Ahad, 29 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Penjelasan dari Pemandu kereta Polis yang merempuh peserta BERSIH 3.0..

Posted: 29 Apr 2012 08:30 AM PDT


Anggota polis yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mendakwa beliau tidak berapa sedar ketika insiden itu berlaku semalam.

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.


Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri) berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.

"Saya tak tahu apa berlaku. Saya sedar-sedar saya dah ada di sini (HKL). Tapi yang saya pasti, kepala saya diketuk dengan objek keras," katanya.


Mohamad Kamil mendakwa, beliau yang dalam perjalan ke Dataran Merdeka daripada Pusat Latihan Polis itu sebelumnya diserang oleh peserta perhimpunan.

Katanya, beliau tidak melalui jalan alternatif kerana tidak mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.

"Saya tak tahu situasi jalan di situ kerana saya orang luar. Saya dari Kuala Terengganu," katanya.

Turut ditemui di hospital berkenaan ialah jurukamera stesen televisyen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Katanya beliau melihat bahawa pemandu kenderaan polis itu sudahpun tidak sedarkan diri dan kenderaan itu terbabas sehingga melanggar orang awam.


Mohd Azri kemudiannya bertindak menghalang peserta perhimpunan tersebut daripada terus memukul anggota polis yang tidak sedarkan diri itu.

"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu.

"Yang saya sedar, ada yang pukul pakai topi keledar. Saya masa itu tutup mata dan mengambil langkah meronta supaya dapat lepaskan diri. Masa saya larikan diri, baru saya sedar yang kepala saya dah berdarah.

Mohd Azri juga berkata, beliau masih lagi belum memikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atas insiden yang menimpanya.

"Saya menerima sembilan jahitan di luar dan enam jahitan di dalam di bahagian kepala... Saya akan fikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya - Malaysiakini

Video mengenai kejadian..

  

Video ketika peserta BERSIH 3.0 mula dirempuh sila lihat di ( SINI )

Nak tahu siapa rempuh pagar dan sekatan Polis? Baca apa SU UMNO tulis diwall FBnya ini...

Posted: 29 Apr 2012 04:41 AM PDT


Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitikmempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai 'T' Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.


Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.

Antaranya adalah berita seperti di bawah..

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO

Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak yang juga dikenali sebagai Sang Kelembai membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…


Dalam mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..

Patutlah Mahathir kata hanya orang bodoh kini bersama UMNO... benar rupanya.. 

Ini pula satu dari contoh yang dinyatakan oleh SU UMNO kat atas tu..


Gambar ni aku dapat dari Edyes

Hasil nasihat APCO.. lihatlah video-video ini...

Posted: 28 Apr 2012 11:04 PM PDT


Kita sering melihat kekejaman yang dilakukan oleh Pihak Tentera dan juga Polis Regime Zoinist yang menguasai Israel disiarkan berbagai-bagai media antarabangsa termasuk Malaysia sendiri.

Kekejaman yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestine sememangnya tidak dapat kita terima kerana ia tidak sewajarnya dilakukan dalam dunia yang bertamaddun ini.

Bagaimanapun kekejaman yang mereka lakukan, jarang sekali mereka lakukan terhadap rakyat negara haram mereka itu dan ianya dilakukan kepada bukan warganegara mereka.

Dan kebanyakan mangsa mereka ialah dari rakyat Palestine yang bangun menuntut hak mereka ditanah yang dirampas puak Zionist itu..

Tetapi... hasil nasihat mereka iaitu melalui APCO.. lihatlah video-video di bawah...




Kenapa dengan satu arahan.. terhasil dua tindakan berbeza?

Di Himpunan BERSIH 3.0 Polis memberikan kerjasama dengan penuh dedikasi dan Proffesional.. tetapi di Dataran Merdeka, KL.. ianya jauh berbeza... kenapa agaknya?

Najib perlu bertanggungjawab terhadap serangan Polis terhadap Media..

Posted: 28 Apr 2012 10:15 PM PDT


Naib presiden PKR N Surendran berkata serangan yang didakwa dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.


Beliau mendakwa, pasukan polis dengan sengaja dan secara sistematik menjadikan para wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan berlangsung semalam.

"Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, kegasan dan serangan polis ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa dalam kejadian berkenaan, polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada laman Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan juga Malay Mail.


Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News Asia, Al Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.

Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas "tindakan jenayah" ke atas petugas media itu.

"Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.

"Kami menuntut supaya Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.

Katanya lagi, serangan berkenaan melanggar peruntukan yang menjamin hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.


Malaysiakini

Kenapa Kereta Polis diterbalik? penjelasan dari saksi tempat kejadian..

Posted: 28 Apr 2012 08:16 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.


(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.


(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu - Harakahdaily

Video berkaitan sila lihat di ( SINI )

*ada sedikit kesilapan dalam laporan Harakahdaily ini dimana menurut seorang sahabat yang bertopi keledar itu bukanlah pemandu kereta tersebut tetapi wartawan dari Al Hijrah.

Sahabat tersebut menulis..


Saya ingin maklumkan disini bahawa terdapat percanggahan dalam post darisungaiderhaka.blogspot.com tentang dikatakan bahawa pemandu kereta polis memakai helmet hitam dan berseluar pendek.

Jika diperhatikan video tersebut dengan teliti menunjukkan si pemakai helmet hitam itu bukan dari dalam kereta polis. Sebaliknya beliau adalah wartawan Al-Hijrah yang serbu disitu untuk mengambil gambar dalam kereta.

Pada masa yang sama ada seorang lelaki yang berpakaian kuning ingin melihat juga keadaan di dalam kereta polis tetapi tiba-tiba ditolak oleh si pemakai helmet hitam (wartawan) itu. Disebabkan sikap wartawan tersebut yang mengasari orang lain maka terjadi perselisihan faham dan berlaku pergaduhan.

Diharap editor darisungaiderhaka.blogspot.com dapat membetulkan pernyataan yang dibuat di dalam  blog segera kerana kesilapan memberi maklumat boleh menjejaskan kepercayaan pembaca kelak.

Sekadar pandangan dan teguran.


Ikhlas,

Prince Ayri
Blogger

Tiada ulasan: