RAKYAT MARHAEN |
- Sibuk dengan negeri orang, padahal negeri Umno dah 22 tahun alami krisis air
- Wahai Ahmad Maslan! M Subramaniam tanya, “semenjak 50 tahun, sudah meningkatkah taraf orang Melayu?”
- Negara Akan Muflis Bila di Tadbir Pemimpin Boros
- CCTV tapes clear Nazri’s son of assault claims, say cops
- BN tidak popular dikalangan pengundi muda, kata Khir Toyo
- Dr Abdullah Yasin - BUKTI ALLAH CINTAI NABI MUHAMMAD saw
- Dr Mohd Asri - Dilema Wanita, Pemuda dan Pemudi Dalam Memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara
- Pangku jawatan menteri: Najib atau Rosmah ambil peluang?
- Apa tindakan terhadap pencetus ketegangan kaum
- Rugikah kerajaan mansuhkan PTPTN
- Cubaan Khaled Nordin Raih Simpati Tidak Menjadi?
- Cubaan Hantar Memo Kepada Najib Berhasil Walaupun Dihalang SB
- Minta beras daripada Adun PAS
- Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua( second nature) UMNO
- PAS Perlu Dibebaskan Dari Unsur-Unsur Syiah
- Krisis Nizar-Zambry. Apa peranan Ku Li?
- TEKUN ditegur kerana lembab
- RAKYAT WAJIB HUKUM BN PADA PRU 13!
- PRU-13 diramal bulan Jun selepas “orang kasar” BN enggan membersihkan sistem pilihanraya
- Kalah PRU: Samy salahkan Mahathir
- EC may contribute to the loss of middle ground for BN
- Bukti baru: Bapa Altantunya tiba di KL
- Projek Kompleks Ibu Pejabat mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang
- Sembang UT Siri 1 Bersama Ustaz Wan Ji (part 5)
- Sembang UT Siri 1 Bersama Ustaz Wan Ji (part 4)
Sibuk dengan negeri orang, padahal negeri Umno dah 22 tahun alami krisis air Posted: 08 Apr 2012 08:05 PM PDT Galak kata kat Kelantan, masalah air tak bersih la dan macam-macam. Termasuk juga di Selangor, air tiada sehari dua, tapi dicanangnya seluruh dunia, Selangor sedang mengalami krisis air kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor beri air percuma kepada rakyat. Tup..tup..rupanya dah 22 tahun dah masalah air di negeri pemerintahan kerajaan Umno-BN. Dilaporkan di kawasan Jengka 10, di negeri Pahang di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN, sudah mengalami masalah air semenjak tahun 1990-an lagi. Kalau PR didakwa tak boleh urus air dengan betul, boleh tahan lagi sebab baru sepenggal memerintah negeri tapi Umno-BN yang memerintah negeri dan negara sejak merdeka (dah 54 tahun dah), ada lagi krisis air ni apa cerita bro? Amat jelas sekali, Umno-BN sudah tidak mampu lagi memerintah negara ini. Nak kata kat orang, cermin diri sendiri dulu. Read More / Baca Lagi >> |
Wahai Ahmad Maslan! M Subramaniam tanya, “semenjak 50 tahun, sudah meningkatkah taraf orang Melayu?” Posted: 08 Apr 2012 08:02 PM PDT Bangsa bukan Melayu pun boleh mempertikai kenyataan "kuasa Melayu akan hilang jika Umno tidak mempunyai kuasa". Bagaimana seorang India boleh mengerti pembohongan yang dinyatakan pemimpin Umno terhadap kaum Melayu, sedangkan Melayu begitu mudah tertipu dengan dakwaan bodoh pemimpin Umno itu. Senang je, dah 50 tahun Umno memerintah, dah meningkat ke taraf hidup orang Melayu? Dipetik dari Tranungkite.net, Datuk Ahmad Maslan (gambar kiri), Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terus diselar setelah banyak kenyataan yang dikeluarkannya seperti menyebut kuasa Melayu akan hilang jika UMNO tidak mempunyai kuasa menyebabkan ada orang Melayu terpedaya dengan dakyah sedemikian. Read More / Baca Lagi >> |
Negara Akan Muflis Bila di Tadbir Pemimpin Boros Posted: 08 Apr 2012 07:58 PM PDT Khazanah hasil bumi adalah amanah yang seharusnya diuruskan sebaiknya oleh pemerintah dan bukannya disalah guna untuk kepentingan politik sempit serta pemborosan melampau. Apabila segala khazanah ini jatuh ketangan pemimpin-pemimpin yang sewenang-wenangnya menyalah guna kuasa serta para kroni yang tamak haloba. Akhirnya akan menjuruskan negara ke arah muflis dan berhutang. Perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai memperingati kepimpinan kerajaan hari ini yang dilihat telah jauh menyimpang daripada tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara. Read More / Baca Lagi >> |
CCTV tapes clear Nazri’s son of assault claims, say cops Posted: 08 Apr 2012 07:57 PM PDT KUALA LUMPUR, April 9 — Surveillance videos of events during the alleged assault of a security guard have shown Datuk Seri Nazri Aziz's son to be innocent of any wrongdoing, police have said. Read More / Baca Lagi >>Brickfields police chief ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid said police had already viewed the recordings before clearing Mohamad Nedim of assault claims last month. Wan Abdul Bari was quoted by the News Straits Times today as saying that the surveillance videos showed that Mohamad Nedim did not attack the security guard as alleged by "some parties". "Whoever has the recording, show it," said the police officer. The DAP yesterday demanded the Attorney-General reveal the surveillance videos of events during the alleged assault of the security guard that involved Nazri's son. DAP national legal bureau chairman Gobind Singh Deo said that "rare sources" such as closed-circuit television recordings were the most important thing to look for in cases involving assault allegations. |
BN tidak popular dikalangan pengundi muda, kata Khir Toyo Posted: 08 Apr 2012 07:55 PM PDT SHAH ALAM, 9 April — Pentadbiran Najib harus menarik pengundi muda kerana pemberian wang tunai daripada kerajaan tidak memberikan kesan kepada mereka, kata Dr Mohd Khir Toyo. Read More / Baca Lagi >>Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata pemberian wang tunai itu memang mewujudkan "rasa senang" rakyat Malaysia, namun ia hanya dirasai oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tawaran yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah turut memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional. Khir (gambar) turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar — bagaimana hendak menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan 30-50, sudah "muak dengan politik". |
Dr Abdullah Yasin - BUKTI ALLAH CINTAI NABI MUHAMMAD saw Posted: 08 Apr 2012 07:48 PM PDT |
Dr Mohd Asri - Dilema Wanita, Pemuda dan Pemudi Dalam Memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara Posted: 08 Apr 2012 07:45 PM PDT |
Pangku jawatan menteri: Najib atau Rosmah ambil peluang? Posted: 08 Apr 2012 07:37 PM PDT Agaknya memang tak ada langsung calun wanita dari UmnoBN untuk ambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang dilepaskan oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil. Kasihan Umno !! tokoh-tokoh yang sedia ada sudahlah tak layak, tokoh baru pula lembik macam kangkung, langsung tak berkualiti !Semua ini bukan salah siapa, salah Umno juga, kerana mereka tak mahu orang bijak menjadi ahli, takut mereka mengatasi kepimpinan yang ada.Hasilnya, inilah !! Umno menjadi sebuah parti bengong dan ahli-ahlinya semua bengong. Mereka hanya mampu jadi kaki ampu, pak angguk dan lurus bendul !!..Read More / Baca Lagi >> |
Apa tindakan terhadap pencetus ketegangan kaum Posted: 08 Apr 2012 07:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 April: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap golongan yang berusaha mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Read More / Baca Lagi >>Demikian pertanyaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini yang bermula jam 10.00 pagi. Berikuta adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli parlimen PAS, hari ini. Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasionalnya mewajibkan pengilang tiga barangan kawalan utama memaparkan logo 1Malaysia pada produk mereka. |
Rugikah kerajaan mansuhkan PTPTN Posted: 08 Apr 2012 07:24 PM PDT "Rugikah kerajaan apabila menangung RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Betulkah kerajaan kerugian besar.Setujukah anda bahawa kerajaan akan rugi besar apabila RM 43 bilion tidak dibayar oleh 1.9 juta yang dapat pinjaman PTPTN tersebut. Jika ada yang setuju, mereka itu merupakan rakyat yang mempunyai IQ yang terlalu rendah.Kenapa? macam mana boleh rugi, sedangkan 1.9 juta orang itu adalah asset Negara. Read More / Baca Lagi >> |
Cubaan Khaled Nordin Raih Simpati Tidak Menjadi? Posted: 08 Apr 2012 07:22 PM PDT PASIR GUDANG – Cubaan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mendekati Orang Sarawak dan Sabah mungkin tidak 'menjadi' apabila sejumlah 40 orang daripada komuniti tersebut mengisytiharkan diri dengan menyertai PAS dalam program Jom Ubah, di pekarangan Markas Cawangan Seri Alam, dekat sini, baru-baru ini. Ibn bacoks sebelum ini pernah menyiarkan bagaimana sewaktu merasmikan pelancaran Bilik Gerakan Jentera Pilihan raya Umum, Persatuan Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (G.A.I.U) peringkat Parlimen Pasir Gudang, Mohamed Khalid telah mengeluarkan kenyataan menuntut supaya mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan janji pembangkang, sebaliknya akan terus bersama BN. Read More / Baca Lagi >> |
Cubaan Hantar Memo Kepada Najib Berhasil Walaupun Dihalang SB Posted: 08 Apr 2012 07:18 PM PDT BATU PAHAT – Keberanian Pak Habib atau nama sebenarnya Syed Hamid Ali meredah halangan pihak berkuasa daripada menghampiri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatan kerja ke bandar ini dekat sini, hari ini wajar diberikan pujian. Ketua Cabang PKR Batu Pahat itu berkata, gara-gara ingin menyampaikan memorandum rakyat berhubung isu air beliau terpaksa melalui beberapa halangan manusia sebelum berjaya menyerahkan tuntutan rakyat kepada Najib. "Aku dikeroyok dan bergelut dgn bbrapa org sb sebelum berjaya menyampaikan memo ttg air kepada najib yang mau 'mesra' dgn rakyat ! Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 08 Apr 2012 07:14 PM PDT Oleh SHIRZAD LIFEBOAT "AJI, minta maaf, Aji, ganggu Aji tengah Gharib (Maghrib). Saya serba saloh (salah), Aji." "Dah mari hal apa benda?" Dengan muka sayu, orang tua, barangkali dalam usia lewat 50-an, bermotosikal usang, dengan seplastik, mungkin ada 10-12 ikan selayang kecil, di atas raga motosikalnya, menyeluk saku dan membuka dompetnya lalu menjawab, "Saya... Saya dok (tak) mahu pitis (duit), Haji. Pitis ada lagi, empat, lima, enam riyal (Ringgit), tapi anak nak pergi sekolah esok, Ji. Saya tak mahu pitis, Haji. Saya nak minta tolong. Read More / Baca Lagi >> |
Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua( second nature) UMNO Posted: 08 Apr 2012 07:13 PM PDT Oleh sakmongkol AK47 Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan UMNO mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapan nya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan UMNO ada. Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak2 yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa apa. Read More / Baca Lagi >> |
PAS Perlu Dibebaskan Dari Unsur-Unsur Syiah Posted: 08 Apr 2012 07:10 PM PDT KHUTBAH Jumaat di sebuah masjid di Subang Jaya Selangor beberapa hari lepas mengenai penyelewengan agama oleh puak syiah ini mencetus banyak persoalan di minda penulis, terutama bila membincangkan kaitan fahaman Syiah ini dengan politik PAS. Sebelum ini penulis perlu akui, penulis tidak banyak ambil tahu tentang perbezaan amalan Syiah dengan ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi rakyat negara ini, tetapi setelah mendengar khutbah tersebut barulah penulis sedar bahawa fahaman Syiah lebih dari sekadar menolak semua Khulafa Al-Rasyidun, kecuali Saidina Ali r.a. Seperti disebut oleh khatib dalam khutbah Jumaat tersebut, pemimpin utama Iran Ayatollah Ali Khomeini (pro Syiah) pernah menuduh ketiga-tiga Khulafa Al-Rasyidun sebagai kafir malah Presiden Iran juga pernah meludah ke makam salah seorang sahabat tersebut. Selain beberapa amalan dalam ibadat orang syiah yang bertentangan dengan amalan biasa yang diamalkan kita semua. Tidak hairan kenapa penulis pernah mendengar bahawa pengamal amalan Syiah ini bukan terdiri dari orang Islam. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara terang terangan, tapi ramai yang mengaitkan PAS dengan fahaman syiah terutama sekali melihat kepada struktur kepimpinan tertinggi PAS, Majlis Syura Ulama yang dikatakan mirip Badan Pelindung di Iran. Read More / Baca Lagi >> |
Krisis Nizar-Zambry. Apa peranan Ku Li? Posted: 08 Apr 2012 07:07 PM PDT Oleh: MSK Pada 5 April, Zambry Abdul Kadir mendedahkan satu surat yang menyatakan bahawa Nizar terlibat dalam kelulusan syarikat Vale di Teluk Rubiah. Blogger-blogger Umno telahpun mendapat salinan surat tersebut beberapa hari sebelum itu. Menagapa baru sekarang Zambry mendedahkan surat tersebut? apakah kerana sudah merasa kehangatan tentangan penduduk Manjung? Ataupun sudah merasa kedudukan politiknya sudah terancam? Apabila Zambry mendedahkan surat tersebut, maka setiap penyokong Umno mula menjerit "Nizar pembohong!!". Akhbar-akhbar pencacai juga serentak memainkan isu tersebut dengan harapan imej Nizar akan terjunam. Tapi bila diminta supaya turut sama mendedahkan semua dokumen yang melibatkan Vale, Zambry enggan melakukannya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 08 Apr 2012 06:59 PM PDT Pengurusan Tekun Nasional diarah mempercepatkan proses permohonan pinjaman pemohon dengan memberikan hasil keputusan permohonan mereka sebelum akhir bulan Mei depan.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia bagi memastikan pemohon tidak menunggu terlalu lama untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman mereka."Berikan keputusan segera sama ada seseorang pemohon itu berjaya atau sebaliknya. "Kalau berjaya, keluarkan kelulusan bersyarat untuk membolehkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga bulan," katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama usahawan Tekun kawasan Parlimen Segamat, Sekijang dan Parlimen Labis di Dewan Serbaguna, Segamat di sini, Ahad. |
RAKYAT WAJIB HUKUM BN PADA PRU 13! Posted: 08 Apr 2012 06:57 PM PDT Rakyat khususnya pengundi WAJIB menghukum BN pada PRU 13 nanti kerana BN gagal menguruskan wang rakyat sehingga hangus begitu sahaja, antaranya :- 1) Memberikan subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) - RM17bilion 2) Kehilangan duit rakyat akibat kelemahan pengurusan kewangan @ ketirisan sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara saban tahun - RM28bilion Read More / Baca Lagi >> |
PRU-13 diramal bulan Jun selepas “orang kasar” BN enggan membersihkan sistem pilihanraya Posted: 08 Apr 2012 06:54 PM PDT Cara yang "kasar dan panik" di mana kerajaan Perdana Menteri Najib Razak diketuk kerana 1 cadangan pembaharuan pilihanraya telah merangsang bagi pilihanraya umum mengejut untuk diadakan dalam tempoh 2 bulan, dan bukannya September seperti yang baru-baru ini dilaporkan oleh 1akhbar kawalan BN. Read More / Baca Lagi >>Menurut pemimpin pembangkang, cara di mana ahli parlimen BN "mendedahkan keengganan mereka untuk membersihkan sistem pilihanraya" juga telah membuka pintu yang lebih luas bagi Najib untuk melarikan diri daripada jaminan beliau kepada rakyat dan parti bahawa pilihanraya umum ke-13 atau PU-13 akan diadakan tidak lama lagi. Najib telah diserang teruk kerana meletakkan negara dalam keadaan tidak pasti kerana tidak dapat membuat keputusan bagi tarikh PU-13, dengan ramai pemerhati politik yang percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh hasrat untuk memanjangkan pegangannya ke atas jawatan Perdana Menteri. "Apa yang kita faham adalah bahawa dia tidak memilih 26 Mei sebagai tarikh PU, dan kemudian bertukar kepada 3 Jun tetapi kerana Hari Lahir Yang di-Pertuan Agong dan Hari Gawai adalah juga di sekitar hujung minggu itu, ia telah ditangguhkan sekali lagi kepada pertengahan Jun," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu MalaysiaChronicle. |
Kalah PRU: Samy salahkan Mahathir Posted: 08 Apr 2012 06:50 PM PDT Bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.Dalam wawacara disiarkan akhbar The New Straits Times hari ini, Samy mendakwa jumlah undi rosak di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya itu disebabkan oleh kenyataan Mahathir.Ia disebabkan oleh nasihat Mahathir kepada pengundi Melayu supaya ahli Umno tidak memberi undi kepadanya, dakwa Samy. |
EC may contribute to the loss of middle ground for BN Posted: 08 Apr 2012 06:48 PM PDT It is very unfortunate for the Election Commission to be headed by a partial, conservative and inefficient leadership which has been not receptive to feedback and proposals from the civil society and stakeholders to correct weaknesses in the electoral process and system. Read More / Baca Lagi >>It has not done anything to ensure that the electoral roll is accurate, current and devoid of discrepancies which may compromise the credibility of the electoral process. Analysts linked to Pakatan have pointed out several discrepancies such as dubious number of voters registered at the same address, voters who had passed away are still found on the roll and other legitimate and worrisome duplicity and mistakes. |
Bukti baru: Bapa Altantunya tiba di KL Posted: 08 Apr 2012 06:47 PM PDT Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu tiba di Malaysia hari ini untuk berbincang dengan peguam berhubung saman sivil beliau terhadap kerajaan Malaysia.Beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) pada pukul 11.30 pagi tadi, ditemani rakannya Loh Mui Fah dan penterjemah yang juga rakan sekelas mendiang Altantuya, Och."Saya datang ke sini untuk berbincang dengan peguam, dan mungkin ada bukti baru yang dapat dikemukakan. "Kes ini memakan masa terlalu lama, dan saya syak kerajaan Malaysia tidak berniat untuk menyelesaikannya," katanya. Katanya lagi, beliau berharap rakyat Malaysia tidak akan melupakan kekejaman yang menimpa anaknya, dan memberi sokongan kepada beliau. Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam Altantuya. Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak. |
Projek Kompleks Ibu Pejabat mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang Posted: 08 Apr 2012 06:17 PM PDT |
Sembang UT Siri 1 Bersama Ustaz Wan Ji (part 5) Posted: 08 Apr 2012 06:13 PM PDT |
Sembang UT Siri 1 Bersama Ustaz Wan Ji (part 4) Posted: 08 Apr 2012 06:13 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan