Addin |
- Umno Melaka Makin Tak Bertamadun.. Lihat Gambar Nih
- Umno Melaka Makin Tak Bertamadun.. Lihat Gambar Nih
- Umno Melaka Makin Tak Bertamadun.. Lihat Gambar Nih
- Skandal Scorpene Kini Popular Di Kanada
- Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Serah Borang PAS 20 Mei Nih
- Rupa - Rupanya Adun BN Nih Masih Tak Tahu Isu Lynas
- Khir Toyo Tawar RM10 Juta Untuk Keluar PKR
- Kementerian Kewangan Semakin Tenat, Lepas Pilihanraya Lagi Tenat..
Umno Melaka Makin Tak Bertamadun.. Lihat Gambar Nih Posted: 17 May 2012 09:00 AM PDT Ganas, tidak bertamadun dan tidak berakhlak. Itulah yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan jahat iaitu engan merosakkan bilboard PAS Tangga Batu. Lihatlah gambar diatas, Jentera PAS yang bersusah payah untuk membangunkan bilboard ini telah diruntuhkan. Pada minggu lepas, kita dikejutkan oleh berita Saudara Juhari, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia yang menerima sebutir peluru dan ugutan, kini bahan kempen PAS juga menjadi sasaran. Beginilah sikap pihak tidak bertamadun yang ingin menjatuhkan PAS tetapi hakikatnya PAS semakin diterima oleh rakyat tidak kira agama, bangsa dan kaum. Namum begitu ia tidak mematahkan semangat PAS melaka untuk terus berjuang demi Islam dan untuk kebajikan rakyat. وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ ~ Surah Al-Imran ayat 54 |
Umno Melaka Makin Tak Bertamadun.. Lihat Gambar Nih Posted: 17 May 2012 07:30 AM PDT Ganas, tidak bertamadun dan tidak berakhlak. Itulah yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan jahat iaitu engan merosakkan bilboard PAS Tangga Batu. Lihatlah gambar diatas, Jentera PAS yang bersusah payah untuk membangunkan bilboard ini telah diruntuhkan. Pada minggu lepas, kita dikejutkan oleh berita Saudara Juhari, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia yang menerima sebutir peluru dan ugutan, kini bahan kempen PAS juga menjadi sasaran. Beginilah sikap pihak tidak bertamadun yang ingin menjatuhkan PAS tetapi hakikatnya PAS semakin diterima oleh rakyat tidak kira agama, bangsa dan kaum. Namum begitu ia tidak mematahkan semangat PAS melaka untuk terus berjuang demi Islam dan untuk kebajikan rakyat. وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ ~ Surah Al-Imran ayat 54 |
Umno Melaka Makin Tak Bertamadun.. Lihat Gambar Nih Posted: 17 May 2012 06:30 AM PDT Ganas, tidak bertamadun dan tidak berakhlak. Itulah yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan jahat iaitu engan merosakkan bilboard PAS Tangga Batu. Lihatlah gambar diatas, Jentera PAS yang bersusah payah untuk membangunkan bilboard ini telah diruntuhkan. Pada minggu lepas, kita dikejutkan oleh berita Saudara Juhari, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia yang menerima sebutir peluru dan ugutan, kini bahan kempen PAS juga menjadi sasaran. Beginilah sikap pihak tidak bertamadun yang ingin menjatuhkan PAS tetapi hakikatnya PAS semakin diterima oleh rakyat tidak kira agama, bangsa dan kaum. Namum begitu ia tidak mematahkan semangat PAS melaka untuk terus berjuang demi Islam dan untuk kebajikan rakyat. وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ ~ Surah Al-Imran ayat 54 |
Skandal Scorpene Kini Popular Di Kanada Posted: 17 May 2012 04:04 AM PDT KUALA LUMPUR - Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau. Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia. Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis. Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda. Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis. Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan. Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda. Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai. Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda. Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur. Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera. Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang. Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene. Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene. Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik. Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan. Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain. Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan. Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya. Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis. Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya. Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi. Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki. Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain. Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib. Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana. Di terjemah oleh Harakahdaily Baca artikel asal di sini. |
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Akan Serah Borang PAS 20 Mei Nih Posted: 17 May 2012 02:06 AM PDT Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM akan menyerahkan borang PAS pada 20 Mei nih. Ini yang di tulis oleh blogger Manjung Mari. Pukulan maut buat bekas IGP Rahim Noor dan juga Zambry Kadir serta United Malays National Organisation (Umno) Perak. Dalam keghairahan menghentam serta memfitnah Pakatan Rakyat, makin ramai pula yang menyertai Pakatan Rakyat. Ikuti pendedahannya.. Tahniah..Buat Dato Haji Fauzi Shaari..Pukolan maut buat Zambry. Satu lagi pukolan maut buat UMNO Perak khususnya...Apa yang yang mantan KPN Rahim Nor katakan kepada Tuan Guru Nik Aziz dah termakan diri kepada bekas polis dan kepimpinan Polis... Pada 20hb nanti anda tunggulah majlis penyerahan borang akan dilakukan.... Aku nak tunggu bila pula Mufti Perak nak bersara dan istihar nak masuk UMNO.....begitu juga Veteran UMNO Lumut Cikgu Jauhari...apa nak tunggu lagi...jom Cikgu...kita lawan Zambry... . |
Rupa - Rupanya Adun BN Nih Masih Tak Tahu Isu Lynas Posted: 16 May 2012 11:30 PM PDT Dalam Addin 'blogwalking' kat alam maya sambil membuat tugasan. Terjumpalah satu artikel yang membuatkan Addin termenung.. macam nih ke tahap pemikiran seorang Adun BN yang kononnya berkelulusan undang-undang. Apa yang di ungkapkan sungguh memalukan bagi seorang Adun yang berkelulusan undang-undang. Di mana keluhuran undang-undang dan profesionalisma seorang pengamal undang-undang jika hanya menyokong aspirasi kerajaan yang memerintah walaupun kerajaan tersebut telah melanggar norma-norma. Ini yang dicadangkan oleh Adun BN Kuala Sentul, Shahaniza Shamsuddin (gambar) supaya peguam yang tidak menyokong aspirasi kerajaan di gugurkan. Manakala dalam isu Lynas pula, Adun nih membuat tuduhan mengatakan Pakatan Rakyat dan NGO berkaitan menyebarkan fitnah loji Lynas adalah loji nuklear. Apsal lah nak belit-belit Adun BN nih, kami kata loji Lynas tu menghasilkan radoaktif dari proses nadir buminya. Sisa radioaktif itu nanti akan menjadi masalah kepada alam sekitar. Sungguh sedih.. Adun BN sendiri masih tak faham permasalahan tentang isu Lynas nih, apa kerja dia orang buat nih? Gugurkan Peguam Tak Profesional KUANTAN - Kerajaan Negeri didesak menilai semula perkhidmatan peguam yang dilantik untuk agensi kerajaan dan menggugurkan mereka yang dilihat tidak menyokong kerajaan daripada menjadi panel. Desakan itu dilakukan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) ketika perbahasan usul dalam Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang ke-12 di sini, semalam. Beliau membuat usul tersebut berikutan tindakan Majlis Peguam yang dilihat sudah terkeluar daripada fungsinya sebenar dan tidak bersikap profesional. "Malah ketika mesyuarat agung luar biasa (EGM) majlis itu tidak menggambarkan pendirian sebenar peguam di negara itu berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang menyalahkan pihak polis seratus-peratus "Ia bukan suara sebenar ahli dan sebagai bekas ahli majlis selama 14 tahun, hari ini, majlis itu dilihat mengabaikan kebajikan ahlinya," katanya. Menurutnya, mereka yang tidak bersikap profesional dan rasional perlu digugurkan daripada panel tersebut dan digantikan dengan mereka yang menyokong aspirasi kerajaan. Dalam masa sama, Shahniza juga mengulas isu Lynas yang digembar-gemburkan dan dimanipulasikan oleh pembangkang dan kumpulan anti Lynas dengan 23 pertuduhan dan 16 auta yang dilemparkan berikutan ramai yang terpengaruh. Shahniza membentangkan 3 auta yang dilemparkan kumpulan terbabit dan memberitahu fakta sebenar "Auta yang pertama iaitu kononnya kilang Lynas adalah kilang nuklear sebaliknya ia adalah kilang biasa. Mereka juga kata sisa buangan akan mencemarkan air namun sebenarnya ia tidak akan menjejaskan sumber dan hidupan air seperti ikan. "Dakwaan pakar mereka yang menyatakan kilang itu bahaya bertentangan dengan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) yang menganggap kilang itu selamat," katanya. Beliau juga sempat meminta penjelasan daripada Syed Tuan Mohammed Tuan Lonnik (Pas-Beserah) berhubung pendiriannya mengenai isu tersebut namun tidak dijawab sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob (BN-Pelangai) berseloroh menyatakan sikap diam Adun tersebut tandanya bersetuju. Shahniza juga meminta kerajaan supaya menghukum mereka yang menyokong penganjuran perhimpunan tersebut dan bukan penganjurnya saja. Namun Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) mencelah penganjuran itu dilakukan adalah sebahagian daripada demokrasi yang diamalkan negara dan tidak bersetuju dengan tindakan polis terhadap peserta. Kenyataan itu dibalas kembali Adnan dengan berkata Kerajaan Negeri telah berulang kali membenarkan penganjuran perhimpunan b dengan syarat tidak menimbulkan kacau-bilau "Seperti perhimpunan yang berlangsung di sini baru-baru ini, hanya 3,400 saja yang datang bukan 10,000 ataupun 30,000 dan sebab itu Kerajaan Persekutuan galakkan ia dibuat dalam stadium bukan di padang. "Polis di negara ini adalah yang paling baik dan bukan seperti di luar negara yang bertindak lebih kasar mencederakan orang ramai ketika bertugas," katanya. ~sinarharian |
Khir Toyo Tawar RM10 Juta Untuk Keluar PKR Posted: 16 May 2012 06:53 PM PDT SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam. Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008. "Memang saya akui ada bertemu dengannya (Dr Khir), tetapi secara kebetulan. Ketika itu, saya mempunyai urusan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di bangunan bersebelahan hotel berkenaan. Saya kebetulan berjumpa dengan Dr Khir ketika minum kopi bersama rakan di situ. "Beliau tawar saya (wang) untuk keluar parti, tetapi secara bergurau sebab masa itu isu (penyelewengan) pasir sedang hangat diperkatakan. Bukan saya yang minta. Ramai yang ingat saya akan keluar PKR masa itu," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang mendakwanya memerlukan RM10 juta untuk keluar PKR. Dalam pada itu, Manikavasagam yang juga Naib Ketua Cabang PKR Kapar turut menafikan dakwaan yang menyatakan beliau ada bertemu dengan Dr Khir beberapa hari sebelum perjumpaan di hotel berkenan. "Seingat saya, saya tidak pernah berjumpanya (Khir) sebelum pertemuan itu," katanya. Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan, Manikavasagam berkata, beliau tidak akan berbuat demikian kerana menyifatkan isu itu sudah lama dan hanya membuang masa. Manikavasagam mengingatkan pihak terlibat supaya tidakmembuang masa 'membelinya' kerana beliau akan terus setia bersama PKR. ~sinarharian |
Kementerian Kewangan Semakin Tenat, Lepas Pilihanraya Lagi Tenat.. Posted: 16 May 2012 06:20 PM PDT 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik. Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik. Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut : "Tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat" ketika itu semua terdiam seketika. "Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan". Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini. "Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni" ujar pengerusi tersebut. "Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah" sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai. Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur. Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail. Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita? Pendedahan yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh lapisan masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat. ~siasahkini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan