shalehudin |
- TERHOT: Anwar demam terkejut... kahkahkah...
- Zahid U Turn kat double line daa... kahkahkah...
- GEMPAQ LAGI: Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah...
- CARI SAKIT: Hang kalut nak lari dari Polis tu pasai apa?
- Pecacai UMNO mesti bangga gila ngan dia nie... kahkahkah...
- TERHOT: Najib pucat lesi... kahkahkah...
- TAHNIAH!! Najib dah lantik Melayu... kahkahkah...
- Jom ramai2 semayangkan mayat Umno... hehe...
- WAJIB TONTON: Ikhlas Untuk UMNO...
- Dah macam pekan koboi daa...
TERHOT: Anwar demam terkejut... kahkahkah... Posted: 23 Apr 2012 10:00 AM PDT Anwar Gigil Kena Tibai ? Oleh Elanis Salam. Kesian kita terhadap Anwar Ibrahim, nampaknya kali Anwar akan kena tibai teruk oleh geng bekas pengasas PKR. Anwar tentu sedang risau sekarang. Geng ini bukan calang-calang pemimpin, dan mengikut Mursyidul Amnya Muhammad Zahid Mat Arip, mereka meyokong Umno dan ditunjangi Perkasa. Nampak harmonis gerakan menentang Anwar ini, Ibrahim Ali melalui Perkasa memperkuda geng bekas PKR ini untuk Tibai Anwar. Kata Muhammad Zahid, Tibai akan bergerak dan menumpukan kekuatan mereka di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan. Mereka juga akan berada dalam setiap ceramah Anwar mulai 22 April ini. Malang sungguh Anwar, baru-baru ini Geng Nalla cuba membunuh karektor Anwar dengan dakwaan Anwar seorang biseksual, dan bagi mereka, Anwar tidak layak jadi pemimpin. Namun geng Nalla ini dah mula menyepi. Anwar tetap juga berceramah, dan tetap juga berada dalam majlis-majlis antarabangsa untuk menyampaikan ucapan. Kini, giliran Tibai pula. Apakah isu-isu yang dijangka akan dikupas oleh mereka? Kita jangkakan isu-isu pokok mereka ialah: a) Anwar kaki sex - seorang biseksual - mereka akan ulang balik Liwat 1 dan Liwat 2, dan video sex trio. b) Anwar pengkhianat Melayu - menjadikan Malaysia negara republik, hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan, dan menerapkan fahaman Malaysian Malaysia. c) Anwar pengkhianat Pas - menyerap Anwarinas dalam Pas dan mengurangkan pengaruh ulamak dalam Pas. d) Anwar tunduk kepada DAP dan trojan horse DAP. e) Anwar agen Barat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu yang didokongi Umno. f) Anwar berfahaman agama pluralisme. g) Polisi ekonomi Anwar akan mengbankrupkan ekonomi Malaysia. h) Anwar penghasut golongan muda dan mahasiswa supaya menentang kerajaan Umno yang selama ini membela Melayu melalui pendidikan. Pemikiran politik geng ini amat mudah. Berikan sejumlah bajet kepada kami, dan kami akan Tibai Anwar, kalau boleh sampai menelanjangi siapa Anwar. Rakyat pasti akan percaya dan akan tolak Anwar. Barangkali pada pemikiran mereka, tahap pemikiran rakyat masih sama seperti pemikiran mereka. Mereka harus bertanya, mengapa begitu ramai yang hadir mendengar ceramah Anwar atau pemimpin Pakatan? Adakah Anwar ada membela jembalang? Adakah isu-isu yang dikupas Anwar, pendengarnya hanya menelan bulat-bulat segalanya. Adakah rakyat atau audien begitu bodoh dan begitu taksub dengan Anwar sehingga menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Alahai Ibrahim Ali, Muhammad Zahid, Ruslan Kassim, Zul Kulim. Kini bukan zaman pelita minyak tanah tetapi zaman maklumat di hujung jari. Setiap isu yang diketengahkan oleh Anwar atau Pakatan, tentunya mereka akan sahkan dengan maklumat yang mereka hadam sendiri. Sesungguhnya, yang menggigil nanti ialah mereka, bukan Anwar! Rakyat telah pun mengenali sosok badan mereka ini. Strategi politik untuk menyerang Anwar dengan menubuhkan kelab ini tetapi awal-awal lagi telah diisytihar siapa diri mereka - menyokong Umno dan ditunjangi Berahim Perkasa. Sedangkan apa yang berlaku sekarang ialah arus perdana penolakan UMNO secara total dan BN umumnya. Rakyat tidak dapat bersabar lagi tentang kebejatan polisi ekonomi dan moral UMNO. Persilakanlah geng Tibai ke medan masyarakat dan kita akan lihat nanti rakyat akan menibai siapa. Strategi pun dah terjadi kontradiksi. Satu lagi usaha yang dirancang oleh pencacai Najib yang tentunya akan mempercepat kejatuhan Najib. Jelas sekali siapa sebenarnya yang bodoh dan memperbodoh diri sendiri. Geng bekas PKR ini rakyat dah kenal mereka. Audien mereka hanya hardliner UMNO itupun datang dengan paksaan dan kerahan. Mereka sendiri pun tahu dan sedar, mereka telah pun tertolak atau ditolak rakyat yang cinta akan perubahan dan keadilan. Jadi, satu hal lagi yang boleh kita teorikan iaitu mengguna peluang seluas-luasnya untuk mereka mengaut duit dari satu situasi panik dan fobia Najib atau UBN atau kroninya terhadap arus perdana yang dikepalai Anwar Ibrahim. Situasi panik yang saya namakan sebagai Fobiaisme Anwar. |
Zahid U Turn kat double line daa... kahkahkah... Posted: 23 Apr 2012 08:30 AM PDT Scorpene: Zahid Hamidi cuba berlagak hero, kini buat U-Turn KUALA LUMPUR 23 April: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan cuba membuat pusingan U, apabila sebelum ini memberi jaminan akan memberi keterangan di mahkamah Perancis, jika diminta berbuat demikian. Bagaimanapun, Zahid Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan hadir atau menghantar wakil dalam perbicaraan berkaitan rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Zahid cuba berlagak hero sebelum membuat 'U-Turn' dengan kenyataan terbarunya. "Dulu bukan main berani. Kenapa sekarang takut? Ini menunjukkan Zahid sudah buat 'U-turn'. Itu lah, nak jadi Hero sangat. Sekarang tak berani pergi pula," katanya. Zahid pada 11 Mei tahun lalu berkata, beliau sedia memberi keterangan untuk membuktikan ketelusan kerajaan dan supaya mahkamah menentukan kebenaran dalam kes itu. Mengulas lanjut, Tian berkata, Zahid cuba mengambil alih kesalahan yang dilakukan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan. "Takkan dia (zahid) nak pergi (sebagai saksi) atas kesalahan orang lain? Sebenarnya, memang bukan tanggungjawab Zahid pun, tapi Menteri Pertahanan ketika urusaniaga pembelian Scorpene dibuat, iaitu Najib Razak," jelas Tian. Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram, antaranya Najib selaku menteri yang bertanggungjawab ketika pembelian Scorpene pada 2002 dan Zahid yang kini menjadi menteri pertahanan.- KD |
GEMPAQ LAGI: Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah... Posted: 23 Apr 2012 07:00 AM PDT Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff bakal menjadi calon PAS SEREMBAN: PAS bersedia untuk menurunkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ramli Yusuff, sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, mengumumkan ini malam tadi di ceramah yang dianjurkan oleh PAS di Seremban. "Saya telah berjumpa Ramli dua hari lepas dan kami telah mengadakan perbincangan yang panjang. Jika semua berjalan lancar, kami bersedia untuk menurunkan beliau sebagai calon kita dalam PRU 13 akan datang. Beliau sendiri bersedia diletakkan sebagai calon PAS, "kata Sallahuddin. Beliau berkata tiga kes Rahim di mahkamah telah diselesaikan dengan satu lagi belum selesai. "Ada satu kes mengenai tuntutan gaji dan elaun tertunggak sejak hari penggantungan kerjanya. "Dia memberitahu saya bahawa sebaik sahaja dia menjelaskan semua cukai dia akan menggunakan wang itu untuk membina sebuah masjid di kampung halamannya di Kelantan," katanya. Sallahuddin juga berkata bahawa seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Fauzi Shaari, juga telah bersetuju untuk bertanding di bawah panji-panji PAS dalam pilihan raya akan datang. Polis dan selebriti Beliau berkata bahawa kehadiran bekas pegawai polis berpangkat tinggi dalam parti pasti akan memperkukuhkan parti dan meningkatkan semangat ahli dan penyokong. Sallahuddin juga berkata bahawa lebih ramai artis menyertai parti itu dan ini merupakan petanda baik di kalangan generasi muda. "Baru-baru ini bekas penyanyi popular 80-an dan 90-an Aishah telah turut berceramah setelah beliau menyertai PAS. Seorang lagi penyanyi 80-an Dayang Ku Intan juga telah bersetuju untuk berceramah di pentas PAS. "Penyertaan artis dan bekas pegawai polis adalah satu petanda baik untuk PAS dan menunjukkan bahawa PAS diterima baik oleh semua pihak termasuk Cina dan India", kata Sallahuddin yang disambut dengan laungan "Allahu Akhbar" oleh 500 penyokong kuat PAS. Aishah adalah menjadi penyanyi utama dalam "Aishah dan The Fan Club" band yang diasaskan di New Zealand. Beliau kemudiannya pulang dan merakamkan lagu hit "Janji Manismu". Ia berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk "Juara Lagu" pada tahun 1990. Dayang Ku Intan yang pernah popular di dalam tahun 80-an dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang". Sallahuddin untuk Johor Sementara itu, Sallahuddin juga mengesahkan malam tadi bahawa beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam PRU13. "Saya boleh mengesahkan malam ini bahawa saya akan kembali ke negeri asal saya dan bertanding di Johor kali ini. "Isu siapa yang akan menjadi menteri besar tidak penting. Itu adalah Perkara kedua. Apa yang penting ialah untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang mungkin. "Umno memberitahu bahawa saya kembali ke Johor hanya khabar angin dan bahawa saya akan dibelasah di Johor kerana Johor merupakan kubu kuat Umno. "Malam ini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak takut (Umno) dan saya akan bertanding di Johor sebagai 'Anak Jantan'," katanya kepada kemana "Allahu Akbar". Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu kerusi DUN atau kerusi Parlimen yang akan ditandingi. Tetapi menurut maklumat dalaman PAS yang Sallahuddin boleh bertanding di Batu Pahat, Pontian atau Tanjung Piai kawasan Parlimen atau dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan ini. Sekarang ahli Parlimen Batu Pahat ialah Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno-BN). Pontian dipegang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan (Umno-BN), dan Tanjung Piai disandang oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng (MCA-BN). |
CARI SAKIT: Hang kalut nak lari dari Polis tu pasai apa? Posted: 23 Apr 2012 01:00 AM PDT Wanita dakwa dipukul polis semasa ditahan ALOR SETAR- Seorang wanita mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana premis tempatnya bekerja, rumah urut di Taman Rakyat di sini tidak mempunyai lesen sah perniagaan. Lay Suet Peng, 42, mendakwa pada 14 April lepas kira-kira 5.30 petang, sembilan anggota polis termasuk seorang wanita telah datang untuk memeriksa tempat kerjanya sebelum menahan Lay kerana mendapati rumah urut itu tidak mempunyai lesen. Lay yang bekerja sebagai tukang urut kaki di premis itu sejak dua bulan lalu berkata sebagai pekerja dia tidak tahu mengenai status lesen perniagaan kedai itu. Dia mendakwa telah dipukul dalam keadaan bergari sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala serta belakang bahu selepas cuba melarikan diri ketika kenderaan polis itu berhenti di lampu isyarat akibat ketakutan kerana ditahan polis. "Waktu bergelut nak cuba lari, saya tertepis mulut seorang polis dan luka sikit, kemudian mereka gari saya dan pukul saya banyak kali sambil maki saya ketika berada dalam pajero sampai ke balai," kata Lay kepada pemberita di sini hari ini. Lay mendakwa selepas sampai di IPD Kota Setar dia terus dipukul dan ditahan selama lebih kurang lima jam sebelum dibebaskan dan berikutan itu tangannya kebas dan sukar untuknya bekerja. "Saya telah dapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan telah buat laporan di IPD Kota Setar pada 19 April lalu," katanya. Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan wanita berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. "Kita juga akan siasat laporan berkenaan tingkah laku wanita itu yang bertindak menghalang tugas polis semasa serbuan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. "Polis serbu sebuah rumah urut tidak berlesen. Semasa wanita itu hendak dibawa ke balai, dia bertindak agresif dan menyebabkan seorang anggota polis lelaki dan anggota polis wanita yang mengandung cedera ringan," katanya. - BERNAMA |
Pecacai UMNO mesti bangga gila ngan dia nie... kahkahkah... Posted: 22 Apr 2012 11:00 PM PDT Skandal Gundik? : Sila Datuk Beri Penjelasan Segera.... Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat. Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini. 18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan. Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000) Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk 'membiayai' seorang artis terkenal. "Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.- SK |
TERHOT: Najib pucat lesi... kahkahkah... Posted: 22 Apr 2012 09:00 PM PDT Najib enggan jawab isu Scorpene Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. "Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini. Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu. Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan.- Malaysiakini |
TAHNIAH!! Najib dah lantik Melayu... kahkahkah... Posted: 22 Apr 2012 07:00 PM PDT TAHNIAH!! Najib lantik Melayu? sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru Perlu kita ketahui secara tradisinya dalam Barisan Nasional, Pengerusi Barisan Nasional akan secara automatik dilantik sebagai Ketua Menteri jika UMNO/BN berjaya menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti. Seperti Koh Tsu Koon yang kebanyakkan pencacai UMNO anggap sebagai Melayu kerana mereka melabel Guan Eng sebagai seorang Cina, aku percaya Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru ini juga dianggap sebagai Melayu oleh mereka. Ini kerana selepas PRU12 yang lalu apabila Kerajaan Negeri bertukar tangan ramai pencacai-pencacai UMNO yang sedih berkata "Baguihla.. hangpa dah bagi Negeri ni kat Cina..". Dari ayat yang aku dengar itu maka bolehlah aku tafsirkan kerana bebal, Koh Tsu Koon itu telah dianggap sebagai Melayu oleh pencacai UMNO.. Perlantikan oleh Najib ini juga menjelaskan kepada kita bahawa di Pulau Pinang ini UMNO hanya layak untuk dipimpin bukannya menjadi pemimpin.. sesuai dengan kata-kata Tun Mahathir yang mengatakan "hanya yang bodoh menyertai UMNO kini".. Oleh itu… Tahniah Najib!! Kerana telah melantik Melayu? Sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang.. HIDUP MELAYU!!! Err.. hairan jugak aku bagaimana pemimpin dari Parti yang hidup segan mati tak mahu ini boleh diterima untuk memimpin sebuah parti yang mendakwa mereka kuat di Pulau Pinang? - Sungai Derhaka ************************************ SU Agung Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang baru NIBONG TEBAL - Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar berkuat kuasa hari ini. "Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini. "Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya. Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang. Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang. Sinar Harian |
Jom ramai2 semayangkan mayat Umno... hehe... Posted: 22 Apr 2012 05:00 PM PDT 'Hok mung kata sesat ni lah tulong semayang mayat' Nik Nasri Nik Malek, Dialek Terengganu di atas bermakna 'Orang yang kamu katakan sesat inilah yang tolong solatkan jenazah'. Ayat ini muncul spontan apabila Umno Terengganu melalui kuasa yang ada di peringkat negeri Terengganu mengadakan wacana secara 'halal' mencop PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat itu. Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato' Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di buletinonline menjawab tuduhan Ahmad Said yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah melebihi 50 tahun. Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami dan mengerti perjuangan PAS ini. Namun apabila ia diwacanakan secara 'halal', menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS. Isu tahaluf siasi dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah pimpinan PAS dari semasa ke semasa. Ahmad Said yang dikenali sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung. Ia dilihat oleh semua orang. Tidak malukah dengan perangai buruk itu? Kali ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab. Sesat adalah suatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan rakyat kepada perjuangan Islam. Bukan Islam boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini? Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan. Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu. |
WAJIB TONTON: Ikhlas Untuk UMNO... Posted: 22 Apr 2012 03:00 PM PDT Hukum Allah ni wajib di laksanakan...!!! Dengan izin dan redha dari Allah... pasti Allah memudahkan dan memberi petunjuk pada kita semua... Yakin dengan janji Allah... Hanya orang-orang yang beriman sahaja dan yakin pada Allah yang akan melaksanakan tanggungjawab menjalankan hukum Allah tanpa banyak soal. Wallahua'alam... |
Posted: 22 Apr 2012 01:00 PM PDT Lelaki dibunuh sehari sebelum pernikahan JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya hari ini mati dibunuh di hadapan sebuah rumah kedai di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya di sini semalam. Indra Asrul, 29, mati di tempat kejadian selepas ditikam empat kali di bahagian perut apabila diserang tiga individu warganegara Myanmar termasuk seorang wanita. Tunang mangsa yang menyaksikan kejadian pada 10.40 malam itu berkata beliau dan mangsa pergi ke rumah kedai itu dengan menaiki motosikal untuk mengambil barang kerana mahu berpindah ke tempat lain. "Kami menyewa rumah kedai tersebut bersama beberapa warga Myamnar, tapi kami nak pindah selepas seorang daripada mereka memasuki bilik air ketika saya sedang mandi," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Sharina, 26. Akibat kejadian itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan lelaki Myanmar terbabit menyebabkan mereka mengambil keputusan berpindah ke rumah lain beberapa hari lalu. Sharina yang ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini berkata beliau dan tunangnya hendak menaiki tangga rumah kedai dua tingkat itu apabila mangsa telah diserang ketiga-tiga suspek. Salah seorang lelaki kemudiannya menikam perut mangsa beberapa kali menggunakan sebatang besi sebelum mereka melarikan diri. "Saya sempat memangku mangsa yang cedera parah, namun dia meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian," kata Sharina. Sharina dan tunangnya itu bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang di sini telah berkenalan lebih setahun lalu dan merancang untuk bernikah hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian berkenaan tidak menolak perselisihan faham punca kejadian tersebut. Polis yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, masih memburu suspek yang terlibat. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan