Isnin, 30 April 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Apa ada hal??

Posted: 30 Apr 2012 01:25 AM PDT

Itulah yang selalu diucapkan oleh sahabat aku, Mi Panjang bila apa jua cabaran melanda perjuangannya menegakkan kebenaran di mukabumi Allah ini.

28 April, 2012 yang lalu dia kena cekup dek polis kerana menyertai BERSIH 3.0.

Bila Anas menghantar mesej tentang terkantoinya Mi Panjang, yang terdetik dalam kepala hotak aku ketika itu ialah...

"Apa ada hal? Tau larrrr dia nak settle!!" Hehe...

Malam tu Mi Panjang bebas. Terus kami bawa dia ke Restoran Rashid di Ampang Point. Dia nak minum aje katanya...

"Aku dah makan...siap tambah kat dalam tu...!!" Dia macam biasa...

2 hari selepas BERSIH 3.0 berlalu, yang masih dibincangkan ialah keganasan Polis dalam menangani penyokong2 Bersih dan berbagai versi video klip, baik di kalangan demonstran mahupun dari polis dan penyokong Umno sendiri.

Namun yang paling penting ialah kita jangan hilang fokus bahawa Bersih 3.0 menuntut 8 perkara yang mesti dilaksanakan oleh SPR sebelum parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU13.

Adakah 8 perkara ini akan dilaksanakan? Aku tidak yakin dan aku menjangkakan SPR akan terus pekak badak dan patuh dengan arahan Umno/BN. Bukan saja sebab Pengerusi dan Timbalan SPR itu orang Umno malah jika PRU13 dilaksanakan seBERSIH2nya, 100% lepas PRU13 Umno akan ditalqinkan. Mana mungkin mangkok2 ini akan mahu membunuh diri. Reaksi awal Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin nyata menolak tuntutan Bersih.

Adakah Bersih 3.0 berjaya? Berjaya dari satu segi dan gagal dari segi yang lain.

Gagal? Gagal mendesak SPR melaksanakan 8 tuntutan tersebut tetapi BERJAYA meningkatkan kesedaran rakyat bahawa sistem pilihanraya negara ini adalah tidak telus, menipu dan durjana.

Tak kiralah berapa bilangan penyokong Bersih yang turun Sabtu lalu...15,000 atau 50,000 atau 100,000 atau 250,000 atau 300,000 (campur 2,000 menurut SU Umno Bandar Tun Razak)... BERSIH 3.0 berjaya menarik minat ramai orang terutama anak muda pelbagai bangsa untuk sama-sama menghayatinya. Namun, aku notice ramai ibu-ibu dan bapa-bapa dari seluruh tanahair turut sama-sama menghayati Bersih.

Ganas? Sejak bila pulak demonstrasi aman jika polis buat kacau? 

Di Pulau Pinang, lebih 10,000 hadir di Esplanade pada hari yang sama tanpa ada apa2 kekacauan kerana polis tak buat hal. 

Di Kuala Lumpur pada hari bersejarah tersebut juga aman sehingga jam 3 petang. Suasana seperti meraikan satu  karnival dirasakan sehinggalah gas pemedih mata dan water canon dilepaskan oleh polis. Rakyat seluruh negara dari berbagai latar belakang kaum dan etnik serta usia, penuh ceria dan bersatu dalam matlamat yang sama untuk memastikan sistem pilihanraya di negara ini dijalankan dengan bersih dan transparent.

Tidak kisahlah samada Anwar, Hadi atau Lim Kit Siang hadir ataupun tidak. Aku sendiri bersama rakan-rakan ke sana tanpa memperdulikan samada pemimpin2 politik turut serta atau tidak. Bersih is about free and clean election.

Sepanjang perjalanan aku dari KLCC bersama demonstran Lynas, aku berjumpa dengan berbagai lapisan masyarakat. VIP mahupun orang biasa berjalan santai tanpa apa2 tekanan. Semuanya relax dengan pace masing2. Tua atau muda, lelaki atau perempuan, berbagai bangsa dan agama. Tak da hal pun.

Kelam kabut berlaku katanya punca dari Anwar dan Azmin. Ekeleh...kamon larrrr...dulu Anwar dan Azmin tak buat apapun kecuh jugak....Pirraahhhhh!!


Bagi kami yang penting Bersih telah menyatukan ramai hati2 manusia. Tunggu ajelah PRU13 nanti. Tau larrr kami kerjakan ko Umno BN. Kena lutu ke, kena balun ke, kena ludah ke....biak pi larrr. APA ADA HAL??

Mesti baca ini....

Tiada ulasan: