Isnin, 30 April 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERSIH 3.0 - APA YANG BERLAKU ANGKARA TANGAN JAHAT NAJIB

Posted: 29 Apr 2012 11:46 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

Kehadiran BERSIH 3.0 berganda dari BERSIH 2.0


AGAK lama blog ini terbiar tanpa kemaskini sejak bermula BERSIH 3.0 kelmarin.  Tidak tahu apa puncanya, semua blog aku tidak boleh masuk untuk dikemaskinikan.  Alhamdulillah, hari ini semua sudah kembali seperti biasa, mungkin BERSIH 3.0 sudah berjaya mencapai matlamat iaitu untuk membuktikan rakyat sudah benci dan meluat dengan segala penipuan SPR yang semakin terserlah.

Bersama segelintir anak muda dari Pahang
Dihalang....
Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta bersama anak buahnya tidor ditepi kawat berduri
Alhamdulillah, rakyat telah bangun untuk buktikan bahawa tidak semua rakyat boleh diperbodohkan sepertimana Shahrizat dan keluarganya memperbodohkan ahli-ahli Umporno tentang isu NFC.  Rakyat juga tidak mudah tertipu dengan gelagat pimpinan Umporno yang mendakwa PTPTN itu adalah tindakan untuk membantu para Mahasiswa melalui budaya berhutang.  Media berlidah syaitan dan Iblis tentunya kecewa apabila propaganda mereka untuk menunjukkan peserta himpunan BERSIH 3.0 adalah ganas ternyata ditolak mentah-mentah oleh rakyat.  Ini adalah kerana di dalam otak masing-masing, mereka sudah `set' di dalam pemikiran mereka semenjak bila TV3 suku dan Utusan Meloya tidak pernah berbohong dan berhenti dari melakukan fitnah?

YB Azmin berucap dikelilingi para Mahasiswa
Hero Mahasiswa Adam Adli
YB Husam Musa
Tahniah dan syabas kepada semua peserta Himpunan BERSIH 3.0.  Apa pun yang berlaku kelmarin tidak akan berlaku jika Najib mempunyai otak dan hati yang bersih.  Contoh terbaik Himpunan Aman adalah seperti di Kuantan baru-baru ini di mana Himpunan Hijau di Padang Kemunting yang dihadiri puluhan ribu berjalan dengan aman, baik dan penuh semangat kesopanan.  Mengapa Himpunan Hijau aman?

Himpunan Hijau berjalan dengan aman walaupun diadakan di lokasi sekitar bandar Kuantan iaitu di Padang MPK 4, Kemunting.  Himpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak Polis dan juga turut dibantu oleh Unit Amal dan petugas-petugas.  Hasrat penganjur Himpunan Hijau tercapai iaitu berhimpun di Padang MPK, dan hasrat pihak berkuasa juga tercapai apabila perhimpunan berjalan aman tanpa sebarang kekecohan.  Ertinya apa?  Ertinya, perhimpunan aman boleh dicapai apabila tiada niat jahat untuk menafikan hak dan suara rakyat.

Media pencacai kata peniaga rugi hari itu.....lihat saja dan fikirkan..

Mengapa Himpunan BERSIH 3.0 berlaku kekecohan?  Semua ini berlaku adalah kerana hasrat Penganjur untuk DUDUK DAN BANTAH sahaja di Dataran Merdeka dinafikan.  Mereka membuli Penganjur apabila menawarkan Stadium Merdeka, sedangkan sewaktu Himpunan BERSIH 2.0 dahulu mereka melarang keras penggunaan stadium bersejarah itu.  Apa yang BERSIH minta pasti mereka halang tanpa alasan yang boleh diterima akal.  BERSIH 2.0 mohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka, mereka beri alasan kononnya stadium itu amat bersejarah dan tidak boleh dicemari oleh perhimpunan.  Mengapa pula kali ini, apabila Penganjur mohon untuk berhimpun di Dataran Merdeka, secara tiba-tiba Stadium Merdeka tidak lagi mereka anggap `bersejarah' dan mereka mahu BERSIH 3.0 berhimpun di situ?  Tiba-tiba kali ini Dataran Merdeka pula dikatakan `bersejarah' dan tidak boleh dicemari?  Alasan yang langsung tidak konsisten menggambarkan memang ada niat jahat untuk menghalang rakyat dari menyuarakan bantahan mereka.

Mereka tutup jalan, mereka mahu lalu terpaksa redah tempat peserta BERSIH tengah duduk...Tapi kenderaan Polis ini dibiarkan lalu dengan selamat...
Pada Perhimpunan HIJAU di Kuantan, tiada mereka maka semuanya selamat...
Sejak dari awal lagi kita sudah membaca putar belit dan helah mereka.  Bermula dari kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin bahawa Kerajaan tiada masalah dengan cadangan BERSIH 3.0 untuk berhimpun kerana tidak akan menjejaskan keselamatan.  Kemudiannya, beliau menyerahkan kepada DBKL samada memberikan kebenaran untuk berhimpun.  DBKL pula memberikan berbagai alasan dan menolak permohonan BERSIH untuk berhimpun.  Kita semua tahu Dataran Merdeka adalah satu tempat yang sering orang ramai berhimpun, bukan sahaja duduk malahan melompat, berlari dan berjoget pernah diadakan di situ termasuk menjadi kawasan pendatang asing berkumpul.  amat tidak masuk akal, Himpunan BERSIH 3.0 yang mahu DUDUK DAN BANTAH boleh mencemarkan Dataran Merdeka.

minum teh dulu bro...

Rakyat tidak boleh terima hak mereka dipermainkan begitu sahaja.  Maka, pada 28 April baru-baru ini rakyat hadir beramai-ramai untuk menunjukkan mereka memang serius untuk membantah penipuan SPR di dalam Pilihanraya.  Usah ditanya tentang bukti penipuan, kerana semuanya telah didedahkan melalui media kita bahkan didedahkan juga melalui PSC yang ditubuhkan oleh Parlimen.  Akhirnya, Pengerusi SPR sendiri akui memang ada keraguan terhadap puluhan ribu pengundi dalam Daftar Pemilih.  Tetapi, katanya hanya 0.3 % sahaja daripada jumlah kesemua pengundi berdaftar.  Walaupun kita lihat jumlah itu sedikit, tetapi tahukah SPR bahawa dengan jumlah itu jika sebanyak 2,000 pengundi meragukan itu diagih-agihkan kepada beberapa kawasan Parlimen, ianya boleh membantu lebih dari 20 kawasan Parlimen untuk menang secara kotor?



Paling mengejutkan, dibuktikan bahawa Pengerusi SPR dan Timbalannya adalah ahli UMNO.  Kita membantah bukan kerana ianya ahli Umno, tetapi sewajarnya selaku pihak pengendali mereka patut tidak menyertai mana-mana parti politik, cuma mereka berhak untuk mengundi.  Bayangkan, Pengadil Bolasepak memasuki padang dengan memakai jersey Pahang sewaktu mengadili perlawanan Bolasepak di antara Pahang melawan Selangor.  Apakah penonton dan penyokong boleh terima keadaan sedemikian?

Ini yang BERSIH 3.0 bantah.  Ini yang rakyat mahu beritahu kerajaan.  Apa jua yang terjadi pada 28 April yang lalu berpunca dari kesemuanya ini.  Asasnya adalah hak rakyat dinafikan malahan dipersendakan.  Itu isu pokok kepada apa yang berlaku, usahlah masing-masing menuding jari untuk mendakwa kumpulan ini dan kumpulan itu ganas.  Apa yang jelas, kerajaan di bawah Najib ternyata gagal untuk melakukan transformasi seperti yang dicanang-canangkannya.  Apa yang ada hanya `Robot Transformer' yang sentiasa berubah-ubah menjadi berbagai bentuk dan rupa. Kita simpati kepada nasib yang menimpa kepada kesemua peserta perhimpunan termasuk pihak keselamatan yang berterusan di`buli' oleh rejim Umporno.  

Tiada pilihan lain lagi.   Rejim ini wajib ditumbangkan segera./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: