Jumaat, 20 April 2012

PERAKITE

PERAKITE


Dewan Bandaraya kata tak boleh guna Dataran Merdeka..rosak nanti

Posted: 20 Apr 2012 06:24 AM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

NONEDalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka

Umno dah habis modal kata mesyuarat Majlis Agama tak sah

Posted: 20 Apr 2012 06:17 AM PDT

Dakwaan Umno konon mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) yang dipengerusikan Dato Salleh Man, semalam sebagai tidak sah adalah umpama musang melihat anggur yang disifatkan masam.

Isu ini timbul, ekoran semalam Salleh mempengerusikan mesyuarat  MAIPP walaupun Abdul Malik Kassim yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik menjadi Yang Dipertua MAIPP.
Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang, mesyuarat MAINPP perlu dipengerusikan oleh Yang Dipertua kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum itu. Timbalan Ketua Menteri Dato Mansor Othman memberitahu sidang media bahawa Salleh akan mempengerusikan mesyuarat MAIPP kerana Malik telah bersetuju untuk menarik diri daripada menerima perkenan perlantikan itu.

Malik juga telah bersetuju dengan pendirian Pengerusi Parti Keadilan Negeri itu.

Salleh ketika dihubungi berkata, mesyuarat semalam tidak perlu dipertikaikan kerana ia turut dihadiri oleh Penasihat Undang-undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad tidak hadir kerana berada di luar negara.

"Jika tidak sah, sudah tentu penasihat Undang-undang negeri akan membuat teguran, sesuai dengan kedudukannya," kata Salleh.

Salleh berkata, mesyuarat berjalan lancar dan semua yang hadir istiqamah dengan usaha untuk terus memajukan MAIPP dan membina kekuatan umat Islam di Pulau Pinang, khususnya.

"Saya menyeru semua pihak untuk sama-sama memberi input positif bagi melaksanakan kerjabuat demi Islam, muslimin dan muslimat daripada bertelagah mencari kekurangan dan kedhaifan yang akhirnya merugikan .

"Ingatlah bahawa MAIPP bukanlah sebuah badan politik tetapi sebuah agensi agama Islam yang dibina khusus untuk memelihara kepentingan Islam dan umatnya secara menyeluruh," kata Salleh.

"Saya hanya ingin melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab pada saya dengan sebaik mungkin. Saya akan berusaha memperbaiki kelemahan (jika ada) agar MAIPP terus mencatat kecemerlangan," tegas Salleh.

Tiada ulasan: