Ahad, 8 April 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


FRU Kena Tumbuk Dengan Penyokong Sarawak

Posted: 07 Apr 2012 10:00 PM PDT



SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan. Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.

Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk.

Bagaimanapun dua orang penyerang itu berjaya melepaskan diri dan dipercayai berjaya ditangkap kira-kira 15 minit kemudian pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.


Sementara itu, kelekaan benteng pada lewat permainan menyebabkan kemenangan yang berada hampir dalam genggaman terlepas apabila Sarawak terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 menentang Kelantan, malam tadi. 
Beraksi di depan 20,000 penyokong, skuad Bujang Senang sudah mendahului seawal minit ke-12 apabila sepakan percuma ketua pasukan, Guy Bwele melencong masuk menerjah pintu gol pelawat yang dikawal Mohd Shahrizan Ismail.

Bagaimanapun, Kelantan yang beraksi longlai separuh masa pertama bangkit menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan tetapi usaha mereka gagal sehinggalah pada minit ke-85 apabila Norfarhan Mohamad melepaskan rembatan padu untuk gol penyamaan.

Tuan rumah sepatutnya meraikan kemenangan pada minit ke-90, tetapi pemain import baru mereka yang pernah beraksi bersama kelab German, VfL Bochum dan Liga Greek, Panathinaikos, Joel Epalle gagal menampan bola ke dalam gawang.

Kedudukan itu bagaimanapun menyaksikan Kelantan kekal di tempat kedua, manakala Bujang Senang kekal di pertengahan liga.

Video Gempar: Babi UMNO Sondol Markas DAP

Posted: 07 Apr 2012 08:58 PM PDT


Hahaha. Perangai betul-betul macam babi dengan anjing. Melayu paling bodoh dan bangsat dalam Malaysia adalah didikan pemimpin UMNO. Pemimpin jadi tuan tapi pencacai jadi anjing dan babi. Tak habis-habis sondol tempat ceramah Pakatan Rakyat. Menyalak memang rutin harian anjing-anjing belaan UMNO.

Berlagak Malaysia ini bumi Melayu.. Piraah. Pergi jadi babi la dulu kalau nak sondol. Perangai hodoh. Lebih teruk dari anjing dengan babi.


Tiada ulasan: