Anak Sungai Derhaka |
- Buat Encik-encik Polis yang mengganas masa BERSIH 3.0 tu.. cuba dengar apa Dr. Asri kata ni... (Video Inside)
- Azmin Ali ada scandal sex?.. Ini jawapan dari Azmin Ali
- Censor laporan Berita: BBC minta Astro beri penjelasan segera.
- Inilah yang terjadi.. bila dah tak dipercayai, nak kencing pun orang tak bagi.. (Video Inside)
- Dr. M kata Tidak mungkin polis rosakkan harta sendiri..
Posted: 01 May 2012 08:41 AM PDT Buat sesiapa saja yang mencetuskan kekecohan khasnya anggota-anggota Polis yang telah mengganas dalam Himpunan BERSIH 3.0 cuba dengar apa yang Dr. Asri kata ni.. Sedarlah jika anda rasakan anda berkuasa dengan memakai seragam Polis.. suatu masa nanti anda akan kehilangan kuasa tersebut.. Jika anda rasakan anda berkuasa untuk melakukan apa saja kepada peserta BERSIH 3.0… sedarlah Allah itu lebih berkuasa.. Ayat itu aku tujukan kepada anggota Polis yang telah mengganas dalam Himpunan BERSIH 3.0 sahaja.. sebabnya bukan semua anggota Polis boleh menerima perbuatan samseng teman seperjuangan mereka itu.. Buat yang telah mengganas tu… dengarlah apa Dr. Asri kata dalam video di bawah ni.. |
Azmin Ali ada scandal sex?.. Ini jawapan dari Azmin Ali Posted: 01 May 2012 05:00 AM PDT Gambar di atas adalah salah satu dari beberapa keping gambar yang disiarkan dalam sebuah Blog dengan nama 'Scandal Sex Azmin Ali' yang jelas dibina untuk menyerang Azmin Ali sahaja.. Meskipun pemilik Blog meletakkan tarikh 13 December 2011 sebagai tarikh artikel disiarkan namun dipercayai Blog tersebut adalah Blog yang baru dibina berdasarkan tarikh yang terdapat pada URL nya.. Ini URL artikel yang disiarkan Blog tersebut.. http://scandalazminali.blogspot.com/2012/04/pendedahan-skandal-seks-azmin-ali.html Gambar-gambar yang dipaparkan yang didakwa sebagai wajah Azmin sukar untuk ditentukan kerana tiada satu pun gambar yang dipaparkan itu ada menunjukkan wajah Azmin yang sebenar. Kalau korang nak tengok lain-lain gambar sila gunakan URL yang aku dah letakkan kat atas tu.. pasal aku malas nak tolong sebarkan gambar-gambar macam tu.. Berikut adalah kenyataan dari Azmin Ali... Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0. Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga. 'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). ' Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata. Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang- ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam. Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Mohamed Azmin Bin Ali -- PARTI KEADILAN RAKYAT A-1-09, Merchant Square No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1 47410 Petaling Jaya |
Censor laporan Berita: BBC minta Astro beri penjelasan segera. Posted: 01 May 2012 01:50 AM PDT Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC telah mengeluarkan kenyataan mahukan penjelasan segera dari pihak Astro berkenaan laporan 'BBC News' berkenaan Himpunan BERSIH 3.0 yang telah diubah suai oleh pihak Astro. Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro. Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro. Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik. Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi. Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan. Selepas Sarawak melaporkan kepada BBC tentang apa yang telah berlaku semalam Perbadanan penyaran itu telah bertindak balas dengan mengeluarkan satu kenyataan bernada keras. Peraturan yang ditetapkan yang ditetapkan pihak BBC mengatakan bahawa tidak ada laporan patut diganggu atau dipalsukan oleh saluran yang menyiarkan 'News Service' dan pernyataan itu menerangkan bahawa ini adalah pelanggaran yang berpotensi yang amat serius kontrak dengan Astro: Videoclip berkenaan sila lihat di ( SINI ) ************************************** "The BBC is carrying out urgent enquiries after it was made aware that output from its BBC World News channel may have been censored in Malaysia. The broadcast of anti-Government protests in Malaysia was apparently edited before it was re-broadcast on Malaysian satellite television, with sequences removed from the original BBC version. The BBC is making urgent enquiries to the Malaysian operator, Astro, to establish the facts. A BBC spokesman said: "During the week of World Press Freedom Day, it would be deplorable if access to independent and impartial news was being prevented in any way. We would strongly condemn any blocking of the trusted news that we broadcast around the world including via distribution partners." The BBC is believed to still be awaiting a full explanation from Astro as to what could possibly have happened during this case. The company is apparently taking some time to respond to the urgent questions that have been put and it is believed that there may be further delay over the public holiday. However, the quality of the editing of the package would indicate that this was indeed a professional and carefully executed attempt to put the authorities in Malaysia in a better light. If so, the exposure of such manipulation is likely to seriously backfire on both the reputation of Astro and international standing of BN. Read more HERE |
Inilah yang terjadi.. bila dah tak dipercayai, nak kencing pun orang tak bagi.. (Video Inside) Posted: 30 Apr 2012 08:28 PM PDT Ini lah yang terjadi apabila pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menjaga keamanan sendiri mulai tidak dipercayai oleh masyarakat.. Hendak pinjam tandas untu buang air kecilpun tidak diberi.. Tetapi jika diperhatikan betul-betul.. cara beliau meminta kebenaran untuk menggunakan tandas tersebut langsung tidak menunjukkan hormat kepada pemilik premis itu. Apa salahnya jika anggota Polis itu berkata.. "Boleh saya pinjam tandas?" dengan merendah diri.. Tapi ini tidak.. terlalu bangga dengan pakaian seragam yang dikenakannya hinggakan tidak ada kesopanan langsung yang ditunjukkannya… Tengok video di bawah ni.. kalau cara meminta kebenaran macam ni yang ditunjukkan, bukan saja pemilik premis ini yang tak membenarkan malah ramai lagi yang tak akan membenarkannya.. Dengar juga apa yang dikatakan oleh anggota Polis ini setelah tidak dibenarkan menggunakan tandas.. |
Dr. M kata Tidak mungkin polis rosakkan harta sendiri.. Posted: 30 Apr 2012 07:04 PM PDT Komen Dr. M yang mengatakan tak mungkin Polis merosakkan harta benda sendiri adalah sama sebenarnya dengan komen warga-warga emas yang tak ada kebolehan untuk acess internet.. Dimana mereka memberikan komen berdasarkan meklumat yang mereka perolehi dari Media Perdana yang ditunggangi oleh UMNO/BN sahaja tanpa berusaha mendapatkan maklumat dari Media yang lebih bebas. Dr. M kata.. Polis tak mungkin merosakkan harta mereka sendiri.. mungkin dia sudah lupa suatu masa dulu dia pernah berkata Anwar Ibrahim tumbuk matanya sendiri... Jadi.. kalau Polis tak mungkin rosakan harta sendiri... mana mungkin Anwar nak tumbuk mata sendiri Tun... **************************************** Mahathir: Tidak mungkin polis rosakkan harta sendiri "Saya tak tahu sama ada anda nak percaya atau tidak... saya tengok orang terbalikkan kereta (polis) dan mereka tidak kelihatan seperti anggota polis. "Bagi saya mereka nampak macam penunjuk perasaan...lagipun kenapa polis nak terbalikkan kereta sendiri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Dr Mahathir yang ditemui pada pelancaran buku "A Doctor in The House: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Melayu diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa keganasan pada perhimpunan itu dicetuskan oleh polis. Pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu, seramai 13 anggota polis cedera akibat tindakan ganas peserta perhimpunan yang dijanjikan aman oleh penganjur. Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata tindakan merempuh halangan polis oleh peserta perhimpunan itu adalah modus operandi pembangkang. Katanya ketua pembangkang mempunyai reputasi menghasut rakyat sebelum melarikan diri agar tidak dipersalahkan rakyat. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan