Isnin, 2 April 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KARTUNIS MASYARAKAT MENENTANG LYNAS

Posted: 02 Apr 2012 04:46 AM PDT

linas 1.JPGlinas 2.JPG




Malaysia digemparkan dengan pembinaan kilang memproses sisa nadir bumi yang kini diperkatakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan khasnya Kuantan namun ianya kini menjadi isu besar rakyat Malaysia yang menentang dan akan terus menentang habis-habisan agar kilang memproses nadir bumi tidak dapat di laksanakan dibumi Pahang Darul Makmur.Walau berbagai tafsiran baik di pihak pemerintah dan poenentangan rakyat mula menjadi lebih besar dengan perhimpunan besar-besaran lebih 20,000 peserta bulan lalu, kini, aktivis NGO's dan juga kartunis yang mepunyai jiwa masyarakat telah turun ke bumi Kuantan dengan beberapa program bagi mendekat diri seni melukis untuk masyarakat.

Kattunis sepeti Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones bersama NGOs tempatan dan nasional seperti Save our Ocean, Pertubuhan solidarity hijau pahang , antaranya memperjuangkan hak-hak rakyat tempatan dan nasional bagi menghalang dan menimbulkan kesedaran terhadap masyarakat mengenai bahayanya sisa radio aktif..Antara program yang diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun.


Menurut ketua program ini , iaitu kartunis bersama masyarakat, Sdr Zunar , "Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat. Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang.Kita harus menyedarkan generasi awal betapa sisa radioaktif ini amat merbahaya buat mereka kelak", jelas beliau lagi.

Sementara itu Sdr Tan Bun Teet pengerusi Save Our Ocean,Save Malaysia Stop Lynas menyatakan bahawa kartunis di Malaysia lebih matang apabila memainkanperanan social dimana pada era dulunya memburu kesenian untuk mengejar sesuatu dan tidak ada kena mengena dengan tangungjawab terhadap msyarakat.

Tujuan ngo yang di ketuai beliau ialah agar memaksa kilang Lynas ini ditutup.Berdsarkan kepada respon masyarakat kuantan , mereka meberi sokongan bukan sahaja sokongan moral, malahan sokongan kewangan dan dengan sokongan itu kami telah ke Australia melihat keadaan di lynas Australia, dan sedang mengambil tindakan undang-undang dan akan menghadiri pertemuan dengan kementerian sains dan teknologi agar menarik balik hujah-hujah agar menimbangkan isu ini dan mengambil tindakan undang-undang ke mahkamah.Lynas juga berusaha mengimport dari Australia , iaitu sangup menerima apa sahaja dari kerajaan .tujuan untuk mebawa masuk ke Malaysia.



Sebanyak dua program berasingan diadakan iaitu di Balok pada sebelah petang dan Di Kuantan. Program yang pada mulanya dijadualkan di sekolah menengah agama al irsyad kemudiannya di beritahu tidak mendapat kebenaran dari pihak kementerian pelajaran dan seterusnya di pndahkan ke maskas pas balok.Walau pun perubahan tempat sepettimana yang dijadualkan , namun sambutan tidak menghampakan lebih 30 peserta kanak-kanak serta dewasa yang mengambil bahagian, terutamanya terdiri dari berbagai bangsa yang berumur dari 5 tahun hinga 12 tahun, sambutan dari masyarakat Melayu kini nampaknya telah berubah.Jika dahulunya Lynas ini dikatakan hanya untuk kaum cina yang menentang kilang radioaktif, kini kesedaran bukan berdasarkan kepada ras bangsa , iamya kini meliputi seluruh msyarakat bangsa Malaysia yang tidak mahu sejatrtah bukit merah berulang lagi.

Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, dihadiri lebih 15,000 penyokong anti Lynas di kuantan 26 februari lalu, dilihat sebagai tanda kesedaran masyarakat bahawa pentingnya kilang tersebut dihapuskan dari bumi Malaysia.

Program disebelah malamnya pula , di adakan di pantai teluk cempedak apabila satu acara iaiatu melukis karikatur yang cukup mendapat sambutan dari penduduk sekitar kuantan, malahan orang ramai berpusu-pusu hadir bukan sahaja untuk melukis wajah mereka , namun untuk membeli baju anti lynas dan juga membeli buku-buku kartun yang dilihat dapat menyedarkan masyarakat tentang isu dalam Negara yang sedang melanda masyarakat kini

Sebelum ini, ketika menjawab pertikaian rakyat Malaysia, Lynas mendakwa syarikatnya memilih Malaysia dan bukannya Australia kerana Australia kekurangan sumber air, kekurang bahan kimia yang banyak untuk memastikan kelangsungan operasi kilang pemprosesan nadir bumi. Malah Lynas mendakwa Malaysia memiliki pekerja yang mahir.

Perjujngan kartunis iuni yang membawa mesej melalui seni lukisan dan kartun ini yang bertemakan seni kartunis untuk masyarakat adalah hampir sama dengan perjuangan angkatan 50 yang melahirkan karya hasil tulisan carpen dan sajak yang menentang penajjahan melalui penilisan mereka.

Para kartunis yang tidak mementingkjan bayaran ini melukis potret wajah peminat dan penyokong yang hadir berkeluarga pada malam minggu lalu dan ini membuatkan suasana meriah.Malahan terdapat juga tindakan dari angota majlis perbandaran yang memadam lampu dengan sengaja sebagai salah satu cara untuk tidak mahu memberikan laluan apabila orang ramai hadir untuk melukis gambar dan meluahkan perasaan mereka di aatas banner yang turut disediakan pada malam tersebut.

Namun , walau pun dalam samara-samar melukis wajah ratusan yang hadir melihat kartunis melukis percuma karikatur wajah , mereka dilihat tabah menunggu tanpa menerima bayaran walau satu sen dari orang ramai.Majlis berakhir jam 12 tenhamalam di pandai teluk cempedak dimana masuarakat yang hadir merasa puas apabila wajah mereka dilukis menjadi karikatur yang mebawa mesej stop lynas,selamatkan bumi Malaysia.

APA KATA KARTUNIS MASYARAKAT

linas 7.JPG

Sdr Jonos-Tujuan kami kartunis masyarakat ini adalah untuk melibatkan perbagai negeri adalah untuk kerja amal dan menyampaikanmesej tentang bahaya sisa nadir bumi oleh pihak lynas, kita mengadakan program yang lebih dan masyarakat agar mereka sedar dan kartunis yang merasa bertangungjawab untuk memberikanmesej ini , dan dengan cara ini mengenali pendudk setempat, dan semua acara ini adalah penting sekiranya di teruskan oleh pihak kerajaan. Pemilihan

linas 8.JPG

Kartunis az dari kula Lumpur terpanggil untuk majlis yang signifiken tentang bahayanya kesan radiao aktif dan kesan kepada kanak-kanak dan teroangil untuk hadir tentang bahayanya lynas dan sisa nadir bumi kepada generasi akan datang.

linas 10- abdullah jones.JPG


Sementara itu pelukis,penyajak Abdullah jones ini menyatakan bahawa kehadiran beliau adalah untuk melihat dan emberikan sumbangansebagai salah seorang pendudk kuantan dan terpanggil untuk menyertai bersama kartunis lainnya kerana melihat program seperti ini adalah sesuai untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya sisa radiao aktif ini.

linas 9-azman amn.JPG

Manakala sdr Azman AMN yang menyatakan kerajaan seolah-olah mengambil cara mudah demi kepentingan ekonomi dan peribadi dengan membahayakan masyarakat.Beliau yang berangapan bahawa jika sebuah stadium yang dibina boleh runtuh, inikan pula sebuah pusat memproses nadir bumi mahu di bina, dan dalam keadaan ini beliau meragui akan kemampuan kepakaran rakyat tenpatan mengendalikanya.Oleh yang demikian dengan pengalaman sebagai seorang pelukis, beliau menghadirkan diri bagi menyertai program seni untuk masyarakat ini bagi menyedarkan rakyat tentang bahaya radiaoaktif ini.


linas 4.JPGlinas 5.JPG


linas 6.JPGlinas 11-penyampaian hadiah.JPG

linas 12-bersama peserta melukis dan banner.JPGlinas 13-aktivis sambutan memberangsangkan.JPG



linas 16-penerangan bersmaa p[esrta melukis.JPGlinas 18-penyertaan berbagai bangsa.JPG



linas 19- antara yg hadir dengan hasil lukisan masing2.JPGaktivis 2-lawrance.JPGlinas 20- zunar dgn peminat membeli buku baru 1 moolaysia.JPG



aktivis 1.JPG











ALIRAN NEWS

Posted: 02 Apr 2012 04:45 AM PDT

Dialogue on

Democracy, Development and Diversity and the forthcoming GE-13.

Aliran is hosting a dialogue between Penang NGOs and Pas representatives Dr Dzulkefly Ahmad and Dr Mujahid Yusof Rawa

Date: Sunday, 15 April 2012

Time: 8.00pm

Venue: Aliran office

Dr Dzulkefly Ahmad is the MP for Kuala Selangor. He has a PhD in toxicology and is a Pas central working committee member. He is also executive director of Pas information.

Dr Mujahid Yusof Rawa is the MP for Parit Buntar. He has a PhD in social science and is a Pas central working committee member. He is also chief of the party's Non-Muslim Affairs bureau.

To register, please phone Aliran at 6585251 during office hours (closed Sunday and Monday). Places are limited.

Gabungan TUKAR MB Pahang ditubuhkan

Posted: 02 Apr 2012 04:41 AM PDT

Gabungan TUKAR MB Pahang ditubuhkan

2 April 2012

Gabungan TUKAR MB Pahang (TUKAR) telah ditubuhkan pada 31hb Mac 2012 selepas lebih 15 orang yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama bersidang di Kuantan, Pahang serta bersetuju atas penubuhan gabungan tersebut secara rasmi.

Gabungan TUKAR bertujuan untuk menukarkan Menteri Besar Pahang sekarang iaitu Dato' Seri Adnan Yaakob atas tiga sebab berikut:

1. Di bawah pimpinan Adnan Yaakob, masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketidakadilan pentadbiran kian berleluasa. Walaupun negeri Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia yang dikurniakan dengan sumber-sumber semulajadi yang kaya, negeri ini telah membentangkan Bajet defisit berturut-turut selama 12 tahun.Ini membuktikan bahawa sepanjang Adnan Yaakob memegang jawatan Menteri Besar, beliau gagal membawa pembangunan kepada negeri Pahang dan rakyat negeri Pahang. Beliau juga gagal membawa kemajuan dalam persekitaran politik yang lebih telus dan demokrasi.

2. Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas. Adnan seringkali mengeluarkan hujah yang bertujuan mengugut rakyat Pahang. Sebagai contoh, beliau memberitahu bahawa kawasan perindustrian Gebeng akan ditutup seandainya rakyat masih menentang projek Lynas. Di samping itu, hujahnya juga mengelirukan dan mengandungi maklumat yang tidak tepat. Sebelum ini, Adnan pernah memberitahu media bahawa radiasi nadir bumi lebih selamat berbanding dengan jalan asfalt. Adnan juga memberitahu kita bahawa Kilang Nadir Bumi Asean Rare Earth (ARE) hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses nadir bumi. Hujah-hujah yang bercanggah ini adalah amat tidak bertanggungjawab serta menggadaikan nyawa rakyat.

3. Adnan Yaakob juga mudah naik marah dan sering mengeluarkan perkataan yang kurang bersopan, termasuk tindakan baru-baru ini yang berkasar menolak kamera wartawan serta menggunakan perkataan "Bodoh" untuk memarahi wartawan. Sifat kasar yang digambarkan ini tidak harus ditunjukkan oleh Menteri Besar yang merupakan pemimpin tertinggi negeri Pahang yang sepatutnya menjadi teladan rakyat. Malahan, tindakan seumpama itu sungguh memalukan kita sebagai rakyat Pahang.

Menurut Penyelaras Gabungan TUKAR Lee Chean Chung, gabungan tersebut tetap mendesak persaraan Menteri Besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

"Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan Yaakob wajib bersara."

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat meralisasikan matlamat mereka. Gabungan tersebut juga akan turut mendedahkan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan Yaakob.

"Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com ."

Selain itu, Chean Chung turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh Sdr J.K Pang.

"Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan kepada tanah air Pahang tercinta kita."

****


Sebarang pertanyaan media, sila hubungi 012-9540498 ataupun 013-9359898.

TUKAR.jpg1.jpg

1.jpg

2.jpg

Tiada ulasan: