Ahad, 8 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gelombang yang dilancar Kini menghempas UMNO Kelantan sendiri..1400 keluar UMNO..

Posted: 08 Apr 2012 07:37 AM PDT


Dari 'Gelombang Biru' bertukar menjadi 'Gelombang Merah' UMNO/BN lancarkan untuk menguasai Kelantan namun hingga sekarang tidak mendatangkan hasil..

Gelombang demi gelombang yang dilancarkan itu kini nampaknya berpatah balik menghempas UMNO/BN Kelantan sendiri ini berikutan satu fenomena baru yang melanda Kelantan..

Hingga kini lebih dari 1400 orang ahli UMNO Kelantan sudah meninggalkan UMNO ..

Fenomena yang bakal membuatkan UMNO/BN Kelantan terkangkang!!!

Tinggal UMNO fenomena baru di Kelantan


Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umnoserta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan danmeluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.

Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam'tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untukmenarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulahkalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukantidak lagi menjadi.

Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agarterus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini -sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umnotelah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupunPKR.

Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno danmenyertai Pas di Kelantan waktu ini. Boleh dikatakan setiap minggu ada-adasahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena iniberlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBNakan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama,maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadipelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.

Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu sepertiangin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secarasenyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolamkemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.

Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Iadiketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas diBanggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telahmenyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik AbdulAziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalanketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.



 Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian GuaMusang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR.Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramahmesra dengan peneroka Ciku 3. 

Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiripenyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuatdemikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan duaekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umnosejak tahun 1990 akan ranap kali ini.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalamkawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borangpenyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menuruttimbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orangpenyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.


 Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. DiKubang Kerian kira-kira
300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borangmenyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabarnya penghijraranberamai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakanakan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi ataspagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoranitu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan jugaberbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlakumenjelang pembubaran parlimen.

Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurangsenang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok -pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adekmalahan berusaha untuk 'mencincangnya'. 

"Parang sudah diasah sudahberkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan.Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitunazak sekali.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkanparti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan ZaiyadiAwang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakarbendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana puntidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding ataslambang bebas.

Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini jugaberlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merahsehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya diPengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kububesi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlahkemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena ituturut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkandiri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akankekurangan sokongan mereka di sini.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Sharizat pula belasah Rafidah ...

Posted: 08 Apr 2012 05:10 AM PDT


KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan sayap Wanita Umno masih lagi "kukuh" dan stabil walaupun menerima kritikan terhadap kepimpinannya.



Shahrizat menolak dakwaan sayap Umno itu tidak mampu bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya akan datang, malah menegaskan beliau "akan memastikan" Wanita Umno melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

"Mereka perlu belajar untuk tidak hanya tahu mengkritik sahaja," katanya kepada pemberita di sini ketika sidang medianya yang terakhir sebagai senator dan menteri. "Lihat sekeliling dan anda akan dapat melihat kekuatan Wanita Umno.

"Jangan hanya mengkritik dari Kuala Lumpur ... turun padang berjumpa masyarakat di akar umbi, dan akan tahu."

Shahrizat  berkata demikian sebagai respon kenyataan yang dibuat Tan Sri Rafidah Aziz termasuk timbalannya, Datuk Kamilia Ibrahim.

Rafidah, bekas Ketua Wanita Umno, sebelum ini menyuarakan kerisauan terhadap sayap parti berkenaan, dan mendesak mereka bekerjasama dan bersatu dengan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya.

Kedua-dua Rafidah dan Kamilia dilihat seringkali mengeluarkan kenyataan menentang Shahrizat, yang mana telah dikaitkan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dengan mendesak beliau turut melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, seperti mana beliau melepaskan jawatan menteri dan senator.

"Saya tegas. Saya tahu apa yang saya mahu daripada Wanita Umno," katanya.

"Setiap perkara yang berlaku boleh diselesaikan tanpa konflik."

Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan beliau akan mengambil alih portfolio Shahrizat, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman perdana menteri itu menjadi penamat kepada spekulasi sama ada timbalan Shahrizat, individu paling lantang bersuara dalam Wanita Umno, Kamilia, akan dilantik menjadi senator menggantikan Shahrizat.

Pada 11 Mac, Shahrizat telah mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apabila tamat penggalnya sebagai senator esok.

Pengumuman itu dibuat selepas hampir lima bulan tuduhan beliau dan keluarganya menggunakan RM250 juta dana kerajaan untuk projek penternakan lembu bagi membiayai keperluan sendiri, termasuk beberapa lagi perbelanjaan lain.

Pusat Fidlot Corporation, (NFCorp), syarikat yang diusahakan suami dan keluarga Shahrizat, menjadi topik hangat setelah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan NFC itu dikatakan gagal mencapai sasarannya di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.


The Malaysian Insider

Kalau tak tahu tanya.. jangan jadi bodoh sombong! kata Faekah kepada Khir Toyo..

Posted: 07 Apr 2012 11:00 PM PDT


Shah Alam, 8 April: Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.

Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.

Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.

Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.

Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan.

Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, DatoĆ­ Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.

Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.

Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.

Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan?

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.

Faekah Husin.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor



Video: Pencacai UMNO ganggu program DAP pula..

Posted: 07 Apr 2012 07:00 PM PDT


Kebelakangan ini kita sering melihat program-program ceramah oleh Pakatan Rakyat sering diganggu oleh pencacai-pencacai UMNO
, walau di mana saja ianya diadakan pasti akan kedengaran adanya gangguan dari mereka.

Ini dilakukan mereka samaada pihak Polis berada ditempat kejadian ataupun tidak seolah-olah mereka itu dikecualikan dari undang-undang.

Biarpun laporan polis dibuat namun jarang sekali kita mendengar pencacai-pencacai UMNO itu ditahan dan didakwa, yang sering kita dengar mereka dipanggil membantu siasatan dan ianya berakhir disitu.

Dalam kes Nurul Izzah diserang dan hampir terkena tumbukan seorang PA  ADUN UMNO, pihak polis mengatakan mereka telah mengenalpasti tertuduh tetapi tiada sebarang laporan yang mengatakan PA tersebut telah ditahan dan didakwa.

Kalau nak kenal siapa PA tersebut sila lihat di ( SINI )

Dan Jumaat lalu pula Majlis PKR di Alor Setar telah diganggu oleh sekumpulan manusia yang memakai 'T' Shirt 'Gerak Khas PERKASA'..

Tetapi malang bagi mereka cubaan menunjuk samseng mereka itu berakhir bila mereka dihalau begitu saja oleh penyokong PKR yang ada di majlis tersebut.. video sila lihat di ( SINI )

Jika tiada tentangan.. aku yakin mereka akan merosakkan apa yang ada didalam majlis tersebut.

Berikut pula adalah video yang memaparkan sekumpulan pemuda yang sudah tentunya pencacai-pencacai UMNO cuba untuk menganggu ceramah yang dianjurkan oleh DAP pula.

Apabila ditegur mereka cuba menunjukkan bahawa merekalah samseng namun begitu apabila gertakan mereka tidak ditakuti langsung, seperti biasa mereka akan beredar meninggalkan tempat kejadian..


Kenapa agaknya mereka mempraktikkan budaya manusia yang tidak bertamaddun ini? Adakah mereka mula khuatir akan kehilangan kuasa selepas PRU13 nanti?

Apakah mereka yang menjadi pencacai UMNO itu masih tidak sedar mereka telah diperbodohkan dengan jayanya oleh pemimpin UMNO yang memperkudakan mereka?

Berbaloikah upah yang tak seberapa itu mereka dapat hanya kerana mahu mempertahankan UMNO yang dipimpin oleh mereka yang berjuang untuk tembolok kaum keluarga dan kroni mereka saja?

Kata mereka UMNO memperjuangkan Bangsa dan Agama.. tetapi sikap mereka memperlihatkan sebaliknya..

Kata mereka juga mereka bangga berbangsa Melayu.. tetapi perangai kurang ajar dan tidak tahu menghormati bangsa lain memalukan lain-lain Melayu yang tidak bersama mereka..

Melayu adalah bangsa yang terkenal diseluruh dunia kerana kesopanan mereka tetapi UMNO telah mendidik anak bangsa agar menjadi sebaliknya...

Tiada ulasan: