Selasa, 24 April 2012

shalehudin

shalehudin


Potong stim betoi la Amoi nie...

Posted: 24 Apr 2012 09:00 AM PDT

Po Kuan dan Nie Ching ni potong stim betui la...

Kemarin aku buat posting pasai khabar angin yang kata bukan saja Kit Siang tapi juga Pong Po Kuan dan juga Teo Nie Ching akan bertanding di Johor.

Aku cukup yakin puak-puak Umno dah kecut perut dengar berita tu. Mau tak kecut perut pasai depa mungkin kalah di negeri kelahiran Umno sendiri, negeri yang selama ni boleh dianggap fix deposit untuk Umno

Kalau betul depa bertiga bertanding di Johor macam yang aku tulis kemarin, memang tak mustahil DAP boleh tingkatkan sokongan orang cina sampai ke tahap 90%. Kalau sampai ke tahap tu memang confirm Umno BN tumbang di Johor.

Tiba-tiba hari ni Harakahdaily keluarkan laporan macam lain pulak.


[Sumber: Hrkh]

Memang potong stim betul la Po Kuan dan Nie Ching ni, kalau ada yang dah berangan-angan nak aim Ketua kampung tentu jadi terencat.

Apa pun, kita tak boleh salahkan Po Kuan dan Nie Ching. Depa bukan boleh mudah-mudah nak tukar kerusi macam tu saja. Setiap kerusi tu aku yakin dah ada 'tuan punya' walau pun belum rasmi lagi.

Lain la kalau macam pilihanraya sebelum-sebelum ni, orang tak berapa kisah sangat kalau tak bertanding pun, tambah-tambah di kerusi yang pada sejarahnya kalah dengan majoriti berbelas ribu kalau pun tak berpuluh ribu.

Pilianraya kali ni berbeza pasai peluang untuk rampas negeri dan pusat cukup cerah. Kalau tak menang pun takpa, janji bertanding, walaupun kalah tentu ada mana-mana bahagian ghanimah yang boleh dapat tak kira diperingkat negeri atau pun di peringkat pusat.

Bahkan aku langsung tak heran kalau ada yang sampai tahap sanggup berperang untuk pastikan nama dia atau nama 'bos' dia naik jadi calon.

Cenangau Daunkari

Boleh mati pucuk Najib kena soklan nie... hehe...

Posted: 24 Apr 2012 08:30 AM PDT

2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'

PERMATANG PAUH: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.

Soalan pertama adalah kenapa harga minyak boleh diturunkan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara sedangkan ketika Barisan Nasional (BN), bukan hanya mustahil untuk diturunkan, malah berdepan kenaikan setiap tahun.

Soalan kedua kata Anwar, bakal ketua pembangkang itu akan ditanya adakah Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Rakyat.

"Dua soalan itu pasti menjadi fokus utama takkala Najib menduduki kerusi Ketua Pembangkang.

"Wartawan seluruh dunia inginkan penjelasan Najib yang selama ini memberitahu rakyat bahawa kerajaan pimpinanya akan kekurangan wang ataupun boleh bankrap jika mengisytiharkan penurunan harga minyak, " kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Permatang Pauh di Taman Cermai, Sama Gagah, semalam.

Menurutnya, dua soalan itu sudah memadai untuk Najib 'kecut perut' kerana selama ini dia membohongi rakyat semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan hegemoni BN.

Adalah mustahil kata Anwar, jika pendapatan Petronas RM80 bilion setahun tidak boleh membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak.

"Najib bila kena soalan itu pasti kecut perut sebab nak kata sokong takut Umno marah, (kalau) kata tak sokong rakyat marah.

"Begitu juga dengan persoalan tentang adakah negara akan bankrap kalau minyak diturunkan. Najib akan jadi serba salah, " ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mengulas isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anwar turut membawa contoh sikap Perdana Menteri Turki.

Menurutnya, apabila perdana menteri Turki berjaya memerintah negara, beliau membuat perubahan dengan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dan berbeza dengan pemerintahan sebelum ini.

Adalah satu kelemahan besar bagi perdana menteri Turki jika tidak mampu berikan pendidikan percuma pada anak bangsanya.

Namun kata Anwar, Perdana Menteri Malaysia langsung tidak timbul perasaan belas kasihan terhadap pelajar yang terpaksa menanggung hutang untuk belajar.

"Perdana Menteri Turki kata dia nak letak muka di mana jika tidak boleh berikan pendidikan percuma pada rakyat sebab ramai yang berada di pedalaman Turki tidak mampu.

"Cara hutang menghadkan rakyat yang miskin memasuki univesiti. Itu baru sikap seorang pemimpin " terangnya diikuti laungan reformasi beberapa kali.

Turut serta berucap dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.- Harakahdaily

SIRI GEMPAQ: Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2012 05:50 AM PDT

Aziz Bari sahkan akan bertanding dibawah Logo PKR!

Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari mengesahkan beliau akan bertanding di Kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah lambing PKR pada PRU13 ini.

Pakar perlembagaan yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 54 tahun itu memberitahu sejak tiga bulan kebelakangan ini beliau sibuk menemui masyarakat di Sabak Bernam, bandar kelahirannya.

"Banyak kali, sebelum ini, saya telah ditawarkan untuk bertanding oleh DAP, PAS, PKR, pada tahun 1999 dan pada tahun 2007 juga, tetapi saya tidak fikir saya sudah bersedia atau sesuai pada masa itu ," kata Abdul Aziz dalam satu temu bual baru-baru ini.

"Tetapi sekarang saya rasa masa yang sesuai. Saya telah bersara dari pekerjaan yang selesa yang sukar untuk meninggalkannya, dan memandangkan saya telah ditawarkan untuk bertanding sebagai calon, saya hanya mahu menyumbang. Saya kini bersedia untuk berkhidmat.

"Kini tiada sebab untuk saya tidak menyertai pertandingan, keadaan menyebabkan saya tidak boleh mengatakan tidak," katanya.

Abdul Aziz berkata beliau tidak pasti mengapa dia telah dipilih tetapi mengandaikan bahawa mungkin beliau dianggap sebagai calon yang sesuai kerana kedudukan dalam masyarakat.

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi.

Manakala dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

WAJIB TENGOK: Video yang buatkan Rosmah kencing tak lawas... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2012 01:00 AM PDT

Anak Ghafar Baba tuuu.... kahkahkah...
Habis la UMNO... kahkahkah...
Habis la Rosmah... kahkahkah...

Patut la Rosmah tak berani nak bubar parlimen... kahkahkah...

ALA KOBOI: Tengok sendiri tunang ditikam bertubi-tubi

Posted: 23 Apr 2012 11:00 PM PDT

Gambar: Rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Indra Asrul, mangsa yang ditikam bertubi-tubi.

Dibunuh 10 jam sebelum nikah

JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut dibunuh di depan tunangnya sendiri, 10 jam sebelum mereka dijadualkan berkahwin, dalam kejadian di rumah kedai Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, dekat sini.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam berulang kali oleh tiga individu yang dipercayai warga Myanmar.

Lebih menyedihkan apabila kejadian terbabit disaksikan tunangnya yang dikenali sebagai Sharina, 26, malah mangsa dikatakan meninggal dunia di pangkuan bakal isterinya itu.

Sharina berkata, beliau dalam keadaan trauma selepas menyaksikan sendiri bagaimana Indra ditikam bertubi-tubi dengan kejam.

"Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi.

"Berikutan kejadian itu, Indra kemudian pergi berjumpa mereka bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga berlaku perselisihan," katanya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam.

Katanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku.

"Saya berpindah sejak beberapa hari yang lalu namun, kembali semula ke rumah itu kerana mengambil wang deposit rumah dan beberapa barang lain.

"Bagaimanapun, ketika kami sedang menaiki tangga untuk ke rumah terbabit, tiba-tiba pasangan warga Myanmar itu dan seorang lagi lelaki menarik tunang saya dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum menikamnya dengan sebatang besi," katanya.

Sharina berkata, kejadian itu mengejutkannya kerana berlaku beberapa jam lagi sebelum mereka diijab kabul selepas berkenalan beberapa tahun kerana bekerja di kilang yang sama. -BH

Meluat sungguh aku ngan mamat sekoq nih... ngeee...

Posted: 23 Apr 2012 09:00 PM PDT

Ibrahim Ali si 'Kodok'?

Oleh: abulhaafiz

Setiap kali membaca kenyataan Ibrahim Ali dalam media, entah kenapa rasa meluat yang teramat sangat. Ramai yang memberi jolokan 'katak' kepadanya lantaran sifatknya yang suka melompat parti. Terfikir juga macamnana la orang seumpama itu boleh diangkat sebagai seoarang presiden kepada sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan nasib orang melayu.

Teringat lagi semasa Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas. Dalam setiap siri ceramahnya, si Ibrahim Ali ni selalu puji Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah sebelum tu tak pernah beliau bermusuh dengan Tuan Guru. Maklumlah dia dapat bertanding di Pasir Mas atas belas kasihan daripada YAB Tuan Guru. Tuan Guru yang kutip dia di jalanan setelah sekian lama merempat.


Namun kini, Ibrahim Ali sekali lagi secara terang-terangan menentang pentadbiran YAB Tuan Guru. Memang tak takut kena panah petir sungguh. Terbaru kenyataannya dalam Utusan Melayu yang menggesa Kerajaan Negeri Kelantan bagi pendidikan percuma kepada semua pelajar di institusi pengajian di bawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Sangat kurang ajar sikapnya dengan Tuan Guru.

PRU 13 dah tak lama. Sama-sama kita lihat apa nasib si 'kodok' ni.

WAJIB BACA: Sedap betoi artikel nie...

Posted: 23 Apr 2012 07:00 PM PDT

Dari Perlis ke Sabah: Warisan Umno – penuh kekecewaan dan kegagalan

Pada bulan Mei 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala telah mengejutkan negara dengan mengumumkan bahawa Malaysia akan muflis menjelang 2019 jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi dan mengekang pinjaman. Menjelang akhir 2011, hutang Negara kita adalah pada RM460 bilion dan masih meningkat.

Kemudian kami telah dikejutkan dengan penemuan oleh pemikir ekomik MIER pada Januari 2012 bahawa jika tiada apa yang dilakukan untuk membalikkan trend semasa dalam perbelanjaan kerajaan dan pendapatan, ekstrapolasi mencadangkan bahawa hutang negara Malaysia akan meletus kepada 100peratus daripada KDNK menjelang 2019.

Tetapi UMNO-BN masih tidak peduli tentang perkara itu, malah diabaikan sama sekali. Sepanjang itu kita terkejut dan masih berasa jijik mengenai kejatuhan RM250juta NFC, yang didedahkan Ketua Pembangkang parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita semua juga biasa dengan skandal tidak terkira banyaknya yang dibuat oleh UMNO-BN dalam tempoh 56 tahun lalu di peringkat kebangsaan, tetapi tidak banyak yang telah ditonjolkan pada peringkat negeri, seolah-olah semuanya baik di sana.

Sesungguhnya, ia adalah jauh dari baik dan salah tadbir oleh kerajaan UMNO-BN yang tidak bertanggungjawab telah sebenarnya meninggalkan kesan yang kekal dan negatif di setiap negeri di Malaysia. Malah, UMNO-BN telah membebankan rakyat di setiap negeri dengan beberapa masalah.

Kejayaan, genangan atau kegagalan yang mengecewakan?

Seperti satu ayat dari lagu patriotik berbunyi, "Dari Perlis hinggalah ke Sabah,kita sudah Berjaya ...", marilah kita berjalan melalui satu demi satu negeri dan lihat bagaimana sebenarnya prestasi masing-masing. Bolehkah mereka mendakwa mereka 'Berjaya'?


Perlis adalah sebuah negeri kecil tanpa sebarang sumber asli. Selain menangkap ikan, sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan pembangunan tidak lancar. Perlis tidak membangun dan tidak mempunyai wang sendiri yang cukup, rakyat Perlis merupakan tebusan untuk terus mengundi UMNO supaya ia bertahan. Pada satu masa, majlis perbandaran Kangar tidak mempunyai wang untuk membayar sewa pejabat mereka dan mahkamah mengarahkan bangunan itu untuk ditutup. Kerja-kerja diladang tebu dan tembakau semuanya telah diisi dan tenaga tambahan hanya diperlukan secara berkala. Ramai rakyat Perlis merupakan penganggur dan usaha-usaha oleh UMNO untuk menyediakan pekerjaan berakhir hanya dengan memperkayakan kroninya.


Kelantan, sejak dinafikan royalti minyak daripada Petronas oleh UMNO, harus bertahan dengan kebijaksanaan sendiri. Dua puluh enam tahun selepas dijanjikan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai oleh kerajaan Persekutuan, Kelantan pimpinan PAS telah memutuskan untuk meneruskan dan membinanya sendiri. Pada tahun 1980-an Kelantan pada mulanya dinafikan baja untuk petani padi, dan kemudian royalti minyak. Walaupun dana yang diberikan kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah air bukan geran persekutuan, tidak seperti di semua negeri UMNO-BN, tetapi ialah pinjaman dan perlu dibayar balik. Walaupun UMNO mengisytiharkan dirinya berjuang untuk bangsa, agama dan negara, Kelantan yang merupakan tanah air Melayu telah dinafikan semua bantuan dan manfaat oleh UMNO.


Terengganu juga mengalami masalah yang sama dengan UMNO berkenaan royalti minyak apabila ia telah diperintah oleh PAS tetapi walaupun selepas menerima royalti yang kini, tidak banyak pembangunan sama ada disebabkan oleh perbelanjaan yang tidak masuk akal ke atas projek-projek mega seperti stadium sukan RM292juta di mana bumbung telah runtuh dan terpaksa dirobohkan semuanya. Persengketaan antara bekas menteri besar Idris Jusoh dan pemimpin semasa Ahmad Said juga tidak membantu. Terengganu tidak mendapat manfaat banyak dari Piala Monsun, salah satu projek Idris. Kos menganjurkan acara kapal layar antarabangsa adalah RM300juta pada mulanya dan telah melonjak. Ia kelihatan seperti royalti minyak yang diterima oleh Terengganu telah digunakan untuk memperkayakan pemimpin UMNO.


Kedah, yang dipimpin PAS, adalah sebuah negara pertanian, terutamanya mengusahakan padi. Kedah tidak mempunyai kekayaan sumber semula jadi selain daripada tanah.Tetapi selepas usaha gagal UMNO untuk membangunkannya, Kedah bukan lagi "Jelapang Padi" Malaysia dan penanam bergantung pada Bernas, sebuah firma yang memonopoli perdagangan beras dan dikawal oleh kroni terkemuka UMNO.

Tanah padi Kedah telah ditukar kepada tanah kediaman, perdagangan dan perindustrian dan di sepanjang jalan, kroni UMNO memperkayakan diri mereka daripada pemindahan hak milik tanah dan projek pembinaan manakala pekerja kilang dibayar gaji rendah. Tuan-tuan tanah yang sebelumnya telah menghabiskan wang mereka dan mereka juga perlu mencari sumber pendapatan lain; ramai telah beralih kepada nelayan dan perlu bersaing dengan orang Thai. Budaya asal negeri Kedah telah berubah.

Program-program pembangunan yang diusahakan oleh UMNO mengubah penyumbang utama kepada KDNK daripada pertanian kepada pembuatan. Ini dengan sendirinya bukannya masalah tetapi pembuatan kini telah menjadi sangat kompetitif dan pelabur akan pergi ke tempat lain untuk menjimatkan kos dan mengekalkan keuntungan. Jika anda melawat POLIMAS di Jitra, kilang-kilang biru yang terbengkalai adalah satu bukti kepada ini.

Walaupun ketika pemerintahan Mahathir Mohamad, dengan kilang-kilang dan industri berat seperti Perwaja Steel dan kilang pemasangan kereta, pekerjaan adalah terhad. Kerajaan PAS sekarang telah mewarisi Kedah yang diurus dengan teruk daripada UMNO-BN dan telah berjaya untuk menguruskannya dengan baik untuk mendapatkan No. 5 daripada 13 buah negeri dalam mengejar bagi pelaburan langsung asing. Selangor dan Pulau Pinang - dua lagi negeri Pakatan Rakyat - mengungguli senarai itu.


Penang, yang dipimpin DAP, telah dinafikan pembiayaan persekutuan dan dibiarkan untuk membangunkan infrastruktur sendiri. Seperti Kelantan, Pulau Pinang harus mencari jalan untuk membina semula ekonomi, manakala nasib jambatan kedua Pulau Pinang telah ditinggalkan bergantung pada UMNO. Malah keputusan untuk memperuntukkan RM50juta ke Pulau Pinang untuk tujuan pemuliharaan telah bertukar, dengan menteri kerajaan persekutuan Rais Yatim berkata bahawa wang yang dijanjikan adalah 'salah faham'. Industri pelancongan di Pulau Pinang juga telah dipinggirkan oleh Kementerian Pelancongan persekutuan.


Perak telah mengalami pencemaran nadir bumi dan salah satu mangsanya meninggal dunia baru-baru ini - satu peringatan yang suram bagi kita semua. Malah getah yang dahulunya sejahtera dan industri perlombongan timah di Perak, yang sepatutnya mendapat manfaat daripada ledakan dalam harga komoditi global baru-baru ini gagal untuk melihat kebangkitan semula langsung. Sekarang, perlombongan bijih timah adalah hanya sebahagian kecil ekonomi negeri Perak. Getah juga telah digantikan dengan kelapa sawit, tetapi tanaman ini menghadapi persaingan sengit dari beberapa minyak masak lain yang dihasilkan di peringkat antarabangsa. Hutan di Perak, dahulunya sumber kayu yang terhad, seolah-olah telah hilang.


Pahang kini dibebani oleh kilang penapisan bumi Lynas. Kerajaan Najib nampaknya tidak peduli tentang potensi risiko radioaktif kepada rakyat di negeri asalnya sendiri. Wang telah bertukar tangan. Timbul percakapan bahawa deposit misteri RM50juta dibayar olehLynas tetapi tidak ada seorang pun seolah-olah tahu siapa yang atau agensi mana yang menerima wang tersebut. Hutan di Pahang juga telah hampir lenyap dan ia tidak berupaya lagi untuk membangunkan ekonomi walaupun royalti besar yang diperolehi daripada aktiviti penuaian kayu masa lalu.

Walaupun terdapat kasino di Genting Highlands dan sayur-sayuran di Cameron Highlands, ia adalah amat membingungkan kenapa Pahang masih mempunyai wang yang tidak cukup dan Lynas perlu masuk campur. Adakah ia disebabkan keadaan terdesak dan ketamakan yang menyebabkan Lynas telah dijemput ke Pahang kerana sumber pendapatan lain negeri ini telah lama telah disedut keluar dan habis digunakan.


Malacca dibebani dengan pelbagai projek besar yang gagal yang telah ditutup oleh Ketua Menteri Ali Rustam. Pelaburan yang besar dalam beberapa projek yang terperangkap dengan kerosakan, dan kerajaan tidak berjaya mendapatkan pulangan yang baik seperti yang diharapkan; iaitu ferris wheel - Eye On Malacca yang harus disingkirkan, monorel yang kerap rosak yang telah menyebabkan ramai pelancong terkandas, litar Go-kart yang rakyat tidak berminat dengannya, planetarium Melaka yang terlalu mahal gagal untuk menarik ramai pengunjung kecuali semasa cuti, lanjutan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam yang membazir, dan Bandar Arab yang tidak lengkap dan gagal untuk menarik pengunjung .

Idea gagal Ali Rustam adalah begitu teruk projek-projeknya terpaksa ditutup, ini adalah mengapa ramai orang tidak sedar bahawa semua ini sebenarnya bermaksud untuk membawa Melaka ke hadapan ekonomi negara. Tetapi wang telah dibelanjakan, dengan tiada atau sedikitpun untuk ditunjukkan? Mungkinkah disebabkan rasuah juga?


Negeri Sembilan tidak mendapat manfaat daripada RM250juta Pusat Fidlot Negara, walaupun negeri itu telah memberikan tanah kepada projek penternakan lembu. Kerajaan Negeri Sembilan tidak mampu untuk membesarkan jalan dari Kuala Pilah ke Seremban yang sentiasa sesak dengan lalu lintas. Bandar tentera Port Dickson yang dijanjikan oleh ADUN Bagan Pinang, iaitu bekas Menteri Besar Isa Samad, telah gagal. Kerajaan negeri tidak mampu untuk memegang Pesta tahunan Port Dickson kerana kekurangan dana, apa lagi 'bandar tentera' Isa.

Industri pelancongan dan infrastruktur yang diperlukan untuk menerajuinya telah berhenti walaupun Jabatan Pelancongan Negeri Sembilan menganjurkan kempen promosi yang mahal di Putrajaya tahun lepas yang telah dikritik sebagai melampaui batas dan membazir. Skim FELDA di Jelai, Palong dan Bukit Jazeera tidak banyak berubah dan banyak peneroka generasi kedua bergerak keluar. Kawasan perindustrian di Senawang dan Nilai perlahan dan pembangunan yang amat dipuji di Nilai kerana berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur, LCCT dan Litar Formula One telah menyebabkan banyak rumah yang tidakterjual dan dibiarkan kosong.


Selangor, yang dipimpin PKR, sedang disabotaj oleh Syabas, pemegang konsesi bekalan air yang dimiliki oleh ahli kanan UMNO Rozali Ismail. Syabas tidak mampu untuk menyelesaikan kehilangan air akibat kebocoran. Nampaknya motif tersembunyi ialah untuk memaksa Selangor membeli air dari Pahang sebagai projek pemindahan air, yang boleh dilaksanakan, bertukar menjadi skim membuat wang untuk UMNO dan kroninya. UMNO juga berharap bahawa masalah kekurangan air akan menyebabkan rakyat Selangor marah dengan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang. UMNO juga mengurangkan tabung negeri semasa pentadbiran bekas menteri besar terhina Khir Toyo, dan penyedutan wang oleh kerajaannya masih berterusan.


Johore berada di bawah kepungan warga asing di Wilayah Iskandar dan itu akan membuat segala-galanya mahal kepada penduduk tempatan. Disebabkan Iskandar adalah kawasan yang besar, rakyat luar bandar juga akan terjejas oleh kenaikan kos sara hidup kerana sebarang sumber pendapatan yang dipunyai penduduk luar bandar sekarang tidak akan mampu untuk berhadapan dengan peningkatan harga. Rakyat di Johor telah terpedaya dengan pelbagai projek mega seolah-olah ia kepunyaan mereka. Hakikat sebenar ialah ini digalakkan oleh kerajaan persekutuan untuk memberi manfaat kepada pelabur asing dan sudah tentu kroni-kroni mereka yang merupakan mereka yang akan mendapat kontrak untuk membangunkan dan membina Iskandar, bukan Johor. Apa yang penduduk tempatan akan ialah saki-baki sebenarnya.


Sarawak menjadi tebusan bagi Taib Mahmud dan UMNO-BN tidak melakukan apa-apa tentang itu. Taib Mahmud telah menjadikan Sarawak harta peribadinya sendiri dan orang asli dan penduduk tempatan lain dianggap tidak berotak dan tiada kebolehan untuk berjaya atau tidak layak mendapat mana-mana bantuan dan peluang dari kerajaan negeri. Taib telah sombong menegaskan bahawa Sarawak adalah hanya untuk orang-orang yang mempunyai otak, tidak perlu dikatakan bahawa orang-orang yang layak mestilah dari kalangan keluarga, saudara-mara dan kroninya!


Sabah adalah negeri yang termiskin di Malaysia. Bank Dunia di Washington telah mengesahkan melalui kajian baru bahawa Sabah bukan sahaja negeri yang termiskin di Malaysia tetapi ia adalah mungkin kekal sebegitu untuk tempoh masa yang agak lama kerana usaha-usaha semasa yang lemah dalam membasmi kemiskinan. Pekerjaan adalah sukar didapati di Sabah dan ia dibanjiri oleh sekurang-kurangnya 200,000 pendatang tanpa izin. Ramai pakar menganggarkan angka itu untuk meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda dan dengan itu pendatang tanpa izin akan menentang rakyat negeri untuk sebarang rezeki yang jatuh dari meja UMNO-BN.

Bagaimana pula dengan yang berjaya?

Sudah tentu ada kejayaan, tetapi ini adalah sokongan minimum yang UMNO-BN telah berikan kepada setiap negeri untuk menenangkan rakyat. Jalan raya, sekolah, hospital, perumahan, bekalan air paip dan bekalan elektrik adalah keperluan. Kemudahan ini juga adalah kewajipan yang patut disediakan oleh UMNO-BN tetapi gabungan itu tidak melihatnya begitu. Kepada pemimpin UMNO-BN, ini adalah semata-mata kemurahan hati dan kecekapan mereka dan negeri-negeri harus bersyukur kepada mereka bagi keperluan asas dan terus mengundi mereka kembali berkuasa.

Walau bagaimanapun, ia kelihatan seperti musim berusia 56 tahun UMNO-BN di Malaysia akhirnya berakhir. Rakyat kini sedar bahawa apa sahaja pencapaian di setiap negeri tidak tahan lama. Mereka juga tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada semua wang yang kononnya 'dilabur' bagi pihak mereka oleh UMNO-BN supaya anak-anak mereka dan generasi akan datang akan sentiasa mempunyai sesuatu untuk bergantung. Ia kelihatan seperti tiada apa pun dan setiap orang dari Perlis ke Sabah -kecuali negeri-negeri Pakatan Rakyat - akan perlu bermula dari awal sekali lagi.

Malaysia Chronicle

BERGAMBAR: Muka2 cari makan pecacai AMNO...

Posted: 23 Apr 2012 05:00 PM PDT

Puak-Puak Ni La Yang Dok Support Perjuangan Umno!!

Oleh: siasahkini

"Adun Sungai Rapat, Kak Midah Osman menjadi penaung artis-artis yang sedang bergiat melalaikan umat Islam di negara Ini.

Team yang digelar Barisan Artis Nasional (BAN) ditubuhkan sebagai platform penggiat seni membantu mana-mana kerajaan negeri mempromosikan pelbagai produk pelancongan, kata Presidennya Datuk Mizal Zaini.

Mungkin lepas ni kalau kalah dia nak mintak jadi senator dan nak jadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menggantikan Rais Yatim. hehehehe...

Hamidah dengan AC Mizal ni sangat akrab dan susah sangan nak direnggangkan. Macam tak ada artis lain.. Adakah ada perjanjian selepas masuk UMNO??

Batu Gajah Mari

 
 
 

WAJIB BACA: Che'gu Bard masih ada BISA...

Posted: 23 Apr 2012 03:00 PM PDT

500 RIBU KITA BERHIMPUN BANTAH

LIMA HARI MENJELANG BERSIH 3.0 - AZIZ HARIS LETAK JAWATAN

1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama.

Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 . Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.

2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan.

Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih.

Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.

4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya.

Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.

5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama.

SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.

Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.

7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.

8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.

9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.

28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka - Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.

Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

WAJIB TONTON: Menteri wanita ada belalai... kahkahkah...

Posted: 23 Apr 2012 12:00 PM PDT

UMNO, kuasawan yang telah naik sawan.... kahkahkah...

Tiada ulasan: