Ahad, 13 Mei 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Indahnya Bahasa Melayu

Posted: 12 May 2012 05:19 PM PDT

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Pepatah atau pantun pendek orang tua-tua dulu begitu tinggi kiasannya ...
Ia menggambarkan tentang akhlak seseorang yang budiman itu dapat dilihat melalui perihal pertuturan bahasanya yang indah dan sedap pada pendengaran.

Seperti yang pernah diungkapkan oleh Hamka, "Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras "


Jom kita sama-sama nikmati pula antara bait sajak Usman Awang yang bertajuk Melayu:

Melayu itu orangnya bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Rais Yatim gemar bermadah indah , lagak seperti seorang pujanga.
Pernah mengucapkan pantun berikut sebagai tonggak kesopanan bangsa:

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.


Dan bandingkanlah ungkapan Perdana Menteri Malaysia kita, Najib Tun Razak :

HARAMA JADAH! SAYA TAK REDA MEREKA INI MENERIMA!

Kalau dirujuk dalam Kamus Dewan, istilah Haram Jadah ini adalah kata makian yang membawa maksud : Anak yang lahir daripada ibu dan bapa yang tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah

Dan bahasa kesat itulah yang Najib gunakan kepada para peneroka Felda yang tidak sehaluan dengannya. Sampai hati, rakyat sendiri dicaci sebegitu rupa.

Tiada ulasan: