PERAKITE |
- RAKYAT DESA DISYOR ANJUR BERSIH 4.0
- Presiden Perkasa otak tak perkasa
- Shafie Afdal nafi terbabit dengan artis
RAKYAT DESA DISYOR ANJUR BERSIH 4.0 Posted: 23 Apr 2012 03:26 AM PDT Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A Samad Said mencadangkan masyarakat desa mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan kerajaan. Sasterawan Negara itu berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum pilihan raya umum tetapi selepas acara Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April ini. "Kita melihat 28 April nanti merupakan himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan. Kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0. "Tapi dalam masa sama, untuk kita melihat momentum bantahan, saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 dilaksanakan segera dan perlu dilakukan di desa," kata Sasterawan Negara itu. Pak Samad percaya dengan wujudnya Bersih 4.0, hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. "Mood rakyat akan dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0," katanya. Jika lambat, beliau berkata, seluruh rakyat akan menjadi 'Al-Fakir' kerana terus dipermainkan oleh kerajaan sedia ada. |
Presiden Perkasa otak tak perkasa Posted: 23 Apr 2012 03:19 AM PDT Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, penganjur himpunan BERSIH 3.0 bersifat "otak tidak berapa sihat" kerana berkeras untuk mengadakan acara tersebut di Dataran Merdeka walau ditawarkan lokasi alternatif. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Ibrahim berkata golongan itu juga bersikap "degil" kerana mahu melanggar undang-undang dengan berbuat demikian. "Otak mereka tak berapa sihat. Orang yang suka melanggar undang-undang dan degil ini otak tak berapa bersih. Betulalah Presiden Perkasa ini asyik melihat buruk orang sahaja.. tak berapa perkasa |
Shafie Afdal nafi terbabit dengan artis Posted: 23 Apr 2012 03:14 AM PDT Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon Zahida Rafik. "Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya. Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin. "Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali. "Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini. Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000. Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu. Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan