Rabu, 16 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nong Chik!! Betulkah anak hang dianugerahkan Projek RM30 Juta ni?

Posted: 16 May 2012 07:41 AM PDT


Scandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..

Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara SdnBhd telah diberikan kontrak kerajaan yangberjumlah RM30, 800,000 oleh KementerianBelia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir dibawah.

Ianya  mungkin kelihatanagak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi..  jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrsk ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..

Satu-satunya masalah dengan  kontrak  kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhddimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, MenteriWilayah Persekutuan dan Bandar

Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.


Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikansebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggalsyarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.


Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun laluapabila Raja Farhanamasih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku jutaRM dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000  terhadapaset semasa..


Pendedahan lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di ( SINI )

Kecewa majlisnya di Pekan tidak dapat sambutan.. Najib pulang begitu saja...

Posted: 16 May 2012 02:47 AM PDT


KUANTAN - Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan.

Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang dirasmikannnya gagal mendapat sambutan.

Sasaran kehadiran seramai 10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

"Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu orang tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu orang sahaja.

"Selepas perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan, tapi PM berangkat pulang dengan tergesa-gesa,"ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Hanya tiga meja jamuan yang dipenuhi dari berpuluh-puluh yang disediakan
untuk Jamuan minum petang bersama Najib
Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja dipenuhi.

"Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja (akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) , satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita,

"yang lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,"jelasnya yang menambah, kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa di batalkan.

Beliau menyifatkan ia adalah satu pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang


Buletin Online

Najib juga meng 'Haram Jadah' kan 65% Pihak Pengurusan Tertinggi Felda sebenarnya.. lihat kajiselidik ini..

Posted: 16 May 2012 12:25 AM PDT


Ramai yang beranggapan perkataan 'Haram Jadah' yang dilontarkan oleh Najib semasa mengumumkan 'Durian Runtuh' berjumlah RM15K kepada tiga orang dari keluarga Peneroka ditujukan kepada peneroka yang menolak penyenaraian FGVH.

Najib dipetik berkata.. "Haram jadah mereka itu jangan terima kebaikan daripada penyenaraian itu.. saya nak tengok muka-muka ini, durian runtuh itu mereka hendak terima atau tidak..haram jadah saya tak redha mereka ini menerima,"

Video sila lihat di ( SINI )
 
Sebenarnya ianya adalah kurang tepat.. "Haram jadah mereka itu" sebenarnya ditujukan buat semua yang terlibat dengan Felda yang menentang penyenaraian tersebut termasik Pegawai-pegawai tertinggi Felda.

Ini kerana 65% dari pihak pengurusan tertinggi Felda percaya proses penyenaraian ini akan gagal kerana Felda masih belum bersedia oleh itu mereka telah menentangnya..

Hanya 20% Pengurusan Tertinggi Felda Menyokong Penyenaraian

Pada 18 Oktober 2011 jam 11 pagi, pengurusan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyenaraian FGV yang ketiga dipengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad. Antara lainnya, mesyuarat tersebut membincangkan kesediaan pengurusan Felda dan pandangan mereka mengenai penyenaraian FGV dan penstrukturan korporat yang akan berlaku berikutan penyenaraian tersebut.
Boston Consulting Group (BCG) adalah salah satu daripada juru runding yang dilantik untuk menerajui proses penyenaraian ini. Selain menyediakan pelan langkah-langkah penyenaraian, BCG juga bertanggungjawab menilai kesediaan dan pandangan pengurusan Felda mengenai tindakan Barisan Nasional menyenaraikan FGV dan aset-aset berkaitan Felda.

KEADILAN telah berjaya mendapatkan salinan laporan yang dibentangkan oleh BCG kepada pengurusan Felda dan FGV di dalam mesyuarat tersebut.

Mukasurat 4 dari laporan tersebut yang menyentuh mengenai kesediaan dan pandangan pengurusan Felda ada disertakan bersama.
 Kesimpulan yang dibuat oleh BCG setelah menemuramah dan mengadakan kajiselidik melibatkan 30 orang pengurusan tertinggi Felda dalam bulan Oktober 2011 adalah seperti berikut:

1. Cabaran terbesar untuk menjayakan proses penyenaraian ini adalah pandangan pengurusan tertinggi Felda sendiri yang menentang keputusan tersebut.

2. Lebih separuh dari pengurusan Felda (55%) tidak bersedia untuk melalui proses penyenaraian ini;

3. Hanya 20% dari pengurusan tertinggi Felda yang benar-benar menyokong proses penyenaraian; dan

4. 65% dari pengurusan tertinggi Felda percaya proses penyenaraian ini akan gagal kerana Felda masih belum bersedia.

Pendedahan ini mengesahkan bahawa proses penyenaraian yang cuba dilakukan Barisan Nasional mendapat tentangan hebat dari kalangan pimpinan tertinggi Felda sendiri. Ini memberi gambaran bahawa mereka yang lebih arif dan mengikuti proses dalaman sepanjang keputusan menyenaraikan Felda berpandangan penyenaraian ini lebih membawa keburukan daripada kebaikan kepada Felda dan peneroka.

Tentangan pengurusan tertinggi Felda ini akan menyulitkan proses penyenaraian dan membawa risiko bahawa ia akan gagal kerana tidak mendapat kerjasama kakitangan Felda.

Makanya, adalah menjadi tanggungjawab Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad untuk memberikan penjelasan kenapa pandangan dan tentangan pengurusan tertinggi Felda ini tidak diambil kira dan penyenaraian Felda diteruskan jua.

Mereka juga perlu memberi jaminan bahawa pengurusan Felda sedia ada tidak diketepikan dan muka-muka baru yang lebih akur dengan kehendak Barisan Nasional akan dilantik mengisi sebahagian besar jawatan baru di dalam Felda.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

16 MEI 2012


Najib tiru agenda Pakatan Rakyat lagi ...

Posted: 15 May 2012 08:32 PM PDT


Salah satu dari 10 perkara atau janji yang telah disenaraikan oleh Pakatan Rakyat dalam 100 hari jika diberikan kuasa untuk memerintah Negara ialah menghapuskan tol.

Dimana Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya akan diarahkan untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.


Namun begitu perkara ini telah dibidas oleh seorang Menteri dari UMNO/BN yang mengatakan cadangan ini Janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan – baca di ( SINI )

Meskipun jelas kenyataan Menteri itu dikeluarkan tanpa menggunakan akal ianya disokong oleh blog-blog pencacai UMNO dengan berbagai alasan yang kurang bijak (Bodoh).

Antaranya dengan mengenepikan hakikat mereka menyindir pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikatakan gagal memenuhi janji untuk menghapuskan tol di jalan Siram iaitu lebuhraya yang menghubungkan Seberang Jaya dan Butterworth.

Hakikatnya ialah Lebuhraya tersebut terletak dibawah kuasa Kerajaan Pusat dan perjanjian yang dibuat adalah antara pemegang konsesi dengan Kerajaan Pusat dan bukannya Kerajaan Negeri jadi bagaimana Kerajaan Negeri boleh menghapuskannya?

Kerana kenyataannya yang tidak menggunakan akal itu, Menteri tersebut telah dicabar untuk berdebat mengenai isu ini oleh KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dan hasilnya seperti yang dijangkakan meskipun segala persediaan mengenai debat ini telah disediakan Menteri tersebut tidak muncul..

Semalam sekali lagi Menteri itu dibuktikan bercakap tidak menggunakan akal bilamana rakan sejawatnya iaitu Menteri Kerja Raya, Shaziman Mansor dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan UEM dan KWSP bagi mencari jalan untuk menghapuskan atau mengurangkan Tol…

Baca laporan The Star di bawah..


Dalam hal ini sekali lagi agenda yang mahu di bawa atau dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat telah diciplak oleh Kerajaan Barisan Nasiaonal.

Jika sebelum ini berbagai agenda dari Pakatan Rakyat yang tersenarai dalam Buku Jingga diciplak oleh Najib.. kini janji 100 Hari Pakatan Rakyat juga diciplak mereka..

Tidak menjadi masaalah jika mereka mahu menciplak dan melaksanankan kesemua janji-janji itu..

Tetapi jika Kerajaan yang ada sekarang hanya pandai meniru atau menciplak apa yang mahu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat adalah lebih baik Kerajaan sekarang menjadi pembangkang sahaja..

Kerana biarpun mengetuai berbagai Kementerian yang dipenuhi dengan kakitangan yang bijak pandai, memiliki berbagai kelulusan tinggi, dibayar gaji puluhan ribu RM.. mereka gagal memikirkan apakah yang terbaik untuk kepentingan rakyat..

Apa yang mereka fikirkan hanyalah kepentingan kroni mereka sahaja…

Oleh itu dalam PRU yang akan datang ini.. undilah apa saja Asal Bukan Umno….

Dokumentari memburukkan Himpunan BERSIH 3.0 oleh RTM.. Saksikan!!

Posted: 15 May 2012 06:00 PM PDT


Dalam mereka mengatakan Himpunan BERSIH 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat terhadap UMNO/BN, nampaknya masih ujud kegusaran mereka terhadap kenyataan mereka itu sendiri nampaknya..

Menyedari bahawa adalah sukar untuk memperdodohkan rakyat Malaysia yang punya acess internet tentang apa sebenarnya yang telah berlaku ketika Himpunan BERSIH 3.0, pihak pemerintah (UMNO/BN) terpaksa menggunakan medium yang punya rangkuman lebih meluas iaitu RTM pula..

Melalui RTM pihak UMNO/BN cuba menyebarkan propaganda untuk memburukkan agenda yang dibawa oleh BERSIH.

Mereka memaparkan BERSIH 3.0 adalah satu perhimpunan rakyat Malaysia yang jahat yang didalangi oleh parti politik dari Pakatan Rakyat yang cuba mencetuskan huru hara dalam negara.

Saksikan dokumentari yang disiarkan oleh RTM ini..


Semoga propaganda murahan mereka ini ditolak oleh Makcik Pakcik yang tiada capaian internet hendaknya...

'Maafkan saya...' kata Presiden Senaman Punggung @ Persatuan Veteran Tentera Melayu

Posted: 15 May 2012 10:35 AM PDT


Tajuk entry ini sebenarnya tiada kena mengena dengan insiden memalukan iaitu  'Senaman Punggung' oleh 15 orang tua yang tak ada akal yang mendakwa mereka dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).

Dan ianya bukanlah permohonan maaf dari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu kepada Ambiga mahupun kepada seluruh bekas tentera kerana melakukan perbuatan yang memalukan kebanyakkan bekas tentera dihadapan rumah Ambiga.

Laporan berkenaan sila baca di ( SINI )

Tetapi ianya adalah satu laporan berita yang telah disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO @ Utusan yang kebelakangan ini menjadi sumber kewangan buat beberapa pemimpin politik (kena samanla..)

Permohonan maaf itu adalah dari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu kerana telah menggunakan gelaran 'Datuk' yang dibeli..

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom pernah dilaporkan membeli gelaran 'Datuk' dengan harga RM250,000 pada tahun 2006..

Baca keratan berita di bawah..



Dia kata dia dah insaf kerana beli gelaran 'Datuk' itu.. kerana berpendapat ianya boleh mendatangkan kemudaratan sosial dan ketuhanan pada masa depan..

Habis tu.. buat senaman punggung depan rumah Ambiga tu tak mendatangkan kemudaratan sosial kah?

Bagaimana kalau perbuatan kurang ajarnya itu menjadi ikutan generasi sekarang?


Info ni aku dapat dari Semut Malaysia

Tiada ulasan: