shalehudin |
- Najib pangku jawatan menteri wanita... kahkahkah...
- Bideo bebudak PERKASA kena halau balik... kahkahkah...
- Ditawar jawatan, nak jumpa PM agar tinggalkan PAS
- Bekas pegawai kerajaan mana yang nak join PAS nie... hehe...
- Perkasa buat lawak, bagi amaran kat Pak Samad... kahkahkah...
- TERHOT: Di sebalik Scorpene tu ada apa...
- TERKINI: CCTV di tangan Polis...
- Najib bodoh kalau dot... dot... dot...
- PANAS: Gambaq Lembu Liaq Aloq Setaq... kahkahkah...
Najib pangku jawatan menteri wanita... kahkahkah... Posted: 07 Apr 2012 11:12 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya. Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di Temerloh, Pahang hari ini, lapor Bernama. Pengumuman itu sekali gus menghentikan spekulasi berhubung pengganti ke jawatan itu apabila ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah sebelum ini diwar-warkan mengisinya ekoran lantikannya sebagai senator baru. Raja Ropiaah bagaimanapun sejak awal menyifatkan perkara itu "cakap-cakap orang" yang dibuat kerana beliau satu-satunya pemimpin baru dilantik sebagai senator. Ia juga atas anggapan bahawa kerusi kementerian itu sebagai 'kuota' untuk Wanita Umno. "Orang buat cerita... Jangan buat cerita yang tidak betul. Orang boleh cakap macam-macam," katanya ketika dihubungi Malaysikini semalam. "Kalau dilantik menjadi Senator Isnin ini, saya akan menjalankan kerja-kerja sebagai senator dengan baik. Dan saya tak mahu cakap lebih daripada itu." Raja Ropiaah antara pemimpin Wanita negeri yang terkedepan mempertahankan Shahrizat selepas bosnya itu didesak supaya turut melepaskan jawatan ketua Wanita oleh naib ketua Datuk Kamilia Ibrahim. Sebelum ini, sumber pergerakan itu memberitahu, berdasarkan pertemuan exco dan ketua-ketua Wanita Umno negeri selepas Shahrizat memutuskan berundur, ramai mahukan Najib atau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku kementerian itu.- M'kini |
Bideo bebudak PERKASA kena halau balik... kahkahkah... Posted: 07 Apr 2012 10:49 AM PDT Bebudak yang bangang... Bodoh piang tahap gaban.... Ada akai tapi tak reti nak pakai... Siang malam dok kena cucuk hidung ja... |
Ditawar jawatan, nak jumpa PM agar tinggalkan PAS Posted: 07 Apr 2012 07:00 AM PDT Ditawar Jawatan, Ajak Jumpa PM Agar Tinggalkan Pas SHAH ALAM, 7 APR: Bukan sahaja ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Motivator dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bahkan turut dipelawa berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tawaran ini diterima Rabu lalu oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Melaka, Osman Shamsuddin dari dua individu yang mendakwa wakil kepada Setiausaha Sulit Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Jasman Anuar. Menurut Osman yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Melaka di Tanjung Karang memberitahu tidak mengenali secara dekat kedua-dua individu terbabit tetapi memberitahu salah seorang itu bernama Mazlan dan pemandunya. "Cuma dia beritahu, mereka dihantar oleh Jasman, Setiausaha Umno Bahagian Tanjung Karang", katanya kepada Media Selangorku. Osman juga memberitahu, bahawa beliau akan dibawa berjumpa PM untuk mengadakan satu rundingan yang tidak diketahui tujuan sebenarnya. Mereka mendakwa dari sebauah NGO dan minta saya supaya tinggalkan perjuangan PAS. "Sebagai ganjarannya saya akan dilantik sebagai Timbalan Motivator dalam NGO mereka, tapi saya terlupa pula nak tanya NGO apa," terangnya. Bercerita lanjut, Osman memberitahu beliau sudah lama diekori dan dihubungi melalui telefon tetapi selalunya beliau tidak menjawab panggilan berkenaan. "Hari ini sahaja dah dekat enam kali telefon saya dan dia ada nyatakan saya akan dibawa berjumpa PM dalam masa terdekat untuk 'rundingan' lanjut. "Apa yang dimaksudkan dengan rundingan itu, tidaklah pula saya tahu rundingan macamana dimaksudkan," ujar beliau lagi. Bagaimanapun Osman menegaskan setelah meninggalkan Umno selama kira-kira satu tahun tiga bulan, beliau tidak mungkin beliau kembali ke pangkuan Umno semula. "Kampung ini sayalah yang teroka, nama Kampung Melaka ini pun saya yang beri dan Umno cawangan kampung ini antara yang terawal di Tanjung Karang. "Tetapi saya takkan kembali kepada Umno sebab pemimpin Umno sekarang semakin angkuh, sombong, sebab itu lah saya keluar. "Saya maksudkan ialah Ketua Umno Bahagian ini sendiri, (Datuk Seri) Noh Omar. "Bila dah jadi menteri penuh, dah jauh berubah, sombong dengan orang kampung "Tambah pula bila saya kenangkan pengorbanan saya semasa dalam Umno dahulu langsung tak hargai," ujarnya lagi.- Selangorku |
Bekas pegawai kerajaan mana yang nak join PAS nie... hehe... Posted: 07 Apr 2012 05:50 AM PDT Bekas Pegawai Kerajaan Akan Sertai Pas? Umno Kelantan lagi sekali akan dikejutkan dengan tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini sedang bersiapa sedia untuk mengumumkan menyertai Pas. Pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan itu dikatakan rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed. Beliau kini baru bersara dan mengambil tindakan demikian kerana bosan dengan politiking di dalam Umno serta kesal dengan tindak tanduk UBN yang menekan pegawai kerajaan supaya menyokong parti itu. Tindakan Umno Kelantan yang mengeksploitasi pegawai kerajaan supaya meramaikan majlis-majlis politik terutamanya semasa kunjungan presiden Umno ke Kelantan juga menjadi punca kenapa ramai bekas pegawai kerajaan bosan dengan Umno. Satu sumber memberi tahu pegwai itu akan menyerahkan borang menyertai Pas kepada Persuhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Penyertaan bekas pegawai yang baru pencen itu akan memeranjatkan UBN kerana beliau disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu enggan mendedahkan identiti pegawai berkenaan. Kata sumber itu lagi satu majlis kemasukan dalam Pas dan kesyukuran akan diadakan. http://msomelayu.blogspot.com/ |
Perkasa buat lawak, bagi amaran kat Pak Samad... kahkahkah... Posted: 07 Apr 2012 03:00 AM PDT Jangan jadi pengkhianat seperti Ambiga, kata Perkasa kepada Pak Samad KUALA LUMPUR, 7 April — Sayap pemuda Perkasa mendakwa pemimpin Bersih 2.0 menggunakan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menarik lebih ramai umat Islam dan pelajar menyertai perhimpunan pada 28 April ini. Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata "Pak Samad" telah menjadi seorang pengkhianat bersama Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan mengingatkan penulis berusia 76 tahun agar jangan mengorbankan kepercayaan hanya kerana seorang wanita. "Samad Said, jangan jadi pengkhianat kepada negara. Ia amat jelas siapa Ambiga... Saya berdiri teguh dalam keyakinan saya bahawa beliau anti-Islam," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam Irwan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan "pengkhianat" bangsa. Beliau juga mengkritik Pak Samad ekoran penglibatannya, berkata ia sesuatu yang "malang" apabila individu yang diangkat sebagai ikon negara dalam bidang seni dan kesusasteraan tidak berkalakuan bijak. "Jangan anda berani mencuba menarik penglibatan pelajar, Samad said. Jangan menjadi seorang pengkhianat," katanya. "Anda seorang umat Islam. Anda perlu tunjukkan anda tidak menyokong Ambiga. Anda sepatutunya mempertahankan Islam. "Jangan memecahkan orang Melayu... hari ini anda mempunyai orang Melayu yang menyokong PAS, PKR dan Umno. Beliau menambah bahawa sokongan terbuka Ambiga terhadao satu penganjuran program seperti Seksualiti Merdeka yang merupakan bukti Ambiha tidak menghormati Islam. Seksualiti Merdeka bukan sahaja menentang kepercayaan Islam tetapi juga mementang Kristian. Jadi ia menunjukkan beliau seorang pengkhianat kepada agama," katanya. Irwan menggesa komuniti Melayu untuk berada di rumah pada 28 April dan bersabar menunggu pilihan raya umum ke-13 jika mereka benar-benar mahu menunjukkan kemarahan terhadap kerajan. "Tunggu Parlimen dibubarkan," katanya. Semalam Pak Samad berkata persoalan tentang agama dan bangsa tidak timbul dalam perhimpunan itu. "Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih. "Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?" katanya. Tambah Pak Samad: " Sesiapa yang boleh membantu meningkatkan demokrasi, sama ada Kristian atau Islam." Pada Rabu lalu Bersih 2.0 mengumumkan cadangan mengadakan himpunan ketiga menuntut pilihan raya bersih dan adil, mengatakan walaupun kerajaan berjanji melakukan reformasi tetapi usaha ke arah itu kurang meyakinkan. Pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta himpunan yang menyaksikan lebih daripada seribu ditahan, ramai tercedera dan kematian seorang bekas tentera. Ekoran tindakan ganas pihak berkuasa, kerajaan dikritik di peringkat antarabangsa, membawa kepada Akta Perhimpunan Aman tahun lalu dan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.- TMI |
TERHOT: Di sebalik Scorpene tu ada apa... Posted: 07 Apr 2012 01:50 AM PDT Apa di sebalik perjanjian Scorpene? (Oleh: John Berthelsen) Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia. Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002. Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia. Razak Baginda – bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu – disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong. Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda. Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong. |
TERKINI: CCTV di tangan Polis... Posted: 06 Apr 2012 11:15 PM PDT Kes anak Nazri: CCTV kini di tangan polis Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields. Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber. Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai. Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu. Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya.- Malaysiakini |
Najib bodoh kalau dot... dot... dot... Posted: 06 Apr 2012 08:05 PM PDT 'Bodoh' jika Najib haramkan Bersih 3.0, kata pemerhati politik KUALA LUMPUR, 7 April — Pemerhati politik percaya pihak berkuasa tidak akan bertindak kasar terhadap peserta himpunan Bersih 3.0 seperti mana yang berlaku tahun lalu, mengatakan ia satu strategi "bukan main bodoh" oleh Datuk Seri Najib Razak. Mereka bersetuju sebarang tindakan kasar untuk menghentikan perhimpunan pada 28 April boleh menjatuhkan Najib dan pasukannya, menunjukkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir untuk perdana menteri berdepan risiko kehilangan lebih banyak sokongan. "Jika mereka lakukan sekali lagi seperti apa yang berlaku pada (himpunan Bersih) kali pertama dan kedua, ia bukan main bodoh, adakah anda fikir mereka ini naif? "Peluang ketiga diberikan untuk menunjukkan sama ada anda sebuah kerajaan yang menghormati nilai-nilai demokratik dan menolaknya...ia adalah bodoh malah ia mengatasi piawaian Barisan Nasional (BN)," kata pensyarah undang-undang Universiti Malaysia Dr Azmi Sharom. Menurut beliau, himpunan Bersih 3.0 dijadualkan pada 28 April di Dataran Merdeka, ia merupakan bantahan "mogok duduk" dan tidak berarak di jalan raya. "Ia mogok duduk, yang lebih aman. Ia pasti akan menjejaskan imej kerajaan dan pilihan raya umum jika mereka bertindak kasar. "Paling sedikit ia hanya akan mengukuhkan bukti orang ramai terhadap mereka," katanya. Semasa dua himpunan Bersih — pada 2007 dan tahun lalu, kerajaan menggunakan pasukan polis mencegah rusuhan yang bertindak menyembur meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang berkumpul di jalan raya mendesak pilihan raya adil dan bebas. Pada perhimpunan 2007, yang berakhir dalam keadaan huru-hara, telah memberikan kesan kepada BN semasa pilihan raya umum 2008. Tahun lalu pihak berkuasa cuba menghalang perhimpunan itu dengan manahan penyokong Bersih walaupun sebelum perhimpunan pada 9 Julai itu bermula. Mereka menegaskan kumpulan yang memakai pakaian berwarna kuning akan ditahan. Perhimpunan aman itu menyebabkan ibu negara seperti sebuah penjara, dengan jalan-jalan utama ditutup sementara perkhidmatan awam dihentikan sementara. Sesiapa yang memakai pakaian kuning akan ditahan tanpa disoal. "Tetapi saya rasa kerajaan telah lihat apa yang berlaku akibat tindakan mereka tahun lalu dan tidak akan menggunakan taktik sama. "Saya rasa beberapa pengajaran penting diperoleh dari situ," kata Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider. Selepas 9 Julai, Najib mendapati kerajaannya berulang kali menjadi perhatian media antarabangsa kerana dikatakan menggunakan kekerasan berlebihan ke atas peserta perhimpunan aman. Para penganalisis juga percaya gerakan masyarakat sivil negara telah berkembang disebabkan himpunan Bersih 2.0. Sebagai langkah persediaan mengawal keadaan, kerajaan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman lewat tahun lalu untuk mengawal perhimpunan aman dan membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya negara. "Ia adalah mengapa Akta Perhimpunan Aman dirangka. Dan selain itu, cara kerajaan menangani perhimpunan yang lain — pembebasan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Liwat II), bantahan Himpunan Hijau (terhadap Lynas Corporation) di Kuantan — ia nampaknya akan menjadi lebih baik untuk mengkaji permintaan Bersih. "Mereka (kerajaan) menjadi lebih maju, mereka memberi tempat untuk berkumpul dan mereka dengan jelas mengelak atau mencegah diri mereka daripada memberi sebab-sebab yang membolehkan pembangkang dan masyarakat menyalahkan mereka." Keadah ini, tambah beliau akan membantu mengurangkan kesan politik terhadap perhimpunan seperti himpunan Bersih 3.0. "Jadi jika berlaku lebih banyak tindakan keganasan polis semasa himpunan Bersih 3.0...ia akan membangkitkan kemarahan rakyat," kata Ibrahim. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan untuk menganjurkan himpunan Bersih 3.0, sehari selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan 22 cadangan PSC. Bagi Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pemerhati pilihan raya boleh melakukan kesalahan dengan Bersih. Beliau mencadangkan penganjuran perhimpunan yang ketiga disifatkan beliau sebagai "berlebihan" dan akan mengakibatkan satu tindakan balas yang ganas walaupun untuk pembangkang dan Bersih, jika kerajaan memutuskan menghalangkan perhimpunan. "Ya, lebih banyak tentangan terhadap BN dan pihak satu lagi. Kekecohan, huru-hara, tangkapan...ada yang simpati terhadap Bersih tetapi ada juga yang tidak. "Pengguna jalan raya, peniaga, mereka tidak akan gembira," katanya. Sebaliknya Agus mencadangkan semua pihak kembali kepada perbincangan untuk mencapai satu konsensus tentang bagaimana mengelakkan keadaan huru-hara di jalan raya. Sekurang-kurangnya dua reformasi sistem pilihan raya utama, katanya, mesti dilaksanakan untuk menyelesaikan kebuntuan buat masa ini — penggunaan dakwat kekal dan reformasi undi pos. "Isu-isu lain seperti pengundian berganda, itu boleh diselesaikan dengan dakwat kekal," katanya. "Perkara lain seperti membersihkan daftar pemilih boleh dilakukan kemudian. Tetapi sekarang ini, dua perkara penting ini perlu dilakukan segera," katanya. Namun Azmi tidak bersetuju, berkata perlu untuk Bersih mengadakan perhimpunan ketiga agar gerakan itu tidak hilang sokongan. TMI |
PANAS: Gambaq Lembu Liaq Aloq Setaq... kahkahkah... Posted: 06 Apr 2012 07:35 PM PDT Gambar dari Jalan pulang Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini. Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut. Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang. Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut. Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m. Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya. Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya. Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'.- Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan