Addin |
- (Gambar) Perubahan Anak Muda Yang Menakutkan Umno BN
- Ini Bukti Umno Pahang Pembela Orang Melayu
- Sebenarnya 2 Penyokong Umno Yang Maut Ketika Pasang Bendera.. Ini Buktinya
- NGO TUKAR Di Tubuhkan Untuk Desak MB Pahang Letak Jawatan
(Gambar) Perubahan Anak Muda Yang Menakutkan Umno BN Posted: 02 Apr 2012 09:01 AM PDT MERSING - Rata-rata beranggapan bahawa antara tanda-tanda awal UMNO bakal kecundang di negeri Johor adalah apabila sokongan kepada pembangkang semakin terserlah seperti dalam gambar di atas. Seorang juru gambar pro pembangkang Dhamam dalam ulasannya di facebook rasminya menyebut anak muda yang bermain bola sudah tidak menunjukkan kebencian dan rasa canggung dengan bendera 'purnama' nyata memberi keyakinan bahawa PAS sudah tidak asing buat mereka. "Sewaktu pulang dari mesyuarat di Teluk Gorek, Mersing...aku melalui sebuah padang bola...kelihatan anak2 muda sedang bermain bola....tidak takut tidak gentar dengan bendera 'purnama'..... #UNTUK MAKLUMAN: Ini di Mersing, Johor....bukan Negeri Kelantan! :)," katanya lagi. Difahamkan, bendera itu dipasang di kedua pintu gol sebuah padang bola sepak berhampiran persimpangan jalan ke Teluk Gorek dan Tanjung Resang, Mersing. Lokasi berkenaan juga merupakan tempat pelancongan kerana didapati banyak chalet-chalet didirikan disekitarnya. Sementara itu, Dhamam turut menambah dengan katanya media massa sering mengadu domba dengan menonjolkan sesuatu yang negatif ke atas parti pembangkang, namun bila melihatkan situasi sebegini membayangkan bahawa anak muda kini tidak termakan dengan dakyah yang dilemparkan UMNO. "Imej PAS sangat buruk di gambarkan media2 UMNO/BN...setiap hari di momokkan dengan pelbagai tuduhan supaya orang benci pada PAS tapi melihat pada situasi ini orang muda tak percaya....kalau mereka percaya segala yg media UMNo/BN gambarkan...usahkan bendara pas...dengar nama PAS pun mereka akan benci.... :)," katanya lagi. Dalam pada itu, gelombang perubahan semakin kuat melanda bukan sahaja di Johor tapi di seluruh dunia, bagaimanapun persoalan tetap timbul disebalik paparan gambar berkenaan salah satu daerah negeri UMNO paling kuat dalam dunia, mengapa begitu daif sekali keadaan padangnya. Tambahan pula, tiang golnya seperti menanti masa untuk rebah ke bumi.Bukankah negeri yang diperintah UMNO keadaannya semuanya indah dan hebat?. Barangkali bendera yang bersama dengan anak muda yang bermain bola itu adalah jawapan yang tepat bagaimana kegagalan dan kepincangan UMNO BN dalam mengurus tadbir negara ini. ~tranungkite |
Ini Bukti Umno Pahang Pembela Orang Melayu Posted: 02 Apr 2012 07:15 AM PDT Umno di Pahang nih mungkin unik skit, maklumlah PM sekarang orang Pahang dan PM ke 2 pun orang Pahang jugak. Pahang di anugerahkan antara negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia sudah sepatutnya mempunyai kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah. Rakyat hidup senang lenang nikmat hasil bumi tersebut. Namun akibat tadbir urus yang lemah di warisi oleh Umno, Pahang terus menjadi antara negeri yang mempunyai ekonomi yang merundum. Terbukti.. Pahang antara negeri bakal bankrap atau pun dah bankrap jikalau tiada bantuan daripada pusat. Berikut adalah dakwaan terhadap bekas Timbalan MB Pahang yang di dedahkan oleh PDO.. Panas: Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Nafi Dakwaan, Khianati Tanah Rezab Melayu Tok Sira! KUANTAN, 2 April - Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Hassan Ariffin (foto) hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat menjual "Tanah Rezab Melayu" kepada "Bukan Melayu" di Medan Tok Sira seperti yang didakwa oleh Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pengerak Anti Rasuah Dan Salahguna Kuasa (PEDAS) baru-baru ini. Laporan tersebut telah disiarkan di PDO atas tajuk "UMNO Khianat Tanah Rezab Malayu Tok Sira" pada 19 Mac lalu. Menurut Hassan, tanah terbabit sebenarnya telah dibeli daripada PASDEC sebagai Tanah Geran Bebas, Pajakan 99 tahun dan ada sekatan kepentingan. Malah, harga yang beliau bayar adalah munasabah sebagaimana amalan kerajaan memberi lot perumahan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan sepertimana amalan agensi-agensi lain seperti SPPK, Perbadanan Putrajaya dan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri yang lain. "Tanah itu saya gadaikan kepada bank kerana saya menghadapi masalah kewangan (peribadi dan perniagaan). Bukan tanah itu saja yang saya jual selepas berhenti dari jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang. Malah, untuk memulakan perniagaan saya juga terpaksa jual sebuah rumah banglo di Tok Sira, rumah teres satu tingkat di Kampung Jawa dan juga sebidang tanah pusaka di Rompin, 3 Lot 10 LKPP dan tanah di Pekan", katanya. Beliau juga persoalkan bagaimana PEDAS yang diketuai oleh Ram Ponnusamy dan Pan Jon Kong boleh mengatakan tanah terbabit adalah Rezab Melayu. "Apa nombor gazet Simpanan Melayu ini?. Bagaimana saya boleh mencagar tanah itu kepada Institusi Kewangan yang tidak ada dalam jadual?. Undang-undang tanah di Malaysia sangat baik dan detail. Tindak mungkin semasa meluluskan tanah kepada PASDEC, Pejabat Tanah terlepas pandang Kawasan Simpanan Melayu diluluskan sebagai Geran Bebas?. Dalam pengetahuan saya seluruh Tok Sira adalah bukan Tanah Rezab Melayu dan semua sedia maklum semua bangsa tinggal di kawasan itu", tambah beliau. Malah, katanya tanah itu ada sekatan kepentingannya. beliau juga mempersoalkan, jika benar tanah itu Rezab Melayu bagaimana Menteri Besar Pahang boleh meluluskan pindah milik tersebut. "Melaporkan kepada SPRM adalah hak warganegara Malaysia. Tetapi mendedahkan perkara ini kepada media tanpa fakta yang tepat adalah mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan maruah seorang", tambahnya. Malah, beliau juga mempersoalkan tindakan PEDAS mendedahkan transaksi jual beli tanah tersebut kepada umum. "Sudah pasti harga pada tahun 2001 berbeza dengan tahun 2004, malah hari ini ia jauh lebih tinggi. Saya kecewa dan sedih kerana selama 22 tahun menjadi wakil rakyat seinci tanah pun saya tidak pernah dapat dari kerajaan. Hanya tanah ini sahaja yang saya perolehi dari PASDEC. Saya bukanlah Ahli Lembaga Pengarah PASDEC atau PKNP ketika itu", katanya lagi. Susulan tindakan tersebut, Dato' Hassan dipercayai telah mengarahkan peguamnya mengkaji secara mendalan isu ini untuk mengambil tindakan yang sesuai. Malah, difahamkan kesemua pihak terbabit (PEDAS) telah diberi tempoh 14 hari untuk memohon maaf atau menarik balik laporan berkenaan (dari tarikh surat dihantar pada 22 Mac lalu), andai mereka enggan tindakan mahkamah akan diambil oleh beliau. ~pahangdaily |
Sebenarnya 2 Penyokong Umno Yang Maut Ketika Pasang Bendera.. Ini Buktinya Posted: 02 Apr 2012 04:59 AM PDT Addin rasa ramai blogger yang dah ulas pasal berita tentang kematian 2 orang penyokong Umno nih . Blog-blog pro Umno tanpa bukti yang sahih telah mengatakan 2 orang penyokong tersebut ialah penyokong PAS. Setelah di selidiki ternyata mereka-mereka ni berbohong dan pendedahan yang di buat oleh Ameno World dan Anak Sungai Derhaka telah membuktikan bahawa 2 orang penyokong tersebut ialah penyokong Umno. Puak- puak ni dah kantoi dan sah berbohong. Puak-puak pencacai tak tau malu, dalam hal membabitkan nyawa manusia pun mereka masih ingin menabur fitnah. Tindakan yang amat tidak bermoral dan sungguh menjelekkan. Walau apa pun tanpa mengira fahaman politik mereka, kita sedekah al-fatihah untuk kedua-dua arwah. Baca ceritanya di sini dan di sini. |
NGO TUKAR Di Tubuhkan Untuk Desak MB Pahang Letak Jawatan Posted: 01 Apr 2012 06:53 PM PDT Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR). Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13. "Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara," kata Lee dalam satu kenyataan. Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka. Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan. "Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com," tambahnya. Selain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan. Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang. "Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita," tambahnya. ~malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan