Ahad, 29 April 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Polis Anjingkan Media

Posted: 29 Apr 2012 05:40 AM PDT


Dunia media tidak lagi selamat di Malaysia. Sepatutnya media perlu dilindungi dan bukannya dibelasah seperti anjing. Bagaimana media nak berlindung dari polis sedangkan polis sendiri jadi bahan tertawa rakyat akibat kebodohan dalam mendepani keselamatan?

Berikut adalah wartawan yang menjadi mangsa rakus dan kebodohan pihak polis. Di mana lagi media mahu berselindung jika polis ibarat tentera zionis malaysian version?

Wartawan/Jurugambar yang jadi mangsa serangan polis (fakta oleh CIJ). Radzi Razak (theSun) dipukul 7 anggota polis, patah tulang rusuk. Arif Kartono (the Malay Mail) dipukul 6 polis & kameranya dipecahkan. Koh Jun Lin (Malaysiakini) ditangkap & memory card dalam kameranya dirampas polis tanpa dikembalikan. P. Malayandy (Makkal Osai) dipukul 5 polis & kamera dirampas tanpa dikembali. Harry Fawcett (Al Jazeera) kamera dipecahkan. Huang An Jian (Guang Ming Daily) dipukul polis. Kenny Lew (Channel News Asia) dipukul polis. Chen Shaua Fui (Merdeka Review) ditendang selepas menunjukkan kad medianya. Lisa J. Ariffin (Malaysian Insider) cedera terkena kanister. Nota: Polis Malaysia menembak kanister ke arah orang ramai dan bukan ke udara seperti sepatutnya - Zunar Kartunis Fan Club

Video: Polis Pesan Pada Aku Jangan Ambil Gambar Sebab Mereka Nak Belasah Orang Ni

Posted: 28 Apr 2012 07:06 PM PDT


Pihak polis berpesan kepada aku, jangan ambil gambar. Mereka kata nanti mereka susah nak menjawab jika orang ramai tahu mereka ganas. Pergi mampus la dengan arahan engkau tu. Engkau rakam boleh tapi aku rakam tak boleh. Akta kepala bapak mana tidak bagi rakam ni?

Walaupun engkau berkuasa, apa hak engaku nak halang orang ramai rakam kejahatan dan kebangsatan engkau! Jangan cuba jadi hero belasah orang ramai. Jika engkau tidak bagi rakam, aku akan serahkan video ini untuk engkau tengok. Durjana!


Video: Polis Pembunuh atau Provokasi BERSIH 3.0

Posted: 28 Apr 2012 06:50 PM PDT


Pihak polis sepatutnya menyiasat kejadian langgar maut yang berlaku berdekatan dengan Sogo melibatkan sebuah kenderaan polis. Adakah kemalangan itu sengaja dirancang oleh pihak tertentu untuk membuktikan bahawa peserta BERSIH 3.0 itu ganas?

Setahu aku peserta BERSIH 3.0 tidak ganas sehinggalah pihak polis menunjukkan dajalnya selepas jam 3.05 petang yang bermula di Dataran Merdeka. Cecair kimia telah dimuntahkan dari trak dan ceacir 'water canon' telah menyiram para peserta BERSIH 3.0.

Ketika peserta cuba menyelamatkan diri, tiba-tiba ada asap berdekatan dengan dataran DBKL sedangkan jarak antara pihak FRU dengan peserta jauh dan bagaimana peluru asap itu tiba-tiba muncul dan adakah ini untuk 'membunuh' peserta.

Jika pihak polis lakukan demikian ia tindakan kejam dan makan hasil haram dengan kaedah menganiaya orang ramai. Ia ibarat berada di Tel Aviv.


Tiada ulasan: