shalehudin |
- TERKINI: Kubu Umno dah Pecah... kahkahkah...
- Polis pompuan picit payudara dia...
- Puas hati, aku dah dapat balas dendam... kahkahkah...
- Najib tunaikan benda yang dia pandai buat... kahkahkah...
- Banyak soklan betoi la hampa ni, RIMAIH aku... hehe...
- Baguih jugak ada Mamak Kutty nie, lagi cepat la BN bungkuih... hehe...
- Suka tak suka, Anwar saja harapan kita...
- Sedap woo boleh dok tibai Hassan Ali camnih... kahkahkah...
- Yuk!! Hidup INDON... Hidup INDON... kahkahkah...
- Marah ni umpama pedang...
- Gua sokong demi pencerahan... haha...
TERKINI: Kubu Umno dah Pecah... kahkahkah... Posted: 02 Apr 2012 11:00 AM PDT Kunjungan Anwar Ke Gua Musang Kubu Umno Di Paloh Pecah Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan tidak dapat sesiapa tahan lagi. Pemberian wang kerajaan kepada rakyat menerusi BR1M atau pelbagai pemberian wang lain serta berbagai janji-janji molok tidak mampu memerahmenyalakan gelombang merah. Rakyat Kelantan nampak cerdik dalam politik dan tidak mudah terbelit dengan jerat dan perangkap politik. Misalnya pemberian BR1M sebanyak RM500 tidak menyebabkan kaki rakyat Kelantan tertambat dan tidur di bawah dacing sebaliknya ia merupakan kemudahan kepada rakyat Kelantan untuk pegi ke program-progran anjuran parti Pakatan Rakyat bagi mendapat penjelasan sahih tentang politik. BR1M tampaknya bukan memberi laba kepada UBN tetapi secara tidak langsung memberi modal untuk rakyat pergi mendengar ceramah dan penjelasan Pakatan Rakyat terhadap kezaliman berterusan UBN terhadap rakyat Kelantan sejak tahun 60. Ini terbukti bila mana semakin hari semakin hangat dan hebat sambutan rakyat kepada program Pakatan Rakyat. Tidak kira jauh atau dekat rakyat akan berduyun-duyun mengerumini ceramah dan program dianjurkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Makin dekat pilihan raya makin membuak dendam tak sudah rakyat Kelantan kepada UBN. Ini bukan ombong kosong tetapi hakikat. Ia dapat dilihat dan digeruni oleh makhluk cerdik bukan saja bernama manusia tetapi lembu juga. Kunjungan sehari suntuk bakal PM, Anwar Ibrahim ke Kelantan pada Jumaat lalu mendapat sambutan di luar dugaan. Bukan saja program di sekitar Kota Bharu, Kuala Krai atau Tumpat, tetapi program nun jauh di Hulu Kelantan serta pedalaman juga mendapat sambutan hangat. Selain dari menggunakan kemudahan wang RM500 untuk pergi mendengar ceramah Pakatan Rakyat, tetapi sikap rakyat Kelantan juga jauh lebih terbuka dan berani menjadi penyebabkan kenapa kehangatan dan sambutan di luar dugaan itu terjadi. Keadaan ini timbul bukan kerana apa, melainkan kerana rakyat sudah cemuh dan rimas dengan corak dan stail pentadbiran kerajaan UBN serta beberapa kezaliman dilakukan terhadap rakyat. UBN hanya memutar piring-piring klasik yang sudah diarifi oleh umum. Pemimpin UBN akan menjadi mesra rakyat dan sanggup melutut kepada rakyat beberapa bulan menjelang pilihan raya saja. Apa yang 'bergelisar' di dalam hati orang ramai kini ialah mereka ingin melibat satu perubahan berlaku ke atas negara ini. Mereka mahu membandingkan kerajaan baru dengan kerajaan UBN. Keinginan itu bukan mereka tidak menerima UBN atau pun tidak menerima budi dan jasa-jasa UBN, tetapi mereka lebih percaya kerajaan baru yang bakal menggantikan UBN lebih praktikal. Rakyat bersikap begitu kerana mereka sudah pun mulai merangkak keluar dari tempurung bulu. Ada beberapa faktor lain kenapa perubahan ini berlaku. Selain daripada kerajaan UBN sudah terlalu lama, sudah 54 tahun, ia juga disebabkan perubahan masa. Hari ini maklumat sudah tidak dapat ditutup lagi. Misalnya kisah lembu yang dicuri disimpan di dalam kondo juga dapat dihidu rakyat akan kehamisan kencing dan tahinya. Begitu juga dengan kisah Hasan mencuri lembu yang cakap sampai bersembur air liur sudah dikenali rakyat siapa dia itu. Hari ini retorika bukan boleh memancing dan mempesonakan rakyat lagi. Tetapi apa yang penting ialah praktikal, rakyat mahu merasai bukan tonton dan baca. Sebab itu apa-apa yang dilaporkan oleh tv yang nretak skrin rakyat tidak mempercayainya. Mereka sanggup berjalan berpuluh batu untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat secara live. Penyelewengan dilakukan kerajaan dan para kroninya tidak dapat disembunyikan lagi. Perkembangan inilah menyebabkan rakyat sudah dapat merasakan mereka tertipu kesekian lama. Bagi nasib peneroka baik di bawah Kesedar maupun Felda misalnya, mereka merasakan nasib mereka dipermainkan. Janji-janji untuk menyelesaikan masalah mereka terutama dalam menambahkan pendapatan dan memberi geran hak milik dirasakan sebagai satu persendaan semata-mata. Justeru mereka ingin melihat dan mengujuji pula sejauh mana kerajaan baru akan datang atau kerajaan Kelantan dibawah Pas hari ini prihatin dalam hal ini dan menyelesaikan masalah mereka. Kesedar sudah lebih 30 tahun hanya berjanji untuk menyelesaikannya, tetapi sampai kini tidak ada cahaya penyelesaian. Satu juring geran tanah pun tidak diberikan kepada peneroka. Sebaliknya kerajaan Kelantan dibawah Tok Guru Nik Aziz telah memberi janji lunas dan beberapa tindakan sudah dibuat, inilah menggembirakan nasib rakyat Hulu Kelantan yang terlibat dengan rancangan pembangunan tanah. Mereka sudah dapat merasakan keadilan dan rasa tanggungjawab kerajaan Kelantan, kalau pun tidak besar tetapi hakikatnya sudah merasai. Sebelum ini sukar untuk merubah kepecayan dan keyakinan rakyat Kelantan yang terdiri dari peneroka di Hulu Kelantan. Mereka hanya menerima Umno sebagai satu-satu parti dan UBN sebagai kerajaan. Sogokan propaganda dan dakyah disampaikan oleh UBN hanya mereka mampu membela rakyat dan bangsa begitu mencengkam dalam minda mereka. Tetapi hari ini mereka sudah dapat menilai sendiri berapa peratus pembohongan kerajaan UBN dan berapa peratus yang benar. Kerana itu kunjungan singkat Anwar Ibrahim ke Gua Musang mendapat smabutan diluar dugaan. Bukan saja Anwar tetapi saya sendiri tidak percaya melihat sambutan hangat rakyat atas kunjungan itu. Ini dapat dibuktikan apabila rakyat menyediakan makanan dan minum untuk rombongan Anwar. Penyediaan ikan kelah, gulai kawah dan pelbagai kueh menunjukkan kasih sayang rakyat kepada Anwar Ibrahim dan penerimaan rakyat terhadapnya. Para peneroka tidak mempercayai begitu saja terhadap dakwah disuapkan ke mulut mereka oleh Umno. Mereka menganggap Anwar adalah hero baru yang akan membela nasib dan masa depan mereka. Sudah semestinya kalau Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi kerajaan apa yang mereka bergantung harap itu akan selesai. Keadaan ini saya rasakan akan lebih bergemuruh lagi kalau Tengku Razaleigh Hamzah yang dianggap sebagai Raja Gua Musang akan bersatu tenaga dan fikiran untuk menyelesaikan masalah rakyat. Bermula dengan kunjungan ke Renak (Dun Nenggeri) sampailah ke Guchil dalam Parlimen Kuala Krai semuanya meriah. Dengan kapasiti yang hadir antara 2,000 hingga 5,000 sudah cukup menejalaskan bahawa sambutan kepada Pakatan Rakyat sedanag menggila di Gua Musang dan Kuala Krai. Dan jikalah apa yang dirancangkan diizinkan Allah; Tengku Razaleigh Hamzah bertemu atau duduk sesaf dengan Anwar di Gua Musang semalam, sudah pasti Umno harus membungkus segala tikar bantal dan lenga dan lekar untuk melupai Gua Musang. Persepakatan Anwar, Tengku Razaleigh dan Tok Guru Nik Aziz akan mengulangi sejarah 1990 di mana Umno Kelantan tidak akan mendapat satu kerusi pun. Barang kali Tuhan masih mengira belum sampai masa lagi untuk Tengku Razaleigh dan Anwar berjabat tangan di atas masjid kelmarin. Namun hari yang bertuah, saat memngembirakan pasti juga akan sampai suatu hari nanti. Satu majlis perdana di Gua Musang yang meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah yang memperjuangkan royaliti minyya, tanah, Anwar yang membawa aspirasi baru dan Nik Aziz yang menjadi tukang memohon kepada Allah dan menjaga keselamatan Kelantan dan rakyat secara spritual perlu diadakan dalam masa terdekat ini. Paling memberi kesan kepada kunjungan Anwar di Gua Musang ialah terhadap Dun Paloh. Semasa kunjungan itu beliau telah menerima borang kemasukan 130 ahli dan penyokong Umno ke dalam PKR. Kemasukan beramai-ramai ini adalah pertama kali berlaku di sini. Dun Paloh dianggap sebagai kuat kuat Umno di Gua Musang. Nazula Mat Diah sudah lima penggal menjadi Adun di situ. Dengan kemasukan itu, kebenayakannya anak-anak muda dan pemegang jawatan di peringkat bahagia menyebabkan Dun Paloh akan lumpuh sama sekali. Majlis sambutan kunjungan Anwar itu diadakan tidak sampai 1 km dari rumah Nazula. Mungkin disebabkan kunjungan memberi kesan mendalam menyebakan saki baki anak cucu dan citi pemuda tahan lasak tahun 1959 membuat nakal dengan memasang kain rentang dengan kata-kata kurang manis, sebagai melemahkan semangat Anwar. Di jalan raya juga ditabur paku payung untuk membocorkan tayar kereta Anwar dan rombongan. Namun itu tidak sedikit pun mengecutkan usus perut Anwar dan penyokong PKR dan Pas. Sebaliknya pengkhianatan itu menyebabkan rakyat merasa marah dan membuak-buakkan lagi keinginan untuk melihat UBN tumbang. Mungkin gara-gara itu ceramah Anwar di Padang Perdana dihadiri manusia lebih 35 ribu. (Laporan ini berasangan). Kunjungan singkat Anwar itu tidak memuas hati orang ramai. Peneroka yang sebelum ini tidak pernah melihat wajah Anwar dari dekat terpaku mendengar pidato Anwar yang menjanjikan perubahan praktikal di samping menghuraikan fasal penyelewengan dan kezaliman rakyat yang selama ini ditusuk dari pengetahuan mereka. Semasa Anwar mencerita fasal lembu Sharizat, tepukan gemuruh kedengaran dengan diseling seli laungan 'jahat', 'penyangak dan perompak wang rakyat'. Suasan ditujukkan dalam siri pertemuan itu menjelaskan hasrat dan harapan rakyat begitu besar kepada kerajaan baru akan datang. Dan bagi peneroka masalah khsus mereka ialah menyelesaikan masalah mereka yang sudah lama terawan-awanan. Perkara paling penting buat mereka ialah untuk memiliki geran ke atas tanah yang mereka usahakan. Itu penting kerana geran itu ada nyawa dan juga roh mereka sebagai peneroka. Saya tengok apabila fasal pemilikan geran disebut ada yang menangis dan menyapu air mata gembira. Sekiranya masalah ini dapat diberikan harapan dan sinar baru saya yakin dan percaya kesemua 2,228 orang peneroka di Felda Ciku 1, 2 dan 3 serta peneroka Kesedar di Paloh 1,2 dan akan menyokong Pakatan Rakyat. Ikut sama dalam rombongan Anwar, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir serta para pimpinan PKR dan Pas Gua Musang.- MSO |
Polis pompuan picit payudara dia... Posted: 02 Apr 2012 09:00 AM PDT 'Dikasari dan gangguan seksual di balai polis' Seorang ahli perniagaan yang merupakan ibu kepada empat orang anak, membuat laporan polis mendakwa dia dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di balai polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac. Bercakap dalam bahasa Mandarin, wanita tersebut Lim Hui Hui berkata, anggota polis wanita yang bertugas di balai Sri Petaling memintanya kencing ke dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tangannya digari ke belakang. "Apabila saya tanya bagaimana saya boleh buka seluar untuk melakukannya, dia memicit payudara saya dan berkata mesti buat." Lim juga menunjukkan gambar-gambar tanda bengkak yang dialaminya di bahagian bahu kanan, pinggul, paha, kiri betis dan luka di pergelangan tangannya semasa digari. Dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan peguam wanita itu Eric Tan Pok Shyong pagi ini, Lim berkata dia telah membuat laporan polis Khamis lalu (29 Mac). Katanya,dia sedang memandu ke cawangan Maybank di Kuchai Park, Kuala Lumpur, pada awal pagi 24 Mac untuk menyimpan wang tunai apabila dia ternampak sebuah kereta di belakangnya, memancarkan lampu ke arahnya. Kerana bimbangkan keselamatan dirinya, Lim memandu pulang ke apartmennya di Kondo Taman Dinasti di Seputeh. Pada masa tu, dia ternampak pancaran lampu biru kereta di belakang kereta yang mengejarnya. Selepas pasti yang ia adalah polis, Lim berhenti dan membenarkan anggota polis, yang mahu memeriksa kereta itu, untuk berbuat demikian. Dan atas permintaan polis, kata Lim, dia mengikuti mereka ke balai Petaling di Jalan Klang Lama.- Malaysiakini |
Puas hati, aku dah dapat balas dendam... kahkahkah... Posted: 02 Apr 2012 08:30 AM PDT Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD Sweet is revenge - especially to women madah pujangga British Lord Byron. Maksudnya puas hati kalau dapat membalas dendam terutama dalam kalangan wanita. Saya suka tambah dendam sebenarnya tiada kenal jantina - keinginan membalas dendam wujud dalam hati majoriti manusia. Ramai politikus parti pemerintah dan pembangkang saya tahu amat dahagakan dendam! Dendam juga bermakna perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap seseorang: Si Awang Mat rupanya ada menaruh dendam kepada Si Minah Hitam Manis itu. Dendam berahi - perasaan cinta yang berkobar dalam jiwa; dendam kesumat iaitu dendam dan benci yang sangat mendalam. Tiap kali pemilihan parti, tiap kali pilihan raya umum malah pilihan raya kecil pun dendam-mendendam dan cah keting berlaku. pabila lawan, musuh, mereka yang dibenci bermasalah - jatuh, turun pangkat, kena tangkap (apa sebab pun) tidak berpeluang naik lagi dalam politik, bisnes dan bidang lain; tidak dapat jadi calon atau menteri ramailah, beberapa secara terus-terang dan berani menunjukkan keseronokan mereka. Kegembiraan mereka jelas. Ada pun yang mengadakan kenduri. Padan muka - walaupun tidak keluar daripada mulut mereka, lihat gaya dan body language mereka. Selepas sekian lama tiada bersuara, Rafidah Aziz berbunyi... Pom pang pom pang apakala pengganti yang mengalahnya sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil menghadapi krisis peribadi dan politik angkara Feedlot yang dipimpin oleh suami Shahrizat dan anak-anak mereka. Mutakhir Rafidah berkata dia agak risau (concern) tentang kesediaan dan persiapan wanita BN dan Umno menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang amat getir itu yang mungkin berlaku bila-bila masa. Tegasnya, "Wanita Umno janganlah nanti PRU13 untuk turun padang. Sekarang juga pergilah terangkan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dikuasai oleh keluarga Shahrizat. Shahrizat kini hidup in denial. Shahrizat harus sedar sama ada dia membebankan parti atau tidak" (Malaysian Reserve Mac 29). Peluang untuk Rafidah bercakap datang bergolek apabila isu Feedlot timbul bak kata Nonspeaking, bagai orang mengantuk disorong bantal. Dua wartawan Malaysiakini - satu wanita satu lelaki - interview saya Khamis lepas tentang Shahrizat dan politik semasa. Saya beritahu mereka Shahrizat seorang menteri yang cekap, saya mengenalinya dan suka padanya. Tetapi kalaulah saya Shahrizat bagi kebaikan parti dan masa depan apa pun pertimbangan lebih baik dia meletak juga jawatan Ketua Wanita dan berkhidmat dalam keadaan sekarang lebih berkesan di belakang tabir. Kalau Shahrizat berhenti Ketua Wanita Umno pun tidak akan ada pemberontakan dalam kalangan Wanita kerana mereka sebahagian yang paling taat setia kepada parti, perjuangan parti, dan tidak pernah pada individu. Itulah resam wanita, itulah tradisi Wanita Umno sejak cawangan Wanita ditubuhkan. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra pecat Khatijah Sidek sebagai Ketua Wanita Umno (dulu namanya Ketua Kaum Ibu Umno) pada 1955, Umno menang pilihan raya pada tahun itu dengan cemerlang. Tempat Khatijah diambil alih oleh Fatimah Hashim (kemudian Tun dan menteri wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia). Fatimah memimpin Wanita Umno hingga dia kalah pada Aishah Ghani awal 1970-an. Wanita Umno tiada tradisi cah keting. Mereka sebaik-baik ahli Umno - jauh lebih baik daripada Pemuda dan Umno lelaki. Itulah pengalaman saya sebagai Setiausaha Politik Tun Razak, kemudian Penasihat dan Timbalan Menteri kepada Tun Razak dari 1962 hingga ke akhir hayat Perdana Menteri 14 Januari 1976. Mengikut gosip, keluarga Shahrizat memang mahu Shahrizat melepaskan kedua-dua jawatan. Itulah harus berlaku dan wajar tapi sayangnya tidak terlaksana. Benar atau tidak gosip itu saya tidak tahu. Apa pun Shahrizat hanya letak jawatan sebagai menteri sahaja - itu pun lambat. - Detikdaily |
Najib tunaikan benda yang dia pandai buat... kahkahkah... Posted: 02 Apr 2012 04:12 AM PDT Syabas bangsa UMNO, kerana dengan dokongan andalah maka anak Najib ni jadi jutawan. Tapi hangpa kena bersabaq laa... kahkahkah... Dulu anak Mahathir jadi jutawan... kahkahkah... Lepaih tu menantu Pak Lah... kahkahkah... Dan kali ni anak Najib la pulak... kahkahkah... Tunggulah besok2 ni anak korang la pulak jadi jutawan... Kahkahkah... Kahkahkah... Tentu bangsa UMNO berbangga kan? Anak bangsa kaya berjuta-juta... Tapi kena la tunggu pulak giliaq hangpa, yang akan kaya tapi entah bila... Maklum ja la, UMNO tu kan ka pembela bangsa... kahkahkah... Takkan UMNO nak kencing hangpa kot... kahkahkah... Tunggu tau... ************************** Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua telah menggesa Suruhanjaya Keselamatan untuk menyiasat Nazifuddin Najib, anak lelaki kedua perdana menteri Malaysia, bagi memanipulasi saham. Nazifuddin yang berusia 28 tahun telah mengejutkan ramai pihak apabila beliau mengumumkan akhir tahun lalu di dalam entri yang agresif terhadap lembaga firma perusahaan kayu yang tenat Harvest Court Industries, mencetuskan harga saham yang melonjak naik. Beberapa minggu kemudian, di tengah-tengah aduan dan panggilan daripada pihak profesional pasaran bagi tadbir urus dan pengawasan yang ketat, Nazifuddin meletak jawatan dari lembaga Harvest tetapi berikrar untuk menjaga saham beliau. Walaupun begitu, saham Harvest yang telah meningkat sebanyak 2.575 peratus disebabkan pengumumannya jatuh mendadak dengan perletakan jawatannya. Supercomnet Satu insiden kedua yang serupa melibatkan Supercomnet Technologies Bhd mencetuskan syak wasangka bahawa Nazifuddin ingin menggunakan nama keluarganya untuk membuat wang dengan mengorbankan peruncit kecil dan penonton. Berita terbocor bahawa anak Najib telah diberi pilihan untuk memperoleh 18.66 peratus daripada Supercomnet. Dua hari kemudian, Nazifuddin menolak tawaran itu dan harga saham Supercomnet kemudian jatuh mendadak. "Ia adalah sekeras-kerasnya kecuaian pada bahagian kedua-dua pemegang saham yang sedia ada dan Nazifuddin dalam memastikan maklumat penting disediakan kepada pelabur secara tepat pada masanya. Nazifuddin yang benar-benar pelik telah menarik balik penerimaan 'pilihan untuk membeli' 18.66 peratus daripada syarikat itu, hanya untuk menolak cadangan itu dalam tempoh 48 jam adalah amat jelas mencurigakan dan mesti segera disiasat," kata Tony dalam satu kenyataan. "Soalan yang perlu ditanya ialah siapa yang membuat banyak wang daripada pelaksanaan keseluruhan tersebut - dengan membeli saham sebelum pilihan perjanjian tersebut telah diumumkan pada petang Isnin dan kemudiannya menjual saham tersebut sebelum penolakan tawarannya telah diumumkan pada pagi Selasa" Deepak juga: Amat keterlaluan Selain dari Nazifuddin – satu lagi personaliti ialah Deepak Jaikishan yang lembut - juga telah mendapat manfaat daripada hubungan dengan keluarga Najib. Dikenali sebagai "Toy Boy" kerana keakraban beliau dengan isteri Najib Rosmah Mansor, Perjanjian mega tidak tentu minyak dan gas Deepak yang melibatkan penapis kecil air Envair telah menjadi bahan ketawa ramai orang sebagai minat spekulatif dalam pasaran saham Malaysia yang kecil. Walaubagaimanapun, pihak profesional industri tidak geli hati, dengan menuduh keluarga Najib membawa keburukan ke dalam pasaran saham Malaysia yang sudah gelap, yang ketinggalan jauh dibelakang jiran yang terdekatnya, bursa Singapura yang telah berjaya menangkap beberapa pasaran besar atau mendapat penyenaraian serantau. Malaysia Chronicle |
Banyak soklan betoi la hampa ni, RIMAIH aku... hehe... Posted: 02 Apr 2012 01:00 AM PDT Pembunuhan Altantuya: siapa orang misteri yang paling kuat motif? Sekarang keputusan mengenai pembunuhan Altantuya Shariibuu telah pun keluar, rakyat Malaysia dan juga dunia daripada semua lapisan masyarakat melepaskan kegeraman mereka di pelbagai tempat termasuk dunia cyber, gerai mamak dan warong-warong. Mereka mahukan jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka: siapa yang memberi arahan kepada dua yang tertuduh yang sekarang telahpun didapati bersalah meletupkan Altantuya dengan bom C4 dikawasan hutan di Selangor. Satu teori adalah bahawa kedua-dua mereka itu mungkin juga tidak bertanggungjawab dalam pembunuhan Altantuya tetapi Cuma kambing hitam untuk melindungi mereka yang sebenarnya bertanggungjawab ataupun mereka mungkin akan membongkar rahsia. Seseorang atau sekumpulan orang mungkin telahpun memutuskan bahawa kedua-dua mereka ini bersalah atas pembunuhan yang sama yang mungkin mereka telah membangga-banggakan dan sudah tiba masanya untuk menghapuskan mereka. Atau mungkin lebih mudah untuk mereka nanti mengelak hukuman dengan membuat rayuan. Kedua-dua mereka tidak mempunyai alibi dan kenyataan mereka saling kontradiksi antara satu sama lain. Pembelaan mereka adalah mereka hanya menyangkal tuduhan dan tiada motif pembunuhan. Mereka didapati bersalah hanya kerana bukti yang mengaitkan mereka dengan pembunuhan itu dan samaada ia memadai atau tidak masih boleh dibahaskan. Hakim pula menegaskan bahawa motif pembunuhan tidak penting. Politik atau keadilan? Walaubagaimanapun, politik yang membayangi kes itu menunjukkan orang lain yang bersalah walaupun tiada di tempat kejadian. Pendek kata, mungkin politik yang memain peranan di sini. Mahkamah rayuan mungkin akan mendapati bahawa hakim telah membuat kesilapan di sini apabila mengatakan bahawa motif adalah tidak penting. Sememangnya peluang, motif, senjata dan mayat adalah sama penting dalam kes pembunuhan. Ada juga teori yang mengatakan mereka berdua tidak akan digantung. Dan jika ini benar, mereka akan keluatr dengan identity baru. Jika adapun yang dihukum di tali gantung, ia mungkin orang lain yang boleh saja menggantikan mereka kerana mereka juga dijatuhi hukuman yang sama. Tiada siapa dapat menduga siapakan orang malang yang akan menggantikan mereka. Kenapa Razak Baginda juga dilepaskan? Rakyat juga mahu tahu tentang perkara ini dan mengapa beliau dilepaskan tanpa diminta membela diri? Affidavit Razak untuk diikat jamin telah diterima oleh hakim sebagai pembelaan beliau dan seolah-olah sesuatu yang tergesa-gesa walaupun pada awalnya ikat jamin beliau ditolak. Kenapa pula boss Razak Baginda iaitu Najib Razak yang sekarang ini Perdana menteri tidak disoal siasat juga? Bukankah beliau juga ada peranan dalam kes ini? Rakyat percaya beliau juga bersalah dan ini sangat malang kerana beliau akan membayarnya dengan satu harga yang sangat tinggi dalam kerjaya politiknya. Ini akan menyebabkan beliau dibuang dari pentas politik dan musnahlah kerjaya politik beliau. Najib masih berbau Altantuya Apapun, seperti yang diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada media tidak lama dahulu, "Najib beliau lepas daripada Altantuya". Ia sangat benar. Ini kerana Altantuya masih lagi menghantui hidup Najib. Tidak dapat disangkal bahawa Najib bertanggungjawab menimbulan permasalahan Altantuya sama ada secara sengaja atau tidak. Bukankah dia juga menteri pertahanan pada masa itu? Adakah ia penting? Apa yang penting adalah tidak lama lagi, beliau juga akan dipertanggungjawabkan atas kes itu, jika bukan untuk yang lain, ia adalah kerana kebodohan politiknya! Situasi yang telah hilang kawalan Kes Altantuya Sharriibuu tidak sepatutnya berlaku. Dia seharusnya hilang dari muka bumi ini tanpa meninggalkan kesan. Rekod pihak imigresen mengenai kemasukkan beliau ke Malaysia telah dipadamkan. Kita tidak mungkin akan mengetahui siapakah yang melakukan jenayah ini yang jelas adalah suatu pembelotan kecualilah pihak imigresen sendiri yang menjelaskan perkara ini. Ini juga tidak mungkin berlaku. Kenyataannya, pemadaman rekod imigresen ini telah memberitahu kita bahawa orang yang disebalik kes ini adalah mereka yang paling berkuasa di Malaysia. Sama juga dengan mereka yang disebalik penyerapan warga asing di Sabah sebagai pedaftar undi atau mereka yang menyingkirkan penyiasat insurans Australia atas kematian Donald Mohd Fuad Stephens dalam satu nahas kapal terbang. Inilah yang akan menjadi penghalang kepada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dari Putrajaya. Ia juga mungkin mencetuskan tunjuk perasaan jalanan dan mengisytiharkan darurat demi mengekalkan UMNO untuk terus berkuasa. Tetapi berita baik untuk Pakatan Rakyat dan pemimpin pembangkang adalah taktik ini tidak lagi berkesan. Pemerintah berkuasa seperti Mubarak di Mesir dan Gaddafi di Libya juga telah belajar akan perkara ini dengan cara yang susah. Keupayaan bukan lagi jaminan kepada yang betul di dunia ini sekarang. Semua kekejaman akan memberi lebih banyak sebab kepada Pakatan untuk memburu dan memenjarakan mereka yang berusaha gigih apabila sudah sampai masanya mereka disingkirkan. Baginda- kerosakkan besar? Tidak mungkin pemadaman rekod Altantuya daripada jabatan imigresen ada kaitan dengan Razak Baginda atau untuk melindungi beliau. Razak bukannya sesiapa pun dalam arena politik. Beliau hanyalah seorang penganalisis politik dan boleh dikorbankan bila-bila masa. Beliau boleh mendatangkan kerosakkan yang tidak terhingga. Mereka mengatakan bahawa Altantuya telah cuba meminta komisyen RM 5 juta beliau- ada juga yang mengatakan ia berjumlah RM 45 juta- untuk sebuah perjanjian pembelian kapal selam bebillion ringgit yang tidak sampai ke mana. Jumlah yang rendah tadi bukanlah alasan yang kukuh untuk membunuh beliau tetapi jumlah yang lebih besar itu mungkin adalah akibat ketidaksefahaman antara penyangak ini. Mungkin apa yang berlaku akhirnya adalah situasi sudah tidak dapat dikawal oleh Razak Baginda. Orang misteri mungkin mengambil keputusan menghapuskan Altantuya. Wanita itu kecoh untuk sebab-sebab tertentu dan semakin kecoh dari hari ke hari dan ini mungkin mendapat perhatian pihak media. Ini tidak mungkin berlaku kerana Najib pada masa itu sedang menantikan jawatan Perdana Menteri. Siapakah mereka yang misteri itu? Isteri Razak Baginda telah menjerit kepada pihak media semasa suaminya ditahan: "Bukan suami saya yang nak jadi Perdana Menteri!" Nah, Umno mungkin sudah goyah ketika itu! Jika bukan kerana seorang pengail yang terdengar bunyi letupan C4 dan melaporkannya kepada pihak polis, Altantuya mungkin sudah lenyap tanpa sebarang bukti. Jadi, siapakah mereka yang misteri ini? Special Branch? Siapa pula dalam Special Branch yang boleh mengarahkan perkara sedemikian? Dan jika benar, orang ini bertindak atas arahan siapa? Siapa pula yang memberi arahan? Bagi Umno pula, siapa dalam Majlis Tertinggi yang peduli jika Najib dimalukan dan siapa pula lebih berkuasa daripada presiden parti? Jika benar pembunuhan dan cara penyiasatan juga pengadilan adalah salah, siapakah mereka ini yang tidak rela ditangkap dan telah mewujudkan pelan-pelan untuk membiarkan diri mereka terus lepas bebas? Tidak kisahlah semua ini tapi, akhirnya, mereka yang nampak mempunyai motifpaling kuat adalah mereka yang berada dalam kumpulan Najib. Rationalnya adalah seperti yang dijeritkan oleh isteri Razak Baginda. Kita berharap agar sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa nanti, ia boleh mewujudkan satu suruhanjaya penyiasat untuk mendapatkan kebenaran. Pembunuhan Altantuya seorang wantia yang menjadi perempuan simpanan adalah sesuatu yang sangat panas dan bayangkan sahaja bagaimana ia boleh memburukkan nama negara jika Hollywood membuat filem mengenainya? Jika kerosakkan telah pun berlaku, sekurang-kurangnya Malaysia berusaha untuk mendapatkan keadilan dalam kes ini dan tidak melindungi ahli politik yang mungkin terlibat dalamnya. Malaysia Chronicle |
Baguih jugak ada Mamak Kutty nie, lagi cepat la BN bungkuih... hehe... Posted: 01 Apr 2012 11:00 PM PDT Tiada apa: Dari Musa Hitam ke Ku Li ke Anwar, Dr M memaksa mereka keluar satu per satu Biar ahli politik BN diingatkan bahawa mereka harus berhenti menyalahkan rakyat jika mereka mendapati diri mereka semakin jatuh dari perspektif populariti. Mereka juga perlu berhenti menyalahkan peluang mereka yang berkurangan untuk menang besar dalam pilihanraya umum akan datang pada demografi. Begitu juga, mereka juga perlu berhenti menyalahkan rakan-rakan gabungan mereka untuk kegagalan dan kehilangan wilayah kepada pakatan pembangkang. Sitz-im-laben BN yang tidak menentu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kaum dan agama juga. Dan pendirian utama mereka ialah - bahawa Anwar Ibrahim, punca utama mereka semakin hilang penyokong juga bukan masalahnya. Dr M yang menjatuhkan Umno, bukan Anwar Kanser teras menyakitkan BN sehingga ke hari ini adalah hakikat bahawa mereka telah dilucutkan kepimpinan sebenar oleh ketua arkitek Tun Dr Mahathir. Ingat, dia memecat bukan satu pengganti yang berpotensi tetapi terlalu banyak. BN tidak harus lupa bahawa Tun bukan sahaja mengalir keluar bakat-bakat yang berpotensi tetapi juga melakukan pembedahan besar ke atas UMNO dan seterusnya menetapkan jangkitan yang tidak boleh baik. Mari kita mengingati sejarah. Negara adaMusa Hitam, seorang lelaki yang telah berjaya ke dalam halaman TIME sebagai seorang Asia yang berpotensi. Kemudian datang Anwar Ibrahim yang juga telah dipecat dari BN. Ingat bintang berpotensi Semangat 47? Semuanya dibuang keluar dan begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ke hari ini. Kemudian BN menolak Pak Lah ke depan hanya untuk melihat BN digantikan oleh Datuk Seri Najib. Tetapi sebelum Najib memanaskan kerusi tingginya, kisah Altantuya membawa membawa langit gelap ke atas BN. Hari ini, bolehkah sesiapa sahaja ditegur kerana memberitahu dan melihat bahawa terdapat tiada pemimpin yang berkarisma dalam BN? Kami memerlukan personaliti, suara dan sinar harapan Penduduk perlukan personaliti. Pengundi perlukan suara. Rakyat perlukan cahaya kekaguman dan harapan. Adakah kita mempunyai satu personaliti tunggal dalam BN yang boleh berdiri sama tinggi dan dihormati, disokong dan mendapat kesetiaan tidak berbelah bahagi - seseorang yang rakyat boleh bersetuju tanpa bantahan sebagai seorang yang boleh meletakkan negara di landasan yang betul? Adakah kita mempunyai satu suara di dalam Barisan Nasional yang boleh bercakap demi kepentingan semua rakyat Malaysia, negara dan Raja-Raja tanpa sesiapa pun dipinggirkan - kaya atau miskin; Melayu, Cina, India, Sabah atau Sarawak; Islam atau bukan Islam? Adakah kita mempunyai satu sinar kekaguman dan harapan yang tunggal dalam BN yang boleh berdiri sama tinggi dan tidak tercemar dengan dakwaan dan rasuah atau hidup gaya hidup yang boleh diteladani dan bangga diiktiraf oleh semua rakyat Malaysia? Suka atau tidak, rakyat menerima Anwar sebagai pemimpin Jika anda melihat pakatan pembangkang, mereka tidak bebas daripada tuduhan. Tetapi apa yang sangat jelas ialah mereka mampu untuk mengetepikan perbezaan mereka dalam ideologi politik dan visi masa depan mereka dan bangkit untuk berjuang demi kepentingan rakyat terlebih dahulu. Kem pembangkang telah berjaya dengan cepat mengenal pasti pemimpinnya dan meletakkan berat badan mereka di belakangnya walaupun terdapat banyak tuduhan tentang pilihan gaya hidup peribadi lelaki ini. Dan sama ada kita suka atau tidak, sama ada Tun Dr Mahathir suka atau tidak, Anwar Ibrahim telah diiktiraf sebagai pemimpin bukan sahaja oleh kem parti itu tetapi juga oleh semua penyokong dan ahli-ahli mereka masing-masing. Malah, walaupun BN boleh tidak setuju, koridor korporat pun, individu dari arena perniagaan global, pemimpin di negara-negara lain, dan ahli politik keras sejajar dengan kedudukan Anwar Ibrahim oleh kuasa Pakatan Rakyat. Adakah sesiapa dalam BN yang boleh melakukan apa yang telah dicapai oleh DSAI, iaitu untuk memerintah dalam parti-parti pembangkang dan telah berjaya membuat mereka menerimanya sebagai pemimpin barisan hadapan mereka? Kanser dalaman Jadi BN tidak berjuang perang politik hari ini. Ia sebenarnya mengalami kekurangan tulang belakang, iaitu kekurangan kepimpinan. Dan siapa yang kita salahkan kerana BN akan bankrap dalam kepimpinan selepas lima puluh tahun mendapat sokongan penuh daripada rakyat? Masih menyalahkan rakyat? Atau menyalahkan pembangkang? Atau cari korban seperti Anwar Ibrahim? Rakyat memberikan BN setiap peluang yang ada setiap lima tahun, musim ke musim, untuk memimpin mereka dan negara. Tetapi BN hari ini berjuang untuk hayatnya untuk menang dengan kemenangan besar dari era silam mereka. Malaysia Chronicle |
Suka tak suka, Anwar saja harapan kita... Posted: 01 Apr 2012 09:00 PM PDT Di puncak sejarah: Anwar membawa harapan bagi M'sia yang tak tahan dgn rasuah BN Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dimana pegangannya ke atas negara seolah-olah semakin goyah, berharap untuk melemahkan semangat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan politik longkang yang dilancarkan melalui media arus perdana yang dikawal oleh pihak Umno, dia amat silap. Anwar, yang dianggap sebagai pemimpin Melayu paling cemerlang yang muncul baru-baru ini, menunjukkan semangat juang pada syarahan ceramah atau politik di Bangi pada malam Khamis. Seorang pidato yang berkarisma, Anwar mengagumkan orang ramai di Bangi dengan ucapan yang tidak ditahan-tahan. "Awak ingat saya macam Najib? Saya pergi ke penjara tetapi apabila mereka buka pintu, saya berjuang. Saya pergi ke penjara dan dibelasah tetapi selepas saya telah membetulkan belakang saya, saya berjuang. Lawan tetap Lawan!" Anwar memberitahu orang ramai yang gembira hampir 1,000 orang. Reaksi dan tindak balas rakyat Bangi mencerminkan perhimpunan lain yang telah dianjurkan Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya di seluruh negara. Hampir setiap malam, merekaa bergerak antara negeri, kadang-kala beratus-ratus kilometer, untuk menyampaikan kepada rakyat mesej reformasi mereka. Dihalang oleh kerajaan tidak mesra yang memerintah dan pasukan polis, Anwar dan pasukannya telah bekerja keras bagi mendapatkan sokongan mereka, bukan seperti Najib dan BN yang mempunyai akses dan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan. Di puncak sejarah Seorang bekas pemimpin pelajar, Anwar adalah seorang aktivis Islam yang ghairah sebelum beliau dipujuk untuk menyertai Umno oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan pantas dan sebelum penganiayaan beliau pada tahun 1998, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Bimbang akan pengaruh berkembang Anwar, Mahathir memenjarakannya dengan tuduhan liwat yang direka-cipta dan tuduhan rasuah, dan ia hanya selepas persaraan pemimpin kuku besi itu pada tahun 2003 barulah Mahkamah Persekutuan berani untuk membuang tuduhan dan membebaskan Anwar. Hari ini, Anwar duduk di puncak sejarah. Ramai yang menjangka beliau akan bermula semula dari mana beliau berada 14 tahun lalu dan akhirnya menjadi Perdana Menteri negara - jawatan yang sehingga kini tidak mempunyai calon alternatif yang layak. Mahathir pun terpaksa mengakui bahawa Umno kini kekurangan bakat dan bahawa Pembangkang hari ini "tidak seperti masa lalu dan situasi semasa agak mengelirukan." Malah, selepas pemecatan dan penahanan Anwar, Mahathir mencabut mereka semua yang berani untuk mencabar beliau, menggalakkan orang seperti Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak. Malah sebelum Anwar, Mahathir benci kepada persaingan dan telah merancangkan dan memplotkan kejatuhan pemimpin-pemimpin Melayu lain yang kukuh berkaliber seperti Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Jelas sekali, keputusan Mahathir untumembiarkan merekk pergi untuk yang sederhana bagi melindungi kuasa sendiri telah menganiaya Umno dan Barisan Nasional yang diperintahnya. Abdullah terpaksa bersara awal pada 2009 selepas kehilangan 5 daripada 13 negeri di negara ini pada pilihan raya 2008 kepada Pakatan Rakyat pembangkang yang diketuai Anwar. Tempoh 6 tahun Abdullah tidak membawa perubahan dan suram. Anwar vs Najib: Gaya yang amat berbeza Lebih teruk lagi ialah pentadbiran Najib, yang capuk kerana beberapa masalah sosial paling teruk yang pernah dilihat negara ini. Dinasihatkan oleh pasukan strateginya untuk kuat melawan Anwar, penyelesaian Najib untuk mengubah sentimen umum terhadap saingan besar beliau adalah untuk mereka-reka kempen memburuk-burukkan pihak lawan yang dipimpin oleh tokoh kolot termasuk Senator S Nallakaruppan, Senator Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda. Ia tidak berkesan dan berpaling balik kepada mereka dengan teruk, tetapi kerana terkenal dengan kesombongan beliau, Najib enggan mengakuinya dan menukar taktik. Harus dipuji, kerana Anwar telah berjaya untuk tidak jatuh ke dalam politik longkang yang sama, sebaliknya mengeluarkan sekurang-kurangnya 3 cabaran rasmi kepada Najib untuk berdebat tentang ekonomi dan keadaan umum negara dalam perdebatan awam yang ditapis, dan disiarkan di televisyen. Setakat ini, Najib enggan menerima jemputan, dan pengecut ini telah jatuh lagi dalam pandangan orang ramai walaupun negara mengarah ke pilihanraya umum akan datang. Mandat Najib akan berakhir pada bulan Mac 2013 dan beliau telah membayangkan bahawa dia akan memanggil PU-13 tidak lama lagi. Tetapi 'tidak lama lagi' kepada Najib telah menjadi sasaran peralihan, bertukar dari Julai 2011 hingga November 2011 dan kemudiannya kepada Mac-April 2012 dan kemudian Mei-Jun 2012. Dan sekarang, tarikh terbaru yang dispekulasi adalah September 2012. Ini, seperti yang ditunjukkan Anwar, menekankan bahawa sebalik pembulian yang dibuat Najib, beliau tahu rakyat tidak menyokongnya dan Umno-BN berada dalam bahaya sebenar untuk kehilangan kerajaan persekutuan kepada pembangkang, perubahan rejim pertama yang dapat dilihat Malaysia dalam masa 55 tahun. "Perdana Menteri tidak memahami penderitaan pegawai rendah yang berkhidmat dengan kerajaan. Saya tahu penderitaan, apa rasanya dihina dan dipukul setiap hari. Saya tahu," kata Anwar. Semangat yang masih membakar Kini berumur 64, Anwar seolah-olah tidak kehilangan apa-apa semangat di dalam dirinya yang membezakan beliau daripada pemimpin pelajar lain ketika zaman mudanya. Minatnya untuk menamatkan sistem feudal politik yang dimasyhurkan oleh Umno elit masih membakar kuat. Beliau mengutuk rasuah yang membarah dalam Umno dan kerajaan BN, kekurangan kepimpinan dalam ekonomi dan memberi amaran kepada kesusahan kewangan yang teruk jika rakyat tidak mengundi untuk perubahan dan pembaharuan. Khususnya, Anwar membidas Najib kerana menghilangkan tawaran mega terkini yang memihak kepada kroni BN yang telah didapatkan melalui Kementerian Kewangan, yang disangka membuat wang jika BN kalah kepada Pakatan Rakyat dalam PU-13. "Seorang pemimpin mesti berani untuk mempertahankan kepimpinannya, jangan fokus untuk bermegah. Ia akan menyebabkan hilangnya pegangan kuasa. Anda adalah seorang pemimpin, jadi anda perlu bertanggungjawab bagi polisi anda dan menjawab soalan-soalan saya. Negara ini kaya tetapi jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin juga terus meningkat," kata Anwar. Anwar mengulangi cabaran debat kepada Najib supaya rakyat Malaysia boleh mengimpikan dan menilai untuk diri mereka sendiri masa depan yang mereka mahu, dan apa yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dan BN masing-masing. "Hadapi saya jika anda adalah seorang pejuang sebenar," kata Anwar, mencabar Najib sekali lagi. Malaysia Chronicle |
Sedap woo boleh dok tibai Hassan Ali camnih... kahkahkah... Posted: 01 Apr 2012 07:00 PM PDT Orang Kristian menunggu video tergempar Hasan Ali: Satu lagi gimik politik Dimana sahaja Hasan Ali pergi, dunia bagaikan berpusing. Bukan sahaja untuknya, tapi untuk semua disekelilingnya terutama sekali orang Kristian. Isnin hadapan, rakyat Malaysia akan menunggu dengan penuh debar untuk video yang dijanjikan oleh Hasan Ali, yang menunjukkan orang Kristian sedang cuba memurtadkan orang Islam. "Saya sudah berjanji untuk menyiarkannya didalam video. Pada hari Isnin, kamu boleh saksikan sendiri," katanya pada sidang media semalam. Menurutnya, ada video sepasang suami isteri yang mengaku telah dibaptis dan dimurtadkan untuk memeluk agama Kristian, adakah berkata sepasang suami isteri atau ribuan suami isteri? Jika hanya satu, dia tidak tahu perbezaan antara satu dan seribu. Jika diingatkan kembali, dia pernah berkata dahulu semasa kekecohan serbuan Pusat Methodis Damansara Utama ribuan orang Islam telah dimurtadkan oleh gereja Kristian dan untuk menjalankan kegiatan itu, mereka menggunakan alatan canggih seperti kitab injil yang dibekalkan tenaga solar. Kenapa ambil masa yang lama? Sekarang, dia hanya ada video yang menunjukkan sepasang suami isteri sahaja dan kenapa terlalu lama untuk dia menunjukkan bukti itu? Adakah dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memaksa mereka mengaku dosa itu dalam kes memalsukan bukti ala Umno? Jika terlalu lama masa diambil untuk membongkar cerita tentang sepasang suami isteri, bayangkan masa yang perlu diambil untuk membongkar kegiatan seribu orang Islam. Ia akan mengambil masa hamper 10 jangka hayat. Ini sahaja telah membuktikan masalah menyesatkan orang Islam tidak berlaku sebenarnya, tidak sepertimana yang mahu dibuktikan oleh Hasan Ali. Kenapa orang Kristian begitu galak hendak menyesatkan orang Islam? Untuk kekal dalam politik, perlu ada agenda. Ibrahim Ali dan Perkasa sudah mengambil tanggungjawab mempertahankan ketuanan Melayu. Semua agenda Melayu yang lain sudah dijaga oleh Umno dan PM. Jadi, yang tinggal hanyalah mempertahankan orang Islam daripada orang Kristian. Tiada cara yang lebih baik daripada menakut-nakutkan orang Islam terhadap gerakan memurtadkan mereka oleh orang Kristian. Menjadi begitu hina Sudah tertipukah kita? Kekecohan 7 bulan yang lalu apabila JAIS menyerbu DUMC dimana kita sudah tahu didalanginya, ramai yang mula tahu apa yang boleh dilakukan oleh Hasan Ali. Sungguh menyedihkan bahawa Hasan Ali sanggup menjadi begitu keji dalam menjalankan agendanya untuk melindungi orang Islam dari Kristian. Orang Islam yang takutkan Tuhan tahu ianya tidak mudah untuk mereka meninggalakan agama mereka dan memeluk Kristian dalam sekelip mata. Akan ada kes murtad dimana-mana dan bukan hanya orang Kristian yang memurtadkan orang Islam. Orang Islam juga menyebarkan dakwah untuk mengislamkan orang Kristian. Taksub adalah satu daripada sebabnya. Cintakan agama adalah satu lagi sebab. Di Malaysia, ada undang-undang yang menghalang agama lain dari berdakwah kepada umat Islam, jadi kemungkinan berlaku murtad adalah amat sedikit. Lagipun, sungguh besar perbezaan antara sepasang suami isteri dengan 18 juta orang Islam di Malaysia. Adakah ini relevan? Adakah ini membuktikan kenyataan Hasan Ali tentang geraka anti Kristian yang berjumlah jutaan ringgit yang akhirnya akan memalukan orang Kristian yang terdiri daripada 10% dari 28 juta rakyat Malaysia yang juga haknya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tiada kerja dan mencari agenda untuk memenangi kerusi Sekarang, Hasan Ali yang tiada kerja setelah dilucutkan jawatan dari PAS dan majlis eksekutif Selangor sekarang sudah menjadi penyelamat orang Melayu dengan NGO yang baru ditubuhkannya, JATI, yang akan dibiayai oleh tahu-tahu sajalah! Hasan mengharapkan JATI untuk menjadi penyambung karier politiknya. Melalui NGO ini, dia berharap agar Umno akan memberinya kerusi untuk dipertandingi pada PRU ke -13 nanti. Tapi, dengan Najib sebagai PM, presiden Umno, sudah kedengaran permintaan untuk member kerusi pada ahli yang senior, jadi ada harapankah Hasan Ali? Untuk Najib dan Umno, mereka tidak kisah untuk memberinya dana untuk mengacau pembangkang kerana ini membantu Melayu untuk menyokong mereka. Tapi amat sukar untuk mempercayainya kerana dia merupakan ahli PAS yang telah dipecat yang ingin menjadi MB yang tidak mendapat sokongan akar umbi, dan salah satu kerusi Umno yang amat berharga. Mungkin inilah yang menjelaskan kenapa JATI relevan pada Najib dan Umno. Dia mungkin boleh menipu mereka namun bukan rakyat yang mengundi nanti. Rakyat Malaysia sudah jemu pada katak yang tidak menghormati pengundi PRU ke 12 yang suka melompat parti. TIADA KATAK YANG AKAN MENANG PADA PRU KE-13! Jadi, Hasan Ali, adakah anda telah membelanjakan RM 300,000 untuk mengubahsuai pejabat anda? Adakah ini cirri-ciri Islam? Apa sudah jadi pada semua ceramah motivasi dan moral anda tentang hidup berprinsip, adakah semua itu tipu belaka? Memang jenis pakar motivasi yang tidak tahu bagaimana untuk mengimbang keperluan sendiri! Malaysia Chronicle |
Yuk!! Hidup INDON... Hidup INDON... kahkahkah... Posted: 01 Apr 2012 05:00 PM PDT Orang Indonesia kuasa penentu PRU13 SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing. Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu. Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia. Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini. Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain. Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya. Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi. Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki. Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia. Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi. Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya. Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat. Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu. Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat. Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya. Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini. Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu. Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN. Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu. Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta. -harakahdaily |
Posted: 01 Apr 2012 03:00 PM PDT Marah ni umpama pedang.... Hanya keluarkan ketika berperang... Time tak berperang kena simpan sifat marah tue... hehe... |
Gua sokong demi pencerahan... haha... Posted: 01 Apr 2012 01:00 PM PDT Mansuh PTPTN : DS Khaled Nordin patut berdebat dengan DS Anwar Ibrahim! Oleh: qadafi-politicalscie 1. Ramai peminjam PTPTN tertanya sama ada tawaran Pakatan Rakyat untuk mansuhkan PTPTN adalah sekadar retorik politik ataupun satu janji yang dapat dilaksanankan. 2. Untuk memberi pencerahan dalam isu ini, amat wajar sekali diadakan debat di antara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Ketua Pembangkang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. 3. Dari perdebatan ini, dapatlah peminjam PTPTN menilai secara menyeluruh isu ini untuk membuat keputusan dalam pilihanraya yang akan datang ini. 4. Sewajarnya debat ini dilakukan secara langsung di televisyen supaya dapat diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia. 5. Diharapkan kedua-dua pemimpin dapat memberi komitmen untuk menjayakan debat ini. 6. Berani kerana benar, takut kerana salah. QADAFI MUHAMAD SHUIB Admin Gabungan Peminjam PTPTN |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan