Nuffnang

Pengikut

Tempayan Retak

sumber :-

Tempayan Retak


Malaysia memborong kapalperang Rusia kes Spratly?

Posted: 17 Apr 2012 09:54 PM PDT

Spesies Kapal perang Morshansk milik Rusia adalah kapal korvet kelas Tarantul-III

Negara ku Malaysia diberitakan akan membeli secara borong berbagai persenjataan teknikal buatan Rusia, dari senjata ringan sehinggalah kepada kapal perang peluru berpandu. Perbincangan pembelian senjata itu masih berlangsung.

Sebagaimana yg dimaklumkan oleh Viktor Komardin, Deputi Ketua Rosoboronexport—perusahaan eksport senjata dari Rusia, di Kuala Lumpur, Selasa lalu 17/4/2012, lapuran dari berita RIA Novosti.

Kata nya Malaysia sudah mendekati proses perbincangan akhir untuk meluluskan untuk membeli sistem senjata termasuk senjata antitank Kornet, senjata antipesawat Igla, dan masih terus berbincang untuk membeli kapal perang peluru berpandu dan kapal-kapal perang yg lain.

Komardin menambahkan, Rusia juga menjual lesen pembuatan kapal peluru berpandu kelas Molniya dan kapal perang klass Mirazh.

"Malaysia tertarik dengan kapal-kapal kelas Molniya dan Mirazh kami. Ini memerlukan pihak nya membina sendiri di bawah lesen perushaan kapal mereka, " tambah Komardin lagi.

Kapal perang kelas Molniya adalah kapal jenis korvet hasil kemajuan kapal perang kelas Tarantul. Kapal sepanjang 56.1 meter ini dilengkapi dengan sistem radar dan persenjataan terbaru, termasuk senjata antikapal P-270 Moskit-E (SS-N-22 Sunburn) dan senjata antipesawat Igla.

Sebelum ini Vietnam lebih dulu membeli kapal kelas ini. Vietnam juga dikabarkan membeli lesen untuk membuat sendiri kapal-kapal perang ini.

Federal Ilmuwan Amerika (www.fas.org) berkata kapal kelas Molniya ini dirancang untuk melakukan pertempuran laut melawan kapal kapal konvensional. Ukurannya yang relatif kecil membuat kapal ini bergerak lincah dan mampu bergerak bersama sama kapal nelayan atau kapal barang kecil di persekitaran pesisir, membuatkan ianya sukar ditembak.

Malaysia dan Vietnam, serta dua negara pendakwa memiliki Kepulauan Spratly, memiliki kapal ini, situasi konflik di kawasan Laut China Selatan boleh menjadi semakin panas. – m/cahaya

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT