Rabu, 18 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Pemandu Peribadi dedahkan Shafie Apdal Bayar RM100K setiap kali jumpa Zahida Rafik

Posted: 18 Apr 2012 04:52 AM PDT


KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

"Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

"Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

"Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida," katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

"Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.


Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara - Keadilandaily


Berikut pula dari Malaysiakini..
PKR persoal 'bayaran RM1.5j' menteri pada artis wanita

PKR hari ini mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Ahmad Said kata PAS 'Parti Ajaran Sesat'.. Ahmad Maslan pula sibuk nak berpadu dengan PAS..

Posted: 18 Apr 2012 12:45 AM PDT

  
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengambil peluang untuk menimbulkan semula isu perpaduan antara PAS dan Umno dalam pertemuan dengan sekumpulan imam dan bilal dari negeri Terengganu.


Dalam kempennya kepada pemimpin masjid berkenaan, Ahmad antara lainnya mendakwa perpaduan itu ditolak kerana majoriti pemimpin PAS didakwa bukan daripada kalangan ulama.

"Saya tak pasti kenapa PAS tidak sambut salam perpaduan daripada Umno. Bagi saya, tidak pernah perpaduan itu merugikan dan perpecahan itu menguntungkan.

"Mungkin saya rasa antara faktor mengapa PAS tidak mahu perpaduan itu adalah kerana kepimpinan PAS kini majoriti bukan daripada ulama. Timbalan presidennya, naib presidennya, bukan daripada ulama," katanya lagi di Kuala Lumpur.

Katanya, perkara itu ditimbulkannya terdahulu ketika memberi ucapan dalam kursus jati diri yang dihadiri kira-kira 360 orang imam dan bilal dari negeri yang pernah ditadbir PAS itu.

Individu berkenaan merupakan pemimpin masjid daripada kawasan parlimen yang diwakili BN – Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Kata-katanya itu juga timbul ketika Umno Terengganu kini bergiat untuk memperluaskan kempen wacana "PAS: Parti Ajaran Sesat" anjurannya, ke negeri yang kuat dipengaruhi PAS seperti Kedah dan Kelantan.

"Hampir satu perempat yang ada dalam dewan tadi orang PAS. Jadi saya terbuka bercerita mengenai perpaduan ini dan berharap kepada penyokong PAS yang keliru, segera berbaik dengan pejuang Umno di bawah agar ada gerakan dari bawah yang membuka minda pemimpin di atas," kata Ahmad lagi.

Tambahnya, perpaduan antara PAS dan Umno akan menjadi lebih mudah sekiranya kerusi timbalan presiden PAS, yang diisi Mohamad Sabu, dikekalkan oleh Nasharuddin Mat Isa dalam pemilihan parti itu, Jun lalu.

Katanya lagi, Nashaaruddin lebih berfikiran terbuka berbanding Mohamad Sabu yang popular dengan gelaran Mat Sabu.

"Kalau Nasha (Nasaruddin) menang, mudahlah. Ini Mat Sabu yang menang. Kalau Nasha, perkara ini mudah kerana beliau pemimpin yang terbuka minda untuk melihat orang Islam bersatu. Mat Sabu tu pemikiran tertutup.

"Ada ke (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng pun dia kata seperti Umar Abdul Aziz," katanya yang menambah dengan yakin bahawa PAS dan Umno tidak mustahil akan bersatu semula.

Tambahnya, pemimpin kedua-dua parti itu perlu bersatu sekiranya pucuk pimpinan parti berkenaan tidak mahu perpaduan tersebut berlaku.

"Harapan itu ada. Tidak ada yang mustahil dalam politik... Namun kelihatan perkara ini terhenti akibat kemenangan Mat Sabu dan tiga naibnya yang bukan ulama dan pemimpin lain. Saya harap ada sinar kembali yang entah bila," katanya.

Malaysiakini

PENTING!! *Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *

Posted: 17 Apr 2012 10:08 PM PDT


TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAANPERLU ...

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUKBANTAH

Tuntutan Bersih 2.0 :
1.    BERSIH kan Senarai Undi(Daftar Pemilih)
2.    Reformasikan Undi Pos
3.    Gunakan Dakwat Kekal
4.    Akses Media Yang Bebas &Adil
5.    Tempoh Berkempen Minima 21Hari
6.    Kukuhkan Institusi Awam
7.    Hentikan Rasuah
8.    Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan. Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO's. 

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul,pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandanganmereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untukmereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihakkami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dankami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalandengan lancar dan aman. 

CONTACT
Setiausaha Bersih3.0
H/P: 0169670921; 

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan*

1.Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2.Duit-maksimum RM100 sahaja.

3.Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknyaada logo Bersih 3.0

4.Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placardyang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagimengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canonatau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gaspemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak InfluenzaH1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11.Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12.Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13.Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalanPolis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14.Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkansuasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kamiselepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*
1.            Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerjaKerajaan dan Swasta.
2.            Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku,tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3.            Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalangpergerakkan.
4.            Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5.            Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutanBersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6.            Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo partidan organisasi.
7.            Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8.            Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9.            Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis,molotov cocktail dan mercun.
10.         Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11.         Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yangmerbahaya.
12.         Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yangberupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13.         Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarangmasalah. 

*Perkara yang perlu anda lakukansebelum perhimpunan*

1.            Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2.            Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3.            Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan pentingkepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
4.            Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
5.            Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphoneanda tidak dapat dihubungi nanti.
6.            Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
7.            Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan –Dataran Merdeka.
8.            Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksaberbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
9.            Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
10.         Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda bolehmeletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka
11.         Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula. 


*Semasa perhimpunan dan perarakan*
1.            Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tungguarahan dari *Field Commander* yang dilantik
2.            Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program.Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3.            Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *FieldCommander*.
4.            Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5.            Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6.            Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasaperhimpunan berlaku.
7.            Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8.            Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dantidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9.            Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orangkurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10.         Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan halkecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11.         Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi*sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12.         Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13.         Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14.         Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam begplastik yang anda bawa.
15.         Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepadakami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16.         Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atautragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. 

*Selepas perhimpunan*
1.    Pastikan anda bersurai secaraperlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2.    Pastikan sahabat atau saudaradan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkankepada Setiausaha Bersih 3.0.
3.    Jika ada sahabat atau saudaraanda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4.    Jangan tinggalkan apa-apasampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah ataudibawa balik dan dibuang dirumah.
5.    Berikan ucapan terima kasihkepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6.    Jangan lupa sebarkan gambardan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidakhadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di emailSetiausaha Bersih 3.0.

*Apa anda perlu buat jika kumpulanAnti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1.    Jangan pedulikan mereka, diamdan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2.    Jangan menyahut provokasimereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka.Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3.    Jangan hampiri mereka.
4.    Jika mereka bertindak agreasifsecara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5.    Jangan lupa buat laporan Polisterhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6.    Buat rakaman wajah-wajahmereka jika perlu. 

*Apa anda perlu buat jika polis buatprovokasi dan serbuan*
1.    Jangan lari atau keluar dariperhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jikakeluar dahulu.
2.    Jangan bersendirian, pastikananda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buatserbuan atau tembakan water canon.
3.    Duduk jika pimpinan arahkan.
4.    Basahkan tuala anda dengansedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka andadengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarnakuning.
5.    Jangan melawan atau cubabertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6.    Ambil gambar mereka jikasempat.
7.    Buat laporan Polis jika andadikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1.    PengenaIan Anda
2.    Anda cuma perlu berikan nama,kad pengenalan dan alamat sahaja.
3.    Seandainya ditanyasoalan-soaian lain:  Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan?"

Bilakah andaditahan
4.    Anda ditahan apabila anggotapolis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempattersebut atau ingin    membawa anda ke balai polis apabila andadigari

5.    Jika anda tidak ditahan andaboleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk kebalai polis atau tempat lain jika diarahkan.

Bilakah andatidak boleh ditahan
6.    Polis tidak boleh menahan andasemata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis inginmengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1.    Pastikan semua barang-baranganda dikembalikan oleh Polis.
2.    Buat pemeriksaan kesihatanjika ada kecederaan.
3.    Buat laporan Polis jika andadikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4.    Ceritakan  dan rakamkanpada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5.    Jangan lupa catatkan semuayang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya biladibawa ke Mahkamah kelak.
6.    Pastikan anda ingat dan ambilnombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7.    Serahkan pada peguam segalamaklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8.    Jangan lupa solat sunnatsyukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabatseperjuangan.
9.    Jangan menyepi dari perjuanganselepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akanmenyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10.  Teruskan perjuangan bersamasahabat-sahabat lain.
11.  Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebatdan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasaiapa yang anda lalui ketika ditahan. 


*Perhatian!*
1.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undangyang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukanoleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaianatau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhanatau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini 

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunanini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. 

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dankehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dankerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahansistem perundangan dan proces implementasi negara kita. 

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalahmasa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkanberbadanan institusi dan hentikan korupsi. 

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk andasekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadisebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagiandari sejarah ini.

 

Nalini Elumalai
Executive Director of SUARAM
Tel: 03 77843525
Email: detention@suaram.net/enalini_elumalai@yahoo.com
Twitter:
nalinielumalai
Facebook: Nalini Elumalai
 
"DiMana Sahajakita pergi akan mempunyai sahabat sekiranya kita berada dalam perjuangan yangAgung ini"

Najib hantar Peguam UMNO ke New York, London dan Dubai untuk apa ni??

Posted: 17 Apr 2012 08:29 PM PDT


Peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.


Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya – dengan salinan kepada Najib dan Rosmah – supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 semalam.

Saifuddin ketika membacakan surat itu mendakwa, Shafee dilantik bagi pihak kerajaan Malaysia, terutamanya Najib dan isteri, untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum.

Shafee juga akan menjelajah tiga buah kotaraya – New York, London dan Dubai – dan kemungkinan juga Paris dan akan terlibat dalam persediaan perundangan intensif, seperti berunding dengan pelbagai pihak serta saksi mereka, dakwa Saifuddin lagi.

Selain itu Shafee juga akan ditugaskan untuk merangka tuntutan dan afidavit serta dan mewawancara saksi yang berada di New York, London, Paris dan Basel (Switzerland), dakwanya.

Tugasan Shafee itu didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan oleh kerajaan Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, yang sekali gus dijangka menyentuh kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Sharibuu, enam tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam reaksi segera berkata beliau tidak dapat mengulas isu isu sehingga kesahihan surat yang didedahkan disahkan terlebih dahulu - terjemahan oleh Jalan Pulang

*******************************************

PM, wife sent lawyer on 'sensitive legal assignment' abroad, PKR MP reveals


UPDATED @ 07:08:01 AM 18-04-2012 By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, April 17 — A PKR lawmaker exposed in Parliament today a letter allegedly penned by prominent lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (picture) claiming that he has been sent by the Prime Minister and his wife on a "sensitive legal assignment" abroad that "must be completed before the general election".

The letter, according to Saifuddin Nasution (PKR-Machang), was addressed to Chief Justice Tan Sri Ariffin Zakaria, Court of Appeal president Tan Sri Md Raus Sharif Chief Judge Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin on March 23, and seeks for a postponement of Shafee's cases from April 2 to 25.

The lawmaker, who exposed the matter when debating amendments to the Penal Code, read several paragraphs of the letter in his possession.

"We write to Yang Amat Arif on the above matter as we seek to appraise Your Lordships of a specific development whereby Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah has been appointed on behalf of the government of Malaysia, in particular by Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak and Datin Paduka Sri Rosmah Mansor, to undertake a sensitive legal assignment overseas that must be completed before the general elections (which is rumoured to be very soon)," he read.

"The nature of this legal assignment is confidential, at present. But, if required, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah can be present personally to see Yang Amat Arif-Yang Amat Arif for an explanation of the nature of this legal assignment," he added.

According to Saifuddin, the letter also states that as a result of the "assignment", Shafee would have to travel to several cities abroad including New York, London, Dubai, Paris and Basel.

He did not, however, read the letter in full or reveal the purpose of Shafee's alleged "sensitive legal assignment".

Saifuddin connected the matter earlier to the ongoing debates on amendments to the Penal Code by asking if possession of such a document would be considered as detrimental to "parliamentary democracy", a point in the proposed Bill that lawmakers have been locked in debates all afternoon over.

"Would the person in possession of such a document be charged under provisions of it being detrimental to parliamentary democracy?" he asked the House.

Interjecting, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said he would not be able to comment on the issue as he was unsure of the letter's authenticity.

Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee, who was presiding over policy stage debates at the point, then warned Saifuddin to verify the documents in his possession.

"I have done my homework. I am confident of the authenticity of the documents," Saifuddin said in response.

When winding up debates on the Bill later, Nazri told the House that the government had not appointed Shafee for the alleged mission abroad, pointing out that the purported letter had mentioned Rosmah's name.

"This is not a government appointment because the government cannot appoint a lawyer to represent the prime minister's wife," he said.

When asked by R. Sivarasa (PKR-Subang) whether Shafee had then committed an offence by claiming his appointment was by the government, Nazri noted that the latter may have committed "misrepresentation".

"But it is not against the Constitution and has nothing to do with this Act," he said.

He also said it was likely that the matter was merely the personal actions of the prime minister's private lawyer.

Recent media reports have pinned Najib to the ongoing Scorpene submarine sale probe by French authorities, which has also been linked to the case of murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

Altantuya's one-time lover Abdul Razak Baginda, who was said to be a close associate of Najib, was acquitted of a charge of abetting two Special Action Squad members – Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar – to commit the murder in 2006.

The murder was committed between 10pm on October 19, 2006, and 1am the following day at a clearing in Shah Alam's Mukim Bukit Raja.

Last week, Altantuya's father Dr Setev Shaariibuu told a press conference in Petaling Jaya that he had offered himself as a witness in the Scorpene submarine probe, claiming that his testimony would be able to "connect the dots" between her death and the Scorpene" case, which will be heard in a French court soon.


The Malaysian Insider

Pinjaman PTPTN: Kroni Najib jugak yang untung rupanya...

Posted: 17 Apr 2012 05:00 PM PDT


Tahukah anda  Kolej Masterskill pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta dari pinjaman PTPT,  untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta?


Tahukah anda bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin  Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak?

Kalau tak tahu baca pendedahan di bawah...
 
Pemansuhan PTPTN: Satu ancaman kepada Kapitalisme

Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN.  Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.

Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan.  Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan.  Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?

PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%.  Kini kadar faedah bunganya ialah 1%. 

Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut.  Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.

Walau apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman?  Jawapannya hanya satu.  Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan swasta.  Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD. 

Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama?  Siapa yang benarkannya?  Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?


Siapa yang untung di sini?  Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia!  Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia?  Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta. 

Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin  Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak.  Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta.  Siapa yang merasai keuntungan ini?

Di pihak yang lagi satu?  Anak muda kita yang menuntut kursus kejururawatan ini.  Apakah nasib mereka?  Statistik menunjukkan lebih kurang 37,000 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut di IPTS tetapi pasaran swasta hanya memerlukan 1,400 orang setahun.  Jika 37,000 penuntut ini dibahagi tiga untuk nilai keluaran ke pasaran setiap tahun, maka lebih kurang 12,000 pelajar ini akan membanjiri pasaran untuk 1,400 peluang pekerjaan.  

Apakah nasib mereka yang tidak mungkin akan mendapat kerja? Bukankah ini satu skandal/penipuan kepada anak muda kita hanya semata-mata untuk mencarikan keuntungan melalui peruntukan PTPTN kepada adik beradik dan anak-anak VIP kita.

Siapa yang untung?  Satu kalkulasi ringkas menunjukkan untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta.  Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain.  Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek koperat.  Siapa yang untung?  Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?

Pembocoran skandal ini oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma yang diterajui oleh Pemuda Sosialis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput masih tidak mendapat jawapan atau reaksi daripada pihak berkuasa.


Satu lagi persoalan yang sepatutnya popular ialah mengapa kerajaan memberi reaksi yang keterlaluan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya?  

Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan dengan kenyataan pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera.  

Sebenarnya semua sebab-sebab ini tidak mendapat reaksi yang sepatutnya kerana Laporan Audit oleh pihak kerajaan sendiri menyatakan ketirisan pengurusan kerajaan akibat korupsi, kronisma dan penyalahgunaan kuasa, mencecah hampir RM28 billion untuk setiap tahun.  Maka apakah sebabnya reaksi sebegini?

Kerajaan telah mengumumkan pojek perkongsian dengan sektor swasta untuk sistem pendidikan dan perkhidmatan awam lain melalui Rancangan Malaysia ke-10.  

Walaupun projek "penswastaan" pendidikan ini tidak diheboh-hebohkan, beberapa siri tindakan lanjutan telah diambil termasuk pembinaan ribuan tadika di bawah projek Permata (idea Rosmah) dan pemberian kuasa autonomi kepada universiti tempatan dan sekolah. 

 Antara kuasa yang diberikan ialah kemasukan penaja swasta ke sekolah dan universiti.  Maka, kuasa tambahan yang diberi termasuk penentuan yuran, pemilihan pelajar dan pendidik serta pengrekrutan tenaga kerja sokongan (pekebun,penjaga keselamatan dan sebagainya).


Isunya, pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN dan lidah korporat ternganga-nganga untuk menghisap keuntungan yang bakal disajikan.  

Maka, propaganda pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jelas satu ancaman kepada cita-cita mereka.  Maka, dicucuk boneka-bonekanya di kerajaan untuk bangun menentang tuntutan populis tersebut.  Rakyat pada umumnya dan anak muda /mahasiswa memang terpikat dengan idea pemansuhan PTPTN dan ini jelas meruncingkan kepentingan golongan koperat.

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menghebohkan sistem pendidikan negara akan terbebas daripada cengkaman pasaran/pemodal (baca = mereka masih belum bersedia), sekurang-kurangnya penerapan idea reformis untuk pendidikan percuma / penghapusan PTPTN adalah terlalu dialu-alukan pada ketika ini dan mendapat sokongan penuh daripada Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Apa yang kami impikan ialah satu sistem pendidikan percuma yang bebas daripada pasaran/pemodal selaras dengan tuntutan umum "Pendidikan Bukan Untuk Diniagakan".

Anak Muda Kuasa Perubahan

*Karthiges ialah Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma.


Merdekareview

Ibrahim Ali suruh Mahasiswa berkhemah di rumah Anwar..

Posted: 17 Apr 2012 10:01 AM PDT


Berbeza dengan kenyataan bodoh Presiden Perkasa, DatukIbrahim Ali yang menyarankan para mahasiswa supaya berkhemah di rumah DatukSeri Anwar Ibrahim bagi membantah pemansuhan pinjaman PTPTN Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullahberkata itu adalah hak mereka.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan FMTmalam tadi, Timbalan Menteri tersebut menegaskan bahawa pelajar yang telahberkhemah di sana semalaman sejak Sabtu mempunyaisetiap hak untuk menyuarakanpendapat mereka mengenai isu yang "dekat di hati mereka".

"Memandangkan bahawa pihak polis tidak mengambilapa-apa tindakan, bacaan saya dalam tindakanMahasiswa itu adalah bahawa iaadalah tidak menyalahi undang-undang,"katanya.

"Dania adalahhak mereka, walaupun saya sendiripercaya bahawa PTPTNadalah masih relevan dan hanya perlu penambahbaikan."

"Sama ada atautidak ramai pelajar yang mendapat sokongan daripada rakan-rakan mereka atau jenis yang sama sentimen daripadaorang ramai adalah suatu perkara lain. Saya tidak mengatakan sayabersetuju mereka perlu berada disana tetapi ia adalah hak mereka dan sayamengenalinya. "

Pendirian Saifuddin akan dilihat sebagai menyokong berbanding dengan Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin, yang semalam mencabarpelajar untuk memulangkanwang pinjaman yangkini digunakan untuk membiayai pendidikan mereka jikamereka tidak begitu berpuas hati dengan - sepenuhnya sila baca di  ( SINI )

Dibawah ini ialah kenyataan Presiden PERKASA...

Berkhemahlah di rumah Anwar, kata Perkasa kepada mahasiswa

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyarankan para mahasiswa berkhemah di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau mendakwa saranan itu wajar memandangkan Anwar merupakan individu yang meluluskan PTPTN ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.

"Jika mereka (kumpulan mahasiswa) nak tunjuk perasaan buat dirumah Anwar dan ibu pejabat PKR.

"Ini kerana Anwar yang perkenalkan PTPTN dan meluluskannya pada November 1997 ketika menjadi pemangku Perdana Menteri sewaktu Tun Dr Mahathir (Mohamad) bercuti," dakwa beliau.

Lihat Hansard Parlimen di SINI

Menurut beliau, tindakan kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi dengan berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, turut disifatkannya sebagai kurang mendapat didikan daripada ibu bapa.

Katanya, tindakan sedemikian juga hanya bersifat peribadi dan mencemarkan nama baik mahasiswa.

"Nak tunjuk berani tak bertempat dengan perilaku meletakkan gambar Perdana Menteri dan Khaled Nordin dengan kalungan bunga seolah-olah mereka mati.

"Tindakan ini biadap, jika nak berhimpun…..himpunlah. Tak malu ke buat himpunan sebab tak nak bayar hutang? Tapi kalau nak berjuang mengenai kemiskinan atau isu-isu lain tak mengapa.

"Ada dalang disebalik mereka ini. Malahan kalau kita tengok yang berucap pun kita tahu ada kena mengena dengan pembangkang.

Mahasiswa lain pun kutuk perbuatan mereka," katanya yang juga bekas pimpinan pelajar pada 1970-an dahulu.

Sementara itu pada 16 April lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencabar kumpulan mahasiswa berkenaan supaya memulangkan semula pinjaman itu jika mahu berdemonstrasi.

Beliau berkata kumpulan terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak mahu pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

Free Malaysia Today

Tiada ulasan: