Isnin, 14 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO Pulau Pinang ni buat lawak ka?

Posted: 14 May 2012 07:13 AM PDT


Mungkin kerana menyedari bahawa tindakan Ahli-Ahli PERKASA Pulau Pinang yang semakin tidak bertamaddun yang berjaya menyemai rasa benci masyarakat Pulau Pinang PERKASA, UMNO cuba mahu menjauhkan diri dari kumpulan NGOk itu..

Dalam satu sidang media hari ini UMNO/BN Pulau Pinang telah mengutuk tindakan NGOk itu kerana telah mengadakan "upacara pengebumian" di luar kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng Khamis lalu.

Tindakan bijak yang pada hakikatnya adalah bodoh..

Bijak kerana cuba menjauhkan diri dari NGOk itu, dan dengan mengutuk tindakan kumpulan NGOk itu masyarakat yang tidak tahu asal usul ahli-ahli PERKASA akan menganggap memang PERKASA dan UMNO tidak ada kena mengena..
 
Bodoh pula adalah kerana majoriti rakyat Pulau Pinang mempunyai acess kepada internet, jadi rakyat Pulau Pinang tahu dari mana asal-usul ahli-ahli PERKASA itu..

Majoriti rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia pada amnya tahu bahawa kebanyakkan ahli PERKASA itu adalah ahli UMNO...

Jadi... Hang jangan dok buat wayang la Datuk Zainal.. hang ingat semua rakyat Pulau Pinang ni bodoh macam ahli UMNO ka?

**************************************

Umno P Pinang kutuk 'upacara pengebumian' PERKASA

Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di luar kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng Khamis lalu.

Pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin sman berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan PERKASA itu.

Khamis lalu, kira-kira 30 anggota PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di depan rumah Lim bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

Diketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, mereka berkumpul di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa BN negeri hari ini, Zainal berkata tindakan tersebut tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh Umno negeri.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, Umno dan PERKASA adalah berbeza kerana Umno parti politik dan PERKASA pula sebuah NGO.

Zainal juga menegaskan bahawa berpolitik ada hadnya dan Umno tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi.


Malaysiakini

Duduk dan Jilat 1.0?.. apakejadah punya kempen pulakdah ni?

Posted: 14 May 2012 03:35 AM PDT


Melihat akan tajuk kempen yang berbau lucah itu sudah jelas menunjukkan ianya adalah kempen yang djalankan oleh pencacai-pencacai UMNO, kerana sudah menjadi rahsia umum.. porno dan pencacai UMNO tidak dapat dipisahkan..

SHAH ALAM: "Duduk, makan dan agih aiskrim percuma," itulah gimik kempen yang diadakan di Dataran Shah Alam petang tadi dengan lebih 200 batang aiskrim pelbagai perisa dan jenama diedar kepada para pengunjung yang melalui kawasan berkenaan.


Dengan kira-kira 20 petugas yang turun untuk mengagihkan aiskrim tersebut, Pengerusi Kempen Aiskrim 1Malaysia, Rafi Awang Kecil berkata, tujuan ia diadakan bukan untuk menyindir Ahli Dewan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, ia sekadar untuk memberi aiskrim percuma dan mahu ia dimakan di tempat terbuka dan bukannya di tandas.

Sambil berseloroh beliau berkata, "lepas makan jangan tak balik rumah".

Katanya, kempen ini akan diteruskan di kawasan Dewan Negeri (Dun) Bukit Antarabangsa dan gimik 'aiskrim percuma' akan diadakan.

"Kita bagi aiskrim percuma, duduk dan agih sampai bersih. Tujuan nak beritahu agar makan aiskrim di tempat terbuka dan bukannya di tandas.

"Ini kempen 1.0, lepas ni 2.0 yang kita adakan di Dun Bukit Antarabangsa. Hari ini permulaannya. Tak kata ia simbolik kepada Azmin, tapi kalau makan aiskrim jangan sampai tak balik rumah," katanya sambil berseloroh.

Azmin sebelum ini dikaitkan dengan video dan foto lucah yang menghias muka depan akhbar Utusan Malaysia pada minggu lalu.

Namun dakwaan tersebut dinafikan Azmin dan mendapat sokongan daripada rakan-rakannya dalam PKR.

Pemberian aiskrim percuma itu turut mendapat sambutan baik para pengunjung, namun berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga dibantu seorang polis trafik.

Turut kelihatan kelibat Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin.

Tidak ketinggalan, rakan-rakan media yang membuat liputan juga menerima aiskrim pelbagai perisa secara percuma.


Free Malaysia Today

Mak Aih!! Indahnya bahasa Bung Mokhtar.. lebih hebat dari Najib.. tengok ni..

Posted: 14 May 2012 01:07 AM PDT


Ketika mengumumkan pemberian 'Durian Runtuh' kepada para peneroka yang menyokong penyenaraian FVGH beberapa hari yang lalu Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah mempopularkan perkataan 'Haram Jadah'..

Najib telah menujukan perkataan 'Haram Jadah' itu kepada para peneroka yang telah menentang penyenaraian Felda..

Manakala 'Durian Runtuh' yang diumumkan oleh Najib itu ialah RM15,000 untuk tiga orang dari sebuah keluarga Peneroka iaitu RM5000 untuk Peneroka, RM5000 untuk Isterinya dan lagi RM5000 untuk anak Peneroka yang menjadi Peneroka Generasi kedua (kalau tak jadi peneroka tak dapat).

Mungkin kerana berpegang kepada moto 'Kepimpinan melalui tauladan', Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan yang telah berkahwin dengan seorang artis turut menggunakan pendekatan Najib itu, iaitu menggunakan perkataan kesat.

Lebih hebat lagi, Najib hanya menggunakan perkataan 'Haram Jadah' tapi Bung Mokhtar pula menggunakan lebih banyak perkataan antaranya 'Anak Haram', 'Anjing', 'Ko lah Binatang itu' dan lain-lain yang boleh dilihat di bawah ni..


Berikut adalah laporan dari Keadilandaily..

Bung Mokhtar maki hamun, mencarut di twitter


KUALA LUMPUR 14 Mei: Biadap dan kurang ajar. Mungkin begitulah yang dapat dihuraikan tentang sikap seorang Ahli Parlimen BN apabila mencarut dan memaki hamun pengguna lain di twitter.

Ahli Parlimen berkenaan, Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah bersikap kebudak-budakan apabila menggunakan perkataan kesat di laman sosial itu.

Antara perkataan yang digunakan termasuk 'anak haram' 'jahanam' 'menyalak sampai mampus' dan menggelar pengguna twitter yang menegur atau menyindirnya sebagai 'binatang'.

Antaranya berbunyi: "ANAK HARAM KO..JAHANAM DARI mana pula ni", "MENYALAK LAH KO..mcm ANJING..Aku peduli apa?" dan "KO LAH BINATANG tu".

Malah beliau juga secara angkuh menyatakan dirinya calon boleh menang selain percaya undinya akan bertambah pada pilihan raya umum akan datang.

"PRU13 undi saya akan meningkat, ko tanding mana pula, berangan2 jadi yb juga kah hahaha..kesihan," antara kenyataannya dipetik di twitter yang ditujukan kepada seorang pengguna lain.

Sikap kebudak-budakan Bung Mokhtar itu turut mencuri perhatian pengguna di laman sosial itu yang menegur sikap beliau sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat BN.

Mokhtar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN di Parlimen sebelum ini sering mencetuskan isu kontroversi.

Antaranya beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap wanita dengan menyebut 'bocor', selain menunjukkan isyarat lucah di Dewan Rakyat.

Tulisan Bung yang juga suami kepada pelakon terkenal, Zizie Ezzete ini juga mencuri perhatian, ekoran perkataan kesat yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melontarkan perkataan 'Haram Jadah' baru-baru ini.


http://www.keadilandaily.com/?p=30384

Ling Liong Sik nasihatkan Najib supaya lupakan Selangor..

Posted: 13 May 2012 11:41 PM PDT


Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

Berbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua

Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.


Malaysiakini

Tak patut DS Nizar buat macam ni.. terkancing gigi depa tu..

Posted: 13 May 2012 08:11 PM PDT


Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.


Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata

Sumber laporan dan gambar : Ajijoi
Aku tak tahu nak komen apa bila melihat wajah DS Nizar yang tersengih kat meja penceramah tu... ha..ha..ha.. tak patut DS.. habis terkancing gigi depa tu...

Lepas ni aku rasa kalau dijemput buat ceramah kat situ.. mati hidup balikpun penceramah dari UMNO tu tak mahu pergi...

Kah..kah..kah.. malu weh!!!

Bodohnya kenyataan Menteri ni!!!

Posted: 13 May 2012 05:30 PM PDT


TASEK GELUGOR, 13 Mei — Negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata negara berkemungkinan kembali kepada zaman pemerintahan Francis Light dan Alfonso de Albuquerque jika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan kerana mereka dilihat tidak mampu memperjuangkan agenda bumiputera.

"Kita tahu bahawa agenda bumiputera satu perkara penting pada tahun sebelum tahun 1511. Selepas itu, selepas 446 tahun kita tak cakap mengenai agenda bumiputera dan selepas merdeka baru kita kembali memperjuangkan agenda bumiputera.

"Kita tak pasti sama ada parti yang memerintah (pakatan pembangkang) akan pegang kepada konsep agenda bumiputera. Kalau mereka memerintah automatik kita akan balik ke zaman 1511," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Usahawan Gemilang anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu kini boleh dilihat di Pulau Pinang apabila masyarakat Melayu seakan-akan dipinggirkan dan agenda bumiputera juga tidak diperjuangkan di negeri ini.

Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata hal sedemikian tidak akan berlaku jika BN kekal sebagai kerajaan memandangkan sejak negara memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperjuangkan agenda bumiputera bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat itu.

Katanya beliau yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dan negeri lain kerana sokongan dan keyakinan rakyat kepada parti itu semakin meningkat.

Beliau berkata BN akan memastikan rakyat akan terus bersama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjadikan negara sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. — Bernama

Tiada ulasan: