Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Najib disambut hambar di Kuantan.. Gambar sebagai bukti.. lihatlah!!
- Zul Nordin dakwa tahu siapa rakam gambar lelaki mirip Azmin...
- Najib dijangka mengadakan pilihanraya mengejut, berkemungkinan Julai
- Azwan Ali berang bila Ummi Hafilda heret Ibunya dalam Buletin Utama
PANAS!! Najib disambut hambar di Kuantan.. Gambar sebagai bukti.. lihatlah!! Posted: 06 May 2012 06:28 AM PDT Sebelum ini ada sumber mendakwa bagi meramaikan hadirin dalam majlis yang diadakan untuk Najib di Kelantan, UMNO/BN Kelantan terpaksa mengangkut ramai orang-orang dari luar kawasan untuk membuktikan kepada Najib bahawa UMNO/BN masih berpengaruh di Kelantan. Malah seperti biasa pekeliling terpaksa dikeluarkan untuk mengerah pelajar-pelajar Politeknik agar hadir ke program Najib itu.. pekeliling sila lihat di ( SINI ). Ini pula laporan dari Kuantan, Pahang pula.. fenomenanya adalah sama dengan di Kelantan.. iaitu ada lagi kerahan.. cuma kehadiran sememangnya amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri... Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini.. KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan. Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) **Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...** |
Zul Nordin dakwa tahu siapa rakam gambar lelaki mirip Azmin... Posted: 06 May 2012 02:43 AM PDT Siapa pulak yang bakal menjadi mangsa fitnah Zul Kulim ni kali ini.. Dia kata dalang bagi kerja-kerja ini ialah orang dalaman PKR sendiri... Orang dalaman PKR sendiri? kah..kah..kah.. Woit Zul Kulim.. hang guna ayat lainlah kalau nak melaga-lagakan pimpinan dalam PKR ni.. ayat hang tu jelas sangat nak mengapi-apikan suasana.. Tapi... masih ada lagi yang percaya dengan si Zul Nordin ni? 'Video panas kerja orang dalam' KUALA TERENGGANU: Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan 'orang dalam' PKR sendiri. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin, mendakwa rakaman itu dibuat untuk menjatuhkan pemimpin terbabit kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan," katanya selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini. Beliau berkata, dalam masa terdekat akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang akan didedahkan. "Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang tak disangka," katanya - Bernama **Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...** |
Najib dijangka mengadakan pilihanraya mengejut, berkemungkinan Julai Posted: 05 May 2012 10:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Mei ― Pilihan raya umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN. The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan "Rakan BN" di London pada 14 Mei. "Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, perdana menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider. "Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa. Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0. Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya. Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu. Namun perdana menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu." "Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib. Sumber itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu. "Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut. Beliau menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihanraya. "BN masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber. Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihanraya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan. Pakatan kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR). Pilihanraya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini. Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710),Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920). Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah. Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka. Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras daftar pemilioh SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya. The Malaysian Insider **Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...** |
Azwan Ali berang bila Ummi Hafilda heret Ibunya dalam Buletin Utama Posted: 05 May 2012 07:00 PM PDT Berang melihat Ibunya diperkudakan oleh TV3 dalam Buletin Utama melalui kakaknya Ummi Hafilda dalam menyerang Abangnya Azmin Ali, Azwan Ali mengamuk di laman Twitter. Demi untuk memburukkan darah dagingnya sendiri Ummi Hafilda telah tampil dengan mengheret Ibunya dalam Buletin Utama semalam 5 Mei 2012. Menurut Azwan sebagaimana yang disiarkan dalam laman Twitternya, kebiasaannya beliau bersedia untuk menonton berita tetapi semalam beliau tidak sanggup menontonnya bila Ibunya diperalat. Beliau juga mempertikaikan pihak yang telah mengkritik peserta Himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan biadap, sedangkan pihak mereka sendiri ternyata lebih biadap bila sanggup memperalatkan Ibunya demi kepentingan politik mereka. Malah simpati juga dilahirkan buat Ibunya yang sanggup mendedahkan keburukkan anaknya sendiri setelah diperalat Puak Bangkai Bernyawa yang Desperado Seats (Dia kata kat puak UMNO la ni…) Dalam laman Twitter miliknya, Azwan mempersoalkan siapa mereka yang mahu bercakap soal kebenaran, adakah mereka Malaikat? tambahnya lagi tunggulah hingga akhirat.. kenapa perlu mengheret Ibunya untuk memburukkan anak yang dilahirkannya? Lagi apa kata Azwan korang bacalah apa yang tertulis dalam print screen di bawah ni.. Berdasarkan apa yang berlaku dalam keluarga Azwan Ali ini, jelas pihak UMNO akan melakukan apa saja untuk merealisasikan hasrat mereka untuk menjahanamkan karrier politik Azmin Ali hatta mengheret Ibunya sekali kedalam perkara ini.. Biarpun memporak perandakan sebuah keluarga.. Adakah anda masih yakin Pilihanraya Umum ke 13 ini akan benar-benar bersih? Berikut pula adalah video yang dimainkan dalam kebanyakkan Blog-blog pencacai UMNO untuk menyerang Azmin Ali.. **Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...** |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan