Sabtu, 7 April 2012

Addin

Addin


Gambar Rosmah Mansor Tersipu Malu Depan Harussani

Posted: 07 Apr 2012 09:36 AM PDT


Rosmah Mansor tersipu-sipu malu depan Harussani dan seorang lagi tuh aku tak perasan siapa dia. Punyalah malu Rosmah Mansor hingga menyorok belakang Najib apabila bertemu muka dengan alim ulamak, takut nampak 'free hair' nya kot??.. 

Ingatkan Rosmah tak tahu malu, rupa-rupanya ada perasaan malunya.. Inilah sikap isteri pemimpin Wasatiyah no. 1 negara..

kah..kah..kah..


Siapa Sebenarnya Adun BN Pulau Pinang Yang Curi Elektrik?

Posted: 06 Apr 2012 07:30 PM PDT

Seorang wakil rakyat Barisan Nasional dikesan "mencuri elektrik" untuk kegunaan peribadi supaya bil yang diterimanya saban bulan sedikit berbanding penggunaan keseluruhan lampu dan peralatan elektrik di kediaman mewah Adun itu. Patutkah rakyat terbanyak di negeri berkenaan disuruh berjimat cermat tenaga elektrik tetapi pada masa yang sama golongan kaya raya ini mengamalkan sikap buruk dengan mengubah suai beberapa peralatan termasuk pada bahagian meter bagi menghalang bacaan sebenar kadar penggunaan elektrik.

Sumber PenangInsight.com memberitahu, anasir tidak bermoral itu mula dikesan oleh seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad dengan dibantu oleh dua penyiasat lain ketika membuat pemeriksaan teknikal di rumah mewah Adun berkenaan baru-baru ini.

Meter elektrik sah diubah suai dan merupakan jenayah di sisi undang-undang. Sumber berkatam, satu laporan polis telahpun dibuat di Seberang Perai pada Isnin lepas.

Jika didapati bersalah, wakil rakyat Barisan Nasional terbabit dirujuk di bawah seksyen 37(1) dan/atau Seksyen 37(3) dan/atau Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Yang Berhormat berkenaan telah tiga penggal menjadi Adun dengan memiliki kekayaan yang luar biasa dalam masa yang singkat serta mempunyai kenderaan mewah seperti beberapa buah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi. ~penanginsight

Video Ahli Perkasa Kena Sepak Terajang Dengan Polis?

Posted: 06 Apr 2012 06:42 PM PDT

ALOR SETAR - Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa. Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.

Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. ~sinarharian
 


Addin :

Ahli Perkasa kena sepak terajang dengan polis? Impossible.. sebab? Sebabnya Perkasa adalah anjing belaan Umno.. Umno pulak boss kepada polis, lepas tu tak akan lah kot polis nak hentam anjing belaan Umno.. Nak cari sakit, bukan sikit punya sakit tapi boleh sakit banyak..


Pegawai Tinggi Kerajaan, Kawan Rapat Dato' Mustapha Mohamed Akan Sertai PAS

Posted: 06 Apr 2012 05:24 PM PDT

Umno Kelantan lagi sekali akan dikejutkan dengan tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini sedang bersiapa sedia untuk mengumumkan menyertai Pas. Pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan itu dikatakan rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed. Beliau kini baru bersara dan mengambil tindakan demikian kerana bosan dengan politiking di dalam Umno serta kesal dengan tindak tanduk UBN yang menekan pegawai kerajaan supaya menyokong parti itu.

Tindakan Umno Kelantan yang mengeksploitasi pegawai kerajaan supaya meramaikan majlis-majlis politik terutamanya semasa kunjungan presiden Umno ke Kelantan juga menjadi punca kenapa ramai bekas pegawai kerajaan bosan dengan Umno.

Satu sumber memberi tahu pegawai itu akan menyerahkan borang menyertai Pas kepada Persuhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Penyertaan bekas pegawai yang baru pencen itu akan memeranjatkan UBN kerana beliau disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu enggan mendedahkan identiti pegawai berkenaan.

Kata sumber itu lagi satu majlis kemasukan dalam Pas dan kesyukuran akan diadakan. ~mso


Tiada ulasan: