Selasa, 3 April 2012

shalehudin

shalehudin


Inspektor Polis kantoi kes culik...

Posted: 03 Apr 2012 11:00 AM PDT

Inspektor antara 9 dicekup kes culik anak jutawan

SHAH ALAM- Seorang anggota polis Bukit Aman berpangkat Inspektor digantung tugas antara sembilan suspek ditahan berikutan dipercayai terbabit dalam kes culik anak lelaki jutawan kontraktor syarikat pembinaan membabitkan jumlah tebusan RM1.5 juta.

Dalam kes penculikan berkenaan pada 22 Mac lalu itu, mangsa berusia 34 tahun dapat diselamatkan sepasukan polis kelmarin, tanpa cedera walaupun rumah tempat mangsa dikurung di satu kawasan di Rawang, dekat sini dikawal rapi kumpulan penculik. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengarah projek berseorangan dalam perjalanan ke tapak pembinaan perindustrian Seri Kembangan, Serdang sebelum dipintas sebuah kereta dinaiki empat lelaki.

"Mangsa membantu ayahnya berusia 60 tahun yang juga pengarah urusan.

"Kejadian culik itu berlaku 22 Mac lalu ketika mangsa berseorangan memandu kereta dalam perjalanan ke tapak pembinaan di kawasan perindustrian Seri Kembangan sebelum dipintas kereta dinaiki empat suspek lelaki sebelum menculiknya.

"Kumpulan penculik terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga mangsa," katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam. Mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata itu kemudian dibawa dan dikurung di sebuah rumah di kawasan Rawang.

Keluarga mangsa meletakkan beg berisi wang tunai RM300,000 ditinggalkan di satu tempat Jumaat lalu, sebelum polis melaksanakan beberapa serbuan berasingan sekitar Lembah Klang dan menahan sembilan suspek lelaki berusia antara 26 hingga 48 tahun, kelmarin.

-myMetro

Alamak!! Dr Mashitah dah tersilap DEDAH daa... kahkahkah...

Posted: 03 Apr 2012 10:38 AM PDT

MCA, DAP dan Islam

Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam.

Mungkin dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha dakwah yang dijalankan oleh pihak BN. Namun dari sudut yang lain ianya mendedahkan sikap ingin tahu dan keterbukaan DAP yang sering diselar oleh BN sebagai musuh Islam. Saya diberitahu bahawa ada dari kalangan penceramah UMNO yang melampau sehingga sanggup mengisytiharkan DAP sebagai 'kafir harbi'! Pengistiharan ini sudah pasti dilakukan oleh seorang yang jahil tentang implikasi dari pengisytiharan yang sebegitu!

Apabila saya mendengar Dr. Mashitah mendedahkan bahawa DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan berhubung Islam, secara spontan saya bertanya, tetapi malangnya tanpa microphone, MCA tidak berhubung untuk tujuan yang sama ke? Soalan saya hanya sempat dijawab oleh Ahli Parlimen PR bahawa MCA tidak minat dan Dr. Mashitah terus duduk, mungkin merasa sedikit kesal bahawa maklumat tersebut telah didedahkan.

Apa pun kita semua memahami bahawa sikap MCA terhadap Islam adalah lebih keras berbanding DAP. Perkara ini semakin ketara hari demi hari. MCA menganggap mereka tidak perlu mempelajari Islam, mereka sudah pakar! Ini terbukti apabila MCA telah menganjurkan Seminar Hudud yang dihadiri ahli UMNO. MCA yang menjelaskan tentang betapa undang-undang hudud tidak boleh digunapakai di Malaysia dan ahli UMNO yang merupakan penasihat agama kepada MB Terengganu mengiayakannya dengan menyatakan bahawa undang-undang hudud yang digembar-gemburkan adalah sebenarnya hudud PAS dan bukan sebahagian dari undang-undang Islam.

Begitu juga baru-baru ini apabila telah diadakan debat di antara CSL dan LGE. Di antara serangan CSL terhadap LGE ialah kononnya bagaimana DAP dikudakan PAS. Dalam ucapan CSL beliau telah menyatakan bagaimana MCA telah berjaya memastikan UMNO tidak membawa isu perundangan Islam dan hudud! Beliau seterusnya mencabar LGE samada DAP sanggup membuat perkara yang sama terhadap PAS! Sekiranya tidak, maka kononnya ianya bukti bahawa DAP tunduk pada PAS.

LGE menjawab bahawa DAP tidak akan mengganggu ummat Islam dan amalan agama mereka sepertimana PAS juga tidak mengganggu orang bukan Islam dan amalan agama mereka.

Sikap menghormati Islam dan ummat Islam telah kerap dizahirkan oleh DAP kebelakangan ini. Ini termasuklah dasar-dasar yang dilaksana di Pulau Pinang di mana bajet untuk pentadbiran agama Islam telah dilonjakkan hampir 5 kali ganda dan bantuan terhadap sekolah agama Islam dan Maahad Tahfiz jauh melebihi apa yang pernah diberikan oleh BN sebelum ini. Fakta sebegini tidak ditonjolkan media perdana yang dikuasai UMNO/BN. Media UMNO/BN ingin terus membohongi rakyat, khususnya orang Islam.

Apabila ditanya oleh pemberita akhbar Cina mengapa LGE memberi sumbangan yang begitu banyak kepada pendidikan agama Islam di Pulau Pinang, termasuk sumbangan wang kepada golongan murid yang berjaya menghafal Al-Quran, LGE menjawab, "Apabila ummat Islam berpegang kepada ajaran agama Islam, mereka tidak akan terlibat dalam rasuah".

Sikap ingin ummat Islam menghayati Islam dengan sepenuhnya sehingga mencorakkan tindak-tanduk mereka dalam semua urusan, termasuk politik, jauh berbeza dengan sikap yang ditunjukkan seorang MP UMNO baru-baru ini. MP UMNO ini menyatakan bahawa janji Syurga adalah rasuah politik yang terbesar! Kenyataan sebegini mungkin adalah hasil dari UMNO berguru dengan MCA dalam soal agama sehingga ganjaran dan hadiah yang Allah sediakan bagi orang-orang yang beriman yang patuh dan taat pada perintahNya boleh disifatkannya sebagai rasuah terbesar! Maka adakah ini dengan sendirinya bermakna bahawa Allah adalah perasuah terbesar dan Rasulullah (SAW) adalah agen perasuah terbesar!? Astaghfirullah Al-'Azeem!!

Bagi PAS, orang Islam perlu diingatkan akan janji Allah dan dididik sehingga menerima janji ini sebagai perkara yang terpenting dalam hidup mereka. Semua amalan mereka adalah bertujuan untuk mencapai kereDhaan Allah, samada ianya 'amalan dunia' ataupun 'amalan akhirat'. Pada hakikatnya semua akan mempunyai kesan kepada kedudukan kita di akhirat kelak.

Sedih apabila difikirkan, aneh tetapi benar. MP UMNO yang tidak mahu Syurga (ataupun kereDhaan Allah) dijadikan sebagai matlamat amalan ummat Islam dalam berpolitik sehingga digelar 'janji syurga' sebagai rasuah sambil UMNO dianggap parti yang memperjuangkan kepentingan Islam. DAP yang ingin ummat Islam berpegang kepada Islam sehingga memberikan galakan dan sokongan tetapi DAP pula digelar musuh Islam!

Hakikatnya, yang merosakkan ummat Islam bukan semestinya orang bukan Islam. Kebiasaannya, ianya adalah bermula dari para pemimpin yang beragama Islam tetapi ingin ummat Islam menjauhi ajaran Islam, khususnya dalam soal berpolitik. Mereka lakukan ini kerana mereka ingin memanfaatkan kekuasaan mereka tanpa dibataskan oleh syara'. Rasuah, penyelewengan, maksiat dan kerosakan menjadi amalan biasa disambil Masjid-masjid besar dibina disetiap pelusuk. Projek pembinaan Masjid-masjid indah mendatangkan 'komisyen' dan pada masa yang sama rakyat serta ummat Islam boleh ditipu dengan projek keagamaan seperti ini. Sambil itu, kekayaan Negara terus dirompak.

Semoga ummat Islam di Malaysia dapat memahami hakikat yang sebenar dan menyedari penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Semoga dengan itu akan Malaysia dibebaskan dari kongkongan jahat para pemimpin yang beragama Islam tetapi menghalang penghayatannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

KANTOI: Hassan Ali perut busuk...

Posted: 03 Apr 2012 08:40 AM PDT

Kehadiran saya tidak penting, bukan murtad - Dr Rani

KUALA LUMPUR- "Kehadiran saya yang tidak penting, bukannya video itu yang tidak penting. Itu maksud saya," tegas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang digunakan bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali untuk menyerang beliau.

Mengakui beliau menerima pelbagai panggilan yang menegur 'kenyataan'nya di Sinar Harian, semalam, Dr. Rani berkata berlaku salah lapor dari akhbar tersebut tentang kenyataannya itu.

Bercerita kembali kepada Harakahdaily, Dr. Rani dihubungi Sinar Harian sehari sebelum bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hassan mendedahkan video murtad yang dimilikinya.

Ketika itulah Dr. Rani menyatakan pendiriannya untuk tidak menyertai sidang media tersebut dengan menyatakan kehadirannya tidak penting pada majlis itu.

Bagaimanapun, beliau berkata penting bagi video itu dirujuk dan diserahkan kepada pihak yang berkuasa seperti jabatan agama atau pun menteri yang menjaga agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Saya juga komen, video murtad itu tidak perlu serah kepada PAS atau pihak lain. Serah dulu kepada pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi Jamil Khir sendiri pernah beri kenyataan mana-mana individu yang ada bukti tentang kes murtad boleh terus merujuk kepada beliau," kata Dr. Rani yang juga Adun Meru.

Akhbar Sinar Harian, semalam melaporkan kenyataan Dr. Rani yang dianggap sesetengah pihak seolah-olah beliau tidak memandang serius isu murtad, termasuk Hassan.

Dr. Hassan dilihat banyak menyerang Dr. Rani setelah jawatannya sebagai pesuruhjaya negeri diambil Dr. Rani ekoran pemecatannya dari PAS, Januari lalu.

Menyentuh soal isu murtad yang didedahkan Dr. Hassan, Dr. Rani berkata sebagai orang Islam sudah tentu isu itu merupakan satu isu penting yang memerlukan penglibatan semua pihak.

Tetapi, apa yang menimbulkan persoalan mengapa rakaman itu hanya memuatkan suara, tanpa wajah mereka yang mendakwa cuba dimurtadkan?

Lebih-lebih lagi, Hassan mendakwa video itu dirakamkan pada 2002 lagi, yang ketika itu Hassan masih belum memegang jawatan sebagai exco agama di Selangor.

"Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan video tersebut. Ada suara sahaja, tidak cukup kukuh buktinya itu. Lagi satu, kenapa simpan lama sangat baru hendak dedahkan sekarang? Kenapa bukan masa dia ada kuasa dahulu?" soal Dr. Rani lagi.

-Harakahdaily

Amek ko, Gatai sangat nak jadi artis...

Posted: 03 Apr 2012 05:57 AM PDT

Artis baru sering diminta habuan seks

KUALA LUMPUR- Hanya lima hingga 10 peratus artis yang mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) biarpun jumlahnya dikhuatiri lebih ramai.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku.

Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.

"Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.

"Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh," katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.

"Mereka juga diminta hantarkan sekali surat aduan atau bukti, jika ada. Kalau tak boleh hantar surat, e-mel saja ke presidenseniman@gmail.com atau dzed.resources@yahoo.com. Ia hanya untuk rekod dan sekurang-kurangnya ada hitam putih.

"Saya tahu ada artis malu dan takut untuk buka mulut. Namun, kes begini perlu didedahkan untuk kebaikan semua pihak, khususnya artis itu sendiri. Setiap kes boleh jadi pengajaran untuk orang lain yang mahu mencuba nasib sebagai artis," katanya.

Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja menjejaskan nama baik industri hiburan pada mata masyarakat, malah turut merosakkan masa depan artis terbabit, lebih-lebih lagi jika individu itu memiliki gambar atau video lucah artis terbabit.

"Dunia hiburan kita bukan besar sangat. Pusing pusing, mereka akan bertemu kembali. Kadangkala jika artis itu bermasalah dengan mereka, diugut pula akan menyebarkan gambar atau video itu," katanya.

Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan kini mengumpul bukti.

"Kita tahu siapa mereka. Buat masa ini kita mengumpul bukti sebelum tindakan diambil, termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya.

-myMetro

Mai kita pakat booo, monyet nie... hehe...

Posted: 03 Apr 2012 01:00 AM PDT

Apabila Wee Ka Siong kena 'boo'...

Oleh LIM HONG SIANG
PADA tahun 1987, satu perhimpunan besar-besaran di Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur, mendesak kerajaan menarik balik keputusan menghantar guru tidak fasih bahasa Cina untuk mengajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina).

Sungguhpun daripada wadah politik yang berbeza, MCA dan DAP sanggup bersemuafakat dengan Dong Jiao Zong (pertubuhan yang memperjuangkan pendidikan aliran bahasa Cina) dalam isu ini

Malah, Naib Presiden MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, Woon See Chin mengumumkan kesediaan dirinya untuk meletak jawatan seandainya isu ini tidak diselesaikan.

Suku abab telah berlalu. Masalah pendidikan aliran bahasa Cina berlanjutan. Guru masih kekurangan, lantas guru yang tidak fasih bahasa Cina dihantar untuk mengisi kekosongan itu.

Kekurangan guru berlaku bukan kerana tiadanya anak muda yang berminat menjadi guru, tetapi kepincangan yang berlaku ketika pengagihan guru. Guru yang fasih bahasa Cina dihantar ke sekolah yang tidak mempunyai keperluan itu, sebaliknya guru yang tidak fasih bahasa Cina, dihantar pula ke SRJK(C).

Maka timbullah kesangsian dan kecurigaan terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional, bahawa inilah dasar dan strategi kerajaan untuk menghapuskan SRJK(C) secara beransur-ansur. Janji ditabur bagai gula setiap kali menjelang pilihan raya umum, dan janji yang sama jugalah dikitar semula pada PRU yang akan datang.

Perhimpunan di Kajang pada 25 Mac 2012 menyaksikan kehadiran hampir 10,000 orang untuk meluahkan ketidakpuasan ini. Mungkin kita perlu maklum bahawa Dong Jiao Zong mengalami perselisihan dalaman sejak beberapa tahun lalu. Jumlah 10,000 ini dijangkau dalam keadaan pertelagahan ini belum dibubuh noktah. Bayangkan, seandainya tiada pertikaian terhadap pimpinan Dong Jiao Zong sedia ada, mungkin Kajang akan dibanjiri lautan manusia yang bergelora hatinya.

Mungkin Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong daripada MCA ingin meneladani Woon See Chin apabila mengambil keputusan untuk tampil ke perhimpunan ini. Barangkali beliau menjangkakan kehadiran dirinya bakal disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh. Ia mungkin satu percaturan untuk meraih sokongan masyarakat Cina, dan dijadikan modal untuk dirinya mendaki tangga kuasa – seandainya MCA kalah teruk dalam PRU13 dan Chua Soi Lek terpaksa berundur.

Di luar dugaan, beliau disambut dengan sorakan "boo", apabila beliau tiba dan ketika beliau meninggalkan situ. Lebih-lebih lagi, setiap kali nama Wee Ka Siong disebut, pasti akan dibalas dengan "boo". Malah Wee mendakwa dirinya hampir ditumbuk oleh seorang peserta perhimpunan, tapi sempat ditangkis polis yang melindunginya.

Terpulanglah kepada siasatan polis untuk mengenal pasti sejauh manakah benarnya tuduhan Wee Ka Siong bahawa dirinya ditumbuk – sungguh pun kita tidak bersetuju untuk menggunakan keganasan dalam menyelesaikan masalah ini.

Berbalik kepada isu pokok, mengapa berlaku perbezaan yang ketara antara tahun 1987 dengan 2012? Seringkali Umno mendakwa bahawa masyarakat Cina boleh duduk semeja meskipun berbeza kepartian dalam isu hak dan kepentingan kaum. Lantas masyarakat Melayu-Islam dipujuk (diugut?) agar bersatu untuk berdepan dengan tuntutan masyarakat Cina, yang dianggap bakal menghakis kepentingan Melayu.

Namun, zaman itu telah berlalu. Kalau tidak, Wee Ka Siong akan menjadi juara yang disanjung dan dipuja pada Ahad lalu. Tiada rasa hormat langsung untuk pemimpin MCA ini, meskipun Wee Ka Siong mungkin menganggap dirinya Timbalan Menteri Pelajaran yang paling lantang membela hak masyarakat Cina dalam sejarah MCA. Apa yang berlaku adalah penghinaan secara terbuka yang habis-habisan terhadap Wee dan MCA. Jelas, berbeza dengan tahun 1987, parti Cina ini tidak lagi diiktiraf sebagai "rakan seperjuangan" masyarakat Cina.

Retorik murahan bahawa "Cina perlu bersatu untuk tuntut lebih kepentingan kaum" tidak selaku dulu pada zaman ini.

Masyarakat Cina, khususnya komuniti yang berbahasa Cina, hilang kepercayaan terhadap MCA. Presiden MCA Chua Soi Lek menyindir bahawa demonstrasi gagal menyelesaikan masalah.

Namun, janji demi janji bukan juga penyelesaiannya. Masalah kekurangan guru di SRJK (C) berlanjutan untuk puluhan tahun. Ramai yang tersentuh apabila satu gambar di mana seorang budak dengan kadnya menulis, "Pada zaman ayah saya, kekurangan guru. Kini zaman saya, kekurangan guru juga."

Kekurangan guru bukan satu-satu masalahnya. Hampir kesemua generasi yang belajar di SRJK(C) mempunyai pengalaman mengutip derma secara terbuka untuk sekolahnya. Hampir kesemua ibu bapa mempunyai pengalaman untuk beratur pada larut malam, malah ada yang berkhemah, kerana berebutrebut nak mendaftarkan anaknya di SRJK(C). Sudah menjadi sesuatu yang lumrah apabila ibu bapa dikehendaki menderma kepada sekolah, sebagai syarat kemasukan anaknya ke dalam SRJK(C). Mereka yang gagal mendapat tempat di sekolah yang berhampiran dengan kediamannya, terpaksa bangun awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah.

Masalah ini bukan lagi boleh diselesaikan dengan lebih wakil MCA dalam Parlimen mahupun Kabinet. Propaganda "bersatu untuk menuntut hak perkauman" semakin kurang mujarab, lantaran pengalaman "harapkan pagar, pagar makan padi." Setelah suku abab berlaku sejak tahun 1987, masyarakat Cina kini lebih yakin dengan pembentukan satu sistem yang adil untuk menjamin hak asasi kepada semua.

Tolong tekan LIKE kalau sokong...

Posted: 02 Apr 2012 11:00 PM PDT

Turki tiada minyak tapi mampu beri pendidikan percuma – Anwar

"Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.
brp>"Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti," katanya pada dialog bertajuk 'Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat' anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu


KUALA LUMPUR: Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

"Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.

"Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti," katanya pada dialog bertajuk 'Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat' anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat," katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik.

"Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin. Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India.

"Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti," katanya.


Memang patut Rahim Thamby Chik kena penampar... kahkahkah...

Posted: 02 Apr 2012 09:00 PM PDT

Keluarga si Jib

Salam semua...

Besaq sungguh keluarga si Jib ni, kadang-kadang tak menang tangan jugak dia ngan si Mah ni nak jaga. Maklum la kan, anak-anak dah besaq panjang, depa punya buaih dah cara orang besaq-besaq... haha...
Mungkin dah letih kot dok kena kencin ngan anak-anak dan jugak ataih sikap rasa bertanggungjawab dia sebagai sorang ketua keluarga yang ulung dan dihormati... dia himpun duit siang malam untuk beli sekoq robot yang boleh kesan pembohongan... haha...

punya la terer robot tu, dia akan tampaq sesapa saja yang membohong serta merta...

Jib tau dan Mah pun sedaq, anak bongsu depa yang sekoq tu dah pelik lain macam... bangang dah melebih bapak, gatai dah melebih emak... Jib bertekad, Mah berpakat... depa nak pekena anak paling kecik depa, Chik malam tu jugak...

"Hang pi mana ni Chik?" tanya Jib.
"Errr... ada belajaq tambahan ayah", jawab anaknya.
*PANNGG* Robot tu penampaq anak dia...

"Chik, ni robot ayah baru beli tau, dia jenih penampaq sapa saja yang berbohong! la ni hang habaq betoi betoi, hang pi mana tadi!

"Maap ayah… Chik baru habih tengok bideo kat rumah kawan…"
"Cerita apa?
"Err... cerita Merong Mahawangsa yah"
*PANNGG*
"Hang habaq betoi-betoi Chik oii kalau tak mau hilang hidung?!
"Maap ayah… errr... cheq tengok bideo lucah Anwar"

Tetiba ja Jib bertukaq jadi singa betina... mata merah cam hantu raya, marah sungguh dia...

"Apa nak jadi hang nie Chik… hang buat malu bibiaq merah ayah ja, ayah kecik-kecik dulu pun tak cam tu...!!

*PANNGG* tetiba ja penampaq robot hinggap betoi-betoi ke bibiaq merah si Jib. Semua terkejut, suasana hening sunyi gedi...

Si Mah yang dari tadi siapkan rambut kembangnya teruih masuk ruang tamu... sambil cekak pinggang…

"Huh, sama saja perangai hangpa dua ekoq nih, nak pi mana kuah kalau tak ke nasik.. dah memang dia tu anak hang...

*PANNGG*

Bini si Jib terpelanting kena penampaq ngan robot tuh... Errr... tang ni hangpa pikiaq sendiri la pasai apa pulak robot tu pi penampaq si Mah... hehe...

Moral dia, macam yang Mak Long hang selalu pesan la... kurangkan tidoq siang, jangan kembangkan rambut waktu malam dan jangan dok gatai edaq bideo lucah... haha...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

TERHOT: Mustafa Ali kena paksa... kahkahkah...

Posted: 02 Apr 2012 07:00 PM PDT

Mustafa dipaksa pertahan Anwar?

KUALA LUMPUR - Tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menimbulkan kehairanan pelbagai pihak.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Mustafa dalam mempertahankan Ketua Pembangkang itu dilihat luar biasa dan boleh dipertikaikan niat sebenar beliau.

Katanya, ramai pihak kini tertanya-tanya sebab utama Mustafa berbuat demikian dan adakah beliau sebenarnya dipaksa oleh puak Anwarinas dalam Pas ataupun kerelaannya sendiri.

"KITA ingin bertanya apakah Mustafa tidak setuju dengan kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris?

-Utusan


PANAS: Depa bergerun sampai lembut lutut... kahkahkah...

Posted: 02 Apr 2012 05:00 PM PDT

Mampukah denda RM25 gerunkan penari tiang?


KUALA LUMPUR, 2 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu tiga wanita 'penari tiang' yang hanya didenda RM25.

Jamil Khir ketika mengulas perkara itu berkata bahawa, pesalah kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman saja, tetapi juga pada keperluan kaunseling terhadap mereka.

Beliau juga turut berkata "Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini".

Mengulas kenyataan itu Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pesoalan pokok yang perlu Jamil Khir jawab adakah denda RM25 itu mampu menggerunkan mereka dari mengulangi perbuatan itu atau memberi pengajaran kepada orang lain.

"Hukuman yang setimpal juga adalah sebagai kaunseling terbaik kepada semua pihak, sama ada pesalah dan masyarakat.

"Apakah pengajaran yang boleh diambil dengan hanya denda RM25 sahaja seorang? Mampukah denda RM25 memperi peringatan keras kepada individu lain daripada menceburi bidang yang haram ini," soalnya.

Dalam hal ini katanya, Datuk Seri Jamil Khir perlu ingat bahawa gejala sosial dalam masyarakat di negara ini sudah berada di tahap yang membimbangkan.

Lebih malang ujarnya apabila yang terlibat dalam industri seks sebagai penari lucah di kelab malam ini adalah gadis Melayu beragama Islam.

"Ternyata Datuk Seri Jamil Khir gagal menjaga agama Islam dan umatnya di negara ini.

"Beliau menganggap kesalahan itu sebagai remeh dan hukumannya setimpal sedangkan umat Islam menganggap kesalahan mereka amat besar," kata Riduan.

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac lalu.

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari.

Hukuman itu bagaimanapun dipertikai masyarakat kerana merasakan denda RM25 itu terlalu kecil berbanding kesalahan yang mereka lakukan.

Malah ada yang mendakwa ianya jauh beza dengan pendapatan lumayan penari tiang tersebut dan denda RM25 bukan satu pengajaran kepada mereka.- Harakahdaily

Malaysia bukan segalanya baik...

Posted: 02 Apr 2012 03:00 PM PDT

Kes Suhaila buktikan Malaysia bukan segalanya baik


SELURUHNYA bersyukur atas adik Nur Suhaila Tukijan, 15 tahun yang berjaya menjalani pembedahan atas sakitnya congenital disorder di Hospital Universiti Sharjah, Dubai dan dia sudah selamat pulang.

Doktor sudah berpuas hati dia mulai sembuh dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama enam bulan lagi.

Syukur kita bukan sekadar dia sembuh dari penyakit yang jarang terjadi tetapi syukur juga atas kejayaan ilmu perubatan yang dicapai oleh manusia dan dari pakar perubatan di negara Islam pula.

Nur Suhaila sebelumnya sudah menjalani rawatan di tanah air tetapi tidak berjaya. Syukur ibunya membuat pencarian melalui internet di merata dunia, maka ditemuinya di Dubai.

Rawatan di Dubai itu kerana ia sudah tidak dapat diiktiarkan lagi di negara ini sedang negara ini selalu juga dikira banyak mendahului kejayaan dan kemajuan negara-negara Islam lain. Malah dikatakan Malaysia adalah mendahului negara-negara Islam lain.

Tetapi dengan kejayaan hospital di Dubai itu, maka Malaysia rupanya sudah ketinggalan dibanding dengan Dubai sekurang-kurang dalam penyakit yang menimpa Nur Suhaila.

Tetapi mungkin dalam bidang perubatan Malaysia tidak menjadi negara Islam yang terdepan.

Beberapa tahun lalu terdapat sepasang kanak-kanak laki-laki kembar siam, jika tidak silap namanya Muhamad dan Ahmad. Kanak-kanak yang belum bersekolah pada masa itu telah selamat dipisahkan oleh doktor tetapi bukan oleh pakar perubatan di Malaysia.

Doktor dan hospital Arab Saudi yang menawarkan pembedahannya di Arab Saudi sendiri dan kos perubatan itu ditanggung oleh Raja Saudi sekarang iaitu alMalik Abdullah.

Sekarang kedua-dua kanak-kanak sudah bersekolah dan dapat menjalani kegiatan riadhah seperti kanak-kanak lain sesuai dengan keupayaan dan kekurangannya. Ertinya mereka dapat menjalani hidup biasa seperti kanak-kanak lain.

Dan Nur Suhaila juga dilapor jika keadaan kesihatan berjalan normal, maka dia juga boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

Dengan dua kejadian kanak-kanak Malaysia mendapat rahmat dari bantuan rawatan negara Arab, tidak di negara sendiri, memberi gambaran tidaklah dalam semua bidang Malaysia mendahului lain-lain negara Islam. Ada juga yang Malaysia ketinggalan dibanding dengan negara Islam yang lain.

Dengan ini dapat dianggap rawatan dan perubatan Malaysia sudah ketinggalan dibandingkan dengan Arab Saudi dan Dubai.

Dunia dan manusia itu memang begitu ada kelebihannya dan ada juga kekurangannya. Ada lebihnya dari orang lain dan negara lain, dan ada pula kekurangannya dari orang lain dan negara lain.

Tuhan berkuasa menjadi seseorang lebih dari orang lain dalam segala-galanya, dan boleh juga Tuhan mentakdirkan ada negara dan bangsa lebih dari orang dan bangsa lain dalam segala-galanya. Tetapi Allah tidak jadikan begitu. Dia jadikan ada orang itu lebih dari orang lain dalam perkara tertentu tetapi lemah pula ia dalam perkara tertentu dari orang lain.

Maka dengan ini tidak bolehlah manusia seperti di Malaysia hendak mendakwa ia adalah negara Islam yang termaju. Ia boleh jadi negara dan bangsa yang maju tetapi tidaklah pula boleh ia mengira ialah yang termaju dan terpintar.

Dengan pengalaman yang dilalui oleh Nur Suhaila itu ternyata hospital dan doktor belah di Dubai lebih maju dari perkidmatan perubatan di Malaysia. Dan sebelumnya hospital Arab Saudi dapat buat apa yang hospital dan doktor Malaysia tidak dapat buat.

Mungkin ada doktor di Malaysia yang boleh pisahkan kanak-kanak kembar siam seperti yang berjaya dibuat di Arab Saudi. Tetapi yang nyata tiada hospital dan doktor di Malaysia yang menawarkan pembedahan ke atas kanak-kanak kembar Ahmad dan Muhamad tadi. Saudi pula yang membuat tawaran.

Tentang Nur Suhaila memang ibu dan bapanya sudah dapat buat banyak di Malaysia. Mereka dapat satu tempat dan seorang doktor yang boleh menolong Nur Suhaila atas izin Allah dan ia berjaya.

Malaysia nampaknya wajar belajar lagi supaya dapat mencapai seperti kemahiran doktor Dubai. Belajar lebih elok dari hendak mengajar orang lain.

FAKTA: Syusi Paling Mahal di Dunia

Posted: 02 Apr 2012 01:00 PM PDT

Chef buat semula susyi paling mahal

MANILA - Seorang chef terkenal, Angelito Araneta Jr. membuat semula susyi paling mahal di dunia di sini semalam. Susyi itu dihiasi dengan beberapa berlian Afrika dan mutiara.

Araneta telah diiktiraf Guinness World Records pada tahun 2010 sebagai pencipta susyi yang paling mahal di dunia.

Lima potong susyi itu dijual pada harga AS$1,978.15 (RM6,057.10).

- Agensi

Tiada ulasan: