Khamis, 5 April 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU PENGUMUMAN - TENDER TERBUKA

Posted: 05 Apr 2012 06:26 PM PDT




PEMBUKAAN BIDAAN TENDER

ada lah diberitahu
kepada pengetahun umum
adalah di umumkan
secara terbuka
secara telus
tidak berselindung
agar tidak ada dakwa dakwi
tentang tuduhan hanya pengkronian

dengan ini diumumkan
yb khairy jamuluddin
merangkap ketua pemuda
united malays national organisation
dengan ini menjemput orang ramai
untuk melamar dan membida tender terbuka
untuk mengumpul mat bangla


adalah di maklum kan
bahawa tender mengumpul mat bangla ini
hanya dibuka kepada bumiputera sahaja
ini untuk memastikan tidak melanggar
niat dan akidah ketuanan melayu

syarat-syarat:

1 - syarikat bumputera 100%
2 - berdaftar dengan kementerian keewangan
3 - tidak ada dakwa dakwi jika ditolak atau diterima

takrifan bangla:

1 - lahir bukan di malaysia
2 - lahir di bangladesh

pengkhususan:

adalah diberitahu
reezal
azeez
neeena
shahreeezat

dan semua eee boleh dimasukan ke dalam
kategori bangla - cuma bayaran satu kepala
untuk mereka ini adalah satengah dari bangla tulin
ini kerana mereka berbahasa tamil di rumah


untuk kegunaan pejabat:

sila dapatkan borang
dari bilik 3C
tingkat 18
bangunan pwtc kuala lumpur



NOTA:
dibawah ini ditunjukkan
tiga gambar sebagai panduan
untuk mengenal pasti bangla
satu gambar bangla tulin
dan dua gambar eee

semua pembida sila perhatikan


BANGLA TULEN DARI DACCA


















EEE DARI PULAU PINANG












INI JUGA EEE


LAGI MELAYU DI BODOHKAN

Posted: 05 Apr 2012 11:48 AM PDT




MALAM INI DI ALOR STAR




JANGAN DESAK SPR : NAZRI - mStar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya didesak, sebaliknya diberikan ruang dan masa untuk meneliti kesemua syor Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, justeru semua pihak termasuk pembangkang diingatkan agar tidak memaksa SPR dan kerajaan untuk melaksanakan syor PSC sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"SPR sentiasa mengambil baik semua syor yang dikemukakan justeru terpulang pada SPR untuk mengambil tindakan terhadap laporan yang telah dibentangkan.

"PSC baru sahaja dua hari diluluskan makanya semua pihak perlu bersabar kerana apa yang SPR rasa mereka boleh laksanakan, mereka tentu akan terus melaksanakan dengan segera," katanya di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

KITA TURUN KE JALAN RAYA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KALAU TAK GUNA PAKAI BUAT APA ADA CADANGAN... kah kah kah..

kah kah kah... NAMPAK SANGAT JAWATAN KUASA KHAS PARLIMEN INI HANYA UNTUK MENIPU...kah kah kah..

kah kah kah..KERANA RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA... TUBUH JAWATAN KUASA... kah kah kah...

kah kah kah...JAWATAN KUASA INI BERTUJUAN UNTUK MENJINAKKAN ORANG RAMAI...kah kah kah..

kah kah kah... MENIPU ORANG RAMAI... kah kah kah..

woit...SPR INI IALAH SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT...kah kah kah...

kah kah kah..SPR INI BARUA GEROMBOLAN.... kah kah kah..



ISNIN DEMO DEPAN PARLIMEN




LAGI SHAHRIZAT LEMBU - ORANG MELAYU KENA BODOHKAN OLEH GEROMBOLAN

Posted: 05 Apr 2012 11:29 AM PDT










KERAJAAN TIDAK BEKU HARTA PEMILIK NFC, URUSNIAGA MELUPUSKAN HARTA TERUS BERJALAN

Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1. Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;
2. Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;
3. Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan
4. Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain. Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Dato' Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

Hartanah 1

Alamat:
B-00-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Jenis:
Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd
:RM1.5 juta

Hartanah 2

Alamat:
B-01-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Jenis:
Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd
:RM759,000

Hartanah 3

Alamat
:B-02-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Jenis:
Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd
:RM741,000

KITA TURUN KE DATARAN MERDEKA





Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1. Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta
2. 2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta
3. Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta
4. 2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta
5. 8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

5 APRIL 2012



500 RIBU PADA 28 APRIL INI


500 RIBU AKAN DUDUK DI DATARN MERDEKA

Posted: 05 Apr 2012 02:02 AM PDT





TAK PERLU KAJI - BUANG TERUS





TINDAKAN ANJUR HIMPUAN BERSIH 3.0 TERBURU-BURU KATA WAN AHMAD - minsider

KUALA LUMPUR, 5 April — Wan Ahmad Wan Omar menempelak langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan bantahan pada 28 April ini di ibu negara sambil menyifatkan ia tindakan terburu-buru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini menegaskan Bersih sepatutnya menerima laporan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya dan menyerahkan kepada agensi itu untuk meneliti terlebih dahulu.

Jelas Wan Ahmad, tindakan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 adalah tidak wajar memandangkan SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap cadangan PSC.

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya.

"PSC dah kerja kuat selama enam bulan... SPR akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mengkaji cadangan itu dengan terperinci," kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Beri kita kaji dulu (cadangan PSC), ada yang kita boleh laksanakan dan ada yang kita.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BERSIH TUNTUT SPR LETAK JAWATAN.... kah kah kah...

woit...BERSIH BUAT 8 TUNTUTAN... kah kah kah..

woit...KENAPA TIDAK DI TUNAIKAN.... kah kah kah...

kah kah kah...NAK KAJI KAJI APA LAGI?.... kah kah kah...

kah kah kah...BERAPA LAMA NAK KAJI?..... kah kah kah...

kah kah kah...PARLIMEN DAH LULUS...KAJI KEPALA BANA APA?.... kah kah kah...

woit... BARUA INI NAK MENIPU SAJE.... kah kah kah




SILA BUAT PERSEDIAAN



NOTA:
sila buat persediaan
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket kereta api
sila tempah tiket kapal terbang

sila ambil cuti
sila tempah bilik hotel
sila pakat pakat untuk datang

kauam keluarga di kl
sila ajak saudara mara datang
sila sipakan banyak toto

TURUN KE PARLIMEN - DEMO BUDAYA KITA!

Posted: 04 Apr 2012 10:45 PM PDT




MANSUHKAN ISA SEKARANG!





PM NAJIB MUNGKIR JANJI?- MANSUH ISA SEKARANG!



Salam Perjuangan kepada semua,

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan Protes dihadapan Parlimen pada 9 April 2012, 11 pagi kerana PM Najib dan kerajaan gagal untuk mansuhkan ISA pada bulan Mac seperti yang dijanjikan pada tahun lepas.

Kami menjemput agar semua kumpulan masyarakat, NGO dan semua rakan-rakan yang menyokong pemansuhan ISA untuk bersama-sama kami di Parlimen untuk menuntut agar ISA DIMANSUHKAN dengan serta merta!

JOM KITA PROTES ISA SERTA MERTA!

Untuk sebarang maklumat sila hubungi Nalini di 019 3758912 atau Syukri 019 8013149.



MUBARAK MEMILIKI IDEA TERBAIK!

Posted: 04 Apr 2012 10:03 PM PDT



INI MUKA BAKAL MB KEDAH







MUBARAK MAHU BN TIMBANG CALONKAN BEKAS WAKIL RAKYAT - mkini

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mahu bekas wakil rakyat tertentu dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden Mubarak Abdul Aziz Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya akan menyerahkan senarai nama bekas wakil rakyat itu, terutama anggota Mubarak kepada pucuk pimpinan BN untuk pertimbangan.

"Kita bukan hendak berlawan dengan pemimpin-pemimpin parti, kita buat apa yang kita patut buat dengan cara sukarela dan kalau calon ini (ahli Muabarak) sesuai dan boleh menang, maka kita akan ketengahkan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Mubarak di Kota Kinabalu semalam.

Beliau berkata senarai nama calon berkelayakan itu, termasuk dari Sabah, kini di peringkat akhir penelitian.

Beliau berkata Mubarak akan memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan parti gabungan itu mencapai kejayaan cemerlang pada PRU-13.

YB REMBAU

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI CADANGAN AMAT BAIK...TERBAIK...kah kah kah..

kah kah kah..MENJAMIN KEMENANGAN ABADI... kah kah kah..

kah kah kah... AMBIL KEMBALI MADEY... kah kah kah..

kah kah kah... AMBIL KEMBALI SANUSI JONED... kah kah kah..

kah kah kah....DAN JANGAN LUPA RAHIM TAMBI BAKAL MENJADI MENTERI KANAK KANAK..kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN LUPA SAMI VELOO DAN LI LIONG SIK... kah kah kah..

woit...INI AMAT PELUANG BAIK UNTUK ORANG KAMPONG...kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS PILIHANRAYA... SATU DEMI SATU YB MATI...kah kah kah..

kah kah kah...ADA PILIHAN RAYA KECIL... INI KENDURI LAGI... kah kah kah..

NOTA:
mubarak!
you have brilliant ideas


SEMUA TURUN KE DATARAN MERDEKA

KENYATAAN RESMI BERSIH

Posted: 04 Apr 2012 09:01 PM PDT




UNTUK YANG AKAN TURUN KE DATARAN MERDEKA

ini adalah klip
pak samad membacakan
kenyataan resmi bersih
yang meminta orang ramai
turun ke dataran merdeka
pada 28 april nanti

ini klip sejarah
ini klip sejarah perjuangan bangsa
ini klip sejarah anak semua bangsa






500 RIBU KE DATARAN MERDEKA




28 APRIL - IBU SEGALA DEMO

Posted: 04 Apr 2012 08:09 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB


masa nya telah tiba
saatnya telah sampai
masa menghantar memo sudah tamat
masa berbincang sudah abis

khatam koghia
fin
finish
finito
khatam
khalas
dah abis


semua yang wajib dibaca telah dibaca
semua penipuan telah di ketahui
semua kong kalikong telah terbonggeng
semua trik telah di bongkar

hanya orang bodoh mahu ditipu

justeru,
masa untuk bertindak telah sampai
masa nya ialah 28 april 2012
500 ribu ke ke dataran merdeka

inilah ibu segala demo
ini lah ayah segala demo
mak datuk inilah panggilan zaman
untuk kita semua turun ke dataran merdeka!


IBU SEGALA DEMO




TASK FORCE PENGUNDI ASING DIDEDAH
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.


KE DATARAN MERDEKA 28/4



Tiada ulasan: