Generasi Pewaris Khilafah |
Posted: 04 Apr 2012 10:42 PM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Terbaca dari laman beberapa orang sahabat apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang nie baik kat akhbar atau pun media baru. Duk sibuk isu ugut mengugut atas sebab tidak puas hati dengan seseorang sehingga ada yang sanggut untuk membunuh. Pe citer nie ? nak kata tak terpelajar tu ramai yang terpelajar tapi kenapa budaya ini masih lagi berleluasa dan masih lagi diwarisi turun temurin malahan ada diantaranya yang menjadikan ianya sebagai adat dan amalan dalam kehidupan seharian. Tapi dari pemerhatian yang dibuat, ramai yang mendapati kebanyakan yang terlibat dengan ugut mengugut ini adalah antara golongan yang mempunyai masalah tekanan mental yang cukup kritikal kerana mereka jelas tidak dapat menilai malah menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah untuk berfikir. Sewajarnya sebagai seorang insan , makhluk ciptaan Allah yang dikurniakan Akal fikiran yang waras untuk berfikir, kita mampu untuk menyelesaikan masalah tanpa mengugut mana-mana pihak dengan senantiasa berpuasa hati dengan apa yang ada serta melaksanakan apa juga yang diperlukan berdasarkan kepada kemampuan sendiri. kalau rasa tak puas hati dengan mana-mana pihak, bawaklah kepada meja rundingan sebagaimana yang disarankan oleh Allah dalam Alquran dan assunnah dan bukan dengan melakukan ugutan dan sebagainya. |
Cemerlang dunia atau Cemerlang Akhirat ? Posted: 04 Apr 2012 10:31 PM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Saja nak menyelitkan beberapa persoalan dalam diri yang rasa-rasanya semua orang pasti akan cuba tanya dan jawab sendiri : 1. kita sibuk mengejar kecemerlangan didunia tapi kenapa kita gagal mengejar impian kita untuk capai kecemerlangan di akhirat ? 2. kita duk sibuk cari kekayaan dunia sedangkan kita sedar kekayaan didunia pasti takkan jamin kita comform masuk syurga di akhirat kan ? Dua persoalan yang masih lagi dalam batu jemala hamba yang perlu hamba share dengan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Agak- agak kita mampu atau tidak untuk mengecap kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat . So tepuk dada tanya iman masing -masing Bersedia atau tidak ? |
You are subscribed to email updates from Generasi Pewaris Khilafah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan