiden Senaman Punggung dan Ahli-ahlinya ini mesti tidak tahu mendapatkan berita dari internet.. sebabnya kalau diaorang tahu betapa teruknya perbuatan mereka itu dikutuk sudah tentu mereka malu untuk mengulanginya lagi..

Selepas Ambiga, 'senaman tarian' untuk Anwar pula

PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik 'senaman punggung' oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

"Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik," katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.

"Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.

"Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara," katanya.

Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.

'Senaman punggung'

Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

"Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).

"Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari. Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga," ujar beliau.


Free Malaysia Today

Satu cadangan yang baik oleh Khairy Jamaluddin..

Posted: 17 May 2012 01:23 AM PDT


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini

PANAS!! Scandal Scorpene disiarkan di Kanada..

Posted: 16 May 2012 10:19 PM PDT


Artikel atau laporan ini telah disiarkan oleh sebuah portal berita on-line dari Kanada, ianya menyebut nama Najib, Altantuya, Razak Baginda, Kapal selam Scorpene dan rasuah bernilai RM500 Juta..

Semakin popularlah Najib nampaknya...

Baca terjemahan secara bebas oleh Harakahdaily ini..

Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.

Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.

Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.

Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.

Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai.

Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.

Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.

Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.

Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene.

Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene.

Kes ini tidak diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.

Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.

Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain.

Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan.

Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya.

Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis.

Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya.

Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi.

Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki.

Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.

Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.

Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.


Artikel asal sila baca di Vancouver Sun

Tunku Aziz keluar, bukti DAP amal kuku besi.. MCA gantung ahli kerana berbeza pendapat ni.. kuku apa pulak Rais?

Posted: 16 May 2012 08:50 PM PDT


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatan naib pengerusi DAP menunjukkan parti itu mengamalkan pemerintahan 'kuku besi' apabila tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata amalan demokrasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang terbaik di mana beliau menerima kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki pemerintahannya di samping tidak memecat anggota Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya.

Pasti ada perkara yang tidak disenangi Tunku Abdul Aziz yang dilihat sebagai seorang yang sangat berprinsip sehingga bertindak meletak jawatan, kata Rais kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Malam Penghargaan Sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara malam tadi – Malaysiakini.

Itu kata Rais Yatim tentang tindakan Tunku Aziz yang keluar dari DAP kerana berbeza pendapat dengan Parti..

Kata Menteri bakar jambatan itu DAP mengamalkan pemerintahan ala 'Kuku Besi' kerana tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri.

Jika DAP dikatakan mengamalkan pemerintahan ala 'Kuku Besi' kerana perkara tersebut, bagaimana pula dengan MCA yang telah bertindak menggantung keahlian seorang Ketua Pemuda Bahagian Indera Mahkota, David Choi kerana mempunyai pandangan berbeza tentang Lynas?


The Malaysian Insider


Itulah sikap sebenar pemimpin-pemimpin UMNO.. mereka hanya nampak kuman diseberang laut tapi gajah didepan mata mereka tak nampak..

Menuduh pihak lain mengamalkan pemerintahan ala 'Kuku Besi' tapi sekutu sendiri mengamalkannya mereka buat tak tahu…

Tindakan MCA tu apa pulak Rais? kuku kambing? kuku biawak? atau kuku Lembu?

Tan Sri Abdul Kadir keluar UMNO tu apa cerita?

Waaa.. Rosmah nyanyi lagu KPOP la.. (Video Inside)

Posted: 16 May 2012 06:00 PM PDT


Tiada ulasan: