Rabu, 18 April 2012

Addin

Addin


Gambar Anak PM Wasatiyyah

Posted: 18 Apr 2012 09:00 AM PDT


Bukan bertujuan nak aibkan sesiapa pun.. tapi bila bergambar di hadapan khalayak ramai macam nih maknanya sudah tentu untuk di tayang. Yang pasti, anak-anak gerombolan songkok tinggi nih kebanyakannya social life.. budaya hendoisme, hidup berpoya-poya menular.

Semestinya apabila dah declare sebagai negara Islam, seorang pemimpin negara Islam kononnya.. pertama sekali kaum keluarga perlulah di tarbiah terlebih dahulu. Addin bercakap dalam kontek tidak berprasangka.. kerana dalam Islam..  isteri, anak-anak dan kaum keluarga terdekat perlu di tarbiah dahulu.

Lepas tu barulah seseorang tersebut layak untuk menjadi pemimpin sesebuah masyarakat ataupun negara. Masyarakat akan menilai pemimpin itu sebagai gagal apabila, kaum keluarga sendiri gagal di tarbiah.

Agak-agaknya beginilah jadinya apabila ketam ajar anak berjalan betul.. Memang bukan semua kesalahan anak di bawah tanggungan ibubapa mereka tetapi ia menggambarkan kejayaan ibubapa tersebut dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak mereka.

Kepada semua umat Islam di Malaysia, adakah menjadi kewajipan kita lagi untuk mentaati pemimpin yang sebegini?






Tiada ulasan: