Selasa, 1 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar Nih Betul-Betul Memburukkan Imej Negara

Posted: 01 May 2012 09:52 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lepas kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis. "Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas," katanya pada sidang media, Isnin.

Katanya, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpunsecara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Ismail berkata, polis mempunyai banyak bukti seperti gambar dan rakaman videoyang menunjukkan polis menjalankan tugas dengan penuh sabar dan berhemah sehinggalah perusuh mula bertindak ganas.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menyiasat hasil perhimpunan ini secaramenyeluruh bagi mencari motif dan mengesan mana-mana individu atau kumpulan yangbertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

"Sesiapa saja yang ingin membuat laporan polis berkaitan keganasan yang berlaku dan menimpa mereka, boleh segera membuatnya dan saya menerima apa saja laporan termasuk laporan daripada polis sendiri bagi memudahkan kami menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.

Ismail juga berkata, terdapat banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menjatuhkan imej negara. "Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet…ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga," katanya. ~bernama

Addin :

Betul-betul IGP jadi lembu ternakan Umno.. Gambar macam nih pun nak ambik port. Mula-mula aku tengok gambar nih kat blog, dah tau gambar nih superimpose. Tak perlu pakar IT yang buat research.. Inilah standard IGP bile dah jadi lembu ternakan Umno.. cukup tragis!!

Gambar superimpose


Naib Presiden PAS Hampir Di Belasah Pencacai Umno

Posted: 01 May 2012 04:27 AM PDT

Tidak habis-habis dengan tingkah laku yang memalukan. Itulah sifat sebuah kerajaan yang sudah memerintah selama hampir lima puluh lima tahun. Tahap pemikiran politik mereka sudah jauh ketinggalan ke bawah dan boleh disama ratakan dengan cara berpolitik negara dunia ketiga. Tingkah laku dan lagak seperti 'mafia' yang pernah dipratikkan di negara-negara membangun sudah lama ditinggalkan bagi mencapai matlamat sebenar untuk menjayakan kemajuan minda rakyat di negara mereka.

Hakikatnya, di Malaysia kerajaan di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah menghalalkan serta mentardisikan tingkah busuk dan pratikal biadap dalam menguruskan sesuatu hal yang berbangkit.

Politik seperti yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya sudah lama ditinggalkan bagi menjaga keamanan dan kebebasan untuk membuat pilihan. Tahap keprofesionalan kepimpinan UMNO cukup memalukan dalam menangani sesuatu isu.


Apakah sudah tidak ada modal lagi bagi UMNO untuk meraih simpati pengundi sehingga sanggup menjadi manusia 'bodoh' membuat tindakan mengikut landas emosi bukan akaliah? Perbincangan seharusnya boleh dilakukan dan dicernakan bagi menjaga seluruh struktur keamanan, bukan dengan cara bergaduh serta mengancam pihak tertentu.

Di zaman kaum pribumi Zulu dahulu dapat disaksikan bahawa kaum pribumi tersebut hanya tahu untuk bergaduh bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Nyatalah sifat kaum pribumi Zulu itu sedang diajar oleh UMNO dalam kotak pemikiran orang melayu terutamanya.

Bagaimana seorang Yang Berhormat seperti Salahuddin Ayub boleh dihalau dan hampir dipukul oleh konco-konco UMNO dalam lawatan YB Salahuddin ke kampung Skudai Kiri Johor Bahru bertujuan menyelamatkan kampung berkenaan dari dirobohkan oleh kerajaan Johor?

Soal menyelamatkan kampung adalah soal yang berkaitan dengan seluruh penduduk bukan hanya berpihak kepada UMNO. Ini suatu perkara yang harus UMNO tahu. Selama ini UMNO tidak berjaya untuk menangani permasalahan tentang kampung tersebut jadi usahlah iri jika ada yang cuba menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan kampung tersebut.


Slogan 'Suhaizan keluar! Suhaizan berambus!' yang dilontarkan oleh konco-konco upahan UMNO terhadap Saudara Suhaizan Kaiat di kampung Skudai Kiri itu cukup memalukan. Ini kerana Suhaizan adalah seorang wakil dari rakyat prihatin yang turun ke kampung berkenaan untuk cuba mencari jalan bagi menyelamatkan kampung tersebut.

Tindakan seperti itu nyata menonjolkan diri sebenar UMNO serta pengikutnya dalam mengendalikan sesuatu masalah dengan emosi serta kebudak-budakkan. Bagaimana sesuatu pemerintah boleh memerintah lebih lima dekad sedangkan mereka sering bertindak dengan sifat antaprofesional?

Jika pemerintah seperti ini masih memegang tampuk pemerintah maka terlalu malulah kita sebagai rakyat Malaysia bila mana kita harus menelan segala kritikan dengan menyatakan Malaysia mempunyai pemimpin yang kebudak-budakkan atau tidak matang.

Peristiwa 26 April 2012 di kampung Skudai Kiri itu cukup sebagai bukti untuk menyatakan UMNO tidak lagi relevan dalam menangani isu permasalahan rakyat di Malaysia. Kepimpinan UMNO juga yang telah mengadaikan tanah di kampung tersebut, tetapi dalam hal yang berlaku pada 26 April, Salahuddin Ayub telah dileparkan dengan kata-kata 'pengkhianat'.

Salahuddin Ayub hampir dipukul oleh konco upahan UMNO. Salahuddin juga telah dihalang untuk memasuki kampung tersebut. Namun bagi pejuang seperti Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat, ia bukan halangan untuk membongkarkan lebih banyak lagi isu dan permasalahan yang berlaku sekitar pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional di Johor.


Pengerusi NGO TANAH Saudara Mazlan Aliman, pada tarikh 25 April 2012 rumah beliau telah disimbahi cat merah bertanda amaran dan ugutan. Perkara ini berlaku kerana Mazlan Aliman telah banyak membongkar isu penyelewengan kerajaan negeri Johor berkenaan dengan tanah dan dalam masa yang sama sentiasa memenangkan rakyat.

Pembongkaran demi pembongkaran inilah yang menyebabkan UMNO seperti cacing kepanasan. Mereka terpaksa melakukan suatu tindakan seperti ancaman dan ugutan untuk melemahkan pergerakan untuk membongkar kejahatan yang dilakukan mereka.

Alternatif yang mereka ada adalah dengan mengupah segelintir masyarakat untuk menjadi 'kambing hitam' dalam operasi mempertahankan kepentingan mereka. Jika benar UMNO ingin mempertahankan melayu mengapa menghalang Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat dari memperjuangkan tanah di kampung Skudai Kiri.

Ini kerana, tanah kampung tersebut adalah tanah yang telah diwartakan sebagai tanah rizab melayu. Sepatutnya UMNO perlu menyokong tindakan Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat dalam perjuangan mempertahankan kampung tersebut dari terus tergadai.

Ternyata UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan nasib orang melayu. Malah mereka lebih suka melihat perpecahan yang berlaku di dalam kaum melayu itu sendiri. Konco UMNO yang membuat kecoh telah bertindak mengancam penduduk kampung yang terdiri daripada kaum melayu agar tidak bersama Salahuddin dan Suhaizan dalam mempertahankan kampung tersebut.

Beginilah nasib kaum melayu di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Segelintir masyarakat yang diupah oleh UMNO untuk mengancam serta mengugut penduduk kampung diharap dapat melihat kembali betapa murahnya maruah diri mereka kerana sanggup diupah untuk menjaga kepentingan pemimpin yang korup. ~selatanonline



Kantoi!! Polis Menyamar Peserta BERSIH Pengsan Terkena Tear Gas

Posted: 01 May 2012 01:26 AM PDT


 Kantoi!!...Polis wanita menyamar pakai baju T Bersih 3.0 pengsan terkena "tear gas". Segelintir polis/SB yang menyamar sebagai demostran melakukan provokasi,mereka menyamar untuk mencuri maklumat,menangkap demostran& pemimpin selain daripada melakukan provokas.

~ FB 

(Video) Senator Australia Hampir Rebah Kena Gas Pemedih Mata Di Bersih 3.0

Posted: 30 Apr 2012 08:40 PM PDT

Baru-baru ini Sepasukan pemerhati asing kini berada di Malaysia untuk tujuan memantau sistem pilihan raya di negara ini. Antara panel pasukan pemantau "pra-pilihan raya" itu adalah Senator Nicholas Xenophon dari Selatan Australia, Naib Presiden Kanan Parti Nasional Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.

 Malang nya bagi Senator Nick Xenophon, yang maseh lagi berada di Malaysia dalam misi pencarian fakta; telah terperangkap dalam demonstrasi terbesar di negara ini dalam beberapa dekad, Bersih 3.0. Sepertimana yang ditayang dalam klip video ini, Xenophon telah terkena gas pemedih mata dan hampir rebah.



Video Polis Nak Terkencing Pun Tauke Kedai Tak Bagi Masuk..

Posted: 30 Apr 2012 08:06 PM PDT

Polis nak masuk dalam bangunan kononnya sebab nak guna tandas nak terkencing sangat dah. Orang dalam bangunan tak bagi masuk. Polis macam tak percaya yang orang dalam bangunan tak bagi mereka masuk. Dia ingat dia ada kuasa boleh suka-suka hati nak buat apa-apa saja. Lepas tak dapat masuk, dengan megahnya berkata "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!"








~tranungkite


Addin :

Menunjukkan betapa bencinya rakyat terhadap kezaliman dan kekejaman pihak polis..



Tiada ulasan: