Rabu, 18 April 2012

shalehudin

shalehudin


BINAWE: Tendang perut bini sampai gugur...

Posted: 18 Apr 2012 11:00 AM PDT

Sepak isteri hingga kandungan gugur

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada dua anak yang didapati bersalah menendang perut isterinya sehingga keguguran pada Februari tahun lalu, menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen semalam memerintahkannya melakukan kerja-kerja wajib selama empat jam setiap hari bagi tempoh empat bulan.

Tertuduh, Mohd Amran Tullah Salleh, 25, dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, terlepas daripada hukuman penjara setelah Hakim Azman Mustapha mengambil kira fakta mangsa yang juga isteri tertuduh sudah meninggal dunia akibat kemala­ngan­ pada 29 Februari lalu.

Dalam penghakimannya, Azman berkata, tertuduh mempunyai dua anak yang masih kecil untuk dijaga dan berpendapat tiada kebaikan akan wujud kepada sesiapa sekiranya tertuduh dihantar ke penjara.

"Sebaliknya ia akan memudaratkan anak-anak Mohd Amran Tullah yang baru sahaja kehilangan ibu mereka sekiranya terpaksa pula berjau­han­ dengan bapa.

"Atas sebab itulah, saya mengguna pakai peruntukan Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 dan menggantikan hukuman penjara yang sepatutnya dijatuhkan ke atas Mohd Amran Tullah dengan perintah supaya dia hadir setiap hari di Pusat

Kehadiran Wajib daerah Kuala Terengganu selama empat jam setiap hari selama empat bulan untuk melakukan kerja-kerja wajib," katanya.

Bagi memastikan Mohd Amran Tullah mematuhi peruntukan dalam Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954, Azman memerintahkan supaya dia memasuki bon berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, Mohd Amran Tullah Salleh berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan dengan menendang perut isterinya, Siti Aishah Alias Saa, 23, yang mengandung tiga bulan selepas berlaku satu pertengkaran.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 10 malam pada 5 Februari tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Ramlan Taib.

Sinar

FAKTA: Duit dah terlebih sampai tak tau nak buat apa...

Posted: 18 Apr 2012 09:15 AM PDT

Banyaknya duit Shafie Apdal...

KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

"Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

"Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

"Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida," katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

"Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

- Keadilan Daily

Patut depa berani, ada maklumat dari orang dalam...

Posted: 18 Apr 2012 08:05 AM PDT

Maklumat 'task force' IC dari orang dalam yang tak tahan

TEMERLOH- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Hanipa Maidin menyifatkan Umno dalam keadaan tersepit untuk menang pilihan raya umum (PRU) sehingga tergamak melibatkan penipuan dan pengkhianatan kepada negara.

Beliau yang mendakwa didedahkan sendiri maklumat berkenaan daripada orang dalam yang 'dah tak tahan', bahawa beberapa agensi terlibat memberikan kad pengenalan kepada warga luar atau yang masih belum layak.

"Di Selangor saja dah ratusan ribu kewarganegaraan diberi kepada mereka yang belum layak dan pengkhianatan Umno ini tak boleh dimaafkan langsung, hanya nak menang secara paksa sehingga membahayakan negara sendiri.

"Saudara tahu, ini diakui sendiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa 45,000 nama tidak dipastikan warganegara jadi tidak dapat dibersihkan daripada Daftar Pemilih.

"Inilah sebabnya itu kita sokong himpunan Bersih 3.0 untuk tuntut PRU yang adil kerana tanpa keadilan mana-mana negara pun boleh jatuh sebagaimana yang terjadi kepada beberapa rejim di Timur Tengah," katanya ketika berceramah di sini semalam.

Turut berceramah di Bilik Gerakan PAS Taman Sri Semantan itu Adun Kuala Semantan Syed hamid Syed Mohamad, YDP PAS Temerloh Haji Jusoh Darus dan Ketua DAP Temerloh Woo Chee Wan.

Hanipa berkata, dua himpunan Bersih yang lepas telah berjaya membuang rasa takut di kalangan rakyat dan dapat dilihat generasi muda begitu berani keluar walaupun terpaksa bertempur dengan polis.

Dalam pada itu Hanipa berkata, perlunya BN dijatuhkan pada PRU akan datang kerana hampir kesemua institusi di negara ini telah rosak dan dipertikaikan umum.

"Bayangkan, mahkamah pun dah ada orang baling kasut kerana tidak dihormati lagi. Negara pernah digemparkan apabila bekas hakim Syed Ahmad Idid pernah menulis tentang rasuah berlaku di kalangan hakim.

"Bekas Ketua Hakim Tun Mohd Sufian pula pernah berkata beliau malu jadi rakyat Malaysia kerana institusi kehakiman dah jatuh maruah. Itu bukan cakap saja, tengok kes video Linggam ada Suruhanjaya Diraja tetapi apa tindakan terhadap Yusof Chin?," soalnya.

Hanipa menambah, kini institusi polis kini mulai dipertikaikan apabila bekas ketuanya sendiri didakwa bersekongkol dengan gangster seperti didakwa seorang lagi pegawai tinggi polis Datuk Ramli Yusof.

Hanipa menceritakan, Ramli semasa majlis sambutan hari jadinya yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengulangi dakwaan Datuk Mohd Zin dua orang besar terlibat melindungi penjenayah iaitu Musa Hasan dan Ghani Patail.

"Bayangkan yang ada bukti seperti itu tidak didakwa tetapi yang tiada bukti, seperti tangkapan ISA boleh dipenjarakan. Ini yang saya maksudkan institusi di negara telah dilihat tercemar," katanya.

Mengenai hujah beberapa pemimpin Umno jika dimansuhkan hutang PTPTN mahasiswa negara boleh bankrap, Hanipa berkata itu hanya alas an sedangkan wang Negara yang dibazirkan jauh lebih banyak daripada itu.

"Ketua Audit Negara sendiri menjelaskan dalam laporannya setiap tahun wang negara ini bocor RM28 bilion. Itu satu, yang kedua RM19 bilion telah diberi kepada IPP iaitu syarikat yang sudah kaya.

"Dua item itu saja dah boleh hapus pinjaman PTPTN. Jadi kenapa kalau hapus RM43 bilion kata bankrap sedangkan itu untuk mahasiswa yang bakal menerajui negara?

"Kalau untuk selamatkan kroni tak timbul langsung hal bankrap. Ingat mereka selamatkan Tajudin Ramli dulu kerajaan ambil alih saham MAS yang berharga RM3 tetapi kerajaan bayar RM8. Baru ni dapat pelepasan hampir setengah bilion lagi. Kalau macam itu caranya memang negara boleh bankrap," jelasnya.

Tegas Hanipa, sebab itulah BN perlu dijatuhkan, bukan saja negara bankrap wang tetapi bankrap moral.

"Sekarang perempuan yang dedah aurat didenda RM25, sebaliknya orang pandai, pakar dan sebagainya dibuang seperti Profesor Dr Aziz Bari dan Tan Sri Hasan Merican sehingga diambil bertugas oleh negara lain," ujarnya lagi. - Harakahdaily

Ibrahim Ali dan kenyataan bodohnya... Kahkahkah...

Posted: 18 Apr 2012 04:20 AM PDT


Faham betul-betul apa Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas kata dalam laporan ni..

Ibrahim Ali cabar DAP cadang Singapura mansuh ISA

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini mencabar kepimpinan DAP supaya mencadangkan kepada kerajaan Singapura memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di negara berkenaan seperti Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu.

"Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia,"katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Ibrahim berkata, hakikatnya, ISA telah berjaya mengekalkan keamanan di negara itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu meminta maaf kepada bekas tahanan ISA seperti yang didesak oleh Lim.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula telah meminta Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) supaya menyatakan pendiriannya berhubung perkara yang sama.

Katanya, negara memerlukan satu akta yang boleh menjaga keselamatan sebuah negara, keselamatan rakyat, orang awam dan sebagainya kerana negara yang tidak selamat, tidak akan boleh membangun atau maju.

"Kalau negara ini tidak selamat, pelabur tidak akan datang, sebab itu saya berterima kasih kepada pemerintah yang ada kerana berjaya menyediakan satu ruang lingkup keselamatan dan jaminan kepada semua pihak termasuk kepada pembangkang yang mendakwa negara kita tidak selamat, polis tidak boleh dipercayai, dan sebagainya," katanya. – Bernama

  
************************************
Persoalannya disini ialah apa kena mengena pentadbiran Kerajaan Singapura dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia Pak Brahim oiii?

Tak pasal-pasal nak suruh Guan Eng masuk campur urusan Kerajaan Singapura..

M. Nasir kata...

Ada teratak dihujung kampung,
bawah cermin kopak ada kotak,
tersembunyinya dalam ada tempurung,
sembunyi bawahnya katak melalakkkk...

Melalaklah sehingga PRU ni Pak Brahim.. (ASD)


TERKINI: Dr Mariah akan terus saman... kahkahkah (video)..

Posted: 18 Apr 2012 01:00 AM PDT

Aku sokong sangat tindakan saman ini...
Nampak sangat Umno dah tersepit bodoh tahap gaban...
Mereka cari kemenangan hanya dengan menaja cerita-cerita bodoh dengan memburuk-burukan lawan, seperti orang yang terdesak menjual obat kuat dikaki-kaki lima kedai...

Dah tua pun bodoh...


Ca teka, ca teka... PAS ka Be End... kahkahkah...

Posted: 17 Apr 2012 11:00 PM PDT

PAS atau BN rampas tanah di Sarawak?

MIRI, 17 April: PAS Sarawak mempersoal kenyataan Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang kononnya menggambarkan bahawa PAS akan merampas tanah penduduk di negeri itu jika diberi peluang memerintah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, semua rakyat Sarawak maklum bahawa yang merampas tanah mereka selama ini adalah BN sendiri bukannya PAS seperti didakwa.

"Bila masa pula PAS pernah merampas tanah dan hak orang Sarawak?

"Semua orang tahu yang paling banyak merampas tanah dan hak orang Sarawak adalah pemimpin BN dan mereka yang sekutu dengan mereka bukannya PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Miri, tidak menolak kemungkinan kenyataan seperti itu adalah hasil ketakutan PBB dan BN Sabah terhadap penerimaan rakyat negeri itu kepada PAS.

Ahmad Lai Bujang sebelum ini dilaporkan berkata; "Ini tanah kita dan hak kita, oleh itu tiada sesiapa yang boleh merampasnya daripada kita semua,".

Selain itu beliau juga dilaporkan berkata ; "Adakah rakyat negeri ini mahu melihat Sarawak dirampas dalam PRU13 nanti terutama oleh PAS?"

Beliau didakwa berkata demikian pada satu Majlis Muzakarah dan Penjelasan Isu-isu Semasa di Dewan Masyarakat Bekenu Ahad lalu.

"Janganlah kerana terlalu takut dengan PAS sehingga bercakap pun tidak tentu arah.

"Mengapa mesti takut dengan PAS. Ini negara demokrasi, sesiapa pun berhak untuk memilih pemimpin atau pemerintah yang mereka yakini benar, jujur dan adil," kata Jofri lagi.

Menurutnya, biarlah rakyat yang menentukan nasib masa depan mereka bukannya pemimpin BN.

Walaubagaimanapun ujar jofri, jika ditakdirkan PAS memerintah Sarawak suatu hari nanti, Insyallah rakyat Sarawak akan hidup aman dan maju kehadapan berbanding dengan negeri lain dalam Malaysia.

Segala hasil galian dan sumber kekayaan negeri Sarawak akan dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, kalau PAS diberi peluang, mentadbirkan negeri Sarawak, katanya.

"Biar apa pun pandangan buruk pemimpin BN terhadap PAS, kita akan tetap meneruskan perjuangan kita membebaskan rakyat dari terus terkongkong dalam minda yang sempit akibat terlalu lama diperintah oleh kerajaan BN sehingga rakyat sukar menerima pembaharuan," tegasnya.- Harakahdaily

TERHOT: Anwar Batalkan Saman Terhadap Nalla?

Posted: 17 Apr 2012 09:00 PM PDT

Biseksual: Anwar Batal Saman Terhadap Nalla?

PENULIS menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S. Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.

Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan.

Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.

Lagipun, dengan mengenepikan saman ke atas Nalla, harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan.

Menurut sumber yang sama lagi, writ saman yang sudah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 25 April 2012 itu akan diserahkan kepada Utusan sahaja dalam jangka masa terdekat.

Sekarang, terjawablah teka teki besar yang bermain diminda ramai orang, kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.

Tidak pastilah sama ada keputusan untuk tidak meneruskan tindakan saman ke atas Nalla ini dibuat oleh Anwar sendiri atau atas nasihat oleh pasukan guamannya. Yang nyata, penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan ini.

Terang-terang fokus utama dalam kes ini ialah Nallakarupan sebagai orang yang mengucapkan fitnah tersebut, bukan Utusan yang hanya menyiarkannya. Jika niat ini diteruskan, penulis bimbang UMNO akan sekali lagi menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang Anwar.

"Nah, lihatlah Anwar hanya main sandiwara konon nak saman Nalla", itulah ayatnya yang penulis jangka bakal dimainkan oleh Utusan dan blogger belaan UMNO.

Bagaimana kami nak mempertahankan Anwar kalau di pihak peguam bela Anwar sendiri tiada kesungguhan untuk menghentikan fitnah jahat ini dari terus berlarutan tanpa ada titik penamat?

Penulis rasa, para blogger pro Pakatan Rakyat sendiri sudah kehabisan alasan untuk menjawab persoalan kepada Anwar 'tidak berani' menyaman beberapa individu tertentu, termasuklah Datuk Nalla ini.

Rakyat sebenarnya sudah bosan melihat pelbagai saman dikemukakan kepada Utusan sahaja, tidak kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan. Tidak kurang yang melihat saman ke atas Utusan ini hanya bermotifkan politik kerana akhbar tersebut dimiliki oleh UMNO.

Sedangkan kalau dikira dari logik akal, pihak yang mengeluarkan kenyataanlah yang sepatutnya di saman dahulu. Walaupun sebagai penyiar Utusan turut sama bertanggungjawab, tapi rakyat mahu lihat orang yang mengucapkan perkataan fitnah itu sendiri di saman.

Yang sebetulnya masih belum terlambat untuk pasukan pembelaan Anwar mengkaji semula keputusan yang sudah diambil ini. Sila beri perhatian bahawa, pertimbangan dalam soal ini bukan pertimbangan perundangan semata-mata, malah pertimbangan politik juga.

Penulis bimbang jika keputusan ini diteruskan, ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan politik Anwar sendiri khasnya dan Pakatan Rakyat serta PKR amnya.

Dalam masa yang sama Nallakarupan dan kumpulan anti Anwarnya, akan terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur fitnah terhadap Anwar, tapi menggunakan medium atau suratkhabar yang lain pula.- SPR

Rakyat Didahulukan, Apakah Yang Kita Dah Dapat..

Posted: 17 Apr 2012 07:00 PM PDT

Sejak slogan yang dianggap keramat oleh Najib dalam memikat hati rakyat , aku tertanya-tanya apa dia yang telah diberi oleh najib kepada rakyat sesuai dengan slogannya ini ? Rasanya tak ada apa benda pun yang kita (rakyat ) dapat untuk membukti bahwa dia (najib) mengotakan apa yang dilaungkan... RAKYAT DI DAHULUKAN.

Sebagai rakyat , sebenarnya apakah yang kita harapkan ? Pertama tentunya pendapatan kita yakni gaji. Apakah najib dah naikkan gaji kakitangan awam untuk menunjukkan bakwa dia benar-benar prihatin dengan nasib kakitangan nya ? Gaji yang kita nikmati dan elaun2 yang diwujudkan adalh sumbangan Dollah (walaupun dia tidak menjaja slogan rakyat didahulukan). Malah baru-baru ini najib menaikkan gaji guru sekolah menengah ke gred yang lebih tinggi dan buat buta bahwa yang ramai adalah guru sekolah rendah.Tetapi golongan yang ramai ini tidak diberi perhatian oleh najib. APAKAH INI RAKYAT DIDAHULUKAN?

keduanya ialah keperluan rakyat untuk menruskan kehidupannya. Makna rakyat perlu membeli keperluan hariannya untuk dirinya dan juga keluarga. Apakah najib telah menurunkan harga barang-barang keperluan harian ? Lihat saja harga minyak petrol semakin naik. Kesannya barang2 harian telah meningkat tinggi.Dia memang tak pernah meninjau harga bawang ,cili,ikan dan sayur dipasar-pasar. Lihat harga barang ini . Hadiah kepada rakyat hanyaLAH AMARAN KEPADA PARA PENIAGA JANGAN NAIKKAN HARGA BARANG. Subsidi itulah simbol bahwa RAKYAT DIDAHULUKAN. Malang si pemukul canang RAKYAT DIDAHULUKAN telaj dan akan menarik subsidi sedikit demi sedikit. Jadi dimanakah slogannya dilaksanakan ?

Mulai bulan 1 Jun tarif elektrik dinaikkan lagi. Ingat najib naik RM40-RM50 sebulan sudah cukup membuat kita mengeluh. Nasi campur saja RM6 -RM7 sepinggan. Apa nak suruh kita makan berlaukkan garam ke ? Anehnya subsidi untuk IPP tidak diusik langsung sebaliknya subsidi untuk rakyat yang menaikkan umno jadi pemerintah , itu yang najib dengki sangat.APA BENDANYA RAKYAT DIDAHULUKAN ?

Kenaikan kos hidup menimbulkan kesan sampingan . Pertama kualiti hidup yakni dari sudut penyediaan makanan untuk keluarga akan terjejas. Majoriti rakyat tak mampu menikmatimakan2 yang berkhasiat kerana harganya mahal. Ini akan membawa rakyat kembali semula kezaman Jepun dahulu. Oleh kerana makanan tak berkhasiat kebanyakan rakyat lemah otaknya dan kemetot saiznya. Sedang si najib bukan main beranga-angan nak jadikan negara ini negara maju. TAKKAH DIA APAKAH CIRI-CIRI NEGARA MAJU ?

Kedua kesihatan majoriti rakyat akan terjejas. Ini kerana rata-rata (khususnya yang tinggal dibandar-bandar besar) akan membuat kerja tamb ahan untuk menambahkan pendapatan. Bermakna mereka kurang berehat. Balik kerja pukul 5 petang , sambung kerja sampingan hingga larut malam.Rumah tangga juga kan jadi tunggang langgang kerana anak-anak terbiar. Dan ini akan menimbulkan pula gejala sosial dikalangan remaja. INIKAH DIA RAKYAT DIDAHULUKAN ?

Yang ketiga menggalakkan kakitangan awam khususnya dikalangan penguatkuasa untuk melakukan rasuah.
Jelas slongan RAKYAT DIDAHULUKAN HANYA SLOGAN KOSONG. Ibarat memukul tin kosong , bisingnya bukan main.
Rakyat kena kelentong SOKMO.- Sumber

FAKTA: UMNO NATANGkan Raja-Raja... kahkahkah...

Posted: 17 Apr 2012 05:00 PM PDT

Umno Biadap Terhadap Institusi Raja

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.

Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan "dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia".

Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.- Sumber

Pi Mai Pi Mai Dok Tang Tu jugak... kahkahkah...

Posted: 17 Apr 2012 03:00 PM PDT

Bola sepak kita di takuk 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'

Syed Abdullah Jamalullail,

Apa lagi hendak diluahkan perasaan kecewa apabila pasukan bola sepak negara kini berada di ranking ke-156 dunia berdasarkan senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di mana dengan kedudukan sebegini Malaysia kini berada di kedudukan di bawah Pasukan Bola Sepak Bangladesh dan juga di bawah negara kerdil seperti Samoa, New Caledonia dan juga pasukan yang satu ketika dulu pasukan yang dianggap lemah seperti Pasukan Bola Sepak Filipina atau pun Pasukan Bola Sepak Singapura yang tidak mempunyai banyak padang bola sepaknya sendiri itu.

Apa sudah jadi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan apa pula alasan yang logik hendak direkakan untuk menjawab segala persoalan ini. Kalaulah begini jawabnya jangan hendak mimpi atau jangan cuba hendak mimpi untuk pasukan bola sepak kita memakai jersi negara dikejohanan di peringkat antarabangsa seperti sukan Olimpik, Piala Asia atau pun Piala Dunia.

Pasukan bola sepak negara hanya layak digelar jaguh kampung sahaja dimana hanya bermain sesama sendiri sahaja mampu menang dan bersoraklah peminat sesama sendiri bagi meraikan kemenangan diri sendiri.

Selagi sikap tidak berubah dan selagi tidak diubahkan pegawai-pegawai dalam persatuan selagi itulah kita akan berada di takuk 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'.

Persoalannya mengapa Kementerian Belia dan Sukan tidak ambil alih sahaja pasukan bola sepak negara untuk pastikan pasukan bola sepak kita bersaing kembali dengan Jepun, Korea Selatan sepertimana berlaku 30 tahun yang lalu?

Ampangan, Seremban - Harakahdaily

Dr Mahathir jalani pembedahan kecil

Posted: 17 Apr 2012 01:00 PM PDT

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketumbuhan "nasal polyps" di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pagi tadi.

Pembedahan selama sejam bermula 9.30 pagi tadi itu dilakukan pasukan perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Dato BS Gendeh (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Joanna Ooi (Consultant Anaesthesiologist, PPUKM) and Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Consultant Anaesthesiologist, IJN).

Dr Mahathir kini di bawah pemerhatian di wad biasa dan dijangka berada di hospital itu untuk beberapa hari lagi.

Lawatan kini dihadkan kepada anggota keluarga saja. - Berita Harian

Tiada ulasan: