Selasa, 3 April 2012

Addin

Addin


Lagi Kepincangan SPR.. Sewaktu Ke Luar Negara Beliau Di Daftarkan Sebagai Pengundi

Posted: 03 Apr 2012 10:25 AM PDT

Kepincangan SPR semakin menjadi - jadi dan tidak dapat di bendung lagi. Terbaru, kes seorang wanita didaftarkan sebagai pengundi ketika beliau berada di luar negara. Bagaimana individu terbabit tiada di Malaysia boleh didaftarkan sebagai pengundi. Bagaimana tanpa  kehadiran dan kad pengenalannya belaiu di daftar sebagai pengundi? Kerja-kerja jahat SPR terus berlaku kerana Umno BN tiada talian hayat lain dan yang hanya tinggal hanyalah SPR.

Sebab itu Umno BN memperkudakan SPR semahu-mahunya supaya mereka dapat mengekalkan kuasa. Penipuan yang terancang sekarang di lakukan SPR ialah dengan melakukan penipuan di daftar pemilih. Dengan tiada usaha sungguh-sungguh dari pihak SPR dan kerajaan Umno BN, wajib kita adakan BERSIH 3.0 sebelum PRU 13.. kita ke jalanraya sebelum pilihanraya.. ayuh!!


Jasad Keluar Negara, Nama Didaftarkan Sebagai Pengundi

SHAH ALAM : Kepincangan sistem pilihanraya Malaysia terbukti sekali lagi apabila seorang pembantu akauntan mendakwa beliau didaftar sebagai pengundi tanpa pengetahuannya.


Lebih memeranjatkan lagi, Jeisha Nukasy, 36, didaftar sebagai pengundi pada Feb 17 semasa beliau berada di luar negara atas urusan kerja.

Menurut ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei, Jeisha bukan kes pertama yang beliau pernah temui.

Jeisha mendakwa beliau didaftarkan sebagai pengundi oleh pihak tidak bertanggungjawab semasa beliau berada di Thailand.

Jeisha menyedari perkara tersebut semasa beliau pergi ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Kompleks PKNS Shah Alam untuk mendaftar sebagai pengundi pada 31 Mac.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa nama saya telah didaftarkan pada 17 Februari lalu sedangkan 16 Feb hingga 19 Feb saya berada di Thailand," Jeisha berkata apabila ditemui di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.

Jeisha tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat bagaimana beliau boleh didaftarkan tanpa kehadiran dan kad pengenalan.

Hadir bersama Jeisha adalah suaminya Steven Sivatian dan ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei.

Jeisha berkata mengikut rekod SPR, beliau didaftarkan sebagai pengundi di Jalan Kebun yang berada di dalam kawasan DUN Seri Muda.

Sementara itu Shuhaimi berkata beliau dalam proses menghubungi seorang lagi pengundi yang mengalami perkara yang sama.

Sebelum ini, media melaporkan yang kawasan mengundi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diubah tanpa pengetahuannya daripada Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

"SPR diminta untuk membersihkan senarai nama pengundi sebelum pilihanraya dan bertindak secara adil dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik seperti UMNO-BN untuk memenangi pilihanraya akan datang," jelas Shuhaimi. ~selangorku



Usaha Keras Speaker Untuk Menutup Kejahatan Umno Dan SPR

Posted: 03 Apr 2012 08:16 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penolakan usul laporan minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini sebagai cubaan untuk menutup kepincangan dalam daftar pemilih. Ini kerana katanya, laporan minoriti itu antara lain secara jelas mengemukakan bukti senarai daftar pemilih belum bersih. Beliau merujuk isu.. 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama.

"Bagi saya jelas menunjukkan keangkuhan, tidak mahu dengar, dan tidak bagi ruang untuk kita bagi penjelasan dan tunduk kepada tuntutan Umno.

"(Ini kerana) saya lihat laporan minoriti itu mendedahkan bahawa SPR gagal memastikan senarai pemilih yang sah," katanya pada sidang media bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat petang tadi.

Terdahulu beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul laporan minoriti untuk dimuatkan bersekali dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya.

Beliau juga kesal kerana Pandikar didakwa tidak mahu mendengar hujah ahli parlimen Pakatan berhubung bukti atau 'precedent' laporan minoriti pernah dibuat di negara-negara Komenwel lain.

"Speaker menolak dengan dengan alasan tidak ada 'precedent'.Dia kemudian tak mahu layan langsung perbincangan.

"Dia yang tiga kali cadang supaya kita kemukakan alasan precedent. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar," tegasnya.

Terdahulu, dewan rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN berhubung pertikaian penolakan laporan minoriti oleh Pandikar.

Kekecohan itu juga menyaksikan Azmin Ali (PKR Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Sivarasarasiah (PKR Subang) diarah keluar dewan oleh Pandikar.

Suasana tegang itu juga memaksa Pandikar membuat undian belah bahagi bagi meluluskan usul PSC tanpa bahas kerana berpendapat ahli parlimen Pakatan Rakyat 'tidak berminat' untuk berbahas yang kemudian diluluskan.

Mengulas perkara itu Anwar sekali lagi membidas sikap Speaker yang membuat kesimpulan mudah sebegitu.

"Siapa yang boleh putus kita tak minat bahas. Kita bangun nak selesaikan ini dahulu kemudian nak bahas.

"Kita bawa dokumen (untuk bahas) tapi sengaja ambil alasan, takut hujah dikemukakan dan rakyat tahu," katanya. ~harakahdaily

Addin :

Kita ke jalanraya sebelum pilihanraya.. BERSIH 3.0!!


Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali Di Parit Buntar Kena Ejek Dengan Orang Kampung

Posted: 03 Apr 2012 07:31 AM PDT


Gambar kat atas ini ialah ceramah Hassan Ali di Parit Buntar. Jikalau perhatikan betul-betul kemudahan- kemudahan ceramah ini di taja oleh Majlis Daerah Kerian, dan perkara ini jangan di impikan sekiranya Hassan Ali masih bersama PAS.

Menurut blog PASPB, di belakang Hassan Ali ialah Ketua Pemuda Umno Bagan Serai dan mengesahkan bahawa  Hassan Ali sememangnya ditaja Umno untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Ianya merupakan tindakan bacul orang yang bernama Hassan Ali. Di bawah ini adalah pendedahan PASPB mengenai ceramah Hasan Ali di Parit Buntar baru-baru ini..


TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar
Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza.- fb Hassan Ali
Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~paspb


Tiada ulasan: