Jumaat, 20 April 2012

shalehudin

shalehudin


Jom sama-sama berdoa untuk Bob Kuman...

Posted: 20 Apr 2012 11:00 AM PDT

Hadis Qudsi.
"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Kerana sesungguhnya penyakit itu penebus dosa."

TERHOT: Najib mintak nak tidoq luaq... kahkahkah...

Posted: 20 Apr 2012 06:21 AM PDT

Scorpene: Suaram saran Najib jadi saksi di mahkamah Perancis

PERANCIS 20 April: NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Pengarah Suaram Kua Kia Soong, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Gabriel berkata, pasukan mereka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire – satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu – yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.

Katanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawatan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya. - KD

TERHOT: PKR Terengganu berpenyakit kronik?

Posted: 20 Apr 2012 05:10 AM PDT

Apakah Azan akan diterima oleh Anwar sebagai calon PRU kali ini agaknya

Anwar Marah Dan Kecewa Tindakan Azan Jadikan PKR Itu Sebagai "Parti Pengemis" Di Terengganu !!

Masa depan politik Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) kemungkinan berakhir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Ia berikutan, kini timbul "cerita panas" bahawa Ketua Umum PKR, Dauk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah melenting dengan perangai beliau mutakhir ini. Khabarnya, mesyuarat Biro Politik PKR di Terengganu hujung minggu lalu banyak berbincang soal "Azan Ismail". Beliau kini umpama "parasit" dalam PKR, dan amat membingungkan parti itu sendiri.

Selepas mengambil alih tampuk kepimpinan PKR Terengganu, Azan kini semakin menjadi-jadi. Hubungannya dengan kepimpinan PKR Trengganu sendiri pun kian retak. Hanya beberapa cabang sahaja yang menyokong beliau, sebaliknya yang lain tidak gemar dengan corak kepimpinan Azan.

PDO pernah mendedahkan, gara-gara sikap Azan kemungkinan besar Parlimen Indera Mahkota yang dimenanginya akan jatuh ke tangan UMNO Barisan Nasional pada PRU-13 ini nanti. Senario ini kemungkinan berlaku kerana sejak menjadi Pengerusi PKR Terengganu, aktiviti Azan bersama rakyat di Indera Mahkota semakin terbatas. Malah, beliau jarang sekali turun ke demontrasi rakyat membantah Lynas. Sedangkan umum mengetahui kilang yang ditentang oleh rakyat itu terletak di Gebeng dan berada dalam kawasan parlimen beliau.

Kini, nasib Azan "umpama telur dihujung tanduk". Kelibatnya terus tidak disenangi oleh PKR Terengganu sendiri, malahan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Azan mempunyai sikap "keras hati" dan gemar "menyindir". Buktinya, beliau sanggup membuat kenyataan panas terhadap PAS gara-gara apa yang dihajati tidak tercapai. Kini, dengan nada sindiran beliau selaku Pengerusi PKR negeri akhirnya sedia menrima tawaran pengagihan kerusia DUN dan Parlimen Terengganu dan menganggap PKR itu kini "umpama pengemis".

Ini menyebabkan pimpinan PAS semakin tidak senang dengan Azan. Hinggakan kunjungan terbaru Anwar Ibrahim ke Terengganu, tidak disertai oleh mereka. Paling teruk, difahamkan banyak cabang-cabang PKR sendiri tidak berminat untuk berkerjasama dengan Azan walau pun kehadiran Anwar baru-baru ini. Senario ini menimbulkan perasaan tidak senang Anwar dan beliau dilihat begitu marah terhadap Azan dan menganggap pemimpin terbabit "lupa diri" serta "hipokrit".

Malah, tindakan Azan mengumumkan secara terbuka kesediaannya bertanding sebagai "calon DAP" pada himpunan parti itu di Kuantan baru-baru ini juga telah menjadi isu utama mesyuarat Biro Politik PKRitu. Ramai pemimpin yang marah dan kecewa dengan kenyataan Azan. Malah, mereka menganggap Azan benar-benar menjadikan PKR sebagai "pengemis" dengan kenyataan panasnya itu. Tidak wajar Azan berkata demikian kerana beliau adalah Ahli Parlimen PKR dan merupakan Pengerusi Negeri. Susulan kenyataannya itu, maka kemungkinan besar Azan akan ditendang oleh Anwar untuk menjadi calon pada PRU-13 nanti.

Tambah mengejutkan Azan sendiri dipercayai telah menggertak Anwar bahawa beliau tidak akan menjadi calon sekiranya tidak terpilih bertanding di Parlimen Kuala Trengganu. Tindakan Azan ini menyebabkan saham beliau semakin merudum dan pada bila-bila masa sahaja "riwayat politik" beliau pasti akan terkubur. Kini, apakah Azan dan proksinya iaitu Abdul Rahman Yusof bekas Ahli Parlimen Kemaman berpeluang menjadi calon PKR pada PRU-13 ini agaknya?. Segalanya hanya Anwar yang akan tentukan, dan Azan memang amat disayangi Anwar di parlimen kerana dianggap "Menteri Kewangan" Pakatan Rakyat yang ditugaskan bercakap soal ekonomi dan kewangan. Apakah nasib Azan kali ini agaknya?.

[Apa yang berlaku ini mungkin satu pengajaran buat mana-mana pemimpin yang tidak berjuang dengan ikhlas dan jujur. Ramai yang tahu dan tidak menganggap semua ini sebagai fitnah semata-mata. Malah, dikalangan ahli serta pemimpin Pakatan Rakyat di Terengganu sememangnya mereka memahami dan mengenali siapakah Azan sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah jika Azan tidak berjaya bertanding di parlimen Kuala Terengganu dia akan membuat satu keputusan drastik sama ada bersama DAP atau pun kembali kepada UMNO BN bersama rakan-rakannya semasa dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dulu. Azan tidak perlu marah atau kecewa dengan analisa yang dilakukan ini kerana ramai yang tahu perangai beliau sejak dua menjak ini. Kini, apa yang penting Azan bermuhasabah diri dan kenal potensi diri sebelum menyalahkan orang lain dalam setiap gerak kerja beliau. Tindakan bermusuh dengan PAS Terengganu dan lain-lain cabang PKR di negeri itu, akhirnya bakal menjerumus beliau ke kancah yang lebih membimbangkan. Cuma harapan rakyat, agar Azan akan terus setia berjuang bersama Pakatan walau dalam apa jua situasi pun. Beliau ada potesni dan berpeluang untuk terus meningkat naik dalam politik sebenarnya. Ramai masih perlukan beliau!].

LAWAK: Beruk pun takut naik pokok tua... kahkahkah...

Posted: 20 Apr 2012 03:00 AM PDT

Sedangkan beruk pun takut memanjat pokok tua yang tinggi, takkanlah .......

Oleh Aspan Alias

Secara peribadi, saya menyokong tuntutan mahasiswa supaya PTPTN dimansuhkan. Saya telah menulis tentang isu ini sejak dua tahun yang lalu apabila kita semua nampak PTPTN ini sebenarnya merupakan satu perkara yang boleh membantutkan pembentukan 'human capital' seperti yang disebut-sebut oleh pemimpin kita. Setakat ini seramai 130,000 orang graduan telah disenaraihitamkan oleh PTPTN kerana gagal membayar balik pinjaman yang mereka terima dari PTPTN ini

Hari-hari saya terbaca pemimpin-pemimpin kita, baik menteri-menteri atau pun penyokong UMNO yang seperti biasa sentiasa menyebelahi pemimpin yang tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh graduan-graduan muda kita yang bermasalah ini. Setengah daripada penyokong membuta tuli dan pengampu UMNO sekarang ini menyokong kata-kata pemimpin untuk mendapat 'point' untuk termasuk ke dalam senarai 'winnable candidate' dalam pilihanraya yang semakin hampir ini. Menjadi calon adalah perkara yang 'ultimate' bagi ramai pemimpin UMNO sekarang ini.
.
Walaupun saya menyokong sepenuhnya tuntutan pelajar-pelajar ini, saya begitu 'pessimistic' tentang kejayaan tuntutan ini kerana PTPTN ini bukan setakat membiayai pelajar dengan memberikan pinjaman pembiayaan pelajaran. PTPTN ini wujud kerana 'business' besar kepada kroni-kroni besar dalam 'industry' pelajaran ini. Ratusan IPTS wujud di negara ini dan lesen IPTS-IPTS ini diperolehi oleh kroni-kroni besar dari IPTS-IPTS ini bergantung kepada PTPTN untuk mendapat sumber kewangan melalui pelajar-pelajar yang kehausan pendidikan ini.

Untuk memendekkan cerita yang panjang, PTPTN ini hanya memberikan keuntungan besar kepada pengusaha-pengusaha bidang pendidikan swasta negara kita sahaja. Ramai di antara yang berada di dalam Lembaga Pengarah IPTS ini merupakan kroni-kroni dan yang memegang kepentingan peribadi mereka. Budaya berniaga secara senang ini memang sudah sebati didalam pemikiran rakyat. Kebanyakkan daripada IPTS-IPTS ini tidak mencari keuntungan yang berpatutan tetapi mereka merupakan kumpulan 'profiteers' gergasi yang mengambil kesempatan atas keperluan asas rakyat ini.

Banyak kali blog ini menulis tentang pelajaran percuma untuk rakyat dan ini bukannya cadangan yang ganjil atau pandangan yang 'isolated'. Banyak negara memberikan pendidikan kepada rakyatnya secara percuma. Negara-negara itu bukan pun negara pengeluar minyak seperti negara kita.

Malahan pelajaran percuma ini bukannya tidak pernah berlaku di negara ini. Dari awal kemerdekaan sehingga ke tahun tujuh puluhan, mahasiswa kita diberikan biasiswa di peringkat universiti dan mereka telah ditanggung oleh kerajaan. Semasa itu wujud 'state scholarship' dari setiap negeri-negeri dalam Persekutuan ini dan ada juga 'federal scholarship' yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Petronas dan Bank Bumiputra telah memperuntukkan banyak biasiswa semasa itu. Ribuan biasiswa telah disediakan oleh Petronas dan BBMB kerana Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai kedua-dua syrikat GLCs ini telah bertegas untuk menjadikan pelajaran sebagai 'ingredient' penting untuk pembangunan negara kita.

Jika dahulu sebelum negara kita melalui zaman kemajuannya, kerajaan telah memberikan biasiswa kepada semua mahasiswa, kenapa pula sekarang negara yang dikatakan oeh pemimpin kita sebagai negara hampir maju ini memberhentikan pemberian biasiswa kepada rakyatnya? Pada zaman itu tidak pernah kita mendengar pelajar memohon pinjaman untuk belajar di peringkat universiti.

Sekarang rakyat yang masih muda telah menerima padahnya kerana disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana tidak mampu untuk membayar balik pinjaman yang kesemuanya telah pergi kepada IPTS-IPTS dan kapitalis kroni-kroni pemimpin-pemimpin kita. Kerajaan kita telah mengambil kesempatan atas keperluan yang terdesak rakyat untuk belajar dengan menjadikan pinjaman PTPTN sebagai syarat utama sebelum menerima pelajar masuk ke kampus-kampus mereka.

Kerajaan sepatutnya membayar segala kos pembelajaran rakyat di peringkat universiti ini. PTPTN telah menjadikan graduan-graduan kita tidak 'marketable' lagi di dalam pasaran pekerjaan kerana telah disenaraihitamkan oleh PTPTN. Bagaimana graduan- graduan muda ini hendak memajukan diri mereka jika mereka masih terbelenggu dengan hutang seperti menghadapi 'along-along berlesen' seperti PTPTN ini.

Saya begitu teruja untuk memberikan pandangan terhadap komen Dr Mahathir yang meminta semua yang tidak bersetuju dengan PTPTN supaya tidak mengambilnya dan meminta supaya mereka memulangkan kembali pinjaman yang telah diambil mereka itu. Ini merupakan komen yang amat menyakitkan yang datang dari seorang pemimpin besar sedangkan mereka yang berdemonstrasi itu adalah mereka yang bakal menghadapi masalah seperti yang sedang dihadapi oleh mereka yang telah keluar dan mendapat ijazah mereka itu.

Dr Mahathir tidak boleh menjawab secara begitu kepada mereka yang sedang memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan pelajaran secara percuma seperti rakyat di kebanyakan negara di dunia ini. Jika kita ambil 'equation' yang saya anggap sebagai 'silly' ini, saya juga ingin mencadangkan kepada Mirzan, anak beliau yang telah menggunakan pengaruh bapa beliau mengambil wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang telah digunakannya untuk menyelamatkan perniagaannya pada 1998 dahulu. Tidak ada sebab Mirzan mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya selain daripada sebab dia anak Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sehingga ke pentadbiran Najib ini telah membazirkan wang rakyat sehingga bertrillion ringgit tetapi pinjaman anak-anak muda yang sedang memulakan kehidupan mereka dikejar dan dipintas oleh undang-undang yang menekan seperti tekanan PTPTN ini. Anak-anak muda hanya inginkan pendidikan percuma, bukannya hendak menyelamatkan perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh Mahathir dalam isu menyelamatkan anaknya daripada tersadai dalam perniagaannya.

Slogan 'rakyat didahulukan' itu nampaknya hanyalah satu lagi slogan karangan pimpinan UMNO yang tidak mempunyai daya perjuangan yang kuat. Alasan negara akan bangkrap jika PTPTN dimansuhkan itu adalah alasan hingusan yang sepatutnya ditolak oleh rakyat. Jika ketirisan yang begitu besar yang berlaku di dalam kerajaan dapat dibendung, tidak ada masalah untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kerana pendidikan percuma itu merupakan perkara yang biasa di kebanyakan negara yang tidak menghadapi ketirisan dalam kerajaan mereka.

Apabila pihak pembangkang menjanjikan pelajaran percuma, pimpinan UMNO memekik-mekik dan terlolong dan menuduh pembangkang tidak akan dapat mengotakan janji-janji itu dan itu merupakan janji-janji kosong semata-mata. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir Mohamad menganggapkan pembangkang tidak mempunyai daya pentadbir yang baik seperti mereka. Kerana mereka (BN) tidak mampu menyelesaikannya mereka anggap orang lain pun tidak akan mampu melakukannya.

Pemimpin-opemimpin UMNO begitu kenyang dengan rasuah dan ketirisan yang berlaku di dalam kerajaan pimpinan mereka, maka mereka mengambil pandangan yang pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika diberikan mandat mentadbir negara ini.

Sekarang rakyat setidak-tidaknya mempunyai harapan untuk mendapatkan tuntutan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada kerajaan alternatif. Jangan hiraukan kutukan pihak UMNO itu kerana kita tidak boleh mengharapkan orang yang terlalu kenyang untuk bekerja keras untuk kita.

UMNO dan BN telah memerintah kita selama 54 tahun dan nampaknya perkara-perkara yang karut marut tetap berlaku dengan percambahan yang begitu ketara. Sekarang BN sudah kita lihat mempunyai ketidakmampuan untuk melakukan perkara yang penting untuk masa depan rakyat ini maka kita berikanlah kepercayaan ini kepada pihak PR untuk melakukannya.

Untuk mendapatkan penghapusan PTPTN ini rakyat terpaksa mengambilalih Putrajaya melalui Pakatan Rakyat. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dan ibu bapa kepada mahasiswa-mahasiswa ini untuk mencapai apa yang mereka tuntut pada hari ini. Kita lupakan dan ketepikan sahaja BN kali ini.

BN sudah jelas tidak mampu mentadbir dengan baik lagi kerana pemimpin-pemimpin yang rasuah tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan dengan baik dan saksama. 54 tahun itu sudah terlalu lama untuk sesuatu parti memerintah sesebuah negara.

Pokok kelapa yang berumur 54 tahun itu sudah terlalu tinggi dan merbahaya untuk dikekalkan. Bak kata seorang sahabat saya, "beruk pun takut untuk memanjat pokok kelapa yang terlalu tinggi dan tua itu."

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Mampuih la UMNO kali nie... hehe...

Posted: 20 Apr 2012 01:00 AM PDT

PAS arah semua ke Bersih 3.0

KUALA LUMPUR- PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.

Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN. - Harakahdaily

Bangsa bangsat.. pompuan pun depa sepak..

Posted: 19 Apr 2012 11:00 PM PDT


Video mahasiswa diserang kena remove, menteri sound jangan tagih simpati.

Ada empat news baru masuk. Kita start dulu dengan video samseng. Sekarang video tue dah diremove. Aku tak percaya malaysiakini remove tapi aku sangat2 percaya ia diremove atas sebab tertentu. Dan aku percaya ia ada kaitan dengan politik. Kenapa aku cakap macam tue? Mudah.

Kalau korang ikuti perkembangan samsengjalankebun dulu, dengan hanya satu video jek.. umno terus jatuh terduduk akibat dikritik dengan hebat oleh orang2 atas pagar terutamanya. Kesilapan aku paling besar sebentar tadi ialah tak download video tersebut. Sekarang sapa download? Please.. geng. Sebarkan.

Malaysiakini tue pun kadang2 terpaksa ikut protokol gak tue. Jangan tunggu depa redownload balik kalau korang ada akses kepada video tersebut. Ramai nak tengok bukti neh der..

Kedua, pasal menteri pengajian tinggi. Dia cakap apa nak tahu? Baca bawah sat ;


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka menuntut PTPTN dimansuhkan, 'tidak perlu menagih simpati' apabila berlaku apa-apa perkara tidak diingini terhadap mereka.

Menulis dalam twitter @khalednordin, beliau berkata ia kerana tiada sesiapa pun menyuruh mahasiswa berkenaan berkhemah di situ.

"Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati," tulisnya-harakah-

Khaled, khaled. Ko berambos je larh dari kerusi menteri tue. Orang berkhemah tue lain citer, orang kena serang tue lain citer pula. Meh aku fahamkan otak kaw. Aku neh merimas sket kalau menteri cam ko tak faham situasi.

Mahasiswa berkhemah. <-- Dorang berkhemah sebab nak pendidikan percuma. Takde sapa2 suruh dorang berkhemah sebaliknya dorang sendiri nak berkhemah sendiri sebab nak perjuangkan nasib sendiri. Jadi memang logik lah tindakan tersebut. Cuba kalau aku nak makan nasi lepas tue aku suruh ko beli, ko masak dan suapkan aku makan.

Aku sapa sekarang dengan ko? Mesti ko bengang kan kalau aku suruh ko buat kerja2 bangang cam tue? So sama gak cam mahasiswa neh. Depa sendiri nak berjuangkan nasib sendiri maka depa sendiri usaha. Ini bagus. Ko yang tak bagus. Sebab apa? Sebab memula ko cakap depa neh dipengaruhi orang lepas tue ko keluar statement cakap takde sapa2 suruh depa berkhemah.. ko boleh nampak tak camne ko mengeluarkan statement belit2 der? Sila nampaklah der.. please.

Lepas tue, ko cuba nak menghalalkan tindakan diserang tue dengan mahasiswa yang berkhemah disitu tanpa disuruh sesiapa. Ini satu pandangan yang salah. Jika mereka nak berkhemah atau taknak berkhemah sekalipun takde sesiapa ada hak untuk serang sesiapa pun. Berkhemah satu hal lain, kena serang ialah satu hal yang lain. Jap, sapa lantik ko jadi menteri hah?

Ketiga. Sekali ulama umno boleh pula pergi bekap bebudak tue. Memang hampeh. Lihat kat bawah neh ;

Aku sangat kecil ahti dengan pandangan bias oleh ULAMA MUDA UMNO.. mahasiswa bertindak ikut hawa nafsu = berkhemah. Kalau samseng bertindak ikut hawa nafsu maka dia akan jadi = berkhemah. Tapi sekarang neh mahasiswa bertindak ikut hawa nafsu = berkhemah, samseng bertindak ikut hawa nafsu = menyerang khemah orang, campak makanan, tendang dan sepak orang, belasah, maki dan menjerit2, itu satu perbuatan yang keji. Takan ulama muda umno tak reti nak fikir detail2 macam neh hah?

Aku tak kata mahasiswa bertindak ikut hawa nafsu. Aku cuma membayangkan konon nya mahasiswa tue bertindak ikut hawa nafsu mengikut pandangan ILMU. Walhal sebenarnya mahasiswa2 tersebut langsung tak bertindak ikut hawa nafsu sebaliknya guna akal. Bagi pandangan aku, kalau mahasiswa neh berkhemah ka apa ka nak berjuang ka berdemo ka itu pun dah cukup2 bagus.

Pasal apa? Pasal aku dah tak larat baca mahasiswa beromen, mahasiswa berzina, mahasiswa berpeluk2 dengan pompuan seksi dan sebarkan gambar di media online, mahasiswa bercium, mahasiswa mabuk, mahasiswa merempit, mahasiswa buang anak apa seme. Itu tak masuk lagi kpop sana sini, kaler rambut lagi, konsert lagi, majalah mengarut apa seme. Gua pun kpop juga der tapi takde meroyan nak tunggu kat airport dengan terpekik terlolong buang duit pergi konsert der.. lue kayakan artis lue dapat apa? Lepas tue lue sembang kencang cakap melayu tak kaya2 tapi lue sendiri kayakan bangsa lain lupa pula? Sohai nak mampos.

Dah cukup bagus larh geng2 adam adli neh buat kat dataran merdeka. Apa? Korang nak berkhemah? Nak pendidikan percuma? Nak berjuang? Nak berdemo? Hah pergi lah pergilah.. itu ada faedah nya.. at least korang habiskan masa korang untuk memikirkan hal2 negara..

Dan aku warning, ye aku warning ye disini.. aku tahu mahasiswa2 yang dok komen membabi mahasiswa kat dataran tue tak berapa bagus sikapnya dari segi moral. Aku dah spot beberapa orang. Aku tak peduli ko sapa tapi kalau ko kurang ajar di wall fb ko, aku juga akan kurang ajar di blog aku. Kita tengok siapa yang kena. Gua memang kurang ajar. Dah biasa orang kenal. Dan gua dah biasa mengaku. Cuma taktau larh kalau lue sanggup ke tak sanggup mengaku lue kurang ajar disaat lue suka berlagak macam alim nak mampos. Heh.

Keempat, dapat news dari member. Yang kena tendang tue mahasiswi. Mahasiswi = pompuan. BABI PUNYA SAMSENG. Lue memang celaka sebab pukul pompuan. Pompuan tue kena hentak dengan samseng2 time tidur. Ada dua pompuan. Satu kena kepung dan tonjol2 kepalanya. Satu lagi kena tendang, tampar dan dipijak time dengan tidur. Lepas tue tudung kena rentap. BABI LUE. Lue mabok ke apa pukul pompuan? Ka lue nak beromen tapi tak dapat? Alamak terjujur plak i. Sowei.

Lepas tue kamera dan telefon bimbit, ada yang rosak, ada yang hilang. Member sebelah kebetulan time tue berbangsa cina. Terus kena hentak. Mungkin sebab dia cina kot. Ini lagi kurang ajar. Gua pun dah malu larh macam neh. Macam mana nak hadap dengan member2 cina gua disebabkan perangai sohai sesetengah melayu neh?

Minta tolong larh orang2 cina malaysia faham. Samseng2 tue memang melayu. Tapi samseng2 tue bawa jatidiri melayau, bukan melayu. Orang melayu tak buat perangai gitu. Tolong jangan generalisekan seme melayu = penjahat der. Please.

Oke bai.

Ameno : Memang bangsat.. pompuan pun depa sepak..

Read more: Amenoworld

Ezam bertambah boroi sejak dalam UMNO... kahkahkah...

Posted: 19 Apr 2012 09:00 PM PDT

Eh... eh....
Ezam nampak macam boroi sikit la sejak berkecimpung dengan parti UMNO nie.... senang hati kot, makan pulak cukup... kena la bagi boroi sikit, baru ngam ngan geng-geng UMNO nie... hehe...

Tapi mamat yang Ezam tengah tekun menyembang tu nampak macam kenai ja muka... hehe... Pelajar harapan Ezam ka nie... hihi...

Patut la macam kenai, memang dikenali ramai mamat ni sebagai samseng kampung yang mengamuk di Dataran Merdeka awal pagi kelmarin... Nah nie video dia kat bawah ni haa....

PANAS: Gambar Hassan Ali sedang menjinakkan penjenayah

Posted: 19 Apr 2012 07:00 PM PDT

Gambar Penjenayah Cium Tangan Hassan Ali

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa.

Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.


Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik.

Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.

Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Ini penjenayah jalan kebun

Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam

Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah?


~edyesdotcom

PANAS!! Ni dia VIDEO mahasiswa diserang penjenayah...

Posted: 19 Apr 2012 05:00 PM PDT

PANAS!!!

Ini dia video penjenayah tajaan APCO menyerang mahasiswa di Dataran Merdeka...

Lepaih ni dok diam2, jangan nakal2 tau... hehe...

Posted: 19 Apr 2012 03:00 PM PDT

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hari ini selepas menjalani pembedahan kecil 'nasal polyps', pagi Selasa lalu. - Foto BERNAMA

PANAS: Anwar penghasut tegar... kahkahkah...

Posted: 19 Apr 2012 01:00 PM PDT

Anwar cadang S'gor pilihanraya berasingan jika daftar pemilih tak dibersihkan

KUALA LUMPUR 18 April: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Selangor tidak menyertai pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak membersihkan daftar pemilih di negeri itu.

Beliau berkata, parti sama ada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN) perlu mengadakan perbincangan dengan SPR bagi mendapatkan jaminan tidak ada penipuan dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.

"Di Selangor kita dapati sehingga Disember 2011 ada pertambahan sehingga 398,300 dan 91,000 pengundi yang dipindah masuk. Jumlah keseluruhannya adalah 489, 705 dan merupakan 38 peratus penambahan daripada penambahan di seluruh negara.

"Jadi kita mencadangkan supaya Selangor tidak mengadakan pilihanraya serentak dengan kerajaan persekutuan sehingga SPR melakukan pembersihan daftar pemilih dan memberi jaminan tidak ada penipuan dalam PRU ke 13," Katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Sidang media itu turut disertai Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali

Bagi negeri-begeri Pakatan Rakyat yang lain, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata ia masih di peringkat perbincangan dan terserah kepada pimpinan negeri untuk memutuskannya.

"Kita memberi perhatian kepada negeri Selangor sebab penipuan daftar pemilihnya terlalu 'parah' . Perkara ini ada kaitan dengan hasrat BN untuk merampas Selangor dalam apa cara sekali pun," katanya.

Penganalisis pilihan raya, Ong Kian Ming 10 April lalu mendedahkan terdapat 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pemilih yang mampu menentukan nasib 35 kerusi Parlimen samada dikuasai Pakatan Rakyat atau BN.

Menurutnya, daftar pemilih daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus.

Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008.- KD

Tiada ulasan: